Thursday, February 18, 2010

Ciri-Ciri Suami yang Soleh - Siaran 160

CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN 160.


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه


Firman Allah s.w.t:-
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

وَالـْعَصْرِ (1)
إ نَّ الْإِنْسَانَ لـَفِى خُسْرٍ (2)
إ ِلا َّالـَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلـُوا الصَّلـِحَتِ وَتَوَاصَوْا بِالـْحَقِّ
وَتـَوا صَوْا بِالصَّبْرِ (3)

(1). Demi masa
(2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
(3). Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihat) dengan kebenaran dan dengan kesabaran.


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

CIRI-CIRI SUAMI YANG SOLEH.

Suami yang soleh adalah suami yang nmengerti tentang cara-cara mendirikan rumahtangga yang berdasarkan agama Islam yang sesungguhnya. Kemudian hendaklah memahami makna perjuangan sebagai seorang laki-laki dan seorang suami.

Ciri-ciri untuk menjadi suami yang soleh :

1. Mentaati Allah s.w.t. dan RasulNya dengan mengerjakan segala
perintah dan menjauhi segala laranganNya.

2. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah s.w.t.

3. Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya.

4. Menjagai hati dan perasaan isteri.

sesuatu yang di luar kemampuan isteri.

6. Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan
pukulan yang memudratkan.

7. Janganlah mengeji isteri dihadapan orang lain dan tidaklah pula
memuji wanita-wanita lain di hadapannya.

8. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang
terbuka, kerana segala sesuatu yang dijadikan Allah s.w.t. terdapat
rahmat di sebaliknya. Elakkan ingatan untuk meninggalkannya.

9. Mengelakkan daripada terlalu mengikuti kemahuan iusteri, kerana
ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai seorang
pemimpin keluarga.

10. Memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak mengikit kadar
kemampuan.

11. Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa untuk
mereka.

12. Bertanggungjawab mendidik akhlak isteri dan anak-anak selaras
dengan kehendak Islam.

13. Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.

14. Memberikan kasih sayahg dan berkorban apa sahaja demi
kepentingan dan kebahahgian bersama.

Sekian dahulu dan diharap sekalian kaum bapa akan dapat menjadi seorang suami yang soleh dengan berpandukan ciri-ciri nasihat tersebut di atas dan begitu juga dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di ucapkan....

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه


----------------------------ooooooooooooooooo--------------------------------

No comments:

Post a Comment