Thursday, June 17, 2010

Friday, Junn 18, 2010.
Daripada:

Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


FASAL PUASA – SIARAN KE 249.


Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini .

Bagi meneruskan penulisan di dalam Blog ini adalah baiknya kita mengimbas kembali hal-hal yang berkenaan puasa, memandangkan ibadat puasa Ramadhan akan tiba tidak lama lagi.

Fasal Puasa ini akan mengandungi lapan perbahasan yang akan penulis sampaikan melalui Blog ini, insya Allah jika tiada ada apa-apa halangan.

Fasal Pertama.

Mengandungi Takrif Puasa, Rukun Puasa, Masa dan Faedahnya, kelebihan Ramadhan dan Lailatul-Qadar dan Kejadian Penting yang berlaku di Bulan Ramadhan.

1..Takrif Puasa.

Puasa dari segi bahasa, menegah dan menahan daripada sesuatu. Berpuasa juga bererti menahan diri daripada bercakap seperti firman Allah:

.... إِنِّىْ نـَذَرْتُ لـِلرَّحْمَنِ صَوْمًـا.. (سوره مريم 26)
Maksudnya:

Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman…..(Surah Mariam ayat 26)

Ini bererti diam dan menahan diri daripada bercakap. Orang Arab menyebut (hari puasa siang) ialah apabila matahari berada betul-betul di tengah langit. Menurut syara’, puasa ialah menahan diri di siang hari daripada melakukan perkara-pderkara yang membatalkan puasa dengan niat mulai dari naik fajar hingga jatuh matahari. Inib bererti puasa ialah menahan dari secara amali keinginan perut dan faraj dan daripada sesuatu yang mempunyai rasa daripada masuk ke dalam rongga, seperti ubat san sebagainya mulai dari naik fajar yang kedua (fajar Sadiq) hingga jatuh matahari daripada seorang yang layak berpuasa iaitu seorang Islam yang berakal, tidak berhaid, dan nifas dengan niat dia melakukannya tanpa ragu-tragu.

2.. Rukunn Puasa.

Rukun puasa ialah menahan diri daripada keinginan perut dan faraj atau dengan kata lain menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa. Mengikut Mazahab Maliki dan Syafi’i ditambahkan satu rukun lain iaitu berniat pada
waktu malam.

3.. Masa Puasa.
Puasa bermula dari naik fajar hingga jatuh matahari dan dikira waktu berpuasa bagi negeri-negeri yang sama malam dan siang atau bagi negeri-negeri yang kadangkala waktu siangnya lebih panjang daripada waktu malam seperti Bulgaria yang mengikut waktu puasa bagi negeri-negeri yang berhampiran denganya.
Dalilnya ialah firman Allah s.w.t. :

وَكُلـُوْا وَاشْرَبُوْا حَتىَّ يَتـَبَيـَّن َ لـَكُمُ الـْخَيْط ُ الَأ َ بْيَضُ مِن َ الـْخَيْطِ اْلأ َ سْوَدِمِن َ الـْفَجْرِ.... (البقرة 187).
Maksudsnya:
….Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar…”( Al-Baqarah ayat 187).

4.. Faedah-Faedah Puasa.

Faedah-faedah puasa dari sudut kerohanian dan kebendaan ialah terdapat banyak faedah puasa. Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah, iaitu pahala yang tidak terbatas diberi kepada orang Mukmin yang mengerjakannya. Pahala adalah kepunyaan Allah yang tidak terbatas kerohaniannya. Melaluiu ibadah puasa, seorang Mukmin boleh mencapai keredaan-Nya, dan berhak masuk syurga melalui pintu khas yang disediakan khusus bagi orang yang berpuasa. Pintu ini dinamakan “al-Rayyan”. Melalui amalan puasa, orang Mukmin akan terselamat daripada seksaan Allah disebabkan dosa yang mereka lakukan. Ibadah puasa dapat menebus dosa daripada tahun ke tahun.

Ketaatan seorang kepada Allah melalui puasa menjadikan pekerjaan orang Mukmin sentiasa berada di antara kebenaran yang dituntut oleh Allah. Ini jelas, kerana ibadah puasa melalui ketaqwaan iaitu menjunjung perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya seperti firman Allah:

يَأ َيُّهَا الـَّذِيْنَءَامَنُوْا كُتِبَ عَلـَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلىَ الـَّذِيْن َ مِنْ قـَبْلِكُمْ لـَعَلـَّكُمْ تـَتـَّقـُوْن.َ
(البقرة – 183)
Maksudnya:

“Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibhkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah ayat 183).


Puasa merupakan sekolah terbesar untuk mendidik budi pekerti orang Mukmin melalui latihan untuk memiliki sifat-sifat terpuji. Puasa juga adalah jihad penentang segala keinginan hawa nafsu, hasutan syaitan yang beriman di fikiran orang Mukmnin. Puasa juga dapat membiasakan manusia supaya memiliki sifat sabar dalam mengadapi perkara-perkara yang tidak dapat diacapai dan kesukaran yang terpaksa ditempuhinya. Contohnya seperti di dalam keadaan seorang itu dapat mencium bau makanan yang sedap atau dapat melihat minuman air yang sejuk dan terhidang di hadapannya, akan tetapi dia tidak dapat menikmatinya.

Antara lain puasa juga mengajar seorang supaya beramanah dan mengingati Allah s.w.t. sama ada di masa terang atau berselindung kerana tidak ada orang yanag dapat mengawasi seorang yang berpuasa itu dalam masa puasanya melainkan Allah sahaja.

Puasa meneguhkan kemahuan serta menguatkan cita-cita. Puasa juga mengajar kesabaran dan membantu bagi memerangi akal fikiran serta memberi ilham dan pendapat yang sama apabila seorang yang berpuasa itu dapat melangkahi terhadap kepenatan dan lupa kepada perkara-perkara yang membawa kepada kelesuan dan kepenatan. Lokman telah berkata kepada anaknya. ”Wahai anakku apabila perut penuh dengan makanan, pemikiran menjadi lesu, kebijaksanaan menjadi kaku, manakala anggota pula menjadi malas untuk beribadah.”

Puasa mengajar supaya berdisplin dan berperaturan, kerana puasa memaksa seseorang yang berpuasa supaya makan atau minum dalam masa yang ditetapkan. Puasa menggambarkan penyatuan umat Islam baik di Timur mahupun di Barat. Mereka semuanya berpuasa dan berbuka pada masa yang satu. Ini kerana Tuhan mereka satu, sebagaimana dalam istiadat mereka juga disatukan.

Ibadah puasa menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia, juga melahirkan semangat berkerjasama di antara orang Islam. Pertalian silaturrahim dan bekerjasama dalam menghapusakan ancaman kelaparan. Keadaan itu meneguh ikatan sosial antara sesama mereka, serta menganjurkan semangat kerjasama dalam mengubati penyakit yang timbul dalam masyarakat.

Ibadat puasa secara amalinya dapat membaharui hidup manusia melalui sel-sel dengan membuang sel-sel yang tua di samping memberi rehat kepada jentera yang menjalankan pengisaran makanan. Dengan ibadah puasa juga dapat melaksanakan pantang larang serta menghapuskan sisa-sisa makanan yang belum dihazamkan.

Puasa adalah rukun Islam yang ketiga selepas mengucap dua kalimah syahadah dan sembahyang yang mana Allah mewajibkan orang Islam kerana mempunyai banyak faedah yang besar. Antaranya.
a. Melenyapkan nafsu amarah dan memecahkan kubunya yang ada pada anggota mata, telinga, lidah dan faraj. Ibadah puasa melemahkan segala anggota tersebut daripada bergerak melakukan keinginan nafsu.

b. Ibadah puasa melahirkan persaan belas kasihan terhadap golongan miskin, kerana seseorang yang berpuasa apabila dapat merasai kelaparan untuk beberapa ketika dia akan mengingati kelaparan itu setiap masa.

c. Ssma-sama dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan fakir miskin. Dengan ini martabatnya diangkat di sisi Allah. Disebutkan di dalam ”Kitab al-Idah” ”Ketahui oleh mu bahawa puasa adalah sebesar-besar rukun Islam dsan seteguh-teguh undang-undang syara’ ” Ibadah puasa dapat mematahkan nafsu amarah. Ibadah ini tersusun daripada amalaan-amalan hati, menahan daripada makan, minum dan bersetubuh di sepanjang hari. Puasa menggambarkan perangai dan budi pekerti yang baik. Bagaimanapun ianya adalah kewajipan yang paling sukar ke atas seseorang itu.

Sekian dahulu, akan disambung

No comments:

Post a Comment