CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 143.
Mendidik Anak-Anak.
Melengkapkan Anak Dengan Budi Pekerti yang Mulia.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
Firman Allah s.w.t.:-
ا لـْمـَالُ وَالْبـَنُونَ زِينـَة ُ الـْحَيـَوةٍ
الـدُّ نـْيـَا . (الكهف46)
”Harta kekayaan dan anak-anak itu adalah perhiasan kehidupan dunia. ” (Al-Kahfi ayat 46)
1. Didikan melalui Tauladan.
a. Ibu bapa perlu berakhlak mulia dalam rumah tangga
untuk menjadi contoh pada anak-anak.
b. Jangan ada pergesiran antara ibu dan bapa di hadapan
anak-anak.
c .Pererlu tunjukkan kasih sayang di antara semua keluarga.
2. Baik Budi Pekerti.
a. Ibu bapa hendaklah dsentiasa menunaikan segala suruhan Allah s.w.t. seperti solat, puasa Ramadzan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Mekah apabila mampu.
b.Sentiasa berbuat baik dengan jiran tetangga yang terdekat
dan jauh.
c. Memelihara anak dari pergaulan dengan rakan-rakan yang
jahat.
d. Jangan selalu membiasakan anak dengan banyak
kemewahan.
e. Janganbiarkan anak-anak buruk budi pekerti seperti
berbohong,berdengki sesama sekeuarga dan orang ramai,
perasaan tamak haloba, mencuri, perasaan riak dan bongkak
dan bermegah-megah diri.
c. Jangan biarkan dia buruk budi pekerti seperti berbohong,
berdengki, tamak, mencuri, perasaan riak, megah diri.
Firman Allah s.w.t. :
يـَأ َيـُّهـَا الـَّذ ِيـْن َا َمـَنـُوْا قـُوْا ا َنـْفـُسَكـُمْ وَا َهـْلـِيـْكـُم ْنـَرً.
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu
dan keluargamu dari api neraka.”
(Al-Tahrim ayat 6)
3. Huraian ayat tersebut diatas:
a. Allah menyuruh ibu bapa supaya melindungi dirinya dan
anaknya dari api neraka.
b. Caranya dengan memberi pendidikan dan pengajaran
akhlak yang baik dan budi pekerti yang terpuji.
4. Budi pekerti yang baik dan buruk.
a. Jangan anak-anak bersifat berdendam, sifat pemarah, bersifat kedekut, takbur dan bangga diri.
b. Latihkan dia bersifat sabar, bersyukur, takut azab Allah, ikhlas dan benar.
c. Latihkan rajin beramal ibadat dan belajar al-Quran.
5. Sentiasa mengambnil tahu hal-hal anak.
a. Perlu mengambil tahu segala aktivti anak.
b. Jika melanggar akhlak mulia ibu bapa hendaklah nasihat dan menghalangkan perbuatan itu.
c. Hendaklah memberikan palajaran agama Islam dengan cukup supaya mampu baginya semasa dewasa.
d. Arahkan anak-anak melakukan ibadat selalu.
e. Arahkan atau buat peraturan supaya anak-nmak berdamping dengan orang-orang alim atau guru guru agama.
6. Berikan motivasi pada anak-anak.
a. Apabila nampak anak berakhlak mulia, harus di beri pujian,
b. Jangan memarahi anak di hadapan khalayak ramai.
c. Selalu bercakap dengan anak-anak dengan riang gembira.
d. Beri hadiah bila dia berjaya atau pada hari lahir dia.
7. Menjaga hati anak-anak.
a. Anak-anak adalah manusia biasa.
b. Mempunyai maruah dan malu.
c. Bila nenegur jangan terlalu banyak mencela.
d. Bijak menegur pada nasa tertentu dengan cara yang dapat meresap dalam fikirannya.
Penutup.
JADILAH KELUARGA YANG BERAKHLAK MULIA SUPAYA
DI SANJUNG DAN DIHORMATI ORANG.
---------------------------------------------------
Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di sudahi...
وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه
--------------ooooooooooooo--------------
No comments:
Post a Comment