Sunday, August 30, 2009

MASALAH AGAMA ISLAM SIARAN KE 20

Daripada:

Hj.Che’ Dan bin Ahmad
No.770, Permatang Pasir, 34950 Bandar Baharu,
Kedah Darul Aman.
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


500 MASALAH AGAMA – SIARAN KE 20


Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini. Penulis telah pun menyampaikan dalam berbagai bentuk pengajaran dalam Blog-blog yang lalu dan hari ini kembali lagi menyambung membicarakan ehwal Agama Islam bagi memberi bermanafaat kepada kaum Muslimin dan Muslimat sekalian.


MASALAH AGAMA ISLAM - SIARAN KE 20

Masalah 111.

Apakah hukumnya bila seseorang Islam itu mencaci, memaki atau mengeluarkan kata-kata yang tidak bersopan terhadap seorang Muslim yang lain ?

Jawapan.

Setengah daripada maksiat lidah adalah mencaci dan menghina sesama Muslim. Firman Allah s.w.t.;

وَلآ تـَلـْمِزُوْا أ َنـْفـُسَكـُمْ. (الهجرة – 11)

Ertinya: “ Dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri”
(Al-Hujjarat ayat 11)

وَيـْلٌ لِــكـُلِّ هـُمَـزَ ةٍ لـُمَزَةٍ. (الهمزة – 1)

Ertinya “Neraka Wail, bagi setiap pengumpat lagi pencela
.(Al-Humazzat ayat 1.)

Adapun Humazzat makna iaitu pemakan daging-daging manusia (artinya-tukang memakan orang). Dan adapun Lumazah itu maka pencela atas mereka.

Orang-orang beriman hendaklah selalu berusaha menjauhkan diri dari menceritakan keburukan atau mengumpat orang atau saudara sesama Islam, dan menjauhkan diri dari mencaci dan mencela sesama Islam atau menghinakannya. Bersabda Rasulullah s.a.w.:

اَلـْمُسْلِمُ اَخُوالْمُسْلِمِ لآ يَخُوْ نُهُ وَلآ يُكَذِّبُهُ وَلآ يَخْذُلُهُ كُلُّ الـْمُسْلِمِ عَلىَ الـْمُسْلِمِ حَرَامٌ عِرْ ضُهُ وَمَا لـُهُ وَدَمُهُ التـَّقْوَى هَهُنَا – بِحَسَبِ امْرِءٍ مِنَ الشـَّرِ انَ يَحْقِرَ اَخَاهُ الـْمُسْلِمَ. (رواه الترمزى).

Artinya: Muslim adalah saudaranya Muslim. Tidak akan mengkhianatinya, tidak mendustakannya, dan tidak mengkhianatinya. Keseluruhan Muslim atas Muslim itu haram. Kehormatannya, hartanya dan darahnya, taqwa itu di sini. Cukuplah seorang itu tergolong jahat, bahawa dihinanya saudaranya yang Muslim. (H.R. Attirmidzi).

Dari Abi Hurairah pula, bersabda Rasulullah s.a.w. ;

Bermaksud:
Janganlah kamu berdengki-dengki. Janganlah kamu menaikan tawaran harga dagangan dengan maksud menipu, dan janganlah kamu berbenci-benci, dan janganlah kamu saling membelakangi, dan janganlah sebahagian kamu menjual di atas penjualan setengahnya, dan jadilah kamu wahai hamba-hamba Allah satu dengan lainnya bersaudara. Orang Muslim adalah saudaranya Muslim, tidaklah menganaianyanya, tidaklah menghinakannya, dan tidak meremehkannya. Taqwa itu di sini beliau berisyarat keadaannya tiga kali. Cukuplah seorang itu dari pada kejahatan bahawa diremehkannya saudaranya. Keseluruhan Muslim atas Muslim lainnya adalah haram. Darahnya, hartanya dan kehormatannya (H.R.Muslim).
(Rujukan ”Kitab Masalah Agama Jil. 3 ms 96)

Maslah 112.

Seseorang itu mengangkat hadas besar sunat dia mengambil wuduk sebelumnya. Maka setelah selesai mandi hadas besar adakah perlu lagi dia mengambil wuduk kerana tadi dia telah pun mengambil wuduk?

Jawapan.

Jika wuduknya tidak terbatal semasa mandi hadas besar itu seperti tidak menyentuh qubul atau duburnya sendiri dengan tapak tangan atau perut jarinya, maka tidaklah dia dituntut untuk melakukan wuduknya lagi sesudah mandi, kerana ia telah melakukan mandi dengan sempurna.
(Rujukan : Kitab Masalah Agama Jil; 3 m.s. 102)

Masalah 113.

Semasa saya bertugas di dalam hutan tebal yang cuacanya gelap tidak nampak kelihatan awan di langit akibat akan turun hujan, maka masuklah waktu Zuhur, saya tidak tahu dimana barat dan di mana timur atau di mana qiblat untuk bersembahyang. Adakah sah saya berijtihad menentukan arah qiblat sembahyang itu ?.

Jawapan.

Menghadap qiblat adalah salah satu daripada syarat sah sembahyang. Wajib mengadap qiblat dengan yakin dari dekat mahupun dari jauh. Wajiblah ia mengetahui di mana arah qiblat itu. Syarat bagi penentuan arah qiblat adalah:

a. Mengetahui sendiri.
b. Pengkhabaran dari orang berkepercayaan.
c. Ijtihad.
d. Taqlid kepada orang yang berijtihad.

Dalam hal di atas wajib ia mengetahui sendiri di mana qiblatnya. Tetapi kalau ia tidak berupaya wajib ia mencari tahu dari orang-orang yang menegathuinya. Tetapi kalau tidak ada orang tahu, wajib ia menyemak dengan pengalamannya yang lalu. Tetapi ini juga tidak diperolehi, wajib ia berdaya upaya mencari tanda-tanda yang lebih meyakinkan dirinya itu adalah arah qiblat. Jika keseluruhannya itu tidak berdaya maka wajiablah ia berijtihad iaitu membuat kepercayaan dengan cekal hatinya bahawa itulah arah qiblat yang ia tidak menaruh syak wasangka sedikitpun. Sembahyanglah ia dengan khusyuk sperti biasa kerana Allah akan menerima amalan sembahyangnya itu. Firman Allah s.w.t.:

وَمَا جـَعـَلَ عـَلـَيـْكـُمْ فـِى الـد ِّيـن ِ
مـِن ْ حـَرَج ٍ (الحج 78

Allah tiada membuat kesukaran ke atas kamu dalam perkara agama (Al-Haj ayat 78) .

Tetapi ternyata selepas itu dia mendapati Ijtihadnya itu tidak tepat iaitu tersalah mengadap qiblat, maka wajiblah ia qadha sembahyangnya itu selepas yang ia ketahui sahnya kesalahannya itu.
(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 3. m.s 156)



Masalah 114.

Saya ingin tahu apakah fadhilat membaca SuratYasin itu?

Jawapan.

Adapun fadihilat itu amat besar faedahnya kerana surat Yasin itu mempunjyai keutamaan melebihi surat lainnya, lagi pula di hatinya Al-Quran. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas r.a. dari Nabi s.a.w.:

اَنَّ لِكلِّ شَىْءٍ قـَلْبًا وَقـَلْبُ اَلْقُرْأَنِ يَــسِ وَمَنْ قـَرَ أَيَـسِ كَتَبَ اللهُ لَهَ بِقَراءَ تِهَا قِرَاءَةَ الْقُرأَنِ عَشَرَ مَّرَاتٍ. (رواه اترميزى)

Ertinya: Sesungguhnya bagi tiap-tiap sesuatu ada hatinya. Dan hatinya Al-Quran itu adalah Yasin. Dan barang siapa yang membaca Yasin niscaya dituliskan Allah baginya dengan pembacaannya itu, membaca Al-Quran sepuluh kali. (H.R. At-Termidzi):

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w bahawasanya beliau bersabda:

مَنْ قَرَأَ يَـسِ فَى لـَيْلَةٍ اِبْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ غُفِرَ لَهُ مِنْ ذَنْبِهِ فَاقـْرَءُوْهَا عِنْدَ مَوْتـَا كـُمْ. (رواه أطابارانى)

Ertinya: Barangsiapa yang membaca Yasin pada suatu malam, kerana menghendaki keredaan Allah, niscaya diampunkan baginya dari dosanya. Maka bacalah dia pada orang-orang mati kamu (H.R. Kitab Masalah Agama Islam Jil. 4 m.s.61).

Masalah 115.

Ada seorang sahabat saya yang sudah berumur lebih 20 tahun memberi tahu saya yang dia tidak tahu yang dia belum lagi berkhatan. Apakah hukumnya?

Jawapan.

Bahawasanya hukum berkhatan bagi lelaki dan perempun sesudah akil baligh adalah wajib. Maka seseorang wanita yang belum lagi berkhatan wajiblah dia berkhatan. Sekiranya selama ini dia tidak tahu tidaklah berdosa, tetapi sekarang sesudah dia tahu wajiblah disegerakannya, jika tidak ia akan berdosa kerana hukum khatan bagi wanita adalah wajib. Tersebut dalam ”Kitab Isa’adurrofiq, Jil.2 m.s 3 seperti berikut:

Bermaksud: ”Dan setengah daripada maksiat faraj, adalah meninggalkan berkhatan sesudah dewasa, kerana khatan itu hukumnya wajib ketika dewasa itu, atas mukallaf sama ada ia leki-laki atau perempuan. Dan adalah khatan itu dengan memotong kulup laki-laki dan asal ada nama potong bagi permpuan.”

Masalah 116.

Saya dapati ada bebarapa wanita Islam rakan wanita saya yang masih lagi memakai pakaian mendedahkan rambutnya, memakai baju yang ketat bagi menonjol buah dadanya, ada yang menutup kepala tetapi memakai baju tangan pendek menampakkan lengannya. Apakah hukumnya?

Jawapan.

Aurat perempuan di dalam atau di luar sembahyang yang boleh terlihat oleh lelaki ajnabi, hendaklah di tutup seluruh badannya, kecuali muka dan dua tapak tangannya. Jadi rambut, buah dada, lengan, kaki betis, semuanya itu adalah aurat, yang wajib ditutup, dan haram dilihat atau diperlihatkan kepada lelaki ajnabi. Jadi mereka yang anda sebut demikian itu adalah satu perlanggaran dan suatu perkara membuat dosa yang terancam dengan siksaan yang pedih di hari kemudian kelak.
(Rujuk Kitab Masalah Agama, Jil 4, m.s. 104)

Masalah 117.

Semasa menaiki bas yang saya kena berdiri untuk pergi semabahyag Jumaat dan mempunyai wuduk dan dalam perjalanan itu saya tersentuh dengan rambut wanita yang sama-sama berdiri dengan saya. Apakah batal atau tidak wuduk saya itu ?

Jawapan.

Ketahuilah persentuhan yang membatalkan wuduk itu adalah disyaratkan berlainan kelamin yang bukan mahram iaitu kulit dengan kulit. Jadi persentuhan kulit laki-laki dengan gigi, kuku, atau rambut perempuan yang bukan mahram juga tidaklah membatalkan wuduk anda. Kerana gigi, kuku, dan rambut, bukanlah kulit dan tidak membawa kelazatan dengan menyentuhnya.
Terdapat satu siaran dalam Kitab Ghayatul Bayan ’ala Zubadibni Ruslan” halaman 46 yang ertinya seperti berikut:-

”Dan setengah dari pada yang membatalkan wuduk, adalah persentuhan perempuan akan laki-laki; artinya meyentuh laki-laki akan perempuan yang helat lagi dewasa dengan kulit masing-masing. Dan iaitulah selain gigi, rambut, dan kuku atau sesuatu yang semakna dengan keduanya,”

Masalah 118.

Saya ingin tahu si ”A” saudara yang tua dan si ”B” saudara yang muda. Si ”A” mempunyai anak perempuan dan si ”B” mempunyai anak laki-laki. Batalkan wuduknya jika kudua anak-anak mereka bersentuhan kulit dengan kulit.

Jawapan.

Adapun anak si ”A” dan anak si ”B” itu disebut saudara sepupu, dan mereka bukan mahram. Oleh itu jika mereka bersentuhan kulit dengan kulit antara mereka adalah menjadi batallah wuduk keduanya itu.
(Rujukan Kitab Masalah Agama Islam, Jil. 4 m.s 114)


Masalah 119.

Apabila kita mengambil air sembahyang dan telah dilaksanakan dengan segala fardhunya dari sewal sampai akhir. Pada waktu membasuh muka tidak membaca doa, begitu juga di waktu membasuh tangan dan selanjutnya tidak membaca doa, apakah sah air sembahyang itu atau tidak?

Jawapan.

Syarat berwuduk adalah seperti berikut:-
a. Niat
b. Membasuh muka.
c. Membasuh dua tangan berserta sikunya.
d. Menyapu sebahagian kepala.
e. Membasuh dua kaki serta hingga dua mata kakinya.
f. Tertib.

Itulah syarta-syaratnya dan jika tertinggal salah satu dari padanya, maka tidaklah sah air sembahyag atau wuduk tersebut. Dala mhal berwuduk ini tersebut firman Allah s.w.t.:




يَآاَيُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنُوْا إِذَا قُمْتُمْ اِلىَ الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوْا وُجُوْهَكُمْ
وَاَيْدِيَكُمْ إِلىَ الـْمَرَافِقِ وَامْسَحُوْا بِرُؤُسِكُمْ وَاَرْجُلكُمْ
إِلىَ الـْكَعْبَيْنِ. (المأيده: اية 6)

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman. Apabila kamu hendak mengerjaklan solat, maka basuhlah muka mu dan tangan mu sampai ke siku, dan sapulah kepala mu, dan basuhlah kaki mu sampai dengan kedua mata kaki. (Al- Maidah ayat 6)
(Rujukan Kitab Masalah Agama Islam, Jil.4, m.s. 116)


Masalah 120.

Pada masa ini terdapat banyak orang-orang Islam tidak gemar melakukan sembahyang dua rakaat sebelum sembahyang Maghrib kata mereka Rasulullah tidak pernah melakukannya. Apakah betul pendapat itu?

Jaewapan.

Sebenarnya Rasulullah s.a.w. memang ada melakukannya sembahyang dua rakaat sebelum sembahyabg Maghrib. Terdapat hadis yang di riwayatkan oleh Innu Hibban r.a.:-

وَفِىْ رِوَايَةِ ابْنِ حِبَّانِ : اَنَّ النـَّبِىَّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : صَلىَّ قـَبْلَ الـْمَغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ.

Ertinya: Dan dalam satu riwayat bai Ibnu Hibban: Bahwa Nabi s.a.w ada lakukan sembahyang sebelum Maghrib sebanhyak dua rakaat.
(Syed Sabiq dalam Fiqhusunnah , juz 2 m.s.23)
Ditiwayatkan dari Abdullah Al Muzani dari Nabi s.a.w. yang baginda telah bersabda:-

صَلُّوْا قَبْلَ صَلَاةِ الـْمَغْرِبِ قَالَ فِى الثَّا لِـءَـةِ لِمَنْ شَاءَكَرَاهِيَّة َ
اَنْ يَتَّخِذَهَا النَّاسُ سُنَّةً.

Ertinya: Sembahyanglah kamu sebelum sembahyang Maghrib, dan dikatakannya pada ketiga kalinya: Bagi siapa yang mahu kerana khawatir sembahyang itu dijadikan orang sebagai sunnah muakkadah.”

Diriwayatkan dari Anas r.a. berkata ia:-


لَقَدْ رَأ َيْتُ كَبَارَاَصْحَابِ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ للهُ عَلَيْهِ وَسَلـَّمَ
يـَبـْتـَدِ رُوْنَ السَّوَارِىَ عِنْدَ الـْمَغْرِبِ. (رواه البخارى)

Ertinya: Demi sesungguhnya akua pernah melihat orang-orang besar dari sahabat Rasulullahs.a.w. berlumba-lumba mendekati tiang-tiang seketika Maghrib (Maksudnya untuk bersembahyang dua rakaat.) (H.R. Al-Bukhari).
(Rujukan Kitab Masalah Agama Islam, Jil.4, m.s. 150)

----------------------------------ooooooooooo---------------------------

Sekian dahulu disampaikan bagi waktu ini, semoga kita akan berjumpa lagi di halaman Blog ini dalam masa terdeka. Justeru itu penulis mengcapkan Selamat Berpuasa dan seterusnya Selamat Hari Raya Aidil Ftri 1430, dengn Maaf Dzahir Batin jika terdapat apa-apa kesalahan yang tidak sengaja berlaku. Wassa lamu ’alaikum...”

-----------------------sssssssssss--------------------------

Friday, August 28, 2009

JAUHKANLAH AMALAN RIAK - SIARAN KE 19

Daripada:

Hj.Che’ Dan bin Ahmad
No.770, Permatang Pasir, 34950 Bandar Baharu,
Kedah Darul Aman.
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


JAUHKANLAH AMALAN RIAK – SIARAN KE 19


Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini. Penulis telah pun menyampaikan dalam berbagai bentuk pengajaran dalam Blog-blog yang lalu dan hari ini kembali lagi menyambung membicarakan ehwal Agama Islam bagi memberi bermanafaat kepada kaum Muslimin dan Muslimat sekalian.

JAUHKANLAH AMALAN RIAK – SIARAN KE 19

1.. Apakah itu Riak ?

Dari segi agama bererti Memikat Hati Orang Ramai Dengan Menampakkan Berbagai-bagai Amalan Baik. Dilakukan semata-mata untuk ingin megah, ingin pangkat dan kedudukan tinggi.

Maksud Riak - Perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan dan tipudaya orang ramai, kerana mereka itu tentu menyangka ikhlas dan betul.

Jika orang beribadat pada Allah tetapi hatinya ia mengharapkan sesuatu balasan makhluk maka dia seolah-olah mengejek Allah s.w.t. sebab ibadat itu tidak ditujukan pada Allah.

2. Asal-Usul Riak –

a. Mencintai pangkat dan kedudukan.
b. Amat suka ia dipuji orang
c. Elakan dari orang keji dianya.
d. Tamakkan hak orang lain.
e. Perasaan bangga diri dan dengki.
f. Terlalu mementingkan kebendaan.

Bahagian Riak.

3.. Amalan Riak mengandungi ”Riak Tubuh Badan”.

Seperti seorang itu sengaja memberikan tanda atau bekas sujud di dahi supaya ia bermegah yang ia seorang yang kuat beribadat sembahyang.
Juga seperti menghiaskan kecantikan rambutnya dengan berbagai fesyen untuk memegahkan dirinya sebagai seorang yang segak.

4..Riak Dengan Pakaian.

Seseorang itu berlagak dengan pakaian sebagai seorang ’alim dan ia
merasa riak dirinya sebagai seorang ulamak besar. Ada juga orang
sentiasa memakai pakaian yang berjenama bagi menunjukkan ianya
seorang yang kaya raya.

5..Riak Dengan Ucapan.

Apabila dia bercakap yang dia lebih tahu dari orang lain, dia sentiasa
bermegah-megah dengan percakapannya ataupun dia sentiasa berbangga dengan dirinya dari orang lain. Dia memang suka berdebat dan sentiasa hendak menanagkan dirinya selalu.
Dia selalu bercakap sombong yang dianya hebat, orang berada, orang bijak segala-galanya. Dia sentiasa memuji dirinya yang dia itu lebih baik dari orang lain.
Dia selalu mengatakan ”Jika tiada dia misti tidak akan berjaya, dan kerana dialah perkara itu jadi berjaya”

6..Riak Dengan Perbuatan.

Apabila dia bersembahyang di masjid terdapat banyak orang yang
melihatnya dia akan melakukannya dengan begitu tertiab bagi
menunjukkan yang dia amatlah tertib bersembahyang.

Dia selalu bermegah dengan kekayaan wang ringgitnya. Apabila ada
orang memujinya dia akan memberi menderma dengan banyak dan mahu namanya ditulis dengan terang supaya orang dapat tahu yang dialah yang nenderma.
Dia amat bermegah-megah dengan kebendaan seperti memakai jam tangan yang berharga, mahu memiliki kereta besar membesarkan rumahnya supaya dia boleh bermegah dengan orang lain.


7.. Riak Dengan hal-hal Luar Diri.
Seseorang itu sentiasa bermegah-megah dengan adanya banyak sahabat yang berpangkat besar, yang kaya raya atau yang ternama.
Dia amat berbangga apabila ada orang-orang besar itu melawat rumahnya dia akan berbelanja kepada mereka itu. Dia juga selalu bermegah-megah yang dia mempunyai banyak ilmu. Dia sentiasa beri tahu yang sudah banyak pergi melawat negeri-negeri luar.

8..Riak dalam Sembahyang.

Tergesa-gesa menyudahkan solat hingga tidak dapat berzikir dan berdoa kerana ia takutkan Ketuanya marah lambat mausk kerja.
Riak ini menjadi syirik pula kerana dia tidak takutkan Allah murka tetapi takut Kutuanya marah. Dengan itu dia ada dua Tuhan.


Perbuatan itu menyalahi kehendak Allah s.w.t. FirmanNya:

إ ِنَّ الـَّ ِذيـنَ كـَفـَرُوا بــِا َيـَتِ اللهِ لـَهـُم ْعـَذ َابٌ شـَد ِيد ٌ ج
وَاللهُ عـَزِيـزٌ ذ ُو انـْتـِيقــَام ٍ.

Sesunguhnya orang-orang yang engkar terhadap ayat-ayat Allah, akan mendapat siksa yang berat dan Allah Maha Perkasa lagi mempunyai balasan (siksa). ( Al-Imran ayat 4)

9..Riak yang Tertinggi

Orang yang mengucap syahadat dengan lidahnya tetapi batinnya
penuh dengan bohong dan dusta. Orang yang pergi sembahyang Jumaat atau sembahyang lain-lain kerana takutkan celaan orang. Orang yang mengeluarkan zakat kerana takutkan kena kata-nista orang. Orang yang pergi mengerjakan haji kerana takut dikatakan orang kedekut.
Orang yang pura-pura mengerjakan solat-solat sunat di hadapan khalayak ramai. Orang yang sembahyang hanya mengambil yang wajib sahaja. Orang yang sembahyang menambahkan dari apa yang telah disunatkan oleh hukunm syara.’ Untuk menunjukkan lebih berilmu.

10. Riak yang Tersembunyui.

Tidak beramal ibadat bila keseorangan. Bila ada orang ia pun mulalah buat ibadat. Ia merasa bangga dan gembira bila orang tahu ia beramal soleh. Ia ingin sekali jika ia disambut dengan meriah. Ia merasa bangga diberi tempat terhormat dalam satu majlis

Riak gembira dan bangga bila ia disebut dalam majlis itu. Riak menggunamakan namanya beberapa banyak bintang kehormatan yang telah dikurniakan padanya tetapi jika tidak di tulis muram mukanya.

Riak bila ia menderma suka dicatatkan namanya dalam sinarai. Riak dalam jual beli supaya ia tidak dikenakan bayaran atau di kurangkan kerana ia merasa ia seorang istemiwa.


11. Hukumnya Riak.


Riak itu hukumnya haram. Orang yang melakukan sesuatu perbuatan atau percakapan secara riak akan dimurkai Allah s.w.t
Sabda Rasulullah s.a.w. Bermaksud:

“Allah s.w.t. tidak akan menerima sesuatu amalam yang dilakukan dengan riak miskipun riak itu sekadar debu sahaja.
( H.R Bukhari).

Firman Allah s.w.t. :
فـَوَيـْلٌ لــِّـلـْمـُصـَلـِيـْن َ (4) ا َلـَّذ ِيـْن َ هـُمْ عـَـنْ صَلاَ
تـِهـِم ْ سـَا هـُوْن َ (5) ا َلـَّذ ِيـْنَ هـُم ْيـُرَاءُوْن َ.
Ertinya: ”Maka celakalah bagi orang-orang yang bersembahyang yang sentiasa lalai kepada sembahyangnya dan mereka yang mengerjakan kebaikan diminta dilihat oleh orang ” (Al-Ma’uunn ayat 4 -6).

12..Ingatan Kepada Mukmin.

Oleh yang demikian sekalian mukmin dan mukminat diharapkan lakukanlah amalan-amalan yang tidak ada apa-apa perbuatan riak agar amalan-amlan kita yang soleh itu ditujukan khas semata-mata kepada Allah s.w.t. sahaja dan memohon agar Allah s.w.t. memberi pahala dan balasan yang baik di hari qiamat kelak. Amin…..

Untuk Renungan:

Firman Allah s.w.t. :

• ا َ أ َلـْيـَوْم َكـْمـَلـْتُ لـَكـُمْ د ِيـْنـَكـُمْ وَا َتـْمـَمْتُ عـَلـَيـْكـُمْ نـِعـْمـَتِى وَوَضَيـْتُ لـَكـُمُ الْإ ِسـْلـَمَ د ِينـًا . (المأيده : اية 3)

Bermaksud: Di hari ini Aku menyempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku menyempurnakan ke atas kamu nikmat Ku dan Aku redha bagi kamu Islam sebagai agama..
(Al-Maidah ayat 3)

Sabda Rasulullah s.a.w. ”

تـَرَكـْتُ فـِيكـُمْ أ َمـْرَيـْنِ لـَنْ تـَضَلـُّوْا مـَا
تـَمَسَكـّْـتــُمْ بـِهـِمَا: كـِتـَابَ اللهِ وَ سـُنـَّة َ
رَسـُولُ الله. (الحديث - رواه مسلم)
Bermaksud: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah NabiNya.
(H.R. Bukahri dan Muslim)

Sekian, jumpa lagi dalam Blog yang sama akan datang. Terima kasih kpada anda yang sentiasa taat mengikuti Blog siaran yang membicarakan hal ehwal agama Islam, semoga Allah s.w.t. memberi ganjaran pahala di atas ketekunan anda dalam mentala'ah hal ehwal agama Islam. Amin...
(Rujukan "Kitab Imam Ghazali Bimbingan Mukminin Pada Mencari Redha Rabbul 'Alamin" Jilid 1, ms 587)

-----------------------------ooooooooooooo-------------------------



.

MASALAH HARAL DAN HARAM - SIARAN KE 18

Daripada:

Hj.Che’ Dan bin Ahmad
No.770, Permatang Pasir, 34950 Bandar Baharu,
Kedah Darul Aman.
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


MASALAH HALAL DAN HARAM – SIARAN KE 18


Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini. Penulis telah pun menyampaikan dalam berbagai bentuk pengajaran dalam Blog-blog yang lalu dan hari ini kembali lagi menyambung membicarakan ehwal Agama Islam bagi memberi bermanafaat kepada kaum Muslimin dan Muslimat sekalian.

MASALAH HALAL DAN HARAM – SIARAN KE 18

1.. Benda dan Perbuatan Yang Halal.

Satu benda atau suatu perbuatan itu tidak terlepas dari lima perkara:
a. Halal.
b. Haram.
c. Syubhat.
d. Makkruh.
e. Mubah.

2..Makanlah yang halal.

a. Terhadap barang yang halal secara mutlak kita di suruh oleh Allah untuk memakannya, sedangkan terhadap yang haram kita disuruh untuk menjauhkannya.

b. Kerana makanan yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat terkalbulnya doa, dan makanan yang haram dapat menggelapkan hati, serta terdindingnya doa kita.

c. Firman Allah s.w.t.

يـَأَيـُّهَا النـَّاسُ كـُلُوْا مِمَّا فِى الْأ َرْضِ حَلَلًا طَيِّبًا
وَلآ تـَتـِّبِعُوْا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ج إِنَّهُ لَكُمْ عـَدُوٌ مـُبـِين ٌ.
(البقرة 168)

Ertinya: Wahai sekalian manusia ! Makanlah sebahagian dari makanan yang ada di bumi ini, yang halal dan baik, dan janganlah kamu menuruti langkah syaitan, sesungguhnya itu adalah musuh kamu yang nyata. (Al-Baqarah 168)
Firman Allah s.w.t. :

كـُلـُوْا مـِن َ الطـَيـِّبـَاتِ وَاعـْمـَلـُوْا صَالِحًا.

Makanlah dari yang baik (halal) dan kerjakanlah amalan soleh
(Al-Mukminum ayat 51)

Huraian Ayat :
Dalam ayat di atas kita di perintahkan oleh Allah s.w.t. untuk memakan makanan yang baik-baik (halal), itu berarti kita disuruh untuk berusaha dan bekerja mencari makanan-makanan yang halal. Hal ini sama dengan kita diperintahkan untuk solat, berarti kita diperintah untuk melaksanakan wudhuk.

Firman Allah s.w.t.

وَلآ تــَأ ْ كـُلـُوْا أ َمـْوَا لـَكـُمْ بـَيـْنـَكـُمْ بـِا لـْبـَاطـِل ِ.

Jangankah setengah kamu memakan harta setengah yang lain dengan secara kebatilan. (Al-Bqarah ayat 188
Ulasan Ayat :

Allah s.w.t. telah memerintahkan kita memakan barang-barang yang baik sebelum membuat amalan yang soleh. Makanan yan baik itu maksudnya makanan yang halal oleh syarak. Dan janganlah kamu memakan secara kebatilan yakni secara haram.

3...Riba Itu Haram.

يـَأَ يُّهـَا ا لـَّذ ِيـْنَ آ مـَنـُوْا اتـَّقـُوْا اللهَ وَذَرُوْا مَا بـَقـِيَ مـِنَ الـرِّبـَا إ ِنْ كـُنـْتـُمْ مـُؤْ مـِنـِيـءنَ. (ألبقرة 278)

Ertinya:

Wahai orang-orang yang beriman takutlah kepada Allah dan tinggallah sisa-sisa dari riba jika kamu sekalian sebenarnya orang-orang Mukmin.
(Al-Baqarah 278

Firman Allah s.w.t. :

وَأِنْ تـُبـْتـُمْ فـَلـَكـُمْ رُؤُ سُ أ َمـْوَا لـِكـُمْ.

Artinya: Jika kamu bertaubat maka bolehlah kamu mengambil semula pokok harta kamu. (Al-Baqarah 279)

Firman Allah s.w.t. :

وَمـَنْ عـَادَ فـَأ ُوْ لَـءِـك أ َصْحَابُ النـَّارِ هـُمْ فـِيـْهـَا خـَالـِدُوْنَ.

Artinya: Dan barangsiapa mengulangi lagi, maka mereka itu adalah ahli-ahli neraka. (al-Baqarah 275)

Maksud Ayat :

Allah s.w.t. telah menjanjikan pemakan riba pada permulaan kalinya dengan peperangan dari Allah, dan pada pengakhirnya dengan ancaman masuk neraka. Ayat-ayat yang berhubung dengan perkara yang halal dan yang haram amat banyak sekali
.
4.. Tidak akan mencapai keimanan

Seseorang itu tidak akan mencapai keimanan yang haqiqi sehingga ada padanya empat perkara:

(1). Menunaikan segala fardhunya dengan di iringi sunat-sunat.

(2). Memakan yang halal dengan penuh kewaraknya.

(3). Menjauhi segala larangan Allah lahir dan batin.

(4). Bersabar dalam keadaan serupa itu sehingga ke akhir hayatnya.

5..Jenis-jenis Yang halal dan Haram.

Haram kerana sesuatu sifat pada zatnya ialah seperti arak, daging babi, anjing dan komponennya. Yang haram itu semuanya kotor, dan mempunyi unsur-unsur yang merosakkan akal. Yang halal itu semuanya baik dan suci.

Firman Allah s.w.t. :

• إِ نَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتـَة َ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنـْزِيرِ ِوَمَا أ ُهـِلَّ بـِهِ لِغـَيْرِ اللهِ فـَمَنِ اضْطُرَّغـَيرَبـَاغ ٍ وَلَاعـَادٍ فَلاَ إِثـْمَ عـَلَيهِ ج إِ ِنَّ اللهَ غـَفُورٌرَّحـِيمٌ . (البقرة 173)

Bermaksud:” Sesunguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam kedaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Baqarah 173 )
Firman Allah s.w.t. :

يـُرِيدُ اللهُ بـِكـُمُ الـْيـُسْرَ وَلَا يـُرِدُ بِكُمُ الـْعُسْرَ.

Ertinya: Allah berkehendak memberikan kemudahan bagi kamu,dan Dia tidak menghendaki memberikan beban kesukaran kepada mu
(Al-Baqarah 185)


Firman allah s.w.t .:

مَا يـُرِدُ اللهُ لـِيَجْعل َعـَلَيـْكْمْ مِّنْ حـَرَجٍ وَلـَكِنْ يـُرِيـدُ لـِيُطَهـِّرَكُمْ وَلـِيُـتِمَّ نِعْمـَتـَهُ عـَلـَيْكُمْ لَعـَلـَّكُمْ تـَشْكُرُونَ . (المأيده 6)

Maksudsnya:

Allah tidak menghendaki untuk memberikan kamu sesuatu beban yang berat, tetapi Dia berkehendak untuk membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatNya kepada mu supaya kamu berterima kasih.
(Al-Maidah 6)

6.. Jenis-Jenis yang haram.

Haram kerana sesuatu sifat pada zatnya ialah seperti arak, daging babi, anjing dan komponennya. Yang haram itu semuanya kotor, dan mempunyi unsur-unsur yang neroskkan akal. Yang halal itu semuanya baik dan suci.


7.. Semua benda-benda yang dimakan yang terdapat di atas muka bumi ini tidak terkeluar dari tiga bahagian:-
a. Benda galian sepert garam dll.
b. Benda tumbuh tumbuhan.
c. Binatang-binatang.

8.. Benda-benda galian.

Terdiri dari beberapa bahagian bumi dan segala yang keluar dari bumi, maka hukumnya halal, kecuali jika ia mendatangkan mudarat bagi orang memakannya, atau terdapat seperti racun dan kekotoran yang jijik yang boleh merosakkan akal fikiran pemakannya.

9.. Tumbuh-tumbuhan.

Segala tumbuhan tidak haram memakannya, kecuali ada unsur-unsur
yang boleh merosakkan akal fikiran dan memusnahkan kehidupan atau menggangu kasihatan seperti pohon ganja, arak, dan segala yang boleh memabukkan.

9.. Binatang-binatang.

Segala binatang terbahagi kepada yang boleh dan yang tidak boleh di makan. Yang boleh di makan itu hanya disembelih dengan sembelihan yang di aturkan oleh syariat Islam. Yang mati begitu sahaja sebagai bangkai maka haram di makan, kecuali ikan. Anjing dan babi serta anak cucu yang terbit darinya adalah haram.

10.. Tingkatan halal dan haram.

Terbahagi kepada empat bahagian:

(1) Orang yang menjauhkan diri dari segala perkara haram yang dipetuakan oleh syariat Islam.

(2) Orang yang dengan menghindarkan diri dari perkara yang syubhat kerana takut kemungkinan berasal dari yang haram.

(3) Orang yang Warak terhadap perkara yang tiada smar-samar lagi
tenteng penghalalnya, tetapi dikhuatiri akan menarik kepada yang
haram,
iaitu seperti meninggalkan perkara yang harus dilakukan kerana
bimbang kalau-kalau perkara itu tidak harus dilakukan.

(3) Orang yang Warak melakukan sesuatu yang sememangnya tidak ada apa-apa yang menghalangnya atau tidak berdosa, akan tetapi dilakukannya atau diperolehinya bukan kerana Allah dan tidak pula atas niat bertaqwa kepada Allah, atau menguatkan diri untuk beribadat kepadanya.


11..Yang haram maka pendahuluannya juga haram.

Islam mengharamkan perbuatan zina, maka semua pendahuluannya adalah haram dan apa saja yang dapat membawanya kepada perbuatanan itu, adalah haram. Seperti berdua-duaan, bercampur dengan bebas , gambar-gambar bogel, nyanyi-nyanyian kegila-laan adalah haram. Seperti arak, Rasulullah melaknat kepada yang meminumnya, yang membuatnya, yang mengeluarkannya, yang membawanya, yang mengedarkannya, yang diberinya, yang menjualnya, yang bekerja dengan urusannya, yang menyimpannya, yang membantu meminjam perkakas untuknya, dan seterusnya selagi ada kaitan dengannya.


Seperti arak, Rasulullah melaknat kepada yang meminumnya, yang membuatnya, yang mengeluarkannya, yang membawanya, yang mengedarkannya, yang diberinya, yang menjualnya, yang bekerja dengan urusannya, yang menyimpannya, yang membantu meminjam perkakas untuknya, dan seterusnya selagi ada kaitan dengannya.


12.. Tukang Sihir.

Rasulullah saw menilai sihir sebagai salah satu dari dosa-dosa besar yang boleh merosak dan menghancurkan sesuatu bangsa sebelum terkena kepada peribadi dan dapat menurunkan darjat pelakunya di dunia ini sebelum pindah ke kampung akhirat.

13.. Memakai Tangkai/Azimat.

Islam melarang keras kepada umatnya untuk memakai atau bergantung kepada tangkal atau azimat kerna yang demikian itu, dapat melunturkan dan menghilangkan kemurniaan Tauhid yakni ada benda selain dari Allah yang boleh di harapkan. Mereka juga akan terjatuh ke dalam amalan syirik.

14.. Yang DiHaramkandalamAkhlak.

a. Amalan riyak.

b. Riyak adalah menampakkan atau memperilihatkan sesuatu amalam ibadat kepada orang lain supaya dihormati dan disanjunginya. Misalnya seorang yang melakukan solat, zakat, haji, bersedekah, membaca al-Quran dengan motif ia adalah seorang yang hafal Quran dan sebagai lagi.

c. Perbuatan itu adalah diharamkan

Haram derhaka kepada kedua ibubapa.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya, ibunya telah mengandung dia dengan suaah-payah dan melahirkannya dengan susah payah pula; mengandung dan dan menyusukannya selama 30 bulan.
(Al-Quran )

15.. Membuat Ghibah (Fitnah)adalah haram.

Firman Allah swt dalam al-Quran surah Al-Hujrat ayat 12) Bermaksud:

“Hai oranng-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari persangka, sesungguhnya sebahagian perasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu memfitnah sebahagian yang lain.”

Sukakah salah seorang di antara kaumu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang.
(Al-Hujarat ayat 12)

Ulasan ayat:-

Ghibah atau memfitnah adalah menyebut-nyebut keburukan orang lain di belakang orang yang yang bersangkutan, yang apabila orang itu mendengarnya ia menjadi marah. Keburukan yang dibiacrakan itu baik tentang keadaan dirinya sendiri atau keluarganya, badannya atau akhlaknya. Islam melarang perbuatan yang demikian.

Ghibah adalah haram hukumnya , bahakan termasuk dosa besar, sebab mengandungi ancaman yang buruk sesama Islam. Ada juga Ghibah yang boleh dilakukan iaitu “Untuk mengadukan orang yang menganiya padanya kepada Hakim atau pihak yang berwajib untuk meneylesaikan aduannya.”

16..Perbuatan Dusta.

Firman Allah s.w.t.:

إِنـَّمَا يـَفـْتـَرِى الـْكَذِبَ الـَّذِينَ لَا يـُؤْمـنُون َ بـِءَـايـَتِ اللهِ ج وَأُوْلَـءِـكَ هـُمُ الـْكـَذِبـُون

Artinya:
“Sesungguhnya yang mengada-ngadakan kebohongan hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itulah orang-orang yang pendusta. (Al-Nahl ; 105

17..Peringkat-peringkjat syubhat.

Sabda Rsulullah s.a.w.: (284)

ا َلْحَلاَلْ بَيْنُ وَالْحَرَامُ بَيْنُ وَبَيْنَهُمَا أ ُمُوْرً مُشـْتـَبِهَاتً لَا يَعْلَمُهَا كَثـِيْرً مِنَ النَّاسِ فَمَنِ اتـَّقَى الشُّبَهَاتِ فـَقـَدِ اسْتـَبْرَأَ لِعِرْ ضِهِ
وَدِيْنِهِ وَمَنْ وَقَعَ فَي الـْحَرَامِ كَالرَّاعِيْ حَوْلَ الْحِمَي يُوْشِكُ أ َنْ يَقَعَ فـِيْهِ.

Ertinya:

Sesungguhnya yang halal itu telah nyata, dan yang haram juga telah nyata dan di antara kedua perkara yang masih diragukan, yang kebanyakan orang ramai tiada mengetahui, orang-orang yang memelihara diri dari perkara-perkara yang syubhat itu, samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya.
Orang yng tergelincir ke dalam perkara-perkara yang syubhat itu akan tergelincir pula ke dalam perkara haram, laksana seorang pengembala yang sedang mengembala di sekitar tempat larangan, akhirnya ia lalai, lalu memasuki tempat larangan itu.

Ulasan Hadis.

Hadis tersebut merupakan suatu nas yang menunjukkan tiga bahagian dari peringkat hukum:

a. Perkara Syubhat yang jarang diketahui orang ramai.
b. Perkara Halal yang sudah jelas.
c. Perkara Haram yang sudah diketahui hukumnya.

Perkara Syubhat.

Syubhat ini ada beberapa hal yang harus diperhatikan iaitu adanya keraguan pada sebab-sebab yang menghalalkan atau nemengharam-kannya. Kiranya kemungkinan dua-dua itu halal dan haram sama maka dikembalikan pada hukum yang telah ada sebelumntya.

Hukum inilah yang harus di pegang, dan tidak boleh di tinggalkan perkaranya terbiar di dalam keraguan terus menerus, kemudian andaikata sesuatu kemungkinan baru di timbulkan, mengalahkan (mengatasi) kemungkinan yang telah ada serta dibuktikan dengan dalil-dalil yang kuat dan muktabar (sah) maka hendaklah di hukumkan menurut kemungkinan yang baru yang telah mengatasi itu
Ulasan perkara syubhat.

(1) Perkara yang telah nayata pengharamannya sebelum itu, kemudian timbullah keraguan dalam dalil atau hujah untuk menghalalkannya, perkara serupa inilah yang dikatakan syubhat yang harus dijauhi, dan diharamkan memberanikan diri untuk menghalalkannya.

(2) Perkara yang diketahui penghalal- nya, lalu timbullah keraguan
dalam dalil atau hujah untuk mengharam- kannya, maka hukumnya
yang
diberatkan ialah halal dan harus dipegang dengan hukuman yang
tersebut

(3) Perkara yang asalnya sudah jelas haram, akan tetapi timbullah
sesuatu sebab yang mewajibkan perkara itu menjafdihalal dengan
suatu sangkaan yangh kuat, sedangkan perkara itu masih juga
dalam keraguan, hanya yang patut diberatkan ialah penghalalnya.
Dalam perkara serupa ini haruslah diperhatikan sebabnya terlebih
dahulu kiranya kemungkinan penghalalnya bersandar kepada suatu
sebab yang muktabar dalam hukum syariat, Maka hukum yang
dipilih untuknya ialah halal. Hanya menjauhi dikira suatu
kewaraknya.

Misalnya:

Seorang pemburu memanah saekor buruan, tetapi binatang itu dapat melarikan diri, sehingga bila dia ditemui didapati binatang itu sudah mati, dan tidak ada tanda-tanda lain pada badan binatang itu hanya anak panah pemburu itu saja, pada hal berkemungkinan sekali bahawa binatang itu mati kerana jatiuh terhempas atu kaerana sebab-sebab lain, bukan kerana anak panah pemburu tadi. Maka dalam hal yang serupa ini hukum yang dipilih oleh syariat ialah halal. Kerana luka tersebab anak panah tadi adalah sebab yang lahir yang menjadikan binatang itu kerana terkena anak panah dan bukan kerana lain. (286)

Wassala mualaikum

Selamat Bertemu Lagi Dalam Program Blog ini.

---------------------ooooooooooooooo----------------------------------

Thursday, August 27, 2009

EHWAL AGAMA ISLAM - SIARAN KE 17

Daripada:

Hj.Che’ Dan bin Ahmad
No.770, Permatang Pasir, 34950 Bandar Baharu,
Kedah Darul Aman.
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 17


Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini. Penulis telah pun menyampaikan dalam berbagai bentuk pengajaran dalam Blog-blog yang lalu dan hari ini kembali lagi menyambung membicarakan ehwal Agama Islam bagi memberi bermanafaat kepada kaum Muslimin dan Muslimat sekalian.

500 MASALAH AGAMA – SIARAN KE 17

Maasalah 103.

Bagaimanakah hukumnya seseorang itu selalu meninggalkan sembahyang, baik sembahyang waktu mahu pun sembahyang-sembahyang sunat. Apa nasihat tuan?

Jawapan.

Meninggalkan sembahyang fardhu itu adalah berdosa besar kerana Allah s.w.t. berfirman :-
إ ِنَّ الصَّلَاةَ كـَانَتْ عَلىَ الـْمُؤْمِنِيْنَ كِـتَابًا مَوْ قُوْ تـًا.
(النساء: 103)
Ertinya:”Sesungguhnya itu merupakan kewajipan yang ditentukan atas kaum Mukminin. (An-Nisa’ ayat 103)

Rasulullah s.a.w. bersabda:
اَلصَّلَوَاتُ الـْخَمْسُ وَالـْجُمُعَةُ إ ِلىَ الـْجُمُعَةُ كـَفَّارَاتٌ
لـِمَا بَيْنَهُنَّ مَا اجْتـُنـِبَتِ الـْكـَبَاءِـرُ" (رواه مسلم)

Ertinya : “Sembahyang-sembahyang yang lima dan demikian pula satu Jumaat sampai satu Jumaat yang lain menjadi tebusan dosa antara masing-masing sembahyangnya. Selama dijauhi dosa-dosa besar” (HR Muslim).

Baginda Rasulullah s.a.w. juga pernah ditanya: “Apakah amalan yang paling utama? Baginda menjawab : “Sembahyang pada waktunya” (Rujukan Kitab Bimbingan Mukminin Jil. 1, m.s. 49)


Masalah 104.

Bagaimanakah hukumnya seseorang itu yang menunaikan sembahyang waktunya lewat pada waktunya dan tidak melengkapkan sujudnya, dan tidak khusyuk sehingga terlalai atau terlupa apakah rakaat yang dilakukannya sehingga ia terpaksa mengerjakan sujud sahwi?

Jawapan.

Dalam hal ini penulis ingin membawa sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang berbunyinya aseperti berikut:

مَنْ صَلىَّ صَلَاةً لـِوَقْتِهَا وَأ َسْبَغَ وُضُوْءَهَا وَأ َتَمَّ رَكُوْعَهَا وَسُجُوْدَهَاوَخُشُوْعَهَا عَرَجَتْ وَهِيَ بَيْضَاءُ مُسْفِرَةٌ تَقُوْلُ حَفِظَكَ اللهُ كَمَا حَفِظَتَنِيْ وَمَنْ صَلىَّ لِغَيْرِ وَقْتِهَا وَلـَمْ يُسْبِغْ وُضُوْءَهَا وَلـَمْ يُتِمَّ رَكُوْعَهَا وَلَا سُجُوْدَهَا وَلَا خُشُوْعَهَا عَرَجَتْ وَهِيَ سَوْدَاءُ مُظْلِمَةٌ تَقُوْلُ ضَيَّعكَ اللهُ كَمَا ضَيَّعْتَنِيْ حَتىَّ إ ِذ َا كَانَتْ حَيْثُ شَاءَ اللهُ لـُفَّتْ كـَمَا يُلَفُّ الثـَّوْبُ الـْخَلِقُ فَيُضْرَبُ بِهَا وَجْهُهُ
.
Artinya: “ Barangsiapa menunaiakan sembahyang pada waktunya dan melengkapkan wuduknya serta menyempurnakan ruku’nya, sujudnya dan khusyuknya, nescaya sembahyang itu akan terangkat (keatas langit) dalam keadaan putih dan cemerlang. Ujar sembahyang itu: Semoga Allah memelihara engkau, sebagaimana engkau memelihar aku. Barang siapa menunaikan sembahyang di luar waktunya dan tiada pula melengkapkan wudu’nya serta tiada menyempurnakan ruku’nya, sujudnya dan khusyuknya, nescaya Allah menyia-nyikan engkau, sebagaimana engkau menyia-nyiakan aku. Apabila ia (sembahyanh) itu sampai ke tempat yang ditetapkan oleh Allah, maka ia pun dilipat-lipat, sebagaimana dilipatkan baju-baju yang koyak, lalu dipukulkanlah sembahyang itu kemuka orang yang melakukannya.” (H..R At-Termidzi r.a.)
(Rujukan Kitab Bimbingan Mukminin Jil. 1, ms 50)


Masalah 105.

Bagaimanakah hukumnhya seseorang itu sentiasa bersembahyang seorang diri di rumahnhya sahaja, tidak ke masid walaupun masjid hampir rumahnya?

Jawapan.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah pernah mengesan beberapa orang yang tidak ikut serta dalam sembahyang berjemaah, lalu bahginda berkata: “Saya hampir-hampir akan memerintahkan orang lain untuk mengimami orang ramai dalam sembahyang, kemudian saya akan pergi mendapatkan orang-orang yang melewat-lewatkanya (berjemaah), lalu saya akan membakar rumah-rumah mereka.”

Ketahuilah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
صَلَاةُ الـْجَمَعِ تَفْضُلُ صَلَاةَ الـْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْريْنَ دَرَجَةٍ.
(حديث رواه أبو هريرة)

Ertinya: Sembahyang berjemaah itu melebihi sembahyang bersendirian dengan 27 darjat. (HR. Abu Hurairah).
Firman allah s.w.t.:
إ ِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللهِ مِنْ آمَنَ بِـاللهِ وَالـْيَوْمِ الْآخِرِ.
(التوبة: اية 18)

Ertinya: Hasanya yang meramaikan masjid-masjid Allah, ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. (Al-Taubat ayat 18)
(Rjujukan: Kitab Bimbingan Mukminin Jil.1 ms 54)

Masalah 106.

Bagaimanakah seseorang itu dapat menjadikan sesuatu sembahyang itu istimewa dari segi kebatinannya?

Jawapan.
Syarat-syarat yang menjadikan sesuatu sembahyang itu istimewa dari segi kebatinan adalah banyak sekali, tetapi bolehlah disimpulkan seperti berikut:

a. Kehadiran hati dalam sembahyang - Maksudnya ialah agar dapat kita mengosongkan hati itu dari segala urusan yang boleh mengganggu ataupun yang tidak ada sangkut paut dengan ibadat sembahyang yang sedang dikerjakan itu.

b. Mengerti bacaan-bacaan atau maksud-maksud perbicaran dalam sembahyang, iatu adalah menjadi seperkara yang utama dalam kontex menghadirkan hati dalam sembahyang, iaitu hati itu haruslah mengetahui segala yang dibicarakan oleh lidah.

c. Membesarkan Allah dalam sembahyang – Iaitu dalam pengertian yang mendalam kepada diri orang yang bersembahyang itu, di sebalik menghadirkan hati dan memaham bacaan-bacaannya.

d. Merasakan kehibatan Allah dalam sembahyang – Ia akan menambahkan lagi kebesarannya yang dirasakan di dalam sembahyang dan ia di ibaratkan sebagai ketakutan yang berpunca dari Maha Agung Allah s.w.t. yang disembah ketika itu.

e. Penuh harapan – Haruslah mengharapkan pahala yang banyak dari Allah s.w.t., dan sebaliknya ia merasa takut dari siksaanNya yang munkin ditimpakan oleh Allah ke atasnya disebabkan oleh kecuaiannya.

f. Perasaan malu – Harus mempunyai perasaan malu terhadap Allah s.w.t., kerana kemunkinan sekali tanpa disedarinya telah berlaku daripadanya sesuatu kecuaian dalam sembahyang itu, atau dosa yang tidak disangkakannya.
(Rujukan Kitab Bimbingan Mukminin Jil. 1 ms 67)

Masalah 107.

Ada beberapa macam amalan kebaikan yang boleh menjamin seseorang wanita itu masuk syurga dengan izin Allah s.w.t.

Jawapan.

Seorang wanita yang solehah, ialah wanita yang patuh terhadap segala peraturan yang di tetapkan Allah s.w.t dan RasulNya, yang memelihara dirinya walaupun di balik belakang suaminya. Sebagaimana tersebut dalam firman Alah s.w.t dalam surah An-Nisa’ ayat 34 berikut:

فَـالصَّا لِحَاتُ قـَانِتـَتٌ حَا فِظَاتٌ لـِلـْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللهُ.
(الـنـسأ: 34)

Ertinya: Maka wanita-wanita yang solehah itu ialah wanita-wanita yang taat lagi memelihara dirinya dikala suaminya berjauhan (ghaib) dari padanya dengan pemeliharan yang telah ditentukan Allah”: ( An-Nisa’: ayat 34)
Kalau ditinjau dari segi keterangan-keterangan agama, maka yang paling menonjol sekali di antara sebab-sebab wanita yang dijanjikan masuk Syurganya seorang wanita itu adalah ketaatannya terhadap suaminya.
Mengenai beberapa macam amalan atau kebaikan yang menjamin wanita masuk Syurga adalah:

a. Apabila ia melakukan akan sembahyang fardunya yang lima dan mengerjakan yang sunat-sunat selalu.

b. Berpuasa ia akan puasa fardunya sebulan Ramadzan dan kerap berpuasa yang sunat-sunat.

c. Memelihara ia akan kehormatannya dari persentuhan orang lain dari suaminya.

d. Sentiasa patuh ia terhadap suaminya terhadap arahan yang baik.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jil.3 ms 54)


Masalah 108.

Apakah hukumnya seorang lelaki berjabat tangan dengan seorang wanita yang bukan mahramnya?

Jawapan.

Sudah maklum tentang keharaman lelaki melihat perempuan ajnabiyyah dengan bersyahawat. Maka berjabat tangan antara laki-laki dengan wanita ajnabiyyah (bukan mahram) adalah juga haram. Kerana dengan persentuhan kulit laki-laki terhadap wanita yang helat (yang bukan isteri atau dan bukan mahram) itu adalah termasuk suatu hal yang dapat mengasyikkan, lebih daripada keasyikkan dari memandang.
(Rujukan Kitab 100 Masalah Agama Jil. 3 ms 61).


Masalah 109.

Apakah hukumnya bila seorang penceramah wanita memberikan ceramah di atas podium kepada umum yang mana kebanyakannya terdiri dari lelaki dengan tidak ada memakai dinding?

Jawapan.

Seorang muballighah atau penceramah, ahli pidato, penceramah wanita yang naik di atas podium, lalu berpidato berhadapan langsung tanpa dinding di hadapan kaum lelaki hukumnya adalah haram. Apa lagi kalau si penceramah wanita itu melunasi seluruh hiasan mukanya dengan bermekp semua alat kecantikan yang menggiurkan hadirin yang menatap. Firman Allah s.w.t.:

وَقُلْ لـِلـْمؤ مِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أ َبْصَارِهِنَّ.
سورة النور: 31)

Ertinya: “ Katakanlah olehmu hai Muhammad bagi orang-orang mukmin wanita, hendaklah mereka menutup sebahagian dari pandangan-pandangan mereka. (An-Nur ayay 31).
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jil. 3 ms 90).

Masalah 110.

Bagaimanakah hukumnya seorang Ustaz mengajar kaum wanita dan apakah caranya yang tidak boleh ia mendatangkan fitnah?

Jawapan.

Terdapat tiga perkara yang membolehkan seorang Ustaz mengajar atau memberi cermah agama kepada kaum wanita:

a. Tidak ada guru perempuan ataupun mahram atau suami yang dapat atau mahu mengajarnya.

b. Aman dari fitnah.

c. Dengan berdinding.

Jika syarat-syarat ini sudah dipenuhi, maka jika untuk memgajar sesuatu kaifiat yang wajib, yang sukar mengajarnya dari balik dinding, bolehlah wanita itu dan guru itu saling melihat, artinya terbatas untuk keperluan pengajaran tersebut sahaja.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jil.3 ms 92)

Sekian dahulu buat sementara waktu, disudahi dengan Wssala Mu alaikum..



------------------------------ooooooooooooooooo-------------------

Wednesday, August 26, 2009

EHWAL AGAMA ISLAM - SIARAN KE 16

Daripada:

Hj.Che’ Dan bin Ahmad
No.770, Permatang Pasir, 34950 Bandar Baharu,
Kedah Darul Aman.
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 16


Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini. Penulis telah pun menyampaikan dalam berbagai bentuk pengajaran dalam Blog-blog yang lalu dan hari ini kembali lagi menyambung membicarakan ehwal Agama Islam bagi memberi bermanafaat kepada kaum Muslimin dan Muslimat sekalian.



IBADAT ZAKAT

1.. Pengertian Zakat.

Ialah mengeluarkan kadar harta yang tertentu kepada orang yang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.

2.. Hukun Zakat.

Fardhu ’Ain ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya.

3..Pembahagian Zakat.

a. Zakat Fitrah
b. Zakat Harta.

4.. ZAKAT FITRAH.

Zakat fitrah bertujuan untuk menyucikan diri orang yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan-perbuatan yang keji.

Zakat Fitrah ini diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan, besar dan kecil, merdeka atau hamba sebanyak 3.1 liter atau lima kati dari makanan yang mengenyangkan bagi sesebuah negara. Di Malaysia ini ialah beras atau kadar harga yag sama dengannya. Ini ditetapkan olen negeri masing-masing.

5.. Syarat-Syarat Wajib Zakat Fitrah.

a. Mestilah dia seorang Islam.

b. Mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaan untuk dirinya dan orang dibawah tanggungannya pada Hari Raya Aidil Fitri dan malamnya.

c. Wajibnya zakat fitrah itu ialah setelah terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramazan. Tidak wajib zakat fitrah ke atas orang yang mati sebelum terbenam matahari pada hari akhir Ramadzan, atau kanak-kanak yang lahir selepas terbenam matahari akhir Ramadzan atau bagi seorang mualaf yang baru memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadzan atau seorang lelaki yang bernikah sesudah terbenam matahari terakhir Ramadzan.


6.. Waktu-Waktu Membayar Zakat.

a. Waktu yang dibolehkan iaitu dari awal bulan Ramadzan sehingga hari akhir bulan Ramadzan.

b. Waktu wajib iaitu selepas terbenam matahari pada hari akhir Ramadzan.

c. Waktu yang afdal iaitu selepas Sembahyang Subuh pada hari akhir Ramadzan.

d. Waktu yang makruh iaitu selepas sembahyang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya waktu Maghrib (iaitu selepas terbenamnya matahari)

e. Waktu haram iaitu selepas terbenam matahari pada hari Raya Aidil Fitri itu.

7.. Orang Yang Berhak Menerima Zakat.

a. Fakir. – Iaitu orang yang tidak mempunyai harta atau mempunyai harta yang kurang seperdua keperluannya dan tidak ada orang yang berkewajipan memberi belanja kepadanya.

b. Miskin – Iaitu orang yang mempunyai harta sebanyak seperdua keperluannya atau lebih tidak sampai mencukupinya.

c. Amil - Iaitu orang yang dilantik untuk menguruskan pungutan dan pembahagian zakat.

d. Mualaf – Iaitu orang yang baru memeluk agama Islam dan keadaan imannya masih belum kuat dan teguh.

e. Hamba – Iaitu orang yang akan menebus dirinya dari tuannya.

f. Orang berhutang –Iaitu orang yang mempunyai beban hutang yang masih belum dijelaskan. Hutang itu bukanlah kerana tujuan maksiat tetapi untuk kepentingan masyarakat dan juga keperluan yang harus bagi dirinya.

g. Di jalan Allah. – Iaitu tentera yang berjuang di jalan Allah. Atau semua amal soleh dimaksudkan untuk meninggikan agama Allah seperti membina sekolah, rumah sakit, masjid, jalan, jambatan, rumah-rumah anak yatim, bantuan biasiswa dan mubaligh-mubaligh yang menjalankan seruan dakwah dijalan Allah.

h. Musafir – Iaitu orang yang melakukan perjalanan untuk tujuan baik dan untuk kepentingan agama Islam.


8.. ZAKAT HARTA.

Zakat harta ialah Emas dan Perak.
Kadar nisab zakat emas itu ialah 25 mayam 2.718 saga bersama dengan 85 gram dikenakan 2 1/2 paratus.

Kadar nisab zakat perak ialah 200 dirham = 560 gram dikenakan zakat 2 1/2 peratus juga.

9.. Syarat Wajib Zakat Atas Pemilik Emas dan Perak.

a. Islam
b. Merdeka
c. Milik yang sempurna
d. Cukup nisab
e. Cukup masanya setahun.

Peringatan .

Pada masa sekarang emas hanya menjadi cagaran dan disimpan di bank-bank dan tidak lagi beredar menjadi alat pembayaran, kerana diambil alih oleh mata wang. Oleh itu mata wang adalah dikira gantian daripada emas. Maka mata wang itu pula sekarang adalah dikenakan zakat berdasarkan syarat-syarat yang sama seperti emas.

10.. ZAKAT TANAMAN DAN BUAHAN

Nisab zakat tanaman dan buah-buahan ialah 5 awsaq atau 690 kilo atau 300 gantang Baghdad. Zakatnya seperti berikut:

a. 10% terhadap tanaman yang di airi oleh air hujan atau air sungai.
b. 5% terhadap tanaman yang disirami sendiri atau alat-alat lain yang terpaksa mengeluarkan belanja.


11.. Syarat-syarat Wajib Zakat Ke Atas Pemilik Tanaman
dan Buah-buahan.

a. Islam
b. Merdeka
c. Milik yang sempurna
d. Cukup nisbahnya.
e. Ditanam oleh manusia.
f. Bijian atau buah-buahan itu boleh disimpan lama dan mengenyangkan

12.. ZAKAT HARTA PERNIAGAAN.

Nisab zakat perniagaan ialah menurut modal asalnya sama seperti emas iaitu 85 gram emas, atau kadar 2.5 % dari jumlah harta perniagaan.

13.. Syarat-syarat Wajib Zakat Harta Perniagaan.

a. Mestilah cukup setahun.
b. Kadar zakatnya 2.5 % (1/40)

c. Caranya ialah wang (modal) yang dikeluarkan ditaksir harga menurut harga pembelian pada waktu itu. Kemudian dicampur keseluruhannya lalu dikeluarkan zakat.

d. Wajib juga dijumlahkan hutang-hutang yang ada ditangan orang lain yang dia yakin akan dapat dibayar balik kepadanya.

e. Kalau peniaga itu rugi, nilainya tidak sampai satu nisab lagi, tidaklah wajib dikeluarkan zakat.



14.. ZAKAT BINATANG TERNAKAN DAN
SYARAT-SYARATNYA.

Syarat-syaratnya ialah:-

a. Islam.
b. Merdeka.
c. Cukup Nisabnya.
d. Cukup masanya.
e. Milikyang semurna.
f. Binatang yang hidup bebas di padang rumput. Binatang yang makanannya terpaksa dibeli maka tidak wajib.
g. Binatang itu tidak cacat dan tidak terlalu tua.


Zakat lembu atau kerbau.

a. Berjumlah 30 ekor yang pertama zakatnya 1 ekor yang berumur satu tahun.(lembu jantan)
b. Kalau jumlah 40 ekor zakatnya 1 ekor yang berumur dua tahun.

c. Dan begitulah seterusnya kadar nisabnya ialah tiap-tiap tambahan 30 ekor, zakat 1 ekor berumur 1 tahun dan tambahan 40 ekor, zakatnya 1 ekor berumur 2 tahun.


Zakat kambing atau biri-biri.


a. Berjumlah 40 ekor sehingga 120 ekor, zakatnya 1 ekor berumur
2 tahun.(kambng betina)

b. 121 sehingga 200 ekor, zakatnya 2 ekor berumur 2 tahun.

c. 201 sehingga 300 ekor, zakatnya 3 ekor berumur 2 tahun.

d. Tiap-tiap 100 ekor berikut zakatnya 1 ekor yang berumur 2 tahun.

--------------------------------------ooooooooooo-------------------------------
Nota kaki –Rujukan Para 1 hingga 12 adalah petikan dari ” Kitab Asas-Asas Fardu ’Ain” m.s. 217 hingga 222..




PANDUAN UNTUK MENGELUARKAN ZAKAT.

15.. ZAKAT PENDAPATAN (Gaji).

a. Kaedah A – atas jumlah pencapaian kasar setahun. Contohnya RM 1,500.00 x 12 bulan = RM 18,000.00. Kadar Zakat yang dikenakan ialah RM 18,000.00 x 2.5% = RM 450.00 setahun.

b. Kaedah B – Pendapatan setahun ditolak dengan keperluan hidup (asas) setahun. Contoh yang berkahwin:

· Gaji RM 1,500.00 sebulan = RM 18,000.00 setahun.
· Ditolak keperluan hidup:
· Diri (setahun) RM 8,000.00
· Isteri (setahun) RM 3,000.00
· Anak(setiap orang) RM 800.00
RM 11,800.00 setahun
Baki RM 6,200.00 setahun

Kadar zakat yang dikenakan ialah RM 6,200 x 2.5% =R 155.00


16.. ZAKAT WANG SIMPANAN

a. Syarat – Nisab – (Nilai Harga emas 25 mayam 2.7108 saga atau 85.009024 gram.)

b. Haul – Cukup setahun iaitu 12 bulan.

c. Kadar – 2.5 %.

d. Contoh Simpanan:

(1). Simpanan RM 4,000.00 kadar zakat 2.5% = RM 100.00
(2) Simpanan RM 4,500.00 kadar zakat 2.5% = RM 112.00
(3) Simpanan RM 5,000.00 kadar zakat 2.5% = RM 125.00
(4) Simpanan RM10,000.00 kadar zakat 2.5% = RM 250.00
Begitulah seterusnya.....

17.. ZAKAT PERNIAGAN

a. Syarat-syaratnya ialah:-

(1) Islam
(2) Kepunyaan Mutlak.
(3) Niat Menjalankan Perniagaan.
(4) Cukup Haul.
(5) Cukup Nisab.

b. Kadar Bayaran Zakat Peraniagaan:-

(1) Apabila cukup syarat-syaratnya, wajiblah dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atau 1/40. Zakat perniagaan ini dikeluarkan dengan kadar 2.5% dari jumlah harta perniagaan.

(3) Contoh Bayaran Zakat Perniagaan.

1. Barang-barang setok RM 3,500.00
2. Wang Tunai RM 500.00
3. Wang Dalam bank RM 1,000.00
4. Hutang yang dijamin bayar balik RM 1,500.00
5. Pelaburan RM 2,000.00
-----------------------
6. Jumlah ... ... .. .. .. .. .. .. . RM 8,500.00
------------------------

7. Jumlah Zakatnya RM 8,500.00 x 2.5% = RM 212.50
========

18.. ZAKAT BNINATANG TERNAKAN.

Yang dikenakan Zakat ialah:

a. Unta
b. Lembu atau Kerbau
c. Kambing atau Biri-biri.

Sekurang-kurangnya nisab ialah:

a. Unta 5 ekor - Zakatnya seekor kambing.
b. Lembu 30 ekor - Zakatnya seekor lembu jantan
yang berumur setahun lebih.
c. Kambing/Biri-Biri 40 ekor - Zakatnya seekor kambing betina
yang berumur 2 tahun lebih.


19.. ZAKAT SAHAM.

* Penaksiran Saham yang Naik Turun ialah:
a. Saham Nilai Awal Tahun 2000 Nilai AkhirTahun 2000
---------------------------------------------------------------------------
b. Saham ” A” 3,000.00 3,600.00
c. Saham ”B” 2,000.00 1,000.00
d. Saham “C” 500.00 500.00
-----------------------------------------------------------------------------
JUMLAH 5,500.00 5,100.00
----------------------------------------------------------------------------

· Oleh kerana saham ini cukup syaratnya iaitu haul dan nisabnya maka penaksiran zakat bagi saham naik/turun adalah RM 5,100.00 x 2.5% menjadikan jumlah yang kena bayar ialah RM 127.50.


20.. ZAKAT PADI.

Nisab Zakat Padi ialah hasil padi bagi setiap tuaian mencapai kepada 5 Ausuk bersamaan 2 kunca, 2 nalih, 6 gantang.1 cupak dan 2 kepul atau 1,300.49 kilogram.

Harga Sekarang (Musim 1/2001).

Harga padi = 1 kilogram bersamaan RM 0.60
Harga Subsidi = 1 kilogram RM 0.2481
--------------
RM 0.8481
----------------
RM 0.8481 x 1,300.49 kilogram = RM 1,102.94

Kadar Zakat.

Kadar Zakat Padi adalah 1/10 daripada hasil tersebut. Sebagai contoh, sekiranya hasil padi bersamaan RM 1,102.94 maka zakatnya ialah
RM 1,102.94 x 1/ 10 = RM 110.29.



21.. ZAKAT EMAS.

Zakat Emas terbahagi kepada dua kategori iaitu:

a. Emas Perhiasan yang dipakai. Kadar biasa setempat 25 mayam tidak dikenakan zakat. Dan jika melebihi biasa (uruf) lebih 25 mayam. Maka setelah cukup Haul dan Nisab zakat wajib dibayar sebanyak 2.5%.

Contoh:

”A” memiliki dan memakai 170 gram emas. Maka ia sudah melebihi kadar biasa (uruf). Harga semasa emas per gram pada bulan Mei 2001 pula ialah sebanyak RM 32.00. Kiraan zakatnya ialah:

170 gram ditolak 85 gram, bermakna 85 gram x 32.00 (harga semasa) = RM 2,720.00. Maka zakatnya yang wajib dibayar oleh Si ”A” ialah RM 2,720.00 x 2.5% iaitu RM 68.00.

b. Emas Simpanan – Emas yang tidak dipakai tetapi disimpan. Jika cukup Nisab (85 gram) dan Haul ( 1 tahun) wajib bayar zakat sebanyak 2.5% nilai yang diambil kira tidak termasuk batu permata.



22.. ZAKAT WANG KWSP.

a. Menurut Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman berhubung dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja seperti berikut:

b. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) manakala diketahui menurut penyata tahunan Cukup Nisabnya dan genap Haulnya wajib dikeluarkan zakatnya.

c. Rujukan. Bil. (86) dalam Agama (KEDAH) P 83/3/1/2/3 bertarikh
11 Februaru 1985.

-----------------------------------------------------------------------------------

Nota Kaki: Perkara dalam Bilangan 15 ke 22 di atas adalah mengikut petikan daripada Brocer yang dikeluarkan oleh Jabatan Zakat Nageri Kedah Darul Aman, Aras 3,Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah, 05200 Aslor Star Kedah Darul Aman (Tel:04 – 733 1740, 731 6335,
731 6453, 731 6421 (Fax. 04- 731 6280). Tahun 2001.

Terima kasih kerana melayari Blog ini. Wassala mu alaikum.!

Tuesday, August 25, 2009

100 MASALAH AGAMA - SIARAN KE 15

Daripada:

Hj.Che’ Dan bin Ahmad
No.770, Permatang Pasir, 34950 Bandar Baharu,
Kedah Darul Aman.
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/

100 MASALAH AGAMA – SIARAN KE 15


Pendahuluan.
بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini. Penulis telah pun menyampaikan dalam berbagai bentuk pengajaran dalam Blog-blog yang lalu dan hari ini kembali sejenak untuk menyambung masalah agama yang akan mencukupi seratus masalah yang disampaikan. Semoga dapat bermanafaat kepada Muslimin dan Muslimat sekalian.

Masalah 96.

Orang Mukmin manakah yang sempurna Imannya? Apakah yang disebut Ahli Sunnah wal jama’ah itu ? Minta tuan tolong terangkan.

Jawapan.

Bagi menjawab soalan pertama maka baiklah penulis membawa firman Allah s.w.t. dalam al-Quran Surah Al-Anfal ayat 2 -4 seperti betikut:


إِنَّمَا الـْمُؤْ مِنُوْنَ الـَّذِيْنَ إِذَا ذُكـِرَ اللهُ وَجِلـَتْ قـُلـُوْ بُهُمْ وَاِذَا تـُلِيَتْ عَلـَيْهـِمْ ايَا تـُهُ زَادَتُهُمْ اِيْمَا نـًا وَعَلىَ رَبِّهـِمْ يَتـَوَكَّلـُوْنَ. الـَّذِيْنَ يُقـِيْمُوْنَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقـْنَا هُمْ يـُنْفـِقـُوْنَ. أ ُلـَءِـكَ هُمُ الـْمُؤْ مِنُوْنَ حَقـًّا لـَهُمْ دَرَجـَا تٌ عـِنـْدَ رَبِّهِمْ وَمَغـْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيْمٌ.

Artinya: Hanyasanya orang-orang mukmin yang sempurna imannya itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, menjadi takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan atas mereka akan ayat-ayatNya, hal tersebut menjadikan iman mererka semakin bertambah-tambah, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan membelanjakan sebahagian dari pada yang Kami kurniakan rezeki kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang sunggug-sungguh sempurna iman mereka. Bagi mereka itu darjat disisi Tuhan mereka ampunan, dan rezeki yang mulia. (Al-anfal ayat 2-4)

Adapun mengenai apakah Ahlisunnah wal Jumaah itu? Maka dengan ringkas dapat penulis menjawab di sini menurut apa yang tersebut dalam Kitab Al-Majalisus Saniyyah, ms 88 seperti berikut:-

”Maka wajiblah ke atas orang-orang yang beriman mengikuti Sunnah dan Jama’ah. Maka arti Sunnah iaitulah sesuatu yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. dan arti Jama’ah iaitu sesuatu yang telah sepakat atasnya oleh para sahabat r.a. ajma’in pada khilafatnya Imam-imam Empat, khalifah-khalifah yang lurus lagi terpimpin r.a. ajma’in.”
Demikianlah jawapan penulis menegnai solan tersbut.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama, Jil. 2, ms 43)


Masalah 97.

Saya ingin tahu bagaimanakah seseorang itu lelaki atau perempuan ketika mandi tidak memkai seurat pun pakaian dan selepas itu mengambil wuduk, adakah sah wuduknya itu?

Jawapan.
Mengambil wuduk ketika selepas mandi yang tidak berpakaian adalah sah wuduknya, tetapi berwuduk dengan bertelanjang bulat sampai kubul dan dubur pun tidak ditutp, walau pun di dalam khalawat atau bersendirian adalah haram. Mengenai hukum menutup aurat ketika mandi itu bahawa ketahuilah anda aurat itu ada aurat pada khalawat atau seketika bersendurian,dan di hadapan orang yang boleh memandang kepadanya auratnya itu, seperti isterinya.

Untuk keperluan mandi boleh membuka seluruh aurat baik pada bersendirian ataupun dihadapan isteri. Akan tetapi haram membuka aurat di hadpan orang yang haram memandang kepadanya, sebagaimana juga ketika berwuduk tanpa sesuatu keperluan.

Tetapi aurat yang yang dimaksudkan itu adalah bagi lelaki yang dalam khalawat atau bersendirian khusus dua kemaluan sahaja, iaitu kabul dan dubur. Artinya Haram tidak menutup kabul dan dubur dalam khalawat seketika berwuduk jika tidak ada sesuatu keperluan mustahak.

Dan haram bagi perempuan dalam khalawat atau bersendirian tanpa sesuatu keperluan, berwuduk tanpa menutup antara pusat dan lututnya. Melainkan jika ianya ada sesuatu keperluan maka hal itu seperti memelihara kain dari kekotoran dimaafkan.

Jadi kesimpulannya sekurang-kurangnya berwuduk yang tidak dapat haram bagi lelaki ialah dengan memakai seluar dalam, dan bagi perempuan ialah dengan menutup antara pusat dan lututnya.
Firman Allah s.w.t

وَمَا جـَعـَلَ عـَلـَيـْكـُمْ فـِى الـد ِّيـن ِمـِن ْ حـَرَج ٍ (الحج 78)

Allah tiada membuat kesukaran ke atas kamu dalam perkara agama (Al-Haj ayat 78)
(Rujukan Kitab Seratus Maslah Agama Jil.2.ms 85)


Masalah 98.

Sebelum kita mandi hadas besar (junub) sunnah kita membersihkan najis di badan lalu membaca ”Bimilla hirrahma nirra him”, lalu mengadap qiblat mengambil air semabhyang. Pada hal kita masih dalam keadaan berjunub lagi, dan membaca ayat Al-Quran itu. Tidakkah jadi berdosa kita berbuat demikian ?

Jawapan.

Mengenai membaca ”Bismilla hirrahma nirra him” iaitu sepotong dari ayat al-Quran dalam keadaan berhadas besar memang diharamkan atas orang yang tengah berjanabat atau berhadas besar.

Untuk ini dinyatakan bahawa membaca ”Bismilla hirrahma nirra him” adalah dengan niyat zikir dan bukan dengan niat membaca al-Quran, dan kita melakukan sesuatu perbuatan yang diperuntukkan khusus tujuan itu. Tidaklah menjadi haram perbuatan itu.

Terdapat dalam sebuah hadis sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sitti ’Aisyah r.a berkata ia:-

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَ اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـمَّ اِذ َا اغْتَسَلَ مِنَ الـْجَنَابَةِ
تـَوَضَّأ َ وُضُوْءَ ه ُلِلصَّلَاةِ. (رواه اشيخان)
Bermaksud: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila beliau akan melakukan mandi kerana janabah berwudukah beliau seperti wuduknya seketika akan sembahyangh. (H.R. Al-Bukhari dan Muslim)

Penulis merujukkan terdapat di dalam Kitab” Fathul Mu’in Juz 1,ms 72” seperti maksudnya berikut:-


”Dan disunnahkan untuk mandi wajib membaca Bismillah...pada permulaannya, dan menghilangkan kecemaran yang suci, seperti mani dan hingus, dan najis, sepertri madzi, walaupun sebenarnya memadai untuk pencucian najis dan hadas itu oleh satu basuhan sekaligus. Dan disunnahkan berkemih (kencing) oleh orang yang keluar mani sebelum mandinya, agar keluarlah sisa-sisanya yang berada pada salurannya. Maka sesudah menghilangkan segala kekotoran, sunnah berkumur-kumur dan menghilangkan air ke hidung, lalu wuduk dengan sempurna, kerana ittiba’, yang diriwayatkan oleh Syaikhain. Dan disunnahkan mengekalkan wuduk itu sampai seselsai mandi, sehingga jika berhadas ia, disunnahkalah baginya mengulanginya.
(Rujukan Kitab Seratus Maslah Agama jil.2,ms 96)


Masalah 99.


Apakah hukumnya apabila saya sedang mempunyai hadas besar makan, minum dan membaca al-Quran tanpa memegangnya?

Jawapan.

Hukumnya makan dan minum seketika berhadas besar adalah makruh. Adapun membaca al-Quran dengan niat tilawah adalah haram dalam keadaan berhadas besar. Demikian pula dengan dua niat, iaitu niat tilawah dan berzikir adalah haram. Tetapi semata-mata niat zikir atau muthlak dibolehkan.

Mengenai makruh makan minum dalam keadaan berhadas besar adalah sebagaimana tersebut dalam Kitab Syarah Mukhtashar Bafdlal halaman 110 sebagai berikut:

وَيُكْرَهُ لِلـْجُنُبِ الْ َاكْلُ وَالشـُّرْبُ وَالنـُّوْمُ وَالـْجَمَاعُ قـَبْلَ غَسْلِ الـْفَرَجِ وِالـْوُضُوْءِ لِمَاصَحَّ مَنَ الْا َمْرِبِهِ فِى الـْجَمَاعِ وَالْاِ تْبَاعِ فِى الـْبَقِـيـَّةِ.

Artinya: “Dan dimakruhkan bagi orang junub, makan dan minum, tidur dan jimak sebelum membasuh farji dan berwuduk, kerana hadith yang sahih daripada perintah dengannya dalam hal jimak, dan kerana Ittiba’ pada yang tinggal.”

Dalam hal haram atas orang Islam membaca al-Quran dengan lidahnya Rasulullah bersabda:

لا َ يَقْرَأ الـْجُنُبُ وَلا َ الـْحَاءِـضُ شَيْـءًـا مِنَ الـْقُرْآنِ حَسَّنَهُ الـْمُنْذِرِىُّ.

Artinya: “Janganllah hendaknya membaca orang junub dan orang haidl akan sesuatu dari pada Al-Quran, (Telah menghasankan hadis ini oleh Al-Mundziry) .(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama,Jil.2 ms 100.




Maslah 100.

Bolehkah seorang wanita yang masih setelah melahirkan anak, berzikir, Salawat Nabi,dan Tasbih ?


Jawapan.

Tidak ada larangan bagi wanita yang masih dalam bernifas untuk melakukan zikir. Jadi bolehlah baginya bersalawat, bertahlil, membaca salawat nariyyah atau kamilah, bertasbih dan sebagainya.
Adapun yang terlarang bagi orang yang sedang haidl dan nifas atau orang yang berhadas besar, adalah membaca Al-Quran dengan qashad tilawah, artinya dengan niat membaca Quran. Adapun apabila diqashadnya zikir atau doa pada ayat-ayat yang mengandungi zikir dan doa, maka berarti bukanlah ia membaca Quran, tetapi berzikir atau berdoa. Maka hal itu boleh dilakukan.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama,Jil. 2 ms 102 )




Maslaah 101

Bolehkah orang yang sedang sembahyang fardhu apabila dipanggil orang tuanya harus digugurkan semabahyangnya itu ?


Jawapan.

Haram dan batal hukumnya menyahuti panggilan kedua orang tua di dalam sembahyang fardhu. Demikian pula haram kita membatalkan sembahyang fardhu, kerana menyahut panggilan kedua ibu bapa. Tetapi bolehlah menyahuti panggilan ibu bapa dalam sembahyang sunat, dan sembahyang sunat itu menjadi terbatal. Kerana jika teruskan juga sembahyang itu kita tidak khusyuk lagi dengan sembahyang itu, asyik memikirkan entah ada sesuatu hal yang nmustahak berlaku. (Rujukan Kitab 100 Masalah Agama Jil.2 ms 115)




Masalah 102.

Seorang sahabat saya suka berdoa sesudah Suratul Fatihah baik dalam sembahyang mahupun diluar sembahyang seperti ”robbigh
fir li waliwadiyya. Apakah maksud dan dibolekannya atau tidak?

Jawapan.

Bagi orang yang membaca Fatihah, baik diluar sembahyang atau di dalam sembahyang sunnat diucapkannya doa diantara ”Walad dallin dan Amin” doa ”Robbighfirli atau Robbighfirli waliwaliyya wa lil Musliman.”
Dan tidak disunatkan ucapan tersebut bagi makmum untuk bacaan Imamnya sewaktu sembahyang. Tetapi sunat bagi makmum untuk bacaan dirinya. Sesungguhnya yang sunat mengucapkan doa tersebut adalah mereka yang mempunyai bacaan ”Waladdallin....”, baik bagi Imam ataupun makmum.
Terdapat maklumat dalam Kitab : Bughyatul Mustarsyidin, halaman 45 yang bermaksud seperti berikut:

”Telah berkata Assyarif Al ’Allamah Thahir bin Husein. Tidak dituntut dari makmum seketika selesai Imamnya membaca Fatihah, akan ucapan ”Robbighfirli”. Dan hanya sanya dituntut daripadanya mengucap ”Amin” sahaja. Sedang ucapan tersebut itu dfituntut (disunatkan) dari pembaca Fatihah saja, pada diam yang ada di antara akhir Fatihah dan ”Amin”. Wallahu yahdi ila sawaissabil. Amin.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jil.2, ms 121)

--------------------------ooooooooooooooooo----------------------------------


PERMOHONAN DARI PENULIS BLOG.

Sukacita jika anda apabila telah melayari Siaran Blog ini diminta memberi tahu sekalian rakan anda agar menjadi Rakan ”Follower” Siaran Blog ini demi untuk faedah meningkatkan ehwal agama Islam. Tidak ada apa-apa bayaran yang dikenakan kepada mereka itu. Kerjasama anda amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Semoga Allah s.w.t . memberi ganjaran pahala di atas membantu kerja-kerja dakwah agama Islam.

Sekian dahulu buat sementara, jumpa lagi......!Salam bahagia dari Hj.Che Dan Ahmad.

---------------oooo------------------

Monday, August 24, 2009

ASAS-ASAS FARDU 'AIN - SIARAN KE 14

Daripada:

Hj.Che’ Dan bin Ahmad
No.770, Permatang Pasir, 34950 Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/

ULANGKAJI ASAS-ASAS FARDHU ‘AIN – SIARAN KE 14


Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini.
Penulis telah pun menyampaikan dalam berbagai bentuk pengajaran dalam Blog-blog yang lalu dan hasrat penulis untuk masa jangka panjang ingin menyiarkan tajuk-tajuk dalam bidang merangkumi bidang-bidang seperti Asas-asas Fardhu ‘Ain, Fiqh As-Shafi’ei, Pendidikan Akhlak, Munakahat, Muamalat,
Bhagian Syar’iyyah, Aqidah Ahli Sunnah Waljuma’ah, Al-Sunnah dan Al-Quran.

Mulai masa kini Penulis akan bermula dari peringkat bawah dan kemudian beransur-ansur ke atas supaya membolehkan mereka yang masih di peringkat asas dapat mengikuti sama, dan semasa itu juga bolehlah mereka yang sudahpun berada di peringkat tinggi dapat mengulangkaji perkara-perkara tersebut.

Asas-Asas Fardhu ‘Ain

1..Rukun Islam-Mengucap Dua Kalimah Syahadat.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Islam itu dibina di atas lima asas iaitu Syahadat atau naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah. Kedua ialah mendirikan sembahyang fardhu lima waktu, Ketiga ialah berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan, Keempat ialah membaya Zakat dan Kelima ialah menunaikan fardhu haji ke Mekah bagi yang berkuasa.”

Hadis tersbut merupakan suatu hadis yang amat penting yang membicarakan tentang Rukun Islam yang lima yang wajib diketahui dan dipatuhi serta diamalkan oleh setiap orang yang mengaku dirnya seorang Islam. Rukun Islam yang lima itu merupakan asas bagi keislamam seseorang. Tidaklah sempurna keislaman seseorang itu selagi rukun-rukun yang lima ini diabaikan.

1.. Makna Syahadat.

Kalimah Syahadat itu ialah:
أ َشْهَدُ أ َنْ لآ إِلـَـهَ إِلا َّ اللهُ وَأ َشْهَـدُ أ َنَّ مُحَمَّدً رَسُولُ اللهِ.
Bermaksud: “Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammd itu adalah Rasulullah.”

Dua kalimah atau dinamakan Kalimah Tauhid itu mestilah diikrar sekaligus. Seseorang yang menyebut atau menerima separuh sahaja seperti “Ashadu allaa ilaha illallah” adalah tidak memadai dan tidak sah dia menjadi seorang Islam. Oleh itu wajib dia ikrar kedua-duanya, sebab itulah dinamakan Dua Kalimah Syahadat

2. Hukum Melafazkan Syahadat

Setiap orang yang melafazkan shyahadat dengan kesukaan dan kerelaan hatinya untuk menganut Islam menurut hukum Islam adalah dianggap seorang Islam atau Muslim yang mempunyai hak dan kewajipan menurut syariat Islam, dan wajib dikenakan ke atasnya segala undang-undang dan peraturan-peraturan Islam.

Tidaklah wajib atas kita mengetahui sejauh mana kebenaran atau kesilapan syahadatnya, kerana kita hanya dipertanggungjawabkan untuk memberi hukum berdasarkan apa yang zahir sahaja. Hakikat di hatinya terserahlah kepada Allah. Andainya dua kalimah syahadat yang diucapkan menepati antara lidah dan hatinya itulah syahadat yang benar. Sementara syahadat dengan lidah tetapi tidak diyakini dengan hatinya disebut syahadat yang dusta (Syahadat al-Zur).

Kalimah “La ilaha illah” (لآ إ ِله إلآ الله) (Tidak ada Tuhan melainkan Allah). Susunan kalimahh syahadat ini dumulai dengan perkataan “tidak” yang bertujuan ialah untuk menafikan segala rupa bentuk tuhan, kepercayaan, keyakinan dan akidah dan saebagainya. Ertinya seorang Islam itu hendaklah terlebih dahulu membersihkan hatinya daripada segala bentuk kepercayaan, keyakinan dan fahaman terhadap benda lain yang lebih berkuasa di dunia ini dan menyakini seseungguh-sungguh akan kewujudan dan kekuasaan Allah Yang Maha Esa. Dengan itu akan selamatlah seseorang itu daripada kesesatan hidup di dunia ini, kemudiannya akan menjaminkan keselamatan hidupnya dan di akhirat. Itulah kepercayaan yang dibawa dan diajar kerpada seluruh manusia dan jin oleh Nabi Allah Adam a.s., kemudiannya diikuti oleh Nabi Nuh, Hud, Salleh, Ibrahim, Musa hingga Nabi Muhammad s.a.w.
Syahadat kedua ialah “Waasyhadu Anna Muhammadan Rasulullah”
وأشهد أن محمد رسول الله)) (dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah). Syahadat kedua ini menunjukkan bahawa orang yang mengucap dua kalimah syahadat ini mengaku dirinya tunduk, patuh dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang rasul dan utusan Allah dan dengan ini mengaku akan menurut segala ajaran tanpa ragu-ragu lagi.

3.. Konsep Syahadat.

Setiap orang Islam, sama ada Islamnya adalah Islam keturunan yang diwarisi daripada kedua ibu bapanya ataupun tidak adalah diwajikan mengetahui dan memahami konsep syahadat atau makna-makna yang terkandung dalam dua kalimah syahadat. Ini adalah disebabkan semakin luas dan mendalam kita mengetahui, mengerti dan memahami konsrep syahadat maka semakin kuat dan teguhlah kesedaran dan keimanan untuk menunaikan tuntutan-tuntutan dua kalimah syahadat itu, iaitu:-

a. Dibuktikan dengan mendirikan sembahyang lima waktu yang merupakan sebagai tiang kepada kebesaran Islam.
b. Dibuktikan dengan menunaikan zakat.
c. Dibuktikan dengan menunaikan ibadat puasa Ramadan.
d. Dibuktikan dengan menunaikan ibadat haji ke Mekah, bagi yang berkuasa sekali seumur hidup.
e. Kerzuhudan hidup di dunia ini dengan meninggalkan dosa-dosa besar, dan perbuatan-perbuatan yang mungkar yang diharamkan dan dilarang oleh Allah.
f.
Seseorang Muslim yang membuktikan penyaksiannya kebenaran Allah dan Rasulnya dengan lima ciri amalan fardhu tersebut, yang juga merupakan asas kepada binaan Muslim yang dijanjikan oleh Allah mendapat kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

4.. Syarat-Syarat Dua Kalimah Syahadat

Syarat-syaratnya ialah :-

a. Wajib mengetahui lafaz Dua Kalimah Syahadat itu, wajib mengetahui maknanya dan kandungannya.

b. Wajib mengikrar dengan lidah serta hendaklah mengucapkan (membaca) dua kalimah syahadat dengan selengkapnya.
c. Wajib menyakini maksudnya dan tidak mempunyai keraguan atau merasa sangsi kebenran isi dua kalimah syahadat itu.

d. Hendaklah yakin serta mengamalkan tuntutan dan kehendak-kehendak dua kalimah syahadat itu dan menolak segala apa jua yang bertentagan dengan maksud yang terkandung di dalam dua kalimah syahadat itu.

5.. Hukum-Hukum Yang Berhubung Dengan Dua Kalimah Syahadat.

Seseorang yang telah melafazkan syahadat dengan kerelaan dan kesederannya sendiri dengan tujuan menganut Islam, maka dengan itu sahlah dia menjadi seorang Muslim, dan tertakluk dia kepada hukum-hukum syariat Islam. Tidak ada seseorang pun yangdapat mengecap atau menuduh atau menghukum seseorang itu menjadi kafir melainkan Allah sahaja.

Seseorang Islam itu tidak boleh dihukum kafir melainkan dengan sebab-sebab yang telah dinaskan oleh Islam iaitu:-

a. Mengingkari dan mendustai setiap sesuatu yang telah dinaskan dan difardukan oleh Islam sebagai wajib di imani, sama ada keingkaran itu dengan hatinya atau niatnya sahaja, atau dengan lidah dan katanya seperti mengingkari, menafikan melalui kata-kata akan keutuhan Allah, termasuk menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal..

b. Melakukan amalan atau perbuatan yang ada nasnya bahawa semata-mata dengan melakukan perbuatan atau amalan itu menyebabkan dia kafir seperti melakukan penyembahan yang dinaskan oleh Islam sebagai kafir, atau memakai sesuatu sebagai kafir, atau memakai sesuatu yang melambangkan sebagai kepercayaan atau penyembahan dalam agama kafir.

c. Hukuman tersebut tertakluk kepada (1) Tidak jahil, iaitu setelah sampai seruan kebenaran dan setelah dikemukan hujah (2) Tidak tersalah (al-Khata’) (3) Tidak dipaksa.
-------------

Sunday, August 23, 2009

MASALAH AGAMA SIARAN KE 13

Hj.Che 'Dan bin Ahmad
No.770, Permatang Pasir, 34950 Bandar Baharu Kedah Darul Aman
Tel: HP 012- 4932547 (Rumah 05-7163954)
Email – hjdan@myjaring.net
Blogger – http://hjchedan.blogspot.com/.



100 MASALAH AGAMA- SIARAN YANG KE 13

Masalah 91..

Sehingga hari ini saya masih kurang faham mengenai maksud yang dikatakan ”Fardhu ’Ain” dan juga maksud yang dikatakan ”Fardhu Kifayah” itu. Mohon tuan tolong terangkan sepenuhnya.

Jawapan.

Fardhu ’Ain adalah sesuatu perintah Allah s.w.t. yang wajib, yang ditujukan kewajipannya atas tiap-tiap orang Mukallaf, dan tidak menjadi gugur tuntutan itu dengan sebab dikerjakan oleh sebahagian mereka yang lain. Sebagai contohnya Sembahyang lima waktu sehari semalam adalah Fardhu ’Ain, artinya semua Mukallaf mesti melakukannya.

Adapun Fardhu Kifayah, iaitulah sesuatu perintah Allah, yang wajib dan ditujukan kepada para Mukallaf, akan tetapi apabila sebahagian mereka di qariah itu melakukannya, maka gugurlah sudah tuntutan atas yang lainnya. Contoh : seperti Mentajhizkan mayat, iaitu memandikannya, mengkafankannya, menyemabahyangkannya dan mengkebumikannya. Diperintahkan untuk melakukannya itu oleh semua Mukallaf yang mengetahui akan kematian seorang Islam. Akan tetapi apabila sebahagian mereka itu telah melakukannya, maka gugurlah tuntutan atas yang lain, kerana yang dimaksud adalah terselenggaranya apa yang diperintahkan itu.
(Rujukan Kitab Maslah Agama Jil 1, ms. 36)

Masalah 92.

Saya kerapkali terbaca keterangan yang dikatakan ”Masalah Khilafiyyah” di dalam beberapa kitab, minta tuan terangkan apakah maksudnya perkara tersebut secara jelas.

Jawapan.

Masalah Khilafiyyah adalah masalah furu’ atau cabang, dimana terdapat perbezaan atau seliseh pendapat antara Mujtahidin dalam qadliyyah- qadliyyah yang jalan mendapatkan keputusannya adalah Ijtihad. Tegasnya bahawa dilalah dalilnya kepada hukum adalah Dzan dan bukan Qathi’.
Masalah-masalah yang tidak ada kesepakatan Mujtahidin padanya disebut masalah ”Ijthadiyyah, khilafiyyah, fury’iyyah. Sedang masalah yang disepakati oleh para Mujtahidin dinamakan masalah Ittfaqiyyah, atau Ijma’.
Contoh serperti dalam kitab ”Rohmatul Ummah Fikhtifatil Aimmah ” adalah seperti berikut:-
”Dan memadai dalam menyapu kepala pada wuduk menurut Imam Shafii iaitu sesuatu yang jatuh padanya nama menyapu, dan tidak tertentu tangan untuk menyapu. Dan berkata Imam Malik dan Iam Ahmad pada riwayat yang paling dzahir dari padanya wajib menyapu seluruh kepala. Dan nakalkan dari Abi Hanafiah akan dua riawyat. Yang paling masyhur dari dua riwayat itu, bahwa tak dapat tiada dari pada memyapu seperempat kepala dengan tiga jari dari jari-jarinya, sehingga jikalau disapunya hanya dengan dua jari tangan, walaupun meratai seluruh kepala tidaklah memadai.”

Contoh yang kedua ialah mengenai Rukun-rukun Puasa. Ulama’ Mazhab Maliki menerangkan rukun puasa mempunyai dua macam rukun iaitu (1) Mengekangkan diri dari segala yang membatalkan puasa (2) Melakukan niat. Ulama’ Mazhab Shayi’i (Asy Syafi’iyyah); Menjelaskan rukun puasa ada tiga macam iaitu (1) Mengekangkan diri dari segala yang membatalkan puasa (2) Melakukan niat (3) Orang yang berpuasa.

Ulama’ Mazhab Shayi’i (Asy Syafi’iyyah) menyatakan Syarat-syarat puasa terbahagi dua macam iaitu: (1) Syarat-syarat wajib dan (2) Syarat-syarat sah puasa.
Syarat-syarat wajib puasa ada empat macam:-
(1) Dewasa (baligh) (2) Beragama Islam (3) Berakal sehat (4) Mampu berpuasa.
Adapun syarat-syarat sahnya puasa maka ada empat macam iaitu (1) Beragama Islam (2) Pandai (tamyiz) (3) Bersuci dari haidh dan nifas (4) Keadaan waktu memang dapat untuk digunakan berpuasa kerana tidak sah berpuasa pada kedua dua hari raya dan hari-hari tasyriq.
Ulama’ Mazhab Shayfi’i menerangkan niat sudah termasuk dalam perkara rukun. Disamping itu wajib niat mesti dilakukan untuk setiap hari yang akan dikerjakan puasa itu, apabila yang dikerjakan seperti puasa di bulan Ramadhan, puasa Kifarat dan puasa Nazar. Niat harus dijatuhkan di malam hari sebelum terbit fajar, meskipun ia dilakukan sejak awal maghrib. Kecuali apabila puasa itu dikerjakan puasa sunnah maka niatnya boleh dilakukan sesudah hari siang.
Ulama’Mliki menerangkan bahawa niat puasa hanya satu kali dianggap telah mencukupi untuk setiap puasa yang diwajibkan berturut-turut melakukannya, seperti puasa bulan Ramadhan, puasa kifarat Ramadhan, puasa kifarat pembunuhan atau puasa kifarat Zihar, selama kelangsungan belum terputus. Bila kelangsungannya telah terputus kerana sakit atau berpergian (safari) atau semisalnya maka wajiblah menjatuhkan niat pada setiap malam. Apabila berpergian telah selesai atau sakit telah sembuh maka satu kali niat telah mencukupi untuk sisa-sisa hari dalam sebulan itu.
Demikianlah perbezaan di antara Mazhab-mazhab tersebut.
(Rujukan Kitab Fiqih Empat Madzhab –Bahagian Ibadah Jilid 2 ms. 366)


Masalah 93

Pada hari Jumaat kaum wanita bolehkah bersembayang Jumaat bersama-sama kaum lelaki supaya mereka juga boleh mendengar pesanan-pesanan agama Islam terhadap mereka yang disampaian oeh Khatib?


Jawapan.

Kaum wanita tidak wajib bersembahyang Jumaat kerana syarat sembahyang Jumaat itu wajib pada lelaki sahaja. Dalilnya seperti yang tersebut di dalam Kitab ”Al-Muhaddzab, juz 1 halaman 109 sebagai berikut;-


وَلَاتَجِبُ عَلىَ الـْمَرْأ َةِ لِمَا رَوَى جَابِرٌ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله ُصَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلـَّمَ: مَنْ كَانَ يُؤْ مِنُ بِا للهِ وَالـْيَوْمِ الآخِرَ فَعَلـَيْهِ الـْجُمْعَةُ إِلَّاعَلىَ امْرَأ َةٍ أـَوْ مُسَافِرٍ أـَوْ عَبْدٍ أ َوْ مَرِيْضٍ. (رواه البخارى)
Bermaksud: ”Dan tidaklah wajib Jumaat atas perempuan. Kerana hadits yang diriwayatkan oleh Jabir r.a: Bersabda Rasulullah s.a.w. ”Barangsiapa yang beriman kepada Aallah s.w.t. dan hari Qiamat, wajiblah atsanya sembahyang Jumaat, kecuali atas perempuan, musafir, hamba sahaya, atau orang sakit.” (H.R Bukhari)
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama IslM Jil.1,ms 102)


Masalah 94.

Saya ingin tahu bagaimanakah hukumnya mengucapkan :”Usuhalli” (أُ ُصَلـِّى) seketika kita akan sembahyang, ada orang kata kita tidak perlu lagi memakai perkataan itu disebabkan ianya diluar sembahyang ?

Jawapan.

Mengucapkan “Usuhalli”اصَلـِّى ُ( seketika kita akan sembahyang, seketika kita akan puasa kita mengucapkan “Nawaitu Shamaa ghadin” adalah dinamakan oleh Fuquha’ dengan “talaffuz binniat”, artinya melafazkan niat. Bahawa hukum melafazkan “Usuhal اصَلـِّى ُ) adalah sunnat sahaja iaitu mengikut kitab-kitab Fiqh Imam As-syaffi”i didalilkan ksunatannya dengan: لِيُعَاوِنَ اللِّسَـانُ الْقَلْبَ. (Agar lidah menolongy hati) Sebagai contohnya terdapat penjual buah-buahan yang selalu menghitung buah-buahahnya dengan lafaz lidah, untuk membantu hatinya mengira bahkan disertai dengan irama nyayian. Dengan demikian nyatalah bagi kita faedahnya mengucap “talaffudz” sehingga terbekam kata-kata itu dalam hati kita.

Melafaz niat termasuk amalan lidah. Tiap-tiap perbuatan atau perkataan yang keluar daripada mukallaf, senantiasa dituliskan Malaikat. Perkataan yang baik tertulis sebagai amal yang baik, perkataan yang jahat seperti
mengumpat maka ditulis sebagai amal yang jahat. Firman Allah s.w.t.:-
مَا يَلـْفـِظ ُ مِنْ قـَوْلٍ اِلأ َ لـَدَيْهِ رَقِيبً عـَتـِيدً. (سورة ق اية 18)
Bermaksud: Tidaklah seorang mengucapkan sesuatu perkataan, melainkan di sisinya ada Malaikat Raqib (yang nenuliskan amal kebajikan) dan Malaikat Atid (yang menuliskan amal kejahatan (Surat Qaf ayat 18)

Maka seumpamanya seketika kita akan sembahyang kita mengucapkan:
أ ُصَلِّ فَرْ ضَ الصُّبُحِ رَكَعَتَيْنِ للهِ تَعالَى.
(Artinya: Sahajaku melakukan sembahyang fardhu Subuh dua rakaat kerana Allah Taala)
Maka sabda Rasulullah s .a.w ;-

إنـَّماَ الْا َعْمَالُ بِـا لنـِيِّـاتِ, وَإ ِنَّـمـَا لـِكُلِّ امْرِىءِ مَـا نَـوَى.
(Sesungguhnya amalam-amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya yang sabit bagi setiap orang itu apa yang diniatkannya)
(Hadits sahih dari Umar Al-Khatab r.a.)
Rujukan: Kitab seratus Masalah Agama, J il.1 ms 105)




Masalah 95.

Saya ingin tahu bagaimanakah kedudukan dan fungsinya doa qunut itu. Pada masa ini ada terdapat orang-orang yang tidak lagi melakukan doa qunut ketika i’tidal rakaat yang kedua pada Sembahyang Subuh ?

Jawapan.
Adalah melakukan doa qunut pada i’ktidal rakaat yang kedua pada sembahyang Subuh, dan i’ktidal rakaat akhir pada witir yang kedua dalam bulan Ramadhan, maka kedudukan hukumnya adalah sunat yang tergolong dalam sunat ab’adl. Diberi pahala bagi yang mengerjakannya dan tidak berdosa bagi yang meninggalkannya. Qunut ini dinamakan qunut rotibah (tetap), seperti tasyhhud awal, maka disunatkan bagi yang meninggalkannya dengan terlupa untuk melakukan sujud sahwi.
Akan tetapi bagi doa qunut yang dibacakan pada i’tidal rakaat akhir bagi tiap-tiap sembahyang fardhu yang dilakukan seketika kaum Muslimin berada dalam musibah, maka hukumnya sunat, tetapi bukan sunat ab’ad, dan tidak disunatkan ketika meninggalkannya untuk bersujud sahwi. Qunut ini dinamakan Qunut Nazilah.
Mengenai perlakuan Qunut yang tergolong dalam sunat ab’ad adalah mengikut hadis yang dipetik dari katerangan Al-Imam Taqiyudin Abi Bakar bin Muhammad al-Husainy dalam kitab ”Kifatul Akhyar juz 1 halaman 70 sebagai berikut:

وَأ َمَّا الـْقُنُوْتُ فَيُسْتَحَبُّ فِى اعْتِدَالِ الثـَّانِيَةِ فِى الصُّبْحِ لِمَا رَوَاهُ
ا َنَسٌ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ :مَازَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلـَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلـَّمَ يَقْنُتُ فِى الصُّبْحِ حَتَّى فَارَقَ الدُّنْيَا, رَوَاهُ أ َلْاءِمَامُ أ َحْمَدُ
وَغَيْرُهُ : قَالَ ابْنُ الصَّلَاحِ : قـَدْ حَكَمَ بِصِحَّتِهِ غَيْرُوَا حِدٍ مِنَ
الْحُفـَّاظِ مِنْهُمُ الْحَكِمُ وَالْبَيْهَقِىُّ وَالـْبَدْ خِيُّ, قـَالَ الـْبَيْهَقِيُّ :اَلـْعَمَلُ
بِمَقْـتَضَاهُ عَنِ الْخَلَفَاءِ الْأ َرْبَعَةِ .
Maksudnya: Dan adapun qunut, maka iaitu disunatkan pada i’ktidal rakaat kedua dalam sembahyang Subuh, kerana hadits yang diriwayatkan Anas r.a. menyebut : Sentiasalah Rasulullah s.a.w. melakukan qunut dalam sembahyang Subuh sehingga beliau meninggal dunia. Setelah meriywayatkan akan hadits ini oleh Al-Imam Ahmad dan lainnya. Berkata Ibnusshalah: Sesungguhnya telah menghukumkan dengan sahihnya hadits ini oleh bukan sedikit dari pada Huffadz. (Rujukan Kitab Seratus Maslah Agama, Jil.1 ms 120)


PERMOHONAN DARI PENULIS BLOG.

Sukacita jika anda apabila telah melayari Siaran Blog ini diminta memberi tahu sekalian rakan anda agar menjadi Rakan ”Follower” Siaran Blog ini demi untuk faedah meningkatkan ehwal agama Islam. Tidak ada apa-apa bayaran yang dikenakan kepada mereka itu.
Kerjasama anda amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Salam bahagia Dari Hj.Che Dan Ahmad.



-----------------------------oooooooooooooooo-------------------------------------