Monday, June 21, 2010

Amalan Ibadat Puasa- Siaran 252








Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


AMALAN IBADAT PUASA RAMADHAN.

Pendahuluan - Siaran 252.

Syukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan taufiq dan inayahNya telah mengizinkan penulis menerbitkan risalah ”Amalan Ibadat Puasa Puasa” ini sebagai sambungan siaran yang lalu. Siaran ini mengandungi mana-mana perkara yang sunat-sunat yang tidak di hebahkan dalam siaran yang lalu, demi untuk kebaikan para pembaca sekalian.

1.. Jangan melakukan Puasa Ramadhan pada hari yang masih diragukan.

Yang dimaksud dengan hari yang diragukan ialah hari yang belum diketahui

apakah masih dalam bulan Sya’aban atau sudah masuk bulan Ramadhan ketika anak bulan tidak kelihatan dek kerana hujan atau awan gelap. Bila keadaannya semacam ini maka hari tersebut dikatakan sebagai hari yang diragukan dan dilarang kita berpuasa pada hari seamacam itu.
(Rujukan Kitab 60 Amalan Bulan Ramadhan m.s.5)

2..Makan Sahur.

Disebutkan dalam Hadis yeng maksudnya berikut:-
”Dari Anas: Rasulullah s.a.w. bersabda ”Sahurlah kamu, kerana dalam sahur itu ada berkatnya” (HR. Bukhari danMuslim.)

Orang berpuasa disunatkan makan sahur. Makan sahur ini oleh Rasulullah dikatakan sebagai makan yang membawa kebaikan dan keutamaan bagi yang melakukan puasa.
Waktu sahur yang paling baik adalah menjelang Subuh, kira-kira 10 minit sebelum waku Imsak. (Rujukan Kitab 60 Amalan Bulan Ramadhan, m.s. 12)

3..Meninggalkan Percakapan dan Perbuatan yang sia-sia.

Orang yang berepuasa, tetapi bercakap bohong, mengeluarkan kata-kata yang kotor atau lucah, memaki hamun orang, mengumpat orang, perbuatan-perbuatan curang, berlaku tidak jujur atau menipu, menonton gambar-gambar lucah, meihat wanita dengan menaikan syahawatnya, maka dia tidak dapat pahala dari puasanya sama sekali, hanya berpenat sahaja.
(Rujukan Kitab 60 Amalan Bulan Ramadhan, m.s. 18.)

4...Menyegerakan Berbuka Puasa.

Berpuasa ditetapkan oleh Islam bermula sejak tibanya waktu Subuh sampai dengan tibanya waktu Maghrib. Disunatkan untuk menyegerakan berbuka bila sudah masuk waktu Maghrib, dan mereka yang segera berbuka mendapat pahala lebih baik daripada orang yang melambat-lambatkan berbuka. Disunatkan makan sebelum mengerjakan solat Maghrib.
(Rujukan Kitab 60 Amalan Bulan Ramadhan, ms 22)

5.. Memberi makanan untuk orang berpuasa.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis Termidzi ia berkata:’
”Dari Zaid bin Khalid Al-Jauhani, dari Nabi s.a.w. sabdanya: ” Barangsiapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang bepuasa, maka ia memperolehi pahala sama dengan orang yang berpuasa; sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikit pun.”
Hadis ini mendorong orang-orang yang berkelebihan agar besedekah kepada saudara-mara yang dalam kekurangan untuk memperolehi makanan berbuka. Masyarakat kita hari ini saling beri-memberi makanan untuk kaum kerabat dan jiran tetangga berbuka puasa untuk merebut pahala sedekah di bulan puasa itu. (Rujukan Kitab 60 Amalan Bulan Ramadhan, m.s. 32)

6.. Melatih anak-anak berpuasa.

Pada masa Rasulullah s.a.w. para orang tua-tua melatih anak-anak kecil mereka untuk berpuasa. Perbuatan itu tidak dilarang oleh Rasulullah, dan ini berarti para orang-orang tua dibenarkan melatih anak-anak kecil mereka berpuasa. Melatih anak-anak dari kecil berpuasa merupakan usaha para sahabat Nabi dan kita hari ini hendaklah berusaha mendidik anak-anak kecil supaya melakukan puasa setakat mana yang mereka berupaya. Dengan demikian mereka dari kecil lagi sudah faham dan terikat di hati mereka untuk berepuasa dan apabila mereka besar nanti mudah mereka melakukannya. (Rujukan Kitab 60 Amalan Bulan Ramadhan m.s. 35)

7..Menghidupkan Malam Ramadhan dengan solat malam.

Pada malam-malam bulan Ramadhan kita dianjurkan untuk melakukan solat-solat malam harinya. Inilah yang dinamakan dengan ”Qiamullail Ramadhan” Barangsiapa melakukannya Qiamullail Ramadhan, maka Allah s.w.t. menjanjikan ampunan dari segala dosanya. Oleh itu marilah kita merebutnya pahala tersebut dengan melakukan solat-solat malam dalam bnulan Ramadhan. (Rujukan kitab 60 Amalam Bulan Ramadhan m.s. 38)

8.. Meninggalkan Puasa Ramadhan tanpa uzur.

Orang-orang Islam yang meninggalkan Puasa Ramadhan dengan tidak bersebab yang di benarkan oleh syarak adalah berdosa besar. Mereka akan menerima balasan yang sepatutnya bukan sahaja di akhirat nanti tetapi juga di dunia ini sudah pun diperolehinhya kerana mereka mengabaikan salah satu kehendak dalam Rukun Islam yang lima itu.
(Rujuk kitab 60 Amanaln Bulan Ramadhan, m.s. 39)


9..Wanita Haid Tidak sah Puasa,Tetapi wajib Menggantinya.

Wanita yang mengalami haid dan nifas pada bulan Ramadhan tidak boleh berpuasa. Akan tetapi ia diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengganti (qada’) puasa yang ditinggalkannya pada hari-hari yang lain dalam tahun itu juga.
Ada pun solat wajib yang ditinggalkan selama masa haid tidak diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menggantinya pada hari-hari yang lain.
(Rujuk Kitab 60 Amalan Bulan Ramadhan, m.s. 41)


10...Wanita hamil dan Menyusu anak boleh tidak berpuasa.

Wanita yang hamil dan menyusu anak bila mereka takut dirinya dan bayinya akan mengalami bahaya maka dibenarkan mereka agar tidak berpuasa Ramadhan dan sebagai gantinya hendaklah qadha’ puasanya itu dan kalau ia terus masih sedemikan ia boleh megeluarkan fidyah, iaitu fidyah itu ialah memberi makan seorang miskin bagi tiap-tiap satu hari puasa yang ditinggalkannya sebanyak ¾ liter beras (lebih kurang secupak).
(Rujuk Kitab Asas-asas Fardhu ’Ain Ustaz Sulaiman Endut m.s. 208)

11... Orang Yang Lanjut Umur Boleh Tidak Berpuasa.

Orang tua yang lanjut umurnya tidak lagi sanggup melakukan puasa Ramadhan boleh tidak berpuasa tetapi wajib keluarkan fidyah. Iaitu fidyah itu ialah memberi makan seorang miskin bagi tiap-tiap satu hari puasa yang ditinggalkannya sebanya 1/4 liter (secupak) beras; atau sesuai dengan jumlah yang ia makan sehari-harinya. (Rujuk Kitab 60 Amalan Bulan Ramadhan, m.s.45)

12..Melakukan Berbekam tidak membatalkan puasa.

Pada mulanya Rasulullah s.a.w. melarang orang berbekam ketika berpuasa, tetapai kemudiannya Baginda membenaranya dan dibolehkan berbekam semsa berpuasa. Terdapat Hadis Rasululah yang berikut:

عَنْ ابْنِ عَبَاسِ: أَنَّ النَّبِىُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلـَّـمَ اِحْتَجَمَ
وَهُوَ مُحْرِمٌ وَاحْتَجَمَ وَهُوَ صَاءِـمٌ. (البخارى)

Dari Ibn ‘Abbas, sesungguhnya Nabi s.a.w. berbekam ketika baginda melakukan ihram dan ketika sedang berpuasa. (H.R.Al-Bukhari)
(Rujuk Kitab 60 Amalan Bulan Ramadhan,m.s. 53
.
13. Dalam Bulan Ramadhan banyakkanlah Sedekah.

Bulan Ramadhan merupakan kesempatan terbesar bagi setiap orang Islam untuk meningkatkan amal kebajikannya. Bahkan Rasulullah s.a.w. menafaatkan bulan Ramadhan dengan mengeluarkan sedekah jauh lebaih banyak dibanding pada bulan yang lain. Kerana it setiap Muslim yang mampu hendaknya memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadhan ini.

Memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadhan boleh dilakukan dengan apa saja. Jika tidak dapat memberaikan sedekah berupa makanan yang baik-baik, maka ia dapat memberikan seteguk air minum kepada saudaranya untuk berbuka puasa sudah memadai. Begitu juga sedekah yang merupakan perbuatan seperti membersihkan kawasan masjid, kawasan kubur orang Islam, menolong dengan tenaga kepada orang Islam yang dalam kesusahan, dan sebagai lagi amatlah dihargai.
(Rujukan Kitab 60 Amalan Bulan Ramadhan, m.s. 58)

14.. Memperbanyakkan Tadarus Al-Quran.

Pada setiap malam bulan Ramadhan setiap orang Islam hendaklah memperbanyakkan membaca Al-Quran untuk menimba pahala membaca ayat-ayat suci Al-Quran, kerana pada setiap malam bulan Ramadhan Rasulullah s.a.w. memenuhi malam-malam tersebut dengan membaca Al-Quran. Jadi adalah sunnah bagi kita melakukan amalan seperti itu.
Rujukan Kitab 60 AmalanBikan ramadhan, m.s. 60)


15. Seambahyang Tarawih.

Solat tarawih adalah solat malam yang dilakukan pada malam Ramadhan. Sabda Rasulullah s.w. yang bermaksud:-

”Bulan Ramadhan adalah bulan Allah menetapkan kewajipan puasa kepada kamu, dan aku sunatkan kepada kamu solat tarawih pada malam harinya. Barangsiapa berpuasa pada siang harinya dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharakan keredaan Allah, maka ia kelak bersih dari segala dosa-dosanya seperti seorang bayi yag dilahirkan oleh ibunya.” (H.R. Ibnu Khuzaimah) (Rujuk Kitab 60 Amalan Bilan Ramadhan,m.s. 66)

16..Solat Berjemaah dianjurkan.

Solat tarawih adalah di suruh oleh Rasulullah s.a.w supaya solat berjemaah. Orang yang melakukan solat tarawih berjemaah hendaklah mengikuti imam sampai selesainya solat tarawih dan solat witir. Kerana pahala yang diperolehinya sama dengan pahala orang yang melakukan solat malam sepanjang malam itu. Solat tarawih terdiri dari dua bahagian iaitu solat tarawih malam bulan Ramadhan yang dilakukan dua puluh rakaat dan solat witir yang dilakukan tiga rakaat dalam dua salam. Terdapat masa kini ada orang melakukan solat tarawih hanya lapan rekaat sahaja dan tidak mengikuti imam melakukan solat witir, maka mereka itu tadalah mendapat pahala sebagai pahala solat malam seluruh malam itu. Mereka juga tidak dapat pahala berjemaah yang sebanyak dua puluh tujuh pahala itu kerana tidak berjemaah sesama imam hingga selesai.
(Rujuk 60 Amalan Bulan Ramadhan, m.s. 70)

17.. Memperbanyakkan Ibadah Pada 10 Hari Akhir Ramadhan.

Bila kita memasuki sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan hendaklah kita memperbanyakkan ibadah sunnah seperti betiktikaf dalam masjid, melakukan Qiamullail iaitu mengerjakan Solat Tahajjud, Solat Tasbih, Solat Hajat, Solat Taubat dan Solat Witir, serta memberi sedekah makanan kepada kaum Muslimin Muslimat. Oleh kerana pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan Rasulullah s.a.w. menjuhi isteri-isterinya kerana baginda beriktikaf dalam masjid dan baginda mengajak keluarganya untuk memperbanyakkan ibadah.
(Rujuk Kitab 60 Amalan Bulan Rmadhan,m.s. 83)

18.. Memperbanyakkan Amalan Malam ”Lailatul Qadar”

Malam ”Lailatul Qadar” lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah s.w.t. untuk mengatur segala urusan. Amal kebajikan seperti membaca al-Quran, mengerjakan solat-solat sunat malam, (Qiamullaial), berdoa, mengucap wirid, berzikir, mempelajari ehwal agama Islam dan bersedekah yang kita lakukan bertetapan dengan malam ”Lailatul Qadar”,Allah s.w.t. akan memberi pahala sama dengan pahala orang yang nmwelakajukaj amal seribu balan terus-menerus. Firman Allah s.w.t.:

لَيْلـَة ُ الـْقَدْرِ خَيْر مِنْ أ َلـْفِ شَهْـرٍ (3) تـَنَـزَلُ الـْمَلـَـءِكَةُ وَالرُّوحُ فِيْهـَا
بـِاءِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أ َمْرٍ (4) سَــلـَمٌ هِىَ حَتَّى مَطْلَعِ الـْفَجْرِ (5)
(سوره القدر اية 3-5).

Ertinya: “Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam iatu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar. (Al-Qadar ayat 3-5)
Malam “Lailatul Qadar” itu kita tidak ketahui tetapi baginda Rasulullah :-

اِبْتـَغُوْهـَا فِى الـْعَشـْرِ الْأ َوَاخـِرِ.

“:Carilah malam tersebut padasepuluh hari terakhir (Ramadhan)”

19.. Mengeluarkan Zakat Fitrah

Zakat Fitrah diwajibkan kepada setiap orang muslim, kecil mahupun besar. Lelalki mahupun perempuan, majikan mahupun buruh, asalkan mampu. Zakat fitrah anak-anak, para isteri, pembantu rumahtangga, menjadi tanggungan ketua keluarga. Bayi yang lahir pada awal Syawal setelah Maghrib wajib dibayar zakat fitrah, kerana dia tergolong anak kecil yang telah wajib untuk dikeluatkan zakat fitrahnya. Zakat diamabil dari bahan makanan yang biasa dimakan oleh penduduk setempat ataupun dikira dengan harga bahan makanan itu untuk diberikan zakat fitrah.
Adapun waktu sunat untuk mengeluarkan zakat fitrah adalah tiga hari atau dua hari sebelum hari raya Aidil Fitri. Waktu haram mengeluarkan zakat fitrah iaitu sesudah orang-orang selesai mengerjakan solat Aidil Fitri.
(Rujuk Kitab 60 Amalan Bulan Ramadhabn, msm 93)

20..Amalan-amalan sunat di pagi Aidil Fitri.

Sebelum menuju ke tempat solat untuk mengerjakan solat Aidil Fitri, kita disunatkan untuk mandi kerana hari itu adalah hari kemuliaan dan hari pembebeasn diri dari dosa-dosa yang telah lalu.

Kaum muslimin dan muslimat disunatkan memakai pakaian yang cantik, bersih dab segak dipandang semasa menghadiri sembahyang Aidil Fitri dan Sembahyang Aidil Adha. Kerana mengikut contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. apabila baginda menghadiri di kedua-dua sembahyang tersebut baginda memakai pakaian yang terbaik dan mahal harganya yang merupakan pakaian yang mewah.

Setelah puasa sebulan penuh, ketika menyambut datangnya solat Aidil Fitri, dan sebelum berangkat ke tempat solat Rasulullah s.a.w. makan terlebih dahulu. Oleh itu kita perlulah mengikuti contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.itu dan perbuatan ini adalah sunat dilakukan.

Sekan dahulu bagi Siaran ini dan kita akan bertemu kembali dan diucapkan ribuan terima kasih kerana mengikuti Blog ini.




--------------------------oooooooooooooooo---------------------------------

No comments:

Post a Comment