Monday, August 24, 2009

ASAS-ASAS FARDU 'AIN - SIARAN KE 14

Daripada:

Hj.Che’ Dan bin Ahmad
No.770, Permatang Pasir, 34950 Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/

ULANGKAJI ASAS-ASAS FARDHU ‘AIN – SIARAN KE 14


Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini.
Penulis telah pun menyampaikan dalam berbagai bentuk pengajaran dalam Blog-blog yang lalu dan hasrat penulis untuk masa jangka panjang ingin menyiarkan tajuk-tajuk dalam bidang merangkumi bidang-bidang seperti Asas-asas Fardhu ‘Ain, Fiqh As-Shafi’ei, Pendidikan Akhlak, Munakahat, Muamalat,
Bhagian Syar’iyyah, Aqidah Ahli Sunnah Waljuma’ah, Al-Sunnah dan Al-Quran.

Mulai masa kini Penulis akan bermula dari peringkat bawah dan kemudian beransur-ansur ke atas supaya membolehkan mereka yang masih di peringkat asas dapat mengikuti sama, dan semasa itu juga bolehlah mereka yang sudahpun berada di peringkat tinggi dapat mengulangkaji perkara-perkara tersebut.

Asas-Asas Fardhu ‘Ain

1..Rukun Islam-Mengucap Dua Kalimah Syahadat.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Islam itu dibina di atas lima asas iaitu Syahadat atau naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah. Kedua ialah mendirikan sembahyang fardhu lima waktu, Ketiga ialah berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan, Keempat ialah membaya Zakat dan Kelima ialah menunaikan fardhu haji ke Mekah bagi yang berkuasa.”

Hadis tersbut merupakan suatu hadis yang amat penting yang membicarakan tentang Rukun Islam yang lima yang wajib diketahui dan dipatuhi serta diamalkan oleh setiap orang yang mengaku dirnya seorang Islam. Rukun Islam yang lima itu merupakan asas bagi keislamam seseorang. Tidaklah sempurna keislaman seseorang itu selagi rukun-rukun yang lima ini diabaikan.

1.. Makna Syahadat.

Kalimah Syahadat itu ialah:
أ َشْهَدُ أ َنْ لآ إِلـَـهَ إِلا َّ اللهُ وَأ َشْهَـدُ أ َنَّ مُحَمَّدً رَسُولُ اللهِ.
Bermaksud: “Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammd itu adalah Rasulullah.”

Dua kalimah atau dinamakan Kalimah Tauhid itu mestilah diikrar sekaligus. Seseorang yang menyebut atau menerima separuh sahaja seperti “Ashadu allaa ilaha illallah” adalah tidak memadai dan tidak sah dia menjadi seorang Islam. Oleh itu wajib dia ikrar kedua-duanya, sebab itulah dinamakan Dua Kalimah Syahadat

2. Hukum Melafazkan Syahadat

Setiap orang yang melafazkan shyahadat dengan kesukaan dan kerelaan hatinya untuk menganut Islam menurut hukum Islam adalah dianggap seorang Islam atau Muslim yang mempunyai hak dan kewajipan menurut syariat Islam, dan wajib dikenakan ke atasnya segala undang-undang dan peraturan-peraturan Islam.

Tidaklah wajib atas kita mengetahui sejauh mana kebenaran atau kesilapan syahadatnya, kerana kita hanya dipertanggungjawabkan untuk memberi hukum berdasarkan apa yang zahir sahaja. Hakikat di hatinya terserahlah kepada Allah. Andainya dua kalimah syahadat yang diucapkan menepati antara lidah dan hatinya itulah syahadat yang benar. Sementara syahadat dengan lidah tetapi tidak diyakini dengan hatinya disebut syahadat yang dusta (Syahadat al-Zur).

Kalimah “La ilaha illah” (لآ إ ِله إلآ الله) (Tidak ada Tuhan melainkan Allah). Susunan kalimahh syahadat ini dumulai dengan perkataan “tidak” yang bertujuan ialah untuk menafikan segala rupa bentuk tuhan, kepercayaan, keyakinan dan akidah dan saebagainya. Ertinya seorang Islam itu hendaklah terlebih dahulu membersihkan hatinya daripada segala bentuk kepercayaan, keyakinan dan fahaman terhadap benda lain yang lebih berkuasa di dunia ini dan menyakini seseungguh-sungguh akan kewujudan dan kekuasaan Allah Yang Maha Esa. Dengan itu akan selamatlah seseorang itu daripada kesesatan hidup di dunia ini, kemudiannya akan menjaminkan keselamatan hidupnya dan di akhirat. Itulah kepercayaan yang dibawa dan diajar kerpada seluruh manusia dan jin oleh Nabi Allah Adam a.s., kemudiannya diikuti oleh Nabi Nuh, Hud, Salleh, Ibrahim, Musa hingga Nabi Muhammad s.a.w.
Syahadat kedua ialah “Waasyhadu Anna Muhammadan Rasulullah”
وأشهد أن محمد رسول الله)) (dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah). Syahadat kedua ini menunjukkan bahawa orang yang mengucap dua kalimah syahadat ini mengaku dirinya tunduk, patuh dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang rasul dan utusan Allah dan dengan ini mengaku akan menurut segala ajaran tanpa ragu-ragu lagi.

3.. Konsep Syahadat.

Setiap orang Islam, sama ada Islamnya adalah Islam keturunan yang diwarisi daripada kedua ibu bapanya ataupun tidak adalah diwajikan mengetahui dan memahami konsep syahadat atau makna-makna yang terkandung dalam dua kalimah syahadat. Ini adalah disebabkan semakin luas dan mendalam kita mengetahui, mengerti dan memahami konsrep syahadat maka semakin kuat dan teguhlah kesedaran dan keimanan untuk menunaikan tuntutan-tuntutan dua kalimah syahadat itu, iaitu:-

a. Dibuktikan dengan mendirikan sembahyang lima waktu yang merupakan sebagai tiang kepada kebesaran Islam.
b. Dibuktikan dengan menunaikan zakat.
c. Dibuktikan dengan menunaikan ibadat puasa Ramadan.
d. Dibuktikan dengan menunaikan ibadat haji ke Mekah, bagi yang berkuasa sekali seumur hidup.
e. Kerzuhudan hidup di dunia ini dengan meninggalkan dosa-dosa besar, dan perbuatan-perbuatan yang mungkar yang diharamkan dan dilarang oleh Allah.
f.
Seseorang Muslim yang membuktikan penyaksiannya kebenaran Allah dan Rasulnya dengan lima ciri amalan fardhu tersebut, yang juga merupakan asas kepada binaan Muslim yang dijanjikan oleh Allah mendapat kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

4.. Syarat-Syarat Dua Kalimah Syahadat

Syarat-syaratnya ialah :-

a. Wajib mengetahui lafaz Dua Kalimah Syahadat itu, wajib mengetahui maknanya dan kandungannya.

b. Wajib mengikrar dengan lidah serta hendaklah mengucapkan (membaca) dua kalimah syahadat dengan selengkapnya.
c. Wajib menyakini maksudnya dan tidak mempunyai keraguan atau merasa sangsi kebenran isi dua kalimah syahadat itu.

d. Hendaklah yakin serta mengamalkan tuntutan dan kehendak-kehendak dua kalimah syahadat itu dan menolak segala apa jua yang bertentagan dengan maksud yang terkandung di dalam dua kalimah syahadat itu.

5.. Hukum-Hukum Yang Berhubung Dengan Dua Kalimah Syahadat.

Seseorang yang telah melafazkan syahadat dengan kerelaan dan kesederannya sendiri dengan tujuan menganut Islam, maka dengan itu sahlah dia menjadi seorang Muslim, dan tertakluk dia kepada hukum-hukum syariat Islam. Tidak ada seseorang pun yangdapat mengecap atau menuduh atau menghukum seseorang itu menjadi kafir melainkan Allah sahaja.

Seseorang Islam itu tidak boleh dihukum kafir melainkan dengan sebab-sebab yang telah dinaskan oleh Islam iaitu:-

a. Mengingkari dan mendustai setiap sesuatu yang telah dinaskan dan difardukan oleh Islam sebagai wajib di imani, sama ada keingkaran itu dengan hatinya atau niatnya sahaja, atau dengan lidah dan katanya seperti mengingkari, menafikan melalui kata-kata akan keutuhan Allah, termasuk menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal..

b. Melakukan amalan atau perbuatan yang ada nasnya bahawa semata-mata dengan melakukan perbuatan atau amalan itu menyebabkan dia kafir seperti melakukan penyembahan yang dinaskan oleh Islam sebagai kafir, atau memakai sesuatu sebagai kafir, atau memakai sesuatu yang melambangkan sebagai kepercayaan atau penyembahan dalam agama kafir.

c. Hukuman tersebut tertakluk kepada (1) Tidak jahil, iaitu setelah sampai seruan kebenaran dan setelah dikemukan hujah (2) Tidak tersalah (al-Khata’) (3) Tidak dipaksa.
-------------

No comments:

Post a Comment