Tuesday, February 9, 2010

Cabaran dan dugaan mendidik anak - Siaran 158




“CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 158
.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .

اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه


Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.


”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56.



Firman Allah s.w.t:-


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

وَالـْعَصْرِ (1)


إ نَّ الْإِنْسَانَ لـَفِى خُسْرٍ (2)


إ ِلا َّالـَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلـُوا الصَّلـِحَتِ وَتَوَاصَوْا بِالـْحَقِّ


وَتـَوا صَوْا بِالصَّبْرِ (3)


(1). Demi masa
(2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
(3). Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihat) dengan kebenaran dan dengan kesabaran.

------------------------------------------------

اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه


SANTAPAN ROHANI.


Cabaran dan Dugaan mendidik anak.


Menjadi ibu bapa pada zaman sains dan teknolohgi yang sangat pesat dan berkembang dan berubah bukanlah mudah. Ibu bapa menghadapi cabaran dan dugaan dalam usaha untuk membesar dan mendidik serta membentuk sahsiah dan akhlak mulia anak mereka.

Peringkat yang paling sukar sekali bagi ibu bapa ialah peringkat peralihan dari pada zaman kanak-kanak kepada remaja apablia anak-anak mula menunjukkan perubahan dalam tinghkah laku, dalam pergaulan, minat, pilihan kawan, peningkatan nafsu syahawat, gaya berpakaian dan sebagai lagi.

Peringkat remaja ini yang penuh dengan pelbagai pengaruh serta tekanan luar dan kebanyakannya membawa prengaruh tidak baik iaitu yang melekakan, menyeleweng akidah dan akhirnya merosakkan akhlak serta menyebbkan pelbagai salah laku dan jenayah remaja.

Dengan pembangunan sosio ekonomi yang berlaku begitu pesat, minda, ketahanan iman dan jati diri mudah tergugat kerana pengaruh pemikiran diimpot, budaya nilai luaran yang mencemari serta menghakias keperibadian nilai dan budaya timuran dan Islam.

Akhirnya ketahanan diri remajha luntur dan pupus, menyebabkan sebahagian daripada mereka terjebak dalam penagihan dadah, jenayah, lepak, pengguguran anak dan maksiat. Segala masalah dan gejala itu dipertanggungjawabkan ke atas ibu bapa atau penjaga anak.
Ketika kanak-kanak, mereka manja, suka disayangi, dipeluk, dicium dan sangat menghiburkan ibju bapa. Apabila menjangkau ke peringkat remaja, mereka berubah laku, tidak sukla berkomunakasi deng ibu bapa. Remaja lebih sulka berinteraksi dengan rakan sebaya. Jika mereka pilih rakan yang mengajak kepada kebaikan atau amal makruf, bersyukur kita. Ramai daripada mereka lebih suka mengajak kepada kemungkaran dan maksiat.



Sedikit demi sedikit tabiat buruk meresapi ke dalam jiwa remaja dan akhirnya mereka berubah kepada keburukan. Remaja lebih suka menghadap televesyen, radio dan computer daripada bersemuka dengan ibu bapa dan adik beradik. Ini mempunyai kesan negative keeana dengan keasyikan itu, mereka mengabaikan pelajaran. Mereka, tidak menyahut panggilan ibu bapa untuk makan, bersembahyang dan aktivti bersama.



Pergaulan dengan rakan sebaya menyebabkan mereka mempelajari tabiat negative. Anak muda mula merokok, minum arak dan dengan sedikit deemi sedikit mereka terdedah kepada maksiat seperti ke kjelab malam dan ramai terperangkap dalam penyalahan dadah dan aktiviti perzinaan atau seksual di luar nikah.

Dengan ini secara ringkas, penulis membawa pada ibu bapa untuk membimbing anak-anak mereka cara-cara bagaiman kita mampu melahirkan generasi remaja yang memenuhi ciri-ciri warga Negara yang bertaqwa kepada agama Islam.

Ibu bapa perlu meningkatkan kefahaman al-Quran dari semasa ke semasa, memperbaiki amalan yang dituntut Allah s.w.t. dan ini seboleh-bolehnya dikerjakan bersama keluarga dengan diketuai oleh pihak bapa. Malangnya pada zaman begitu mewah ini, kebanyakan ibu bapa leka dan memandang rendah kegiatan keagamaan.... Islam sahaja yang dapat menyelamatkan anak-anak kita daripada segala gejala penyakit sosial.

Ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan sifat-sifat akhlak yang terbaik (sifa t mahmudah) dan mulia seperti jujur, ikhlas, tawadhuk, amanah,taubat, bersangka baik, berani, berlapang dada, lemah lembut, kasih sayang sesama Mukmin, tawakkal, takutkan Allah, pemaaf, pemurah hati, bersyukur, zuhud, bertolak ansur,redha, sabar, rajin tidak berperasaan riak, tidak takbur, menghormati ibu bapa dan orang tua,dan menghormati jiran.


Ibu bapa tidak melakukan perkara-perkara maksiat seprerti ,minum arak, berzina, berjudi, berbohong, penipu, menderhaka, dan hendaklah mengerjakan amal ibadat termasuk yang sunat-sunat mengerjakan amalan Qiamullail (sembahyang malam), besedekah dan sebagai lagi, yang akan menjadi contoh kepada anak-anak remaja kita.

Ibu bapa perlu menunjukkan contoh dan tauladan di dalam rumah tangga, seperti tidak mempunyai sifat-saifat mazmumah (amalan buruk) iaitu riak, ujub, takbur, hasad dengki, marah-marah, dendam, bakhil, banyak cakap bohong, banyak makan, penakut, cinta dunia, gila pangkat, gila harta dan suka mengumpat.

Kesimpulannnya untuk menjadikan anak-anak di zaman sains dan teknologi ini sebagai manusia yang cemerlang, kita perlu kembali kepada ajaran al-Quran dan al-Hadith kerana dengan cara sedemikian itu sahaja anak-anak kita boleh mencapai ke tahap kecemerlangan yang kita inginkan itu.

Firman Asllah s.w.t.:-

لـَّذِيْنَ آمَنُوْا لَايَسْخَرَ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أ َنْ يَكُوْنُوْا


خَيْرًا مِنْهُمْ, وَلَانِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسىَ أ َنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ. (الحجرات : 11


“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain. Sebab munkin sekali mereka yang dihina itu lebih baik dari yang menghina. Dan janganlah pula kaum perempuan menghina kaum perempuan yang lain, barangkali mereka yang dihina itu lebih baik dari mereka yang menghina.” (Al-Hujrat, ayat 11


. وَذَرُوْا ظَهِرَا لْاءِثْم ِ وَبَاطِنَهُ ج إِنَّ الَّذِيْنَ يَكْسِبُـوْنَ الْاءِثْمَ

سَيُجْزَوْنَ بِمَا كَانَوْا يَقـْتـَرِفُوْنَ . ( الانعام (120)

“Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa , kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat) disebabkan apa yang telah mereka kerjakan”
(Al-An’am ayat 120).

Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat fardhu, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di sudahi...

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه

--------------ooooooooooooooo--------------




No comments:

Post a Comment