Wednesday, January 13, 2010

Bab Pengurusan Jenazah - Siaran 153




CHE DAN BIN AHMAD,

E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

MASALAH AGAMA – SIARAN KE 153.

Berkenaan Pengurusan Jenazah. (331 – 335)



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه.



اِنَّ الـْحَمْدُ للهِ, نَحْمَدُهُ, وَنَسْتَعِيْنُهُ, وَنَسْتـَغْفِرُهُ, وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسْنَا,



وَسِيِّـءـَاتِ أَعْمَالـِنَا, مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلآ مُضِلَّ لـَهُ, وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ,



وَأَشْهَدُ أَنْ لآ إِلـَـهَ إِ لا َّاللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لـَـهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلـُهُ



صَلىَ اللهُ عَلَيْهِ وَعَلىَ آلـِهِ وَأ َصْحَابـِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بـِإِحْسَانِ إِلىَ يَوْمِ الدِّيْنَ



وَسَلـَّمَ تَسْلِيْمًا كَشِيْرًا , أَمَّـا بَعْدهُ.

Segala puji-pujian hanya bagi Allah S.W.T.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Esa dan tiada sekutu bagiNya.

Aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah hambaNya dan rasulNya.

Masasah 331. (1).

Bolehkah jenazah lelaki dimandikan oleh perempuan?
Jawapan.

Sebenarnya mayat lelaki perlu dimandikan oleh orang lelaki juga, begitulah sebaliknya iaitu mayat perempuan perlu dimandikan oleh orang perempuan. Tetapi suami dibolehklan memandikan jenazah isterinya, ataupun sebaliknya iaitu jdenazah isteri boleh dimana\dikan oleh suaminya, ataupun mereka yang mahram dengan si mati. Begitu juga dengan jenazah kanak-kanak, perlu dimandikan oleh orang lelaki ataupun perempuan.

Masalah 332. (2)

Bolehkah jenazah Muslim dikebumiklan tanpa dimandikan,apa hnukumnya?

Jawapan.

Perbuatan mengkubimikan jenazah Muslim tanpa dimandikan ataupun dikapankan bukan sahahja adalah perbuatan yang haram dan sangat berdosa. Jika berlakau sedemikian, wajib dibongkar atau digali semula bagi disempurnakan perkara-perkara yang menjadi kewajipan keatas kita supaya melakukannya.

Para ulama’ mengecualikan jika mati ”Syahid Dunia dan Akhirat”,iaitu mereka yang mati dalam peperangan menentang musuh Islam kerana menegakkan agama Islam; mereka wajib dikapankan dan dikebumikan tanpa dimandikan dan disolatkan ke atasnya.


Masalah 333. (3)



Bagaimana dengan anak keguguran, adakah wajib diuruskan seperti orang biasa ?

Jawapan.




Bderhubung dengan anak yang keguguran, menurut pendapat Mazhab Syafie, anak yang gugur itu ialah anak yang lahir belum cukup usia kandungannya enam bulan. Perlu dipastikan keadaannya tidak terkeluar salah satu daripada tiga hukum:-

a. Mempunyai tanda-tanda hidup seperti bersuara ataupun bergerak dan sebagainya. Sekirany ada, hukumnya adalah wajib disempurnakan keempat-empat perkara iaitu memandikannya, mengkapankannya, mengerjakan solat ke atasnya dan mengkebumikannya.

b. Mempunyai sifat ataupun tanda-tanda kejadian seperti muka, tangan, kaki dan sebagainya, maka hukumnya adalah wajib dilakukan tiga perkara ke atasanya selain solat.

c. Tidak mempunyai sebarang tanda hidup ataupun tanda kejadian, hanya seperti seketul darah ataupun seketul daging semata-pmata. Hukumnya adalah tidak wajib dilakukan sesesuatu ke atasnya.



Masalah 334. (4)

Bagaimana cara mengkapankan jenazah yang mengikut Mazhab Shafie ?

Jawapan.

Berhubung proses mengkapankan jenazah, sekurang-kurangnya ada selapis kain putih yang dapat menutup seluruh tubuh badabnya. Yang sebaik-baiknya dengan tiga lapis kain yang dopotong sama panjang yang menutupi seluruh badannya. Lima lapis bagi jenazah perempuan iaitu dua lapis kain yang menutup seluruh badannya, sehelai kain pakai, sehelai baju dan sehelai kain telekung.

Masalah 335. (5)

Apakah rukun-rukun bagi solat jenazah?

Jawapan.

Solat jenazah hanya mengandungi tujuh rukun sahaja iaitu:-

a. Niat.
b. Berdiri betul bagi yang berkuasa.
c. Takbir sebanyak empat kakli termasuk takbiratul ihram.
d. Membaca al-Fatihah selepas takbiratul ihram.
e. Selawat ke atas Nabi Muhammads s.a.w. selepas takbir yang kedua.
f. Doa bagi mayat selepas takbir yang ketiga.
g. Memberi salam selepas takbir yang keempat.

(Rujukan (1)(2,(3,) ,(4) dan 5. Kitab Fikah Harian Bab 15, m.s.113 oleh dato' Dr.Harun Din).

------------------------------------------

Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah , lebih-lebih lagi berkenaan solat, puasa, memberi zakat, mengerjakan haji, bersedekah, hal-ehwal pengurusan jenazah, membuat wakaf dan sebagai lagi, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar diterima Allah dan kita diberi ganjaran pahala yang lumayan di akhirat kelak.

Sekian dahulu dan di sudahi...

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه


--------------ooooooooooooo--------------



No comments:

Post a Comment