Saturday, February 6, 2010

Santapan Rohani - Siaran 157




CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 157
.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه


Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.
”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56.





Firman Allah s.w.t:-
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

وَالـْعَصْرِ (1)
إ نَّ الْإِنْسَانَ لـَفِى خُسْرٍ (2)
إ ِلا َّالـَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلـُوا الصَّلـِحَتِ وَتَوَاصَوْا بِالـْحَقِّ
وَتـَوا صَوْا بِالصَّبْرِ (3)
(1). Demi masa
(2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
(3). Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihat) dengan kebenaran dan dengan kesabaran.

------------------------------------------------

اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه


SANTAPAN ROHANI.

Bayangkan apabila sekiranya Rasulullah s.a.w. dengan seizin Allah, tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita.... Beliau datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita...Apa yang akan kita lakukan? Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk beliau erat-erat, dan lantas mepersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah s.a.w. sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Beliau tentu tersenyum......

Tetapi bargnkali kita meminta pula Rasulullah s.a.w. menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat video CD Rated 18xxx yang ada di ruang tengah, dan kita terges-gesa memindahkan dahulu CD tersebut ke dalam. Beliau tentu tetap tersenyum....

Atau barangkali, kita teringat akan lukisan wanita separuh telanjang yang kita gantung di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa...

Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah(الله) dan Muhammad (محمد) yang ada diruang tercorok dengan diliputi habuk dan sarang labah-labah dan berkarat dan menggantung di ruanng tamu. Beliau tentu tersenyum...

Bagaimana pula bila baginda Rasulullah s.a.w. bersedia menginap di rumah kita ?

Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat,
Nyanian P.Ramli, Ramli Sarip, Siti Norhaliza, Syarifah Aini daripada menghafal selawat kepada Nabi atau Surat Al-Fatihah. Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah s.a.w.,kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita. Beliau tentu terseayum....

Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah.s.a.w. dan sahabatnya, tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers atau Penyu Ninja. Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar menjadi ruang solat. Barangkali kita teringat bahawa tikar sejadah hanya ada sehelai sahaja, itupun sudah berkulat dan dalam lipatan.

Barangkali kita teringat bahawa perempuan-perempuan di rumah kita tidak memiliki kain telekong untuk bersolat dan koleksi pakaian baju kurung atau baju kebaya, hanya almari di rumah kita penuh dengan baju bare-back, mini skirt atau gaun labuh sahaja. Beliau tentu tersenyum......

Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita.....Belum lagi koleksi kaset atau CD kita dan anak-anak kiata.... Belum lagi koleksi karoeke kita dan anak-anak kita....Kemanakah kita harus letakkan atau menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita.....!

Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi, ataupun kita tidak mengetahui di mana arah kiblat dalam rumah kita, atau siapakah nama Tuan Imam di masjid kita apabila ditanya Rasulullah s.a.w. nanti.... Beliau tentu tersenyum...

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan Maghrib, keluarga kita malah sibuk di depan TV melihat drama dari Indonesia. Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk melihat siaran saham di TV, untuk mencari kesenangan duniawi, mencari keseronokan di disko dan hotel....

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat-solat sunat, atau tidak mengetahui apa itu maananya ”Qiamullail ” ....Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak boleh membaca tulisan jawi dan tidak boleh membaca al-Quran... Rasulullah s.a.w. tentu tersenyum....

Barangkali kita menjadi malu bahawa jika Rasulullah s.a.w. menyanyakan siapa nama jiran-jiran kita,kerana kita tidak kenal dan mengetahui nama –nama mereka....

Barangkali kita merasa malu jika Rasulullah s.a.w. bertanya tentang nama pegawai-pegawai dan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid, kita tidak tahu nama-nama mereka dan di mana mereka tinggal di kariah kita ini... Tentulah Rasulullah s.a.w. tersenyum jika berada di situ.....

Bayangkanlah apabila Rasulullah s.a.w. tiba-tiba dengan sungguhnya muncul di derpan rumah kita....
Tak payah Rasulullah s.a.w. nak muncullah...! Cuma kita bayangkanlah bagaimana satu kejadian telah berlaku pun cukup menjadi santapan rohani kita, bilamana seorang Imam Besar sebuah masjid dari Utara yang dalam perjalanan ke Ke Kuaa Lumpur dengan kenderaannya, tiba-tiba telah rosak kenderaannya di jalan besar, sewaktu hampir maghrib. Beliau terus menuju ke sebuah rumah di tepi jalan itu untuk tumpang bersolat. Alangkah terperanjatnya beliau bila beliau dapati sekumpulan belia-belia sedang berkaroke.

Breliau meminta izin tuan rumah itu untuk bersolat. Kata tuan rumah itu solatlah di tepi veranda rumah itu. Belaiu meminta kain sejadah, kata tuan rumah,maafkan kami kerana tidak ada..dan beliau menanya ke manakah arah kiblat, kata tuan rumah itu ikut mana pun boleh, kerana dia tidak tahu arahnya.... Itulah keadaan di zaman sains dan teknologi ini...

Apa yang akan kita lakukan? Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk dan meginap di rumah kita. Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak beliau berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu....

Maafkan kami, ya Rasulullah.....Masihkah beliau terseyum..?

Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir... Oh, betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullahs.a.w....!
Maaf.... saila sampaikan siaran risalah ini pada rakan-rakan anda.

--------------------oooooooooo-----------------------

No comments:

Post a Comment