Wednesday, June 23, 2010
Ehwal Amar Makruf Nahi Munkar - Siaran 265
CHE DAN BIN AHMAD,
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/
EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 265
Amar Makruf Dan Nahi Munkar.
Pendahuluan.
.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.
”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab - ayat 56)
AMAR MAKRUF DAN NADI MUNKAR.
Ketahuilah bahawasaya amar makruf (menyuruh melakukan kebaikan) dan nahi munkar (mencegah melakukan kejahatan) adalah puncak tertinggi dalam agama Islam. Ia merupakan suatu soal yang amat penting sekali, yang kerananya Allah s.w.t. telah mengutus para nabi sekalian. Andaikata tugas ini dilengahkan dan segala jentera amar makruf dan nahi munkar itu dicuaikan, sama ada dalam ilmu pengetahuan mahupun amalan, tentulah kesesatan beramahajarela dan kejahilan terus akan melanda setiap orang, dan ketika itu negara akan menjadi rosak binasa rakyatnya menjadi kacau bilau.
Oleh kerana itu, maka sewajarnayalah kita memohon prerlindungan kepada Allah s.w.t. agar pekerjaan amar makruf dan nahi munkar ini tiada terlepas dari puncaknya, sama ada mengenai amalan mahupun imlunya, sehingg hakikat dan perasatnya tiada terhapus samasekali, dan sehingga hati manusia tiada dipengaruhi oleh kekeliruan, sampai tertutup dari hati itu ingatan dan perhatiannya kepada Allah s.w.t.
Oleh itu jangan sampai manusia akan berwinang-winang menurutkan kemahuan hawa nafsi dan syahawatnya laksana binatang. Ketika itu akanmenjadi sukar sekali tedapat dfi atas muka bumi ini seorang mukmin dalam artikata benar-benar beriman, yangtiada akan menghiraukan celaan orang dalam berpeganf kepada yang benar dan hak. Tiada perlindungan melainkan kepada Allah sahaja, dan tiada pengharapan melainkan kepadaNya hanya sahaja.
Berikut penulis membentangkan tujuan-tujuan dari Blog ini, iaitu amar makruf dan nahi munkar serta kewajipan menyempurnakannya, keutamaannya dan kecelaannya dalam melailaikannya.
Wajib menjalankan amar makruf nahi munkar.
Tugas menjalankan amar makruf dan nahi munkar ; iaitu menyruh membuat kebaikan dan melarang dari membuat kejahatan menjadi wajib, ditilik dari beberapa ayat al-Quran seperti berikut:
وَلـْتَكُنْ مِنْكُمْ أ ُمَّة ٌ يَدْعُوْنَ إ ِلىَ الـْخَيْرِ وَيَأ ْمُرُوْنَ بِالـْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الـْمُنْكَرِ وَأ ُوْلـَـءِـكَ هُمُ الـْمُفـْلِهُوْنَ.
(ال عمران 104)
Maksudnya: Wajiblah ada di antara kamu suatu umat atau golongan yang menyuruh manusia kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat yang baik dan melarang berbuat yang jahat. Mereka itulah orang-orang yang berjaya (bahagia). (Al-Imran ayat 104)
Ayat tersebut jelas sekali menunjukkan kewajipan hukum amar makruf dan nahi munkar. Sebab perkataan وَلـْتَكُنْ yang bermaksud ”wajiblah ada ” merupakan suatu perintah, dan zahir sekali perintah itu menunjukkan kewajipan perkara yang di suruh. Kemudian dalam ayat itu diteranghkan pula perkataan berjaya atau bahagia, yang mana pencapaian tingkat itu bergantung dengan melakukan perintah yang wajib tadi. Perhatikanlah firmanNya وَأ ُوْلـَـءِـكَ هُمُ الـْمُفـْلِهُوْنَ yang maksudnya: ”mereka itulah orang-orang yang berjaya (bahagia). Tenyata padanya bahawa tugas itu merupakan wajib fardu kifayah, bukannya fatdu ’ain, yang mana bila sesuatu umat atau golongan menjalankan perintah atau tugas itu, maka gugurlah kefarduannya ke atas semua manusaia yang lain.
Firman Allah s.w.t. :
وَالـْمُؤْمِنُوْنَ وَالـْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أ َوْلـِيَاءُ بعْضٍ يَأ ْمُرُوْنَ بِالـْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الـْمُنْكَرِ وَيُقِيْمُوْنَ الصَّلَاةَ.
(التوبة: 71)
Maksudnya ; Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, setengah mereka menjadi pemimpin kepada setengah yang lain; mereka menyuruh mengerjakan yang baik dan melarang dari mengerjakan yang jahat dan mereka mendirikan sembahyang. (At-Taubat ayat 71).
Firman Allah s.w.t. :
فَلـَوْلَا كانَ مِنَ الـْقُرُوْنِ مِنْ قَبْلِكُمْ أ ُوْلُوِا بَقِيَّةٍ يَنْهَوْنَ عَنِ الـْفَسَادِ فِى الْاَرْضٍ إِلا َّ قَلِيْلاً مِمَّنْ أ َنْجَيْنَا مِنْهُمْ.
Ertinya: Mengapa tidak diperdapat dari angkatan (turunan) yang terdahulu dari kamu orang-orang yang mempunyai kelebihan, yang akan melarang manusia dari mengerjakan keburukan di muka bumi kecuali sebahagian kecil sahaja di antara orang-orang yang telah kami selamatkan. (Hud; 116)
Ayat tadi menerangkan kepada kita, bahawa Allah s.w.t. telah memusnahkan semua mereka, kecuali sebahagian kecil sahaja dari orang-orang yang telah mencegah melakukan keaburukan itu.
Firman Allah s.w.t.
لَاخَيْرَ فِيْ كَثِيْرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إ لا َّمَنْ أ َمَرَ بِصَدَقَةٍ أ َوْ مَعْرُوْفٍ أ َوْ إ ِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلـِكَ ابْتـِغَاءَ مَرْ ضَاتِ اللهِ فَسَوْفَ نـُؤْتـِيْهِ أ َجْرًا عَظِيْمًا. (النسـاؤ: 11)
Maksudnya: “Tiada mendtangkan kebaikan dalam banyaknya rapat-rapat rahsia mereka, melainkan yang mendangkan kebaikan itu ialah bagi orang-orang yang menyuruh bersedekah, atau melakukan kebaikan, atau membuat perdamaian antara manusia. Barangsiapa yang mengerjakan itu kerana menhgharapkan keredaan Allah, akan kami berikan kepadanya pahala yang besar.” (An-Nisa’: 11).
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Bakr as-Sidik r.a.:
Bermaksud:” Tidak ada suatu kaum pun yang melakukan maksiat-maksiat, sedang dalam kalangan kaum itu ada orang yang mampu mencegah mereka dari perbuatannya itu tetapi ia tiada berbuat, tidakkah ia merasa bimbang bahawa Allah hampir-hampir akan menimpakan siksaan atas nereka sekalian “ (HR Muslim)
1..Syarat yang menyebabkan nahi munkar itu perlu ialah :.
a. Ia hendaklah perkara yang dicegah itu suatu perkara munkar ; iaitu perkara yang terlarang dilakukan dalam syariat Islam. Perkataan munkar lebih umum dari perkataan maksiat. Sesiapa yang menyaksikan seseorang anak kecil, atau seorang gila meminum arak, maka hendaklah ia menuangkan arak itu ke tanah. Begitu juga jika dia melihat seorang lelaki gila berzina dengan perempuan gila, atau melakukan zina dengan binatang, maka wajiblah ia mencegahnya, pada hal perkara itu tidak dikira satu maksiat atas orang gila.
b. Selain itu munkar tidak dikhusuakan semata-mata atas dosa-dosa besar sahaja, malah dikira munkar juga bila bertelanjang seorang diri di dalam tempat mandi, ataupun berkhalawat (duduk bersama-sama) dengan wanita-wanita asing (bukan mahram), memandang berturut-turut kepada wanita-wanita asing. Semua itu terkira dalam kategori dosa-dosa kecil yang wajib juga dilarang melaklukannya.
c. Hendaklah kemungkaran itu dilakukan secara terang-terangan yang
dapat di lihat orang. Bukan yang diintip-intip. Barangsiapa yang
melalukan maksiat secara tertutup di dalam rumah seraya menutup
pintu rumahnya, tidak harus memasuki rumah itu tanpa izin untuk
melihat maksiat yang dilakukannya, dan tidak boleh juga di intip
kelakuannya di dalam rumahnya. Allah s.w.t. telah melarang
mengintip dalam firmanNya: (وَلآتَجَسَّسُوْا ) _Janganlah kamu
mengintip-mengintip. (Al-Hujrat 13).
d. Demikianlah hendaknya dilakukan sehingga sekiranya seorang fasiq bila terlihat di kaki kainya sesuatu, tidak haruslah diberitahu kepadanya agar tersingkap rahsianya. Hendaklah kemunkaran itu dalam perkara-perkara yang telah diketahui hukumnya, bukan yang dihukumkan secara berijtihad.a yang disimpulkan melalui ijtihad, tidak boleh diinkari. Seorang yang bermazhab Hanafi tidak boleh menghingkari perbuatan orang yang bermazhab Syafei dalam perkara-perkara yang dutentukan menerusi ijtihad, yakni dalam masalah-lmasalah yang dipertelingkahkan di antara para Imam mazhab, sebab tiada diketahui kekhilapan orang yang tiada sependapat dengannya secara pasti, melainkan secara zanni (di dasarkan atas sangkaan semata-mata).
e. Yang patut diinkari bila ia merupakan kemungkaran yang dipersepakati dalam semua Mazhab. Begitu pula kemungkaran yang dilakukan oleh puak-puak yang membuat bid’ah yang tiada syak lagi telah ternyata kesalahannya, harus ditegah, mdelainkan kesalahan-keslahan yang masih dalam persangkaan sebagai hasil ijtihad. (390)
2..Darjat Pertama Mencegah Kemungkaran.
a. Iaitu memberi peringatan, yakni mengingatkan orang yang di ingkari perilakunya, bahawa apa yang dilakukan itu adalah suatu munkar yang dilarang oleh ugama. Sebab munkin sekali orang itu melakukan tanpa pengetahuan dan bila ia diberitahu yang perbuatannya itu adalah suatu munkar, munkin sekali dia akan menjauhinya. Dalam keadaan ini, pemberitahuan itu hendaklah mengambil sikap lemah lembut tanpa kekerasan, kerana dengan pemberitahuan itu sendiri sudah tersingkap keburukan orang itu dan hatinya pun telah tersentuh. Jadi sebaik-baik cara untuk menutup malunya ialah dengan kata-kata yang sopan santun.
b. Misalnya ia berkata: Sebenarnya manusia itu pernah dilahirakan terus menjadi ‘alim dan mengerti segala-galanya, tetapi semua kita pada mulanya adalah jahil dan bodoh, kemudian para ‘alim ulam’ pun mengenalkan kepada kita mana yang betul dan mana pula yang salah. Yang sebenarny dalam perkara ini ialah bagini……….. dan bagini…… Demikianlah caranya kita menunjukkan orang itu akan kesalahannya, supaya pemberitahuan kita kepadanya sampai tanpa menyakiti hatinya.
c. Sebab menyakitu hati seseorang Muslim adalah haram dan ditegah dengan keras, manakala mengakui kemungkaran yang dibuatnya dengan bersikap berdiam diri pula sama juga i larang. Bukan orang berakal namanya, bila ia mencuci darah dengan darah atau membersihkan darah dengan aitr kencing. Demikianlah perumpamaan bagi orang yang menegur sesuatu kemunkaran yang dilakukan oleh seorang kawan dengan menyakiti harinya. (391)
3..Darjat Kedua Mencegah Kemungkaran.
a. Mencegah kemungkaran dengan jalan memberi kuliah, memberi nasihat dan menggambarkan ancaman Allah s.w.t. dan kemurkaannya. Cara begini ditujukan kepada orang yang berani melakukan kemungkaran itu, pada hal ia mengetahui bahawa yang dilakukannya itu suatu kemungkaran yang ditegah oleh Allah s.w.t. iaitu seperti orang yang selalu meminum minuman keras, atau yang sering menganiaya manusia lain, atau suka mencaci kaum Muslimin dan seumpamanya.
b. Orang yang semacam ini perlu diberikan peringatan dan nasihat serta diancam dengan kemurkaan Allah s.w.t.. Kepadanya harus diingatkan mengenai berita-berita dari al-Quran atau hadis tentang ancaman yang dijanjikan terhadap pelaku kemungkaran itu. Perbanyakkanlah nasihat kepadanya tentang cerita-cerita perjalanan sulup soleh dan peribadatan kaum muttaqin.
c. Semuanya itu hendaklah disampaikan dengan cara berlemah lembut, penuh belas kasihan, bukan dengan cara kekerasan dan marah-marah. Juga hendaklah ia memandang terhadap orang itu dengan pandangan seorang pembelas pengasih.
4.. Darjat ketiga Mencegah Kemungkaan.
a. Menggunakan kekerasan dalam mencegah kemungkaran, iaitu dengan mengucapkan kata-kata yang kasar dan berkesan. Ini dilakukan apabila cara berlemah lembut dan memberi nasihat dengan baik tidak meninggalkan apa-apa faedah yang berkesan, malah pelakuan semakin menunjukkan sikap menentang dan tidak peduli dan seterusnya mengejek-ngejek terhadap nasihat dan petunjuk yang diberikan kepadanya. Misalnya ialah seperti yang berlaku ke atas Nabi Ibrahim a.s. sebagaimana yang diceritakan oleh al-Quran Alkarim.
أ ُفٍ لَكُمْ وَلِمَا تَعْبُدُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللهِ أ ِفَلَا تَعْقِلـُونَ.
(الأنبياؤ: 67)
Ertinya: Ces !.. kamu sekalian..! mengapakah kamu
menyembah sesuatu selaian dari Allah.akah kamu tidak
berakal…?
b. Walau bagaimanapun apa yang dilakukan kepada orang itu, hendaklah jangan sampai bersikap keterlaluan dalam megejinya.
Dalam tingkatan ini ada dua cara yang mesti di ikuti iaitu:
(1). Janganlah sampai ia tergesa-gesa hendak mengamnbil sikap
yang keras, melainkan dalam keadaan drarurat sahaja, iaitu
sesudah semua usaha-usaha lain gagal dan sikap berlemah
lembut tidak berguna lagi.
(2).. Hendaklah ia tidak mengucapkan sesuatu kecuali yang benar
sahaja, ringkas pula, dan tidak menyeleweng kepada perkara-
perkara yang tidak perlu,sehingga ucapan itu tidaj menepati
sebabnya, tertapi memadailah ia bercakap sekadar yang perlu
sahaja.
5.. Darjah Keempat Mencegah Kumungkaran.
a. Mengubah atau mencegah kelakuan pelaku kumungkaran itu dengan tangan sendsiri, seperti menuanghkan arak dan memusnahkan barang-barang atau harta benda yang menyebabkan berlakunya atau menahan perlakuan dari melakukan kemungkaran itu.
b. Dalam hal ini, tiada dibenarkan kepada rakyat umum melainkan hanya menahan diri pelakunya sahaja. Adapun menuangkan arak atau memusnahkan harga benda, maka kewajipan ini terletak di atas pihak yang memerintah negara dan wakil-wakil merreka sahaja yang boleh menjatuhkan hukumn sebat atau penjara atau sebagainya ke atas orang-orang yang bersalah. (392)
6..Penangguhan Siaran.
Sekian dahulu penulisan ini, dan akan di sambung lagi dalam Bab yang sama sedikit masa lagi. Insya Sllah.....!
Wassala mualaikum warahmatullahi wabarakatuh...!
(Rujukan: Kitab Bimbingan Mukminin ms 390-392...)
---------------------------ooooo---------------------------------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment