Friday, July 31, 2009

IBADAT PUASXA - SIARAN KE 9

Daripada:
Hj.Che Dan bin Ahmad
No.770, Permatang Pasir, 34950 Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


AMALAN IBADAT PUASA
Blog Siaran Ke 9

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.








1. Puasa itu satu daripada rukun Islam. Maknanya menahan diri daripada sekalian yang membatalkan akan dia- bermula daripada terbit fajar hingga masuk mata hari waktu Maghrib.

2. Bermula Tahun ke 2 Hijrah bulan Ramadan diwajibkan Islam, Mukallaf, yang kuasa, tidak uzur, dalam mukim wajib berpuasa.

3. Allah s.w.t. mewajibkan ke atas kita semua umat Muhammad berpuasa di bulan Ramadzan. Ibadat puasa ini juga tidaklah tertentu kepada umat Muhammad sahaja bahkan umat perbakala pun ada diwajibkan berpuasa. Moga-moga dengan berpuasa itu kamu bertaqwa kepada Allah s.w.t., dapat kamu menahan syahawat daripada berbuat maksiat.

4. Orang-orang yang tidak daya berpuasa dengan sebab sakit atau dalam perjalanan yang jauh maka bolehlah ditangguhkan puasa dan diqadza puasanya itu pada hari-hari yang lain.

5. Bagi orang yang tidak boleh mengqadzanya dengan sebab tuanya atau sakit yang tidak diharapkan sembuhnya maka hendaklah digantikan dengan fediah, iaitu memberi secupak makanan bagi tiap-tiap sehari kepada orang-oang fakir dan miskin jika ia ada kuasa memberinya.

6. Firman Allah s.w.t.dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 & 184 bermaksud:





يَأَيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْ اكُتِبَ عَلـَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلىَ
الـَّذِيْنَ مِنْ قـَبْلِكُمْ لـَعَلـِّكُمْ تـَتـَّقُوْنَ.(183)
اَيَّا مًا مَعْدُ وْدَتٍ ج فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيْضًـا اَوْعَلىَ سَفَرٍ فَعِدَة ٌ
مِنْ أ َيَّامٍ أ ُخَرَج وَعَلـَى الـَّذِيْنَ يُطِيْقـُوْنَهُ فـِدْيَتٌ طَعَامُ مِسْكِيْنٍ ج
فَمَنْ تَطَوَّع َ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌلَهُ ج وَاَنْ تَصُوْمُوْا خَيْرٌلـَكُمْ اِنْ كـُنـْتُمْ تَعْلـَمُوْنَ. (184)
Ertinya:
• Wahai mereka yang beriman, difardukan, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas mereka yang terdahulu daripada kamu moga-moga kamu takutkan Allah.
• Beberapa hari yang berbilang-bilang, )29 atau 30) maka barang siapa ada daripada kamu itu sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka) maka wajib baginya berpuasa qada pada hari-hari yang lain. Dan atas orang-orang yang tidah sanggup mengerjakannya (jika mereka tida berpuasa) memberi fidyah iaitu memberi makan seorang miskin. Maka barang siapa dengan kerelaan hatinya menegerjakan kebaikan (memberi makan lebih aripada seorang miskin) maka itu yang lebih baik baginya, dan bahawa puasa kamu itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.”

7. Kedatangan Ramadzan bererti suatu peluang besar bagi orang-orang yang beriman untuk memperkayakan dirinya dengan ibadah, kerana pada bulan Ramadzan itu ditingkatkan nilai segala pahala, amalan sunat dinaikan pahalanya sama dengan amalan wajib pada bulan lain, amalan wajib yang dikerjakan pada bulan Ramadzan dilipatgandakan menjadi tujuh puluh kali ganda. Selaian dari itu pada bulan Ramadzan juga ada satu malam yang nilai pahala padanya sama dengan 1,000 bulan.



8. Syarat –syarat Puasa.

• Beragama Islam yang aqal baligh.
• Suci daripada haid dan Nifas
• Bersempurna ‘akal sepanjang harinya.
• Tidak boleh berpuasa pada hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu (1) Hari Raya Puasa (2)Hari Raya Haji (3) Tiga hari tasyriq (4)Hari Syak, iaitu hari yang ke 30 bulan Syaaban.



9. Hikmat berpuasa
• Melatihkan nafsu dan membiasakan dia pada menunaikan amanah bagi dirinya pada zahir dan bnatin.
• Melemahkan shahawat dan keinginan nafsu yang menjadi punca bagi maksiat.
• Merehatkan jentera tubuh badan.
• Mendatangkan perasaan insaf, kesihan belas kepada orang yang miskin.
• Memaksa sifat-sifat terpuji seperti sabar dan tekun dan lain-lain lagi.
10. Sunat bagi orang yang berpuasa:

• Segerakan berbuka apakala telah yakin masuk matahari (waktu maghrib)
• Bebuka dengan buah-buahan yang manis seperti korma yang masak atau air sejuk.
• Melewatkan makan sahur hingga lepas daripada tengah malam dengan niat menguatkan puasa pada siangnya (hampir masa terbit fajar)

11. Niat berpuasa:

Niat puasa Ramadhan bagi tiap-tiap malam:-
نَوَيْتُ صَوْمَ غَـدٍ عَـنْ أ َدَا ءِ فَرْضِ الرَّمَضَانِ
هـَذِهِ ا لـسَّـنـَـةِ للهِ تـَعَالىَ.
”Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.”

• Sayugia ia pada malam yang pertama daripada bulan Ramadan hendaklah ia berniat akan sekalian hari bagi bulan Ramadan mengikut pendapat Mazhab Maliki, kerana jika ia terlupa berniat pada satu malam daripada bulan Ramadan itu maka sah puasa puasanya itu juga.

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كـُلـِّهِ هَذّهِ للهِ تَعَالىَ
• Sahaja ku puasa bulan Ramdhan sekaliannya kerana Allah Taala.”

12. Niat bacaan bagiberbuka puasa:-
اَللـَّهُمَّ لـَـكَ صَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقـِكَ أ َفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ
يـَا أ َرْحـَمَ الـرَّحـَمَ الـرَّحِمِيْنَ.
“Ya Allah, untuk Engkaulah puasaku dan dengan Engkaulah aku beriman dan atas adanya rezeki Engkaulah aku berbuka di sertai dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pengaasih”



13..Rukun berpuasa :

• Niat – hendaklah niat di dalam hati antara Maghrib dan naik Fajar. Tidak sah berniat pada siang hari sekalipun ia terlupa berniat pada malamnya. Wajib ia qadha. Wajiblah juga dia menahan diri sebagai orang yang berpuasa.
• Memeliharakan daripada sekalian perkara yang membatalkan puasa.

14. Yang membtalkan puasa:

• Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga daripada yang terbuka.
• Muntah dengan sengaja
• Mengeluarkan mani dengan sengaja atau berkhayalan dalam perkara seks hingga terkeluar mani atau mazi
• Jimak dengan sengaja pada siang hari.
• Apabila terbatalnya puasa Ramadan itu dengan sengaja wajiblah ia qadhakannya.

15..Batal puasa kerana berjimak:

• Wajib ke atasnya qaddha dan mambayar kifarah.(denda)
• Kifarah itu ialah memerdekan seorang hamba Muslim, dan jika tiada upaya wajib berpuasa 60 hari berturut-turut dan jika tiada upaya juga wajib beresedekah 60 cupak (56 ½ kati) beras disedekahkan kepada 60 orang fakir miskin.

16.. Harus meninggalkan puasa:

• Kuat sangka dengan puasanya itu akan memberi mudharat kepada dirinya seperti perempuan yang hamil dan sebagai lagi.
• Kuat sangka akan memberi mudarat kepada orang lain seperti ibu-ibu yang mengandung.
• Orang yang lemah kerana sangat tua
• Orang yang musafir jauh hingga boleh sembahyang qasar –maka dia kenalah kadha puasanya itu.

17. Sunat bagi orang yang berpuasa :

• Berbuka dengan buah-buahan.
• Melewatkan makan sahur.
• Membaca doa ketika berbuka puasa.
• Membanyakkan beribadat pada siang dan malamnya.


18. Makruh Bagi Orang Yang Berpuasa:

• Memamah sesuatu barang yang tiada keluar daripadanya sesuatu,seperti getah.
• Mandi berlebih-lebihanan.
• Bersugi gigi kemudian daripada telah gelincir matahari
• Mendakap atau memeluk isterinya berlebih-lebihan.

19. Melewat Qada Puasa:

• Orang yang lalai qada puasa Ramadan hingga masuk Ramadan yang lain, wajib menqada puasanya itu dan wajib membayar fediah secupak beras bagi tiap-tiap setahun; seumpama ia meninggalkan puasanya satu hari dan diqadanya kemudian daripada tiga tahun, maka wajib qada puasanya sehari dan fediah tiga cupak beras.

20... Kesimpulan beberapa hukum sekitar Puasa Ramadhan menurut Mazhab Al-Shafe’i: (1)
(1) – Rujukan “Kitab Bimbingan Lengkap Fardhu ‘Ain’ oleh Akmal Hj.Mohd Zain terbitan Darul Nu’man dicetak oleh Erfan Hj.M.A.Ghani ,Wisma Yakin Kuala Lumpur m.s 245 - tahun 1994).


(1). Tidak sah puasa tanpa niat, baik puasa wajib dalam bulan
Ramadhan, ataupun puasa-puasa yang lain, walaupun puasa
sunat.(1)

(2). Niat itu mestilah disabitkan pada malam hari, sebelum terbit
fajar, dan ia mestilah dilakukan setiap hari. Baik untuk puasa
Ramadhan, puasa nazar, mahupun puasa kaffarah dan ia itu
mestilah dengan ta’yin, yakni menyatakan puasa yang akan
dilakukan. Bagaimanapun untuk puasa sunat, adalah sah diniatkan
sebelum tergelincir matahari.(2)

(3). Apabila seseorang tidak berniat pada malam, kemudian dia
bersetubuh sebelum tergelincir matahari, maka tiadalah wajib
kaffarah atasnya, walaupun dia berdosa.(3)
(Kaffarah maknanya lihat para 15.diatas)

(4). Niat puasa itu hendaklah dilakukan setiap hari, baik puasa
Ramadhan, puasa qadha, puasa nazar, puasa kaffarah mahupun
puasa sunat. Demikian juga pendapat Abu Hanifa dan Ahmad
Hambal.(5)

(5). Waktu mulai puasa dari waktu imsak iaitu apabila telah terbit
fajar sadiq. (Lihat taqwim Islam bagi masa yang tepat). (6)

(6). Apabila seseorang perempuan yang sedang haid berniat
puasa keesokan harinya sebelum haidnya berhenti, atau orang
yang berhaid menurut kebiasaan dengan sebanyak-banyak
waktu haid dan haidnya berhenti pada malam itu, maka sahlah
puasanya, walaupun ia belum mandi haid.(7)


(7). Apabila seseorang berkata ”Saya makan sahur untuk
berpuasa, atau saya akan minum untuk mengelakkan kehausan
pada siang hari, atau saya tidak makan, minum dan bersetubuh
kerana khuatir terbit fajar,” maka sudah terlintas dalam hati
seseorang keinginan untuk berpuasa, maka ia sudah dipandang
sebagai niat puasa. Inilah pendapat yag tahqiq mazhab Shafei’i.(8)

(8). Apabila seseorang itu lupa berniat pada malam hari hingga
terbit fajar, maka tidak sah puasanya itu. Bagaimanapun dia
wajib imsak (menahan diri) pada siang hari dan wajib
mengqadha puasanya itu.(10)

(9). Apabila seseorang itu berniat untuk puasa, tetapi di ragu-
ragu apakah niatnya itu sebelum fajar atau sesudahnya, maka
menurut para fuquha tiadalah sah puasanya kerana menurut
hukum asal dia belum berniat. Tetapi jakalau dia berniat
kemudian dia ragu-ragu apakah fajar telah terbit atau
belum, maka sah puasanya, dengan pendapat kesepakatan
seluruh fuquha Safi’iyah. (11)

(10). Jika seseorang itu meyakini bahawa dia masih
mempunyai hutang puasa, tetapi dia ragu apakah puasa itu puasa
nazar, kaffarah atau puasa Ramadhan, maka hendaklah dia
meniatkan puasa fardhu saja dan memadailah baginya.(13)



(11). Jika seseorang yang sudah berpuasa pada siang hari,
kemudian dia ragu apakah dia sudah berniat pada malamnya
atau belum. Kemudian dia teringat bahawa dia sudah berniat
setelah berlalu sebahagian besar daripada hari itu, maka
puasanya adalah sah. (14)

(12).. Jika seseorang sudah sangat tua, atau orang sakit yang tidak
diharapkan sembuhnya bernazar puasa, maka tidak sah nazarnya,
kerana atas mereka diwajibjan fidyah. Tetapi apabila orang itu
adalah orang miskin yang tidak pula mampu untuk membayar
fidyah, maka dia tidak wajib mebayar fidyah. Kerana perintah ini
sama tarafnya dengan fitrah dan tidak tergolong kepada
kaffarah.(16)

(13).. Orang tua yang sangat lemah dan orang sakit yang tidak
diharapkan lagi sembuhnya, tidak dibolehkan membayar fidyah
sebelum masuk Ramadhan, tetapi hendaklah diberikannya sesudah
terbit fajar setiap hari. (18)

(14).. Orang musafir dan orang fakir yang tidak diharapkan untuk
sembuh lagi, tidak boleh menggunakan Ramadhan untuk puasa
yang lain selain daripada puasa Ramadhan, seperti puasa nazar,
puasa kaffarah, puasa qadha mahupun pusa saunat. Kalau
dilakukannya juga nescaya tidak sah puasanya, baik untuk puasa
Ramdhan mahupun puasa yang diniatkan itu.(19)

(15)..Apabila orang musafir jauh sampai balik di rumahnya pada siang hari Ramadhan dan didapatinya isterinya baru dalam keadan berbuka, umpamanya baru berhenti haidnya dan telah mandi, maka dia boleh mensetubuhi isterinya itu dan tiada kaffarah atasnya.(20)

(16)..Apabila seseorang makan dia ragu tentang terbit fajar dan tidak nyata tanda baginya sesuatu apa pun sesudah dia makan, maka sahlah puasanya dan tiada qadha baginya. (22)

(17).. Apabila seseorang yang sedang berpuasa menyangka bahawa matahari telah terbenam, kemudian dia melakukan persetubuhan. Setelah itu nyata baginya bahawa matahari belum terbenam, maka batallah puasanya itu dan wajib qada atasnya tetapi tidak wajib kaffarah.(23)

(18)..Apabila seseorang bersetubuh pada malam hari dan dalam keadaan junub ketika masuknya waktu Subuh. Maka sah puasanya itu.(24)

(19)..Apabila fajar sudah terbit, sedangkan di dalam mulut masih ada makanan, maka jika langsung diludahkannya, sahlah puasanya. Tetapi jika ditelannya maka batallah puasanya dan wajib atasnya qada, kecuali apabila dia sudah berusaha meludahannya, namun sabahagian makanan itu masuk ke fdalam perutnya tanpa sangaja. (25)


(20).. Apabila seseorang sedang bersetubuh, kemudian diketahuinya bahawa fajar sudah terbit, maka puasanya sah apabila dia mencabut zakarnya dan menghentikan persetubuhan itu ketika itu juga. Tetapi kalau dia masih goyangkan atau digerakkan walaupun hanya sekali gerakan, maka puasanya batal dan wajib atasnya qada serta kaffarah. Demikian pendapat Abu Hanifah dan sebahagiuan Ulama’. (26)

(21).. Jika betis seseorang luka, kemudian dia berubat dan dijangka ubat itu sampai ke dalam daging betisnya kemudian terus ke perutnya, maka puasanya tidak batal, kerana betis itu bukan anggota tubuh yang berlubang. Hukum ini disepakati semua fuquha dan tiada perbezaan pendapat mereka. (27)

(22).. Apabila seseorang memasukkan jarinya atau apa saja seperti najis yang keular dan masuk balik ke dalam duburnya, atau perempuan memasukkan jarinya atau apa saja ke dalam dubur mahupun qubulnya, maka batallah puasanya itu, walaupun sebahagiannya masih tinggal di luar. (29)

(23)..Apabila seseorang menitikkan air atau minyak ke dalam telinganya, kemudian air atu minyak itu sampai ke otaknya maka batallah puasanya itu. (30)

(24).. Jika seseorang itu menelan sesuatu, walaupun sangat kecil sepereti biji sawi, maka batallah puasanya itu. (31)

(25).. Apabila sisa makanan yang tertinggal dicelah-celah gigi, kemudian ditelan dengan sengaja, maka batallah puasanya itu. (32)

(26).. Menelan air ludah tidak mebatalkan puasa, kecuali apabila air ludah itu bercampur dengan yang lain dan berubah warnanya. Selain itu disyaratkan bahawa air ludah itu belum keluar melewati batas bibir, dan tidak sengaja dikumpulkan di dalam mulut kemudian di telan. Apabila begini maka batallah puasanya itu. (33)

(27).. Apabila seseorang terepaksa muntah atau muntah tanpa disengajakan maka tidaklah batal puasanya itu. (34)

(28).. Bahawa bersuntik itu membatalkan puasa. Tetapi jika keadaan darurat seperti jika tidak di suntik boleh menjadi keadaannya merbahaya maut maka keadaan itu di maafkan. Firman allah s.w.t. (35)

وَمَا جـَعـَلَ عـَلـَيـْكـُمْ فـِى الـد ِّيـن ِ مـِن ْ حـَرَج ٍ .
(الحج 78)
Allah tiada membuat kesukaran ke atas kamu dalam perkara agama.
(Al-Haj ayat 78)

(29)..Menyedut ubat melalui hidung dan ubat itu sampai ke otak menyebabkan puasanya itu batal. (37)

(30)..Imam as-Shaffiei berpendapat bahawa apabila seseorang mencium istrerinya di siang hari semasa berpuasa, kemudian keluar air mazinya, tidaklah batal puasanya itu. Demikian juga pendapat al-Hassan, al-Auza’i, Abu hanifah dan Abu Tsaur. (38).Tetapi demikian pula pendapat Umar dan Abu Hurairah bahawa mencium istreri di bulan Ramdhan adalah makruh hukumnya, jika perbuatan itu menggerakakan syahawat. Jika tidak sampai menggerakkan shahawat tidaklah makruh. (39)

(31)..Adalah makruh hukumnya bagi orang yang hendak berbuka puasa dengan mendahului berkumur-kumur kemudian meludahkannya.(40)

(32).. Memeluk isteri atau merangkulnya sewaktu berpuasa lalu keluar air mani, membatalkan puasanya tetapi tidak kena kaffarah hanya qada puasanya itu (41).

(33)..Seseorang yang merosakkan puasanya dengan bersetubuh, diwajibkan membayar kaffarah dan qada puasanya itu. (42)

(34).. Kaffarah kerana melakukan persetubuhan semasa berpuasa Ramadhan dengan istetrinya atau perempuan-permpuan lain hanya diwajibkan bagi suaminya atau lelaki tersebut, tetapi tidak bagi isterinya atau perempuan-perempuan lain. (43)

(35)..Persetubuhan yang dilakukan ketika melaksanakan puasa nazar, puasa kaffarah, puasa qada, puasa jaza tidak dikenakan kaffarah. Tetapi bagi mereka yang sedang qada puasa Ramadhan menurut Qatadah melakukan persetubuhan di siang hari dikenakan kaffarah.(45)

(36). Berbekam tidaklah membatalkan puasa, menurut Imam Shafieei. Demikian juga pendapat al-Nakha’i, Imam Malik,Abu Hanifah dan Abu Daud. (46)

(37)..Makan dan Minum atau mengerjakan sesuatu yang membatalkan puasa kerana lupa, tidaklah membatalkan puasa. Demikian juga pendapat Abu Hanifah. Dengan syarat dia cepat-cepat meninggalkan perbuatan itu bila ia teringat. (47)

(38).. Bersetubuh kerana ia terlupa yang ia puasa tidaklah membatalkan puasa. (48)

(39)..Apabila seseorangitu yang sedang berpuasa dipaksa makan atau minum, diikat kemudian diperkosa atau diperkosa dalam keadaan tidur maka tidaklah batal puasanya itu. (49)

(40)..Apabila seseorang dipaksa makan dan minum dengan sendirinya, Lantas dia makan atau minum, atau seseorang wanita yang dipaksa menyerahkan tubuhnya diperkosa, lantas dia menyerahkan tubuhnya, maka tidalah batal puasanya. Selain Imam Shafiei fuquha Syirazi, al-Ghazzali, al-Abdari dan al-Rafi’i berpendapat demikianjuga. (50)

(41)..Apabila seseorang itu berkumur-kumur atau memasukkan air ke hidungnya dengan berlebih-lebihan (lebih 3 kali) kemudian masuk air ke dalam kerongkongnya tanpa sengaja, maka batallah puasanya itu. Tetapi jika dia melakukan kedua-dua perkara tersebut dengan tidak berlebih-lebihan dan masuk air tanpa sengaja maka tidaklah batal puasanya itu. (51)



(42).. Seseorang yang berbuka dengan sengaja atau tidak berpuasa Ramadhan pada bulan itu, tetapi tidak melakukan persetubuhan maka dia hanya wajib mengqada sebanyak hari yang ditginggalkannya, tidak dikenakan kaffarah. Demikikan juga pendapat Maliki,Hanafiah dan jumhur ulama’. (52)

(43)..Seseorang yang melakukan persetubuhan berulang-ulang kali pada siang hari Ramadhan, hanya dikenakan satu kaffarah sahaja, baik dia sudah membayar kaffarah yang terdahulu atau belum.(53)

(44)..Apabila seseorang menyetubuhi isterinya pada siang hari yang berlainan dalam bulan Ramadhan itu, maka dia wajib membayar kaffarah untuk masing-masing hari itu. Demikian pendapat Imam Malik, Abu Daud dan Ahmad Hambal. (54)



(45).. Mengeluarkan mani dengan tangan atau istimna’ adalah
membatalkan puasanya itu, dan wajib qada tetapi tidak kena kaffarah.(55)

(46).. Apabila seseorang itu mentakhirkan qada puasanya hingga sampai Ramadhan berikutnya, maka hendaklah dia mengerjakan puasa Ramadhan itu lebih dahulu, kemudian barulah melaksanakan puasa qada, dan dia dikikenakan membayar fidyah. (56)




(47)..Apabila seseorang melambatkan qada puasanya kerana sakit atau kerana musafir, maka dia hanya wajib membayar qada saja, tanpa membayafr fidyah. Demikian juga pendapat al-Nakha’i, Imam Malik, Imam Ahmad dan Abu Hanifah. (57)

(48)..Menqada puasa Ramadan lebih baik dilakukan secara berturut-turut, tetapi tiada salahnya jika dikerjakan secara terpisah-pisah.(58)

(49).. Apabila seseorang yang telah meninggal dengan meninggalkan qada puasa Ramadhan, maka tiadalah puasanya itu di puasakan oleh Walinya, tetapi hanya dengan memberikan fidyah. Jika ditinggalkan dua Ramadhan, maka untuk Ramadhan yang terdahulu diberikan setiap hari dua fidyah (dua mud atu cupak) dan untuk Ramadhan yang kemudian pula dibayarkan satu fidyah (satu mud atau cupak) (59)

(50)..Orang yang meninggalkan puasa kerana sakit, kerana safar atau kerana uzur-uzur syar’i lainnya dan dia tidak dapat diqadanya sebelum dia meninggal dunia, tiadalah dikenakan apa-apa atasnya dan tidak pula dibayarkan fidyah. Demikian juga pendapat Abu Hanifah dan Imam Malik serta para jumhur ulama’.(60)


21.. Akhir kalam:

Marilah kita amalkan berpuasa bukan sahaja di dalam bulan Ramadzan tetapi juga puasa-puasa sunat seperti pada hari-hari Isnin dan Hari-hari Khamis dan banyak lagi. Fedahnya kita bukan sahaja mendapat pahala tetapi juga menyegarkan badan dan kesihatan kita sentiasa dalam keadaan baik.
Sekian, Wassala Mualaikum..... Terimakasih.

Nota kaki: Catatan nombor Italic di hujung ayat yang bernombor (1) hingga (60) berarti Rujukan kepada kitab ”Bimbingan Lengkap Fardhu ’Ain –Ibadah Puasa” oleh Akmal Hj. Mohd.Zain Terbitan Darul Nu’man. Kuala Lumpur tahun 1994).

Friday, July 24, 2009

QIAMULLAIL -SIARAN KE8

Daripada:
Hj.Che Dan bin Ahmad
No.770, Permatang Pasir, 34950 Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/

Qiamullail (Solat Malam). Siaran ke 8

Soalan

Dalam Siaran Ke 6 yang lalu telah dinyatakan kerjakanlah Qiamullail atau “Sembahyang malam” dan mengenai amalan-amalan soleh, minta terangkan sepenuhnya.

Jawapan.

1.. SEMBAHYANG MALAM

بِسم الله الرحمن الرحيم.

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ عَلىَ اُمُوْرِ الدُّنْيَا وَالدِّيْنَ,
وَاصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلىَ خَيْرِ الاَمِيْنِ وَعَلىَ آ لِهِ وَصَحْبشهِسْمِ اللهِ الـرَّحْمَنِ الـرَّحِيْمِ اَجْمَعِيْنَ.

Solat tengah malam atau biasa disebut sebagai Qiamullail itu merupakan amalan Rasulullah s.a.w., para aulyia’ dan orang-orang solih yang cintanya kepada Allah melebihi segalanya yang hanya mengharapkan keredaanNya jua.

Setelah kita sedarkan diri kita yang telah banyak melakukan dosa-dosa semasa dahulu kita telah melakukan taubat nasuha iaitu taubat yang tidak aka melakukan dosa-dosa lagi masa hari ini dan akan datang, maka kita melakukan amalan-amalan soleh untuk kita menemui Allah s.w.t. di akhirat nanti seperti firtman Allah s.w.t. :-

فَمَنْ كَانَ يَرْجُوْا لـِقـا~ ءَرَبِّهِ فـَلـْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا
وَلَايُشـْرِكْ بِعِبـَادَةِ رَبـِّهِ اَحـَدًا.(الكهف"110)
Bermakasud:” Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amalam-amalan yang soleh dan janganlah ia menyengutukan sesiapan pun dalam beribadat kepad Tuhannya. (Al-Kahfi ayat 110).

2.. Amalan Soleh.

Beramal soleh bermaksud iaitu kita tidak lagi meninggalkan solat-solat wajib, dan melakukannya tepat pada waktunya, tidak tertangguh-tangguh lagi, kita menunaikan Haji dan Umrah apabila mampu, tidak lagi melakukan apa-apa maksiat, seperti berbohong, minum arak, berzina, memekan wangriba, kita bersedekah, kita tidak nayai anak-anakyatim, kita hadir ceramah agama, kita menuntut menambah lagi ilmu-ilmu agama, kita sentiasa hadir berjemaah solat di masjid, mengerjakan segala yang sunat-sunat seperti puasa di bulan Rejab, Syaaban dan tidak neninggalkan Puasa Ramadzan puasa di bulan Syawal, dan kita bangun ditengah-tengah malam mengerjakan solat-solat Tahajjud, solat Tasbih, solah Taubat, solat Hajat dan Solat Witir solat Dhuha, solat Al-Ishraq di pagi hari. Kita tidak mensyirikkan Allah s.w.t. dan tidak menyembah selain dari Allah, kita tidak menyembah manusia (yakni takut pada manusia dari takut pada Allah).

Kita menghormati jiran tetangga kita, menziarahi sanak saudra, menziarahi orang sakit dalam kariah kita, menghadiri jemputan kenduri, kita beri derma dan bantuan pada yang daif dan miskin. Kita amalkan amanah, tidak menipu dan putar belit, kita membuat tugas apa yang di beri taggung jawab pada kita dengan rajin dan ikhlas, kita menetapi segalaja janji-janji kita sesama Islam.

Kita menjauhi dari mengumpat, kita tidak amalkan sifat takbur dan riak serta besarkan diri, kita tidak berkata-kata yang tidak memberi manfaat, kita banyakkan sabar, kita tidak bergaduh sesama Islam, kita tidak bermasam muka tidak tegur menegur sesama Islam, kita tidak menyombong diri sesama manusia, kita tidak bakhil diri untuk berbelanja pada hal-hal keagamaan dan kebajikan, kita tidak mementingkan diri sendiri, kita tidak sangat mementingkan hal-hal kebendaan dan sebagainya lagi.

3.. Qiamullail – Sembahyang Malam

Jika ditinjau latar belakang kehidupan para auliya’ dan ulama’ terbilang, maka kita dapati bahawa amalan Qiamullail ini merupakan satu amalan yang tidak pernah diabaikan dalam apa jua keadaan sekalipun. Oleh kerana itu sebagai umat Muhammad yang menjadikan Rasulullah itu sebagai Qudwuh Hasanah, maka sudah sewajarnya kita perlu mengetahui apakah jenis-jenis sembahyang malam, kelebihan-kelebihan dan kaedah-kaedahnya supaya kita dapat mengamalkannya dengan sempurna. Amalan ini merupakan sebagai tamrin untuk membina insan yang bermoral, insan yang beristiqamah, insan kamil dan insan yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.

Firman allah s.w.t.:-
مَنْ عَـمِلَ صَلِحًا مِّن ذَ كَر ٍ أ َوْ أ ُنـْثَى وَهُـوَ مِؤْ مـِنٌ فـَلـَــَنـُحْـيِــِنـيَـنَّـه ُ حَـيَـوة ً طَيِّـبَة ً ج وَلَـنَجْـز ِيـَنَّهُمْ اَ جْرَ هـُمْ بـِـإ حـْسَنِ ِ مَا كَا نُوْا يَعْمَلُونَ. (النخل 97)
• Brangsiapa mengerjakan kebaikan, baik laki-laki atau perempuan sedang ia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan. (An-Nakh ayat 97)


4.. Fadhilat Qiamullail.

Keutamaan sembahyang malam itu berdasarkan perintah Allah s.w.t. sendiri kepada Rasulullah s.aw. agar melakukan sembahyang di waktu malam sebagaimana firmanNya:-

وَمِنَ اللـَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَا فِلَة ً لـَكَ عـَسَ أ َنْ يَبْعَثـَكَ رَبُّكَ مَقـَامًا مَحْمُوْدًا. (الاسرأ اية: 79)
“Dan banagunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semuga Tuhanmu membangkit dan menempatkan (pada hari Akhirat) di tempat yang terpuji” (Al-Isra’ ayat 79.)

Perintah ini meskipun sifatnya khusus untuk Rasulullah s.aw., tetapi seluruh umat Islam termasuk di dalamnya kerana mereka itu dianjurkan untuk mencontohi Rasulullah s.a.w. Dijelaskan oleh Allah bahawa orang-orang yang menjaga solat malam itulah sebenarnya yang berhak dan layak menerima kebaikan serta rahmatNya, sebagaiman firmanNya;-

إِنَّ الـْمُتـَّقِيْنَ فِىْ جَنـَّاتٍ وَعُيُوْنَ آخِذِيْنَ مآ آتـَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كـَانُوْا قـَبْلَ ذَلـِكَ مُحْسِنِيْنَ, كـَا نُوْا قـَلِيْلاً مِنَ اللـَّيْلِ مَـا يَهْجَعُوْنَ,
وَبِالْا َ سْحَارِهُمْ يَسْتـَغْفـِرُوْنَ. (الذاريات اية 18).

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga dan mata air-mata air terpancar daripadanya (keadaannya pula tidak bersikap sombong takbutr). Mereka selalu merenggangakan diri dari tempat tidur (sedikit sangat tidur kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal solih), mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka menderma bersedekah dari apa-apa yang Kami rezekikan kepada mereka. Maka tiada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.”(Al-Zariat ayat 18)

5.. Orang Yang Berbakti Pada Allah.

Mereka yang berbakti kepada Allah distemiwakan oleh Allh s.w.t dari orang-orang yang tidak melakukannya sebagaimana firman Allahs.w.t. :-

أَمَّنْ هُوَ قـَانِتٌ آنَاءَ اللـَّيْلِ سَاجَدً وَقَاءِـمًا يَحْذُرُ الْآ خِرَةَ وَيَرْجُوْا رَحْمَةَ رَبِّهِ قـُلْ هَلْ يَسْتَوِى الـَّذِيْنَ يَعْلَمُوْنَ وَالـَّذِيْنَ لآ يَعْلَمُوْنَ اِنَّمَا يَتَذَكَّرُ ا ُولُوْا الْاَلـْبَابِ. (الزمر: هية 9)
“Adakah orang yang berbakti pada Allah di waktu malam, bersujud serta berdiri dantakut pada seksa hatri Akhirat dan mengharap rahmat Tuhannya itu akan sama dengan orang yang tidak demikian, katakanlah adakah sama orang yang mengerti dan orang yangtudak mengerti? Sesunguhnya orangh-orang yang dapat mengambil pengajaran danoeringatan ini hanyalah orang-orang yangberakal sempourna (Al-Zumnat ayat 9)

Demikianlah beberapa ayat Al-Quran yang menghuraikan betapa besarnya keutamaan solat malanitu. Dalamdemikian Rasuilullah s.a.w. juga telah bersabda supayakita melakukam solayt malam iaiatyu:-
أَيُّهَا النـَّاسُ اَفـْشُوا السَّلَامَ, وَأَطـْعِمُوْا الطـَّعَامَ, وَصِلـُّوا الآرْحَامَ, وَصَلـُّوْا بِاللـَّيْلِ وَالنـَّاسُ نِيَامٌ, تـَدْخُلـُوْا الْجَنَّة َ بِسَلَامِ.
(رواه الحاكم وابن ماجه والترمزي)
“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan, hubungilah semua kerabat, bersembahyanglah di waktu malam dikala orang-orang sedang tidur, pasti kamu semua akan masuk syurga dengan selamat sejahtera. (HR Al-Hakim dan Ibnju Majah dan Termizi)

Sulaiman bin Farsi berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda”-

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهِ عَلَيْه ِوَسَلـَّمَ:- عَلـَيْكُمْ بِقِيَامِ اللـَّيْلِ فَإِنَّهُ
دَأْ ْبُ الصَّالِحِيْنَ قَبْـلـَكُم ْ,وَمَقْرَبَة ٌ لـَكُمْ اِلىَ رَبِّكُمْ, وَمَكْفِرَة ٌ لـِلسَّيَـءَـاتِ وَمَنْهَاة ٌ عـَنِ الْإِثـْمِ, وَمطـْرَدَة ٌ لِلـدَّاءِ عَنِ الـْجَسَدِ.

Salman Farsi berkata:- Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Kerjaknlah solat malam, sebab itu adalah kebiasaan orang-orang soleh dahulu sebelum daripada kamu, juga satu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, juga sebagai penebus keburukan-keburukan kamu, pencegah dosa serta dapat menghilangkan penyakit dari bhadan.”

6..TERTIB MENGERJAKAN SOLAT-SOLAT MALAM.

Seseorang yang hendak melakukan solat malam itu disunatkan semasa hendak tidur hendaklah berniat bangun untuk bersembahyang. Dari Abu Darda r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:-

Bermaksud: ”barangsiapa yang hendak tidur dan berniat hendak bangun bersembahyang malam, kemudian terlanjur terus tertidur hingga pagi, maka dicatatlah niatnya itu sebagai satu pahala, sedang tidurnya itu dianggap kurnia Tuhan yang diberikan padanya.” (Diriwayatkan oleh Nasa’i dan Ibnu Majah dengan sanad yang sahih).

Sebaik-baik solat itu dimulai dengan mengerjakan dua rakaat yang ringan (solat Tahajjud) dan selanjutnya bolehlah bersambubng sesuka hati. Rasulullah s.a.w.bersabda:

Bermaksud: ”Apabila salah seorang di antara kamu bangun hendak mengerjakan sembahyang malam hendaklah mulai dengan dua rakaat yang rngan”. (HR Bukhari dan Muslim)

Hendaklah membangunkan pula keluarganya untuk mengerjakan sembahyang malam. Sabda Rsulullah s.a.w:-

Bermaksud: ”Allah memberikan rahmat kepada seseorang lelaki yang bangun malam untuk bersembahyang malam lalu membangunkan pula isterinya dan apabila isterinya menolak lalu dipercikkan air di mukanya. Allah juga memberi rahmatNya kepada seseorang perempuan yang bangun malam untuk bersembahyang lalu membangunkan pula suaminya dan apabila suaminya itu menolak lalu dipercikkan air di mukanya.” (HR Abu Daud).


7.. WAKTU YANG PALNG UTAMA.

Solat malam itu dapat dikerjakan di permulaan malam, pertengahan malam, atau di penghabisan malam, asalkan sesudah menunaikan solat Isyak.
Sebaik-baik waktu untuk melakukan solat malam itu ialah sepertiga malam yang akhir iaitu di antra jam 3.00 hingga jam 6.00 pagi.

--------------------ooooooooooooooo-------------------------


RANGKAIN SOLAT-SOLAT MALAM.

8..SOLAT MALAM YANG PERTAMA – SOLAT SUNAT TAHAJJUD.

Solat Tahajjud bermaksud sembahyang selepas bangkit daripada tidur, lewat tengah malam dengan syarat setelah sembahyang Isyak, yang bertujuan beribadat pada Allah s.w.t. seperti firannya:-

وَمِنَ اللـَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَا فِلَة ً لـَكَ عـَسَ أ َنْ يَبْعَثـَكَ رَبُّكَ مَقـَامًا مَحْمُوْدًا. (الاسرأ اية: 79)
“Dan banagunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang Tahajjud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semuga Tuhanmu membangkit dan menempatkan (pada hari Akhirat) di tempat yang terpuji”(Syurga) (Al-Isra’ ayat 79.)
Sebelum memohon sesuatu hajat kepada Allah s.w.t. lebih utama hendaknya kita dahulukan dengan sembayang Tahajjud kerana sebaik-baik amalan di sisi Allah ialah sembahyang Tahajjud, dan Tahajjud ini selalu dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w. di sepanjang hayatnya.

Kelebihan sembahyang Tahajjud adalah sebaik-baik sembahyang sunat selepas sembahyabg fardhu. Sabda Rasulullah:-

Bermaksud: “Sembahyang dua rakaat (Tahajjud) yang diperbuat oleh seseorang hamba Allah di tengah malam yang akhir itu lebih baik baginya daripada dunia dan segala isi yang ada di dalamnya” (HR Saidina Omar Ibn Al-Khattab)

Hadis riwayat daripada Saidina Omar Al-Khattab dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda Baginda bermakasud:

“Barangsiapa sembahyang waktu tengah malam (Tahajjud) serta memelihara sembahyangnya itu Allah s.w.t. akan memberikan dia sembilan macam kemuliaan, lima di dunia dan empat di akhirat:-

Lima macam di dunia.

a. Allah akan pelihara dirinya daripada segala penyakit.
b. Dinampakkan pada mukanya tanda-tanda sebagai orang yang taat kepada Allah.
c. Ia dicintai di hati orang-orang mukmin dan sekalian manusia.
d. Lidahnya amat berhikmat (tidak ada sebarang perkataan terlarang).
e. Ia dijadikan orang yang bijaksana dengan dikurniakan akal fikiran yang waras.

(Empat macam dikhirat).

f. Dibangkitkan daripada kubur nanti dengan wajahnya yang putih bersih.
g. Diringankan hisabya (dosanya)
h. Dipermudahkan meniti (titian) Sirat ( seperti kilat)
i. Diberi buku amalan dengan tangan kanan di akhirat kelak.

9.. Cara melaksanakan Sembahyang Tahajjud.

a. Sembahyang Tahajjud itu sekurang-kurangnya dua rakaat atau lebih dengan tiap-tiap dua rakaat satu salam. Lafaznya ialah:

أُ ُصَلىِّ سُـنَّـة َ الــتـَّهَجـُّدِ رَكـَعَتـَيْنِ للهِ تـَعَالىَ. اللهُ اَكْبَرُ.
“Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud sdua rakaat kerana Allah
Taala”
b. Rakaat pertama selepas Fatihah dibaca surah ”Al-Kafirun” dam rakaat kedua selepas Fatihah dibaca surah ”Al-Ikhlas”
c. Sebaik-baiknya jika mampu dibuat lapan rakaat dengan tiap-tiap dua rakaat satu salam.
d. Selepas meberi salam bacalah doa berikut:-


دُعـَاء ْسـُنـَّة َالتـَّهـَجـُّدِ.

بِسْمِ اللهِ الـرَّحْمَنِ الـرَّحِيْمِ.

اَللَّهُمَّ لَـكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُوْرُالسَّمَوَاتِ وَالْأ َرْضِ وَمَنْ
فِيْهِمْ, وِلَـكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِـكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَ َرْضِ
وَمَنْ فِيْهِنْ, وَلَـكَ الْحَمْد أ َنْتَ قَيُّوْمُ السَّمَوَاتِ
وَالْأ َرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ, وَلَكَ الـْحَمْدُ أ َنْتَ الْحَقُّ,
وَوَعْدُكَ الـْحَقُّ,وَلِقَاءُوْكَ الـْحَقُّ, وَالـْجَنَّةُ حَقُّ,
وَالنَّارُحَقُّ, وَالسَّا عَةُحَقُّ, وَالنـَّبِيُّوْنَ حَقُّ,
وَمُحَمَّدٌ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلـَّمَ حـَقُّ.

اَللَّهُمَّ لَكَ أ َسْلَمْتُ, وَبِك آمَنْتُ, وَعَلَيْكَ تـَوَكَّلْتُ,
وَإ ِليْكَ أ أ َنَبْتُ, وَبِكَ خَاصَمْتُ, وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ, فَاغْفِرْلِيْ مَا
قَدَّ مْتُ وَمَا أ َخَّرْتُ, وَمَا أ َسْرَرْتُ, وَمَا أ َعْلـَنْتُ,
أ َنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأ َنْتَ الـْمُؤَ خِّرُ, لآ إِلـَهَ إلا َّ أ َنتَ
وَلآ إِلَـهَ غَيْرُكَ, وَلآ حَوْلَ ولآ قُـوَّةَ إ ِلا َّ بِاللهِ.
لآ أله إلا َّ أ َنْتَ سُبْحَا نَكَ اللـَّهُمَّ وَبِحَمْدُكَ أ َ سْتـَغْفِرْكَ لِذَ َنبي وَ أ َسْاءَلـُـكَ رَحْمَتكَ. اَللـَّهُمَّ زِدْن ِ علمـًا وَلآ تـُزِغْ قَلْبِيْ بَعْدَ إِذْ هَد َيْتَنِيْ وَهَبْلِيْ مِنْ لـَّدُنْكَ رَحْمَةً إ ِنـَّكَ الْوَهَّابُ.
Maksudnya: “Ya Allah bagi Mu jua segala pujian, Dikaulah cahaya langit dan bumi dan segala isinya. Dan bagi Mu jua segala pujian, Engkaulah raja yang menguasai langit dan bumi dan segala isinya.Dan bagi Mu jua segala pujian, Engkau pencipta langit dan bumi dan segala isinya. Dan bagiMu jua segala pujian,Engkau Tuhan yang hak (benar), dan janjiMu itu adalah benar, dan berjumpa denganMu kelak adalah benar, kata-kataMu itu benar, syurgaMu itu benar, nerakaMu itu benar, hari qiamat itu adalah benar, Nabi-nabiMu adalah benar dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah benar.

Ya Allah kepadaMu aku berserah dan kepadaMu aku beriman dan ke atasMu aku bertakwakal (brerserah) dan ke tempatMu aku akan kembali, Engkaulah yang aku rindu dan kepadaMu aku berhukum, maka ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan yang akan datang, dosa yang aku sembunyikan dan yang aku dedahkan dan Dikaulah yang terdahulu dan yang terkemudian, tiada Tuhan melainkan Engkau dan tidak ada daya dan kekuatan melankan daripada Allah.


-----------------oooooooooo-------------------


9.. SOLAT MALAM YANG KEDUA – SOLAT SUNAT TASBIH (57)


a. Sembahyang sunat Tasbih adalah diantara sembahyang sunat yang amat digalakkan oleh agama, yaitu 4 rakaat. Barangsiapa yang mengerjakannya akan diampun Allah s.w.t. segala dosanya yang berlalu dan yang akan datang.

b. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud; “Kerjakanlah sembahyang Tasbih itu pada sehari sekali, ataupun pada setiap Jumaat sekali, ataupun pada sebulan sekali, ataupun pada setahun sekali ataupun seumur hidup sekali.”

c. Para ulama berkata; “ Sembahyang tasbih itu mujrab untuk menghasilkan setiap hajat yang penting. Jika dikerjakan pada waktu malam hendaklah dikerjakan dengan dua rakaat satu salam dan dua rakaat lagi satu salam.

d. Cara-cara melakukan solat Tasbih.
Lafaz niatnya:

أُصَلىِّ سُنَّةَ التـَّسْـبِـيْح ِ رَكَعَتَيْـنِ للهِ تَعَالىَ.الله اكبر.
“Sahaja aku sembahyang sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah Taala”

e. Selepas sahaja membaca doa iftitah bacalah al-Fatihah.
f. Selepas al-Fatihah dibaca Surah ad-Duha dan selepas itu bacalah Tasbih seperti berikut sebanyak 15 kali: -

سُبْحَانَ اللهِ وَالـْحَمْدُ للهِ وَلَا إِلَهَ إِلَااللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ,
وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الـْعَلِيِّ الـْعَـظِيْم ِ.
“Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tiada daya dan
tiada kekuatan (bagi kita) melainkan dengan (bantuan) Allah
yang Maha Tinggi dan Maha Agung"


g. Selesai baca tasbih 15 kali itu, kemudian Ruku’dan baca
سُبْحَانَ رَبِّيَ الـْعَظِيْم ِ وَبِحَمْدِهِ. 3 كالي.
Selepas itu dalam masa ruku’ itu bacalah 10 kali tasbih.

سُبْحَانَ اللهِ وَالـْحَمْدُ للهِ وَلَا إِلَهَ إِلَااللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ,
وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الـْعَلِيِّ الـْعَـظِيْم ِ.

h. Kamudian bangun dari ruku’ dan iktidal,(iaitu kembali berdiri dari ruku’), tunggu jangan turun sujud lagi, dan dalam masa berdiri itu bacalah tasbih seperti tadi 10 kali.
سُبْحَانَ اللهِ وَالـْحَمْدُ للهِ وَلَا إِلَهَ إِلَااللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ,
وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الـْعَلِيِّ الـْعَـظِيْم ِ.

i. Setelah selesai baca tasbih 10 kali baru terus sujud dan dalam masa sujud itu bacalah – سُبْحَانَ رَبِّيَ الْآعْلىَ وَبِحَمْدِهِ. 3 كالي
Dan selepas itu dalam masa sujud itu bacalah tasbih 10 kali.
سُبْحَانَ اللهِ وَالـْحَمْدُ للهِ وَلَا إِلَهَ إِلَااللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ,
وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الـْعَلِيِّ الـْعَـظِيْم ِ.

j. Selesai baca tasbih 10 kali itu bangun duduk antara dua sujud dan bacalah:-
رَبِّ اغـْفِرْلِىْ وَارْحَمْنِىْ وَاجْبُرْنِىْ وَارْفَعْنِىْ وَارْزُقـْنِيْ
وَاهْدِنِىْ وَعَافِنِىْ وَاعْفُ عَنِّىْ.
Selepas itu dalam masa duduk antara dua sujud itu bacalah tasbih 10 kali:
سُبْحَانَ اللهِ وَالـْحَمْدُ للهِ وَلَا إِلَهَ إِلَااللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ,
وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الـْعَلِيِّ الـْعَـظِيْم ِ.

k. Selepas itu sujud kali kedua dan masa sujud itu bacalah:
– سُبْحَانَ رَبِّيَ الْآعْلىَ وَبِحَمْدِهِ. 3 كالي
Dan selepas itu dalam masa sujud itu bacalah tasbih 10 kali:

سُبْحَانَ اللهِ وَالـْحَمْدُ للهِ وَلَا إِلَهَ إِلَااللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ,
وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الـْعَلِيِّ الـْعَـظِيْم ِ.

l. Dan selepas itu bangun duduk antara dua sujud, dan jangan bangkit lagi kerana saemasa duduk itu hendaklah baca 10 kali lagi tasbih.

سُبْحَانَ اللهِ وَالـْحَمْدُ للهِ وَلَا إِلَهَ إِلَااللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ,
وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الـْعَلِيِّ الـْعَـظِيْم ِ.


Maka setelah selesai bacaan tasbih itu barulah bangun untuk menunaikan rakaat kedua solat tasbih.

m. Sekarang Untuk mengerjakan rakaat kedua solat tasbih itu. Bacalah Fatihah dan selepas itu bacalah surah Syyarah الم نشرح لـك صدرك:...
Dan selepas itu bacalah tasbih 15 kali:.

سُبْحَانَ اللهِ وَالـْحَمْدُ للهِ وَلَا إِلَهَ إِلَااللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ,
وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الـْعَلِيِّ الـْعَـظِيْم ِ.

n. Kemudian ruku’ dan bacalah seperti dalam ruku’ di atas dengan 10 kali tasbih.
o. Kemudian berdiri iktidal dan bacalah 10 kali tasbih.
p. Selepas itu sujud dan bacalah dalam sujud seperti di atas dan baca 10 kali tasbih:

سُبْحَانَ اللهِ وَالـْحَمْدُ للهِ وَلَا إِلَهَ إِلَااللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ,
وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الـْعَلِيِّ الـْعَـظِيْم ِ.

r. Kemudian duduk antara dua sujud dan baca seperti di atas dan bacalah
10 kali tasbih.

s. Selepas itu sujud dan bacalah dalam masa sujud itu seperti di atas dan
bacalah 10 kali tasbih.

t. Kemudian bangkit dari sujud dan duduk ”tahyat”. Sebelum membaca ”tahyat” bacalah 10 kali tasbih. Kemudian barulah baca ‘tahyat’.

u. Apabila selesai membaca ’tahyat’ dan sebelum memberi salam bacalah 10 kali tasbih. Selepas itu baru memberi salam.

v. Maka selesailah dua rakaat solat tasbih.

w. Kemudian ulangi lagi dua rakaat solat tasbih, kerana kita memerlukan dibuat empat rakaat, yang dikerjakan di waktu malam selepas Isyak, dikerjkan seperti yang dua rakaat tadi. Tetapi bacaan ayat selepas Fatihah rakaat hanya di baca surah yang pendek iaitu Surah Al-Kausar
إِنـَّا أَ َعْطَيْنـَكَ الـْكَوْثـَرَ.
Manakala pada rakaat kedua selepas fatihah dibaca Surah An-Nashr
اِذَا جَــآ ءَنَصْرُ ا للهِ وَالـْفـَتْحُ.

x. Jika kita mengerjakan di waktu siang hari iaitu selepas waktu Dzuhur maka kita memerlukan melakukan empat rakaat sekali gus dengan satu salam sahaja.

y. Doa bagi solat tasbih adalah seperti bderikiut:


دُعـَأ ْ سـُنـَّةَ الـَّتسـْبـِيحِ.

بــــِسْمِ الله ِالـرَّحـْمـَنِ الـرَّحــِيـْمِ.
آلـْحـَمـْدُ للهِ رَبِّ الـْعـَلـَمـيْنَ حـَمـْدًا يـُوَافِى نـِعـَمـَه ُوَيُكَـافِىءُ مـَذِ يـْدَة ُ . يـَا رَبـَّنـَا لـَكَ الـْحـَمـْد ُ كـَمـَا يَنْبَغِىْ لِجَلَا وَجْهِكَ وَعَظِيْم سُلْطَا نِكَ.

ياَ اللهُ يَا رَحْمَنُ يَا رَحِيْمُ يَا حَيُّ يَا قـَيُّوْمُ يِاذَا الـْجَلَالِ وَالْإ ِكْرَام ِ. اَللَّهُمَ إِنَّا نَسْـأ َلـُكَ تَوْفِيْقَ أ َهْلِ الْهُدَى, وَأ َعْمَالِ أ َهْلِ الـْيَقِنِ, وَمُنَا صَحَة َ أ َهْلِ التَّوْبَةِ, وَعَزْمَ اَهْلِ الصَّبْرِ, وَوَجْلَ أ َهْلِ الـْخَشْيَةِ, وَطَلـْبَ أ َهْلِ
الرَّغْبَةِ, وَتَعُدَّ أ َهْلِ الـْوَرَعِ وَعُرْفَانَ أ َهْلِ الـْعِلْمِ حَتَّى نَخَافَكَ.اَللـَّهُمَّ إِنّا نَسْأ َلـُكَ مَخَا فَـة ً تَحْجِزُنَا عَنْ مَعَا صِيْكَ حَتـَّى نَعْمَلَ بِطَا عَتــِكَ, وَنَسْتـَحِقَّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتـَّى نُنَاصِحَكَ فَيْ التـَّوْبَةِ, وَخَوْ فـًا مِنْكَ حَتـَّى نَخْلِصَ لـَكَ
النَّصِيْحَةَ وَحَتـَّى نَتـَوَكـَّلَ عَلـَيْكَ فـِي الْأ ُمُوْرِ كـُلـَّهَا وَحَتـَّى نـَكُوْنَ نُحْسِنُ الظنَّ بِكَ سُبْحَانَ خَالِقُ النـُّوْرِ.

“Segala jenis kepujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, pujian yang melengkapi segala nikmatnya, dan membalas segala limpah kurniaNya, Ya Allah wahai Tuhan kami, untukMu jua segala pujian sebagaimana yang sayugianya lagi sesuai dengan kebesaran zat dan kebesaran kerajaanMu.”

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim yang tetap hidup dan kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhluk yang mempunyai keagungan dan kemuliaan. Ya Allah aku bermohon dariMu taufiq seperti golongan yang mendapat pertunjuk, ibadat golongan yang yakin, ketulusan golongan yang bertaubat, keazaman golongan yang sabar, kewaspadaan golongan yang takut, pengharapan golongan yang tekun, peribadatan golongan yang warak, kebijaksanaan golongan yang berilmu, sehingga kami menjadi takut kepada Mu.”
”Ya Allah aku bermohon dariMu sifat takut yang akan menjadi benteng dari berbuat maksiat kepadaMu sehingga kami dapat berilmu dengan penuh ketaatan dan mendapat keredaan denganNya, dan ketulusan di dalam bertaubat kepada Mu, dan kami bermohon dariMu sifat gerun sehingga kami menjadi ikhlas di dalam memberi nasihat terhadap Mu dan sehingga kami bertawakal kepada Mu di dalam setiap urusan dan mempunyai sangka baik terhadapMu yang Maha suci pencipta cahayanya.”

-------------------oooooooooooooo-------------------

10.. SOLAT MALAM YANMG KETIGA –SOLAT SUNAT TAUBAT.

Cara-cara Melakukan Solat taubat

a. Solat Taubat dilakukan sebanyak dua rakaat atau tidak terbatas, dikerjakan setiap dua rakaat dengan satu salam. Waktu mengerjakannya selepas solat Maghrib atau selepas solat Isyak, pada waktu tengah malam di antara jam 3.00 hingga 5.00 pagi, atau pada bila-bila masa yang lapang.


b. Lafaznya niatnya:-

أُصَلىِّ سُنَّةَ الـْتَوْبَةِ رَكْعـَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى.

”Sahaja aku solat Sunat Taubat,dua rakaat kerana Allah Taala.”


c.. Pada rakaat pertama membaca surah Al-Fatihah, kemudian membaca surah-surah pendek seperti “Qul ya “ قـُلْ يَا أَيُّهَا الْكَـفِرُوْنَ sebanyak 3 atau 11 kali.


d. Pada rakaat kedua selepas membaca surah Fatihah, kemudian membaca surah

Al-Ikhlas (قـُلْ هـُوَ اللهُ اَحـَدُ ) sebanyak 11 kali

e. Semasa sujud akhir pada rakaat kedua hendaklah membaca tasbih ini, beberapa kali, jika mampu bacalah 40 kali.


لأِالَهَ اِلأَّ اَنْتَ سُبْحَانـَكَ اِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ

“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau sesunguhnya aku termasuk daripada orang-orang yang aniaya (zalim)



Selepas itu berdoalah dengan Doa taubat. (Jika tidak tahu baca tulisan Arab bacalah dengan Bahasa Melayu sahaja) seperti di bawah ini:



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.

تُبْنَا إِلىَ اللهِ ,تُبْنَا إِلىَ اللهِ, تُبْنَا إلِىَ اللهِ, وَرَجَعْنَا إِلىَ اللهِ, وَرَجَعْنَا إِلىَ اللهِ, وِنَدِمْنَا عَلىَ مَا فَعَلْنَا, وَعَذَمْنَا أَنْ لَا نَعُوْدَلِذَنْبِ أَبَدًا, وَنَحْنُ بِرِبْـءُـوْ مِنْ كُلِّ دِيْن ٍ يُخَالِفُ دِيْنَ الْاِسْلَام ِ,
وَتَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهِ إِلَا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ وَتَشْهَدُ أَنَّ سَيْدِنَا مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ صَل َللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, رِضِيْنَا بِا للهِ رَبًّاوَبِالْاِسْلَامِ دِيْنًا وَبِسَيِّدِنَا مُحَمَّدً صَلىَ اللهُ عَلَيْهِ نَبِيًّاوَرَسُوْلًا, اَللَّهُمَّ صَلىِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلـِّمْ تَسْلِيْمًا وَكُنْ بِنَا وَبِالْمُوءْمِنِيْنَ رَءُوْفـًا رَحِيْمًا اَللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبِتَنـَا فِى الْأُمُوْرِ كُلَّهَا, وَأَجِرْ نَا مِنْ خِزْي الدُّنْيَا وَعَذَابِ ألْآَخِرَةِ. اَللَّهُمَّ إِنَا نَسْأ َلـُكَ رِضَا كَ وَالْجَنَّة َ, وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ. اَللَّهُمَّ لَاتُسَلِّطْ عـَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لَا يَخَافُ وَلَا يَرْحَمْنَا. اَللَّهُمَّ اجْعـَلْ خَيْرَ أيَّـا مِنَا يَوْمَ نَلْقَاكَ وَأَنْتَ رَاض ٍ عَنـَّا, وَاخْتِمْ بِا صَّا لِحَاتِ أَعْمَا لَنَا وتَوَفَّنَا مُسْلِمِيْنَ وَأَلَـْحِقْنَا بِا لصَّا لِحِيْنَ, وَغـْفِرِ لَنَا وَلـِوَالِدَ يْنَا وَلِمَشَا ءِخـِنَا يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِيْن.

Maksudnya :-

Kami bertaubat kepada Allah , kami bertaubat kepada Allah,kami bertaubat kepada
Allah, kami kembali kepada Allah,kami kembali kepada Allah. Kami menyesal atas apa yang telah kami lakukan dan berazam tidak akan mengulangi lagi dosa itu selama-lamanya, kami tidak mengakui selain daripada agama Islam dan kami naik saksi bahawa tidak Tuhan yang di sembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan kami naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Kami redaha Allah itu sebagai Tuhan yang disembah ,Islam itu sebagai agama yang dianuti, dan Nabi Muhammad s.a.w. Itu sebagai Nabi dan Rasul. Ya Allah selawat dan sejahtera- kanlah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. para keluarganya para sahabat-sahabanya sekalian dan belas kasehanlah kami dan orang-orang mukmi.


• Ya Allah ya Tuhan kami, baikilah kesudahan segala pekerjaan kami, dan lepaskan kami dari pada kehinaan dunia dan azab akhirat, Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keredaan dan syurgaMu, Dan kami berlindung pada Mu daripada kemurkaan dan balasan api neraka. Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah orang-orang yang tidak takutkan Engkau dan orang-orang yang tidak kasihkan kami menguasai kami disebabkan oleh dosa-dosa kami.

• Wahai Tuhan kami, jadikanlah sebaik-baik hari kami ialah hari menemuiMu di mana Engkau redha akan kami, dan sudahkan amalan-amalan kami dengan yang baik-baik, dan matikan kami dalam keadaan Islam dan himpunkan kami dengan orang-orang yang soleh, ampunlah dosa Kami, kedua ibu bapa kami, dan guru-guru kami. Ya Allah Engkau sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani.
-------------ooooooooooooo-------------


11.. SOLAT MALAM YANG KEEMPAT – SOLAT SUNAT HAJAT (89)

a. Solat hajat dikerjakan dua rakaat (satu salam) atau sehingga 12 rakaat dalam enam salam.(tiap-tiap 2 rakaat satu salam)

b. Waktunya siang atau malam, terutamanya di antara jam 2.30 hingga 4.30 pagi, apabila ada satu-satu hajat yang baik untuk dipohonkan kepada Allah s.w.t.


c. Kafiat megerjakan solat hajat yang ringkas ialah seperti sembahyang biasa juga, tetapi bacaan seleps Fatihah di rakaat pertama ialah 11 kali Surat Al-Kafirun. (قل يا أيها الكفرون (Dan dalam rakaat kedua selepas Fatihah di baca 11 kai Surah Al-Ikhlas قل هوالله احد ....…..)


d. Selepas memberi salam hendaklah sujud dan dibaca:


· اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد.(3كالي)
· سبحان الله والحمد لله إله إلا الله والله اكبر. (10 كالي)
· ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة
وقنا عذاب النار.(10 كالي)

e. Selepas bangun dari sujud t uterus berdoa seperti di bawah ini, dan dalam doa itu mohonlah pada Allah s.w.t. dengan hati yang lapang dan dengan khusyuk segala apa-apa yang dihajatinya. Maka selesailah sembahyang hajatnya itu. Jika tidak boleh berdoa dalambahas arab Bahasa Melayu pun boleh.


دعا سنة الحاجة.

بِسْمِ اللهِ الـرَّحْمَنِ الـرَّحِيْمِ.

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الـْعَالـَمِيْنَ وَالصَّلآةُ وَالسَّلَامُ عَلىَ أ َشْرَفِ الْا َنْبِيَاءِ وَالـْمُرْ سَلِيْنَ, وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أ َجْمَعِيْنَ. أللهم إنَّكَ تَعْلَمُ سِرِّيْ وَعَلَا نِيَتِيْ, فَاقْبَلْ مَعْذِرَتِيْ, وَاٌقْضِ حَاجَتِيْ, وَاعْطِنِيْ سُؤ َاِلىَ فَاِنَّكَ تـَعْلـَمُ مَا فِيْ نَفْسِيْ فِى الد ِّيْنِ وَالد ُّنْيَاوَالْآ خِرَةِ, آ مِيْنَ يَا رَبَّ الـْعَالـَمِيْنَ.
لآ إلـهَ إلا َّ اللهُ الـْحَلِيْمُ الـْكَرِيْمُ, سُبْحَانَ ا اللهِ رَبِّ الـْعَرْشِ الـْعَظِيْم ِ. اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الـْعَالـَمِيْنَ , اَللَّهُمَّ إِنِّىْ أ َسْأ َلـُـُكَ مُوْ جِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَاءِـمَ مَغـْفِرَتِكَ وَالـْعِصْمَة َ مِنْ كُلِّ ذَنـءبٍ, وَالـْغَنِيْمَة َ مِنْ كُلِّ بِـرٍّ وَالسَّلامَة َ مِنْ كُلِّ إِثـْـم ٍ وَالـْفَوْزَ بِالـْجَنَّةِ, وَالنَجَاةِ مِنَ النـَّارِ, لآ تـَدَع ْ لِىْ ذنبًا إِلا َّ غَفَرْتَه ُ, وَلآ هَـمًّا إِلَّا فَرَجْتَه ُ, وَلاَ حَاجَة ً هِيَ لـَكَ رِضَا إِلاَّ قَضَيْتَهَا يَا إِرْحَمَ الـَّراحِمِيْنَ.
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأ َلـُكَ وَنَتَوَجَّهُ إِلـَـيْكَ بِنَبِيـِّكَ مُحَمَّد ٍ نَبِيِّ الـرَّحْمَة ِ, يـَا نَبِيِّنـَا, يـَا مُحَمَّـد ُ,صَلـَوَتُ اللهِ وَسَلَامُهُ عَلـَيْكَ, إِنَّـا نَتَوَجَّهُ بِكَ إِلىَ رَبَّنـَا فِىْ قَضَاء ِ حـَاجَـتِـنـَا (سبوتله اف يغ حاجتي)...........................................
......................................................................................
آللـَّهـُمَّ فـَشـَفـِّع ْ نـَبـِيـِّكَ مُحَمَّـدًا صَلَّى اللهُ عـَلـَيْهِ وَسَلـَّمَ فِىْ
ذَ َلـِكَ وَاغـْفـِرْلـَنـَا حُوبـَنـَا وَخَطـَا يـَانـَا أ َنـْتَ رَبُّ الْعـَالـَمـِيـْنَ, يـَا عــَزِيزُ يَـا رَحـِيمُ, يـَا عـَزِيـْزُ يـَا وَهـَّابُ, يـَا لـَطـِيـْفُ يـَا عـَلـِيـْمُ, يـَا خـَبـِيـْرُ, وصَلَّى الله ُعـَلَى سـِّيدِ نـَا مُحَمَّـدٍ وَعـَلَى آلـِهِ وَصَحـْبِـهِ أجـْمَعـِيـْنَ, وَالْحَمْـدُ لله ِرَبِّ الـْـعَالَمِيْنَ.
“Segala puji bagi Allah,Tuhan Penguasa sekalian alam, selawat dan salam ke atas Para Nabi dan Rasul, ahil-ahlinya serta sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang tersembunyi di dalama diriku dan apa yang nyata, terimalah keuzuranku ini dan perkenankan hajatku, berilah apa yang ku pinta sesungghunya Engkau (Allah) Maha Mengetahui akan apa yang terkandung di dalam diriku mengenai perkara agama, dunia dan akhirat, perkenankanlah permohonanku ini, wahai Tuhan Penguasa alam semesta.
Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenanr-benarnya melainkan Allah yang maha Lemah lembut dan Maha Pemurah. Maha suci Allah pemerintah kerajaan yang maha besar, segala puji khusus bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Ya Allah wahai Tuhan kami, aku bermohon kepadaMu akan segala sebab yang boleh mendorong mendapatkan rahmatMu, dan kepastian mendapat keampunanMu, dan terpelihara daripada segala dosa, beruntung mendapat pahala, terselamat daripada api neraka. Ya Allah, jangan tinggalkan kepada ku walau satu dosa pun kecuali Engkau ampunkan, tiada tertimpa walau suatu kesusahan melainkan Engkau lepaskan, tiada dihinggapi oleh sesuatu beban hutang melainkan Engkau jelaskan, tiada timbul sesuatu hajat mengenai dunia dan akhirat melainkan Engkau tunaikan hajat it, Ya Allah Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Ya AllahTuhan kami, bahawa sesungguhnya kami memohon dan berharap kepadaMu dengan Nabi Muhammad, Nabi pemberi rahmat, wahai junjungan kami,wahai Muhammad segala rahmat dan sejahtera ker atasmu, kami berharap dengan mu kepada Tuhan kami semoga berhasil hajat kami,
(sebutkan hajat)……………………………………………………..
Ya Allah syafaati Nabi Muhammad s.a.w. dalam perkara yang tersebut, ampunkan dosa besar dan dosa kecil kami, Engkau adalah Tuhan segala yang baik-baik, Tuhan yang Maha Gagah, Tuhan yang Maha Mengetahui, Maha Gagah lagi Maha Pengurnia, Lemah Lembut lagi Maha Bijaksana, rahmat sejahtrera mudah-mudahan dicucuri rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Segala puji bagi Allah,Tuhan pentadbir sekalian alam. Amin.

-----------------oooooooooooo---------------------

12.. SOLAT MALAM YANG KELIMA – SOLAT WITIR.

Solat Witir merupakan penutup sembahyang-sembahyang malam, kebiasaannya dilakukan tiga rakaat dengan dua salam sahja. Mengikut pendapat Imam Shafie sembahyang Witir ini dikerjakan sekurang-kurangnya satu rakaat dan sebanyak-banyaknya sebelas rakaat. Walau berapa pun rakaat yang dilakukan tetapi yang disebut Witir itu ialah satu rakaat ganjil yang trerpisah, bermaksud kerja yang terakhir itu dibuat untuk satu rakaat sbagai sesudahya.
Faedah sembahyang Witir ini ialah memohon Iman yang tetap, hati yang khusyuk, ilmu yang bermanafaat, dapat melaksanakan amalan yang salih, diberi kebaikan yang melimpah-limpah, keampunan dan kesihatan yang sempurna dan diberi rezeki yang cukup hingga tidak meminta-minta pada orang lain.
Cara mengerjakan sembahyang Witir ini ialah bermula dengan:-
* Lafaznya niatnya:
أُ ُصَلـِّى سُنـَّةَ الـْوِتـْرِ رَكْعَتـَيْنِ للهِ تَعَالـَى , اللهُ اَكْبَرُ.
”Sahaja aku sembahyang sunat Witir dua rakaat kerana Allah Taala”
· Selepas membaca al-Fatihah kata Saidina ’Ali ”Boleh engkau membaca surah sesuka hatimu, tetapi disunatkan apabila berwitir tiga rakaat, rakaat pertama hendakklah membaca
سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ اْلاَاعْلىَ ..... kerana Rasulullah s.a.w. membacanya dalam rakaat pertama (bagi dua rakat pertama).”
· Bagi rakaat kedua (bagi dua rakaat pertama) Baginda membaca:
قـل يــآ اَيُّهَـا الـْكـَافـِرُوْنَ...
· Selepas selesai dua rakaat itu disambungkan lagi dengan sembahyang Witir satu rakaat. Lafaz niatnya ialah:
اُصَلىِّ سُنَّة َ الـْوِتْرِ رَكَعـَة ً للهِ تَعَالىَ, اللهُ اَكـْبَرُ.
“Sahaja aku sembahyang sunat Witir satu rakaat keranaAllah Taala”

· Dan dalam rakaat yang ganjil satu rakaat berasingan akhir itu
Bacalah surah-surah berikut:-
قـُلْ هـُوَ اللهُ اَحَدٌ...
قـُلْ اَعُوْذُ بِرَبِّ الـْفـَلـَقِ..
قـُلُ اَعُوْذُ بِرَبِّ النـَّاسِ
* Kemudian berdoalah bagi sembahyangWitrir itu seperti berikut:-
دعاء صلاة الوتر

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الـْعَالـَمِيْنَ وَالصَّلآةُ وَالسَّلَامُ عَلىَ أ َشْرَفِ الْاَنـْبِيَاءِ وَالـْمُرْ سَلِيْنَ, وَعَلىَ آلـِهِ وَصَحْبِهِ أ َجْمَعشيْنَ.
اَللـَّهُمَّ إِنَّـا نَسْأ َلـُكَ إِيْمَانـًا دَإ ِيْمًـا,وَنَسْـأ َلـُكَ قـَلـْبًا خَاشِعًا,وَنَسْأ َلـُكَ عِلـْمًا نَافِعًا,وَنَـسْأ َلـُكَ يَقِيْنـًا صَادِقـًا, وَنَسْأ َلـُكَ عَملا ً صَاـِلحًا
وَنَسْأ َلـُكَ دِيْنـًا قَيِّمًا, وَنَسْـأ َلـُكَ خَيْرًا كَثـِيْرًا, وَنسْـأ َلـُكَ الـْعـَفـْوَ
وَالـْعَافِيَة َ, وَنَسْـأ َلـُكَ الشُّكْرَ عَلىَ الـْعَافِيَةِ, وَنَسْـأ َلـُكَ الـْغِنَاءَ عَنِ النَّاسِ.
اَللـَّهُمَّ رَبَّنَا تـَقَبَّلْ مِنَّا صَلَاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَرُكُوْعَنَا وَسُجُوْدَنَا وَتـَخـُشـُّعـَنـَا وَتَضُّرعَنَا وَتَعَبُّدَنَا وَتـَمـِّمْ تـَقْصِيْرُنَا يَاَ اَللهُ يَا اَلله يَا اَللهُ يَا اَللهُ يَا اَللهُ يَاأ َرْحَمَ الرَّا حـِمـِيـْنَ,َ وَصَلىَ الله
عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ أَلـِهِ وَصَحْبِهِ أ َجْمَعِيْنَ, وَالـْحَمْدُ للهِ رَبِّ الـْعَالـَمِيْنَ.
Maksudnya: “Ya Allah Tuhan kami, kami memohon kepadaMu iman yang tetap, hati yang khusyuk, ilmu yang bermanafaat, keyakinan yang sebenar, dapat melaksanakan amal yang salih, tetap di dalam agama Islam, diberi kebaikan yang melimpah-limpah, keampunan dan kesihatan yang sempurna, dapat mensyukuri atas kesihatan kami, diberikan kecukupan hingga tidak meminta-minta kepada orang lain.
Ya Allah Tuhan kami, terimalah sembahyang kami, puasa kami, rukuk kami, sujud kami, khusyuk kami, khuduk kami, pengabdian kami dan sempurnakanlah segala kekurangan kami Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Engkau sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani.

Perlu di ingat bahawa Sembahyang Witir itu hanya sekai sahaja boleh dikerjakan dalam satu malam, seumpama telah dikerjakan selepas sembahyangt Tarawikh maka tidak boleh dilakukan lagi selepas itu di malam itu. Dalilnya hadis riwayat Abu Daud r.a. “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak ada dua kali sembahyang witir dalam satu malam”

Penutup.

Marilah kita beramal soleh dengan mengerjakan suruhan Allah s.w.t. termasuk segala yang sunat-sunat dan hidup dengan berakhlak yang mulia serta meninggalkan segala laranganNya termasuklah berakhlak yang tercela dan jangan menyengutukan Allah s.w.t. untuk kita mendapat rahmnat dan hidup dengan baik beroleh pahala yang banyak.
مَنْ عَمِلَ صَلِحًا مِّن ذَ كَر ٍ أ َوْ أ ُنْثَ وَهُوَ مُوء ْمِنٌ فـَلَــَنَحْـيِـيَـنَّـه ُ حَـيَـوة ً طَيِّـبَة ً ج وَلَـنَجْـز ِيَنَّـهُمْ اَحْسَن ِ مَا كَا نُوْا يَعْمَلُونَ. (النخل 97)


“Brangsiapa mengerjakan kebaikan, baik laki-laki atau perempuan sedang ia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan.” (An-Nakhl ayat 97)

Selesai bahagian ini dan berjumpa lagi masa akan datang.

-----------------oooooooooooo--------------














Sunday, July 19, 2009

100 MASALAHAGAMA (ULANGAN)

Hj.Che 'Dan bin Ahmad
No.770, Permatang Pasir, 34950 Bandar Baharu Kedah Darul Aman
Tel: HP 012- 4932547 (Rumah 05-7163954)
Email – hjdan@myjaring.net
Blogger – http://hjchedan.blogspot.com/.

Tajuk: 100 MASLAH AGAMA




MASALAH AGAMA (sambungan)


Masalah 16.. Membaca Allahhu Akbar.
Mengapa perkataan Allahhu Akbar pada permulaan solat dinamakakn Takbiuratul ihraam.

Jawapan.
Allahhu Akbar permulaan dinamakan Takbiratul Ihram kerana menjadi sebab atas keharaman apa-apa yang tadinya halal seketika sebelumn takbir, seperti makan, berbual, dan sebagai lagi. Allahhu Akbar selanjutnya dinamakan Takbiratul Intiqal berarti berpindah dari satu rukun fi’li kepada rukun yang lain. (Masalah 49 (1) ms 111)

Masalah 17..Baca Al-Fatihah Sekali sahaja
Bolehkah kita membaca Fatihaah sekali sahaja pada awal solat.

Jawapan.
Tidak boleh kerana menjadi tidak sah solat itu kerana membaca Fatihah adalah rukun sembahyang bagi Imam atau bagi makmum, kecuali bagi mereka yang masbuq kerana ditanggung oleh Imam, itupun ianya pada kali pertama memulakan solat masbuq itu, selepas itu ia wajib membaca Fatihah juga.

Masalah 18. Terlupa baca Fatihah.
Seorang tinggalkan Fatihan dengan terlupa dan teringat semula dalam rakaat kedua dalam masa Fatihah juga, bagaimanakah hukumnya.

Jawapan.
Jika ia ingat kembali pada rakaat selanjutnya yang juga dalam fatihah, maka rakaat yang tadi itu sia-sialah sahaja. Jika ia ingat sebelum sampai ke rakaat kedua sebelum Fatihah, maka wajiblah ia kembali semula berdiri membaca Fatihah. Dan sunatlah dia sujud sahwi. Akan tetapi diingatnya sesudah memberi salam, maka dilihatnya dahulu, jika belum lama fasal antara salamnya dengan masa yang di ingatnya, maka bolehlah dia bangun menambahkan lagi satu rakaat yang kurang itu, dan disunatkannya sujud sahwi. Akan tetapi jika terlalu lama dia baru ingat, maka wajiblah dia mendirikan solat itu semula.
Jika terjadi pada Imam, makmum hendaklah menegur dengan ucapan “subhanallah” Jika Imam tidak menghiraukannya maka wajiblah makmum tidak mengikuti Imam yang salah itu, dan dia hendaklah mufaraqah (keluar) dari solat itu dan terus buat berseorangan hingga selesai solat itu. Kalau makmum ikut juga maka batallah solatnya itu. Jika makmum itu tidak tahu seperti dia duduk di saf belakang tidak mengapalah, kecuali jika ia masbuq yang Fatihahnya ditanggung oleh Imam maka wajiblah dia menambah satu rakaat lagi, dan membuat sujud sahwi.
Kalau hal tersebut terjadi pada solat Jumaat, sekiranya baru diketahui sesudah salam, lebih kurang dua minit segeralah hendaknya menamabah rakaat itu. Jika melebihi dari dua minit itu wajiblah mengulang khutbah dan solat Jumaat semula, kerana sudah kehilangan muwalat (berturut-turut) antara khutbah dengan solat Jumaat itu. (Masalah 50 (1) ms 113)

Masalah 19.. Bacaan Fatihah di perlahankan

Mengapakah sebabnya bacaan Fatihah pada rakaat ketiga dari solat Magharib, dan rakaat ketiga serta keempat solat Isyak dibaca dengan sir (diperlahankan) tidak dijaharkan (dikuatkan).
Jawapan.
Adapun hikmah atau rahsia rakaat ketiga Maghrib dan dua rakaat akhir Isyak di sirkan (perlahankan) adalah terbilanag sebagai solat malam hari kerana tajalli (cahaya ghaib yang menerangi hati) diwaktu malam itu adalah ringan. Terjadi yang demikian itu adalah rahmat Allah s.w.t. terhadap orang-orang yang daif daripada umat ini. Allah meringankan membaca daripada jahar (kuat) pada akhir Maghrib dan dua rakaat akhir Isya’ untuk memberikan galakan mereka yang lemah melakukan supaya dapat menunaikan solat tersebut. Jika Allah memberatkan dengan jahar (kuat) nescaya menjadi lemahlah mereka itu dari pada melakukannya kerana tajalli Allah bagi mereka tidak kuasa menampungnya. (Masalah 51 (1) ms 115)

Masalah 20…Imam membaca ayat ketika Makmum baca Fatihah
Terdapat Imam membaca ayat selepas membaca Fatihah semasa makmum membaca Fatihah.

Jawapan.
Imam disunatkan diam sebentar ketika makmum membaca Fatihah hingga selesai. Arti diam ini adalah sunat tidak membaca sesuatu ayat untuk memberi makmum selesai membaca Fatihah dan dengan itu dapatlah makmum mendengar Imam membaca ayat-ayat al-Quran itu. Terdapat di dalam al-Quran mengatakan apabila sedang dibacakan Ayat-ayat al-Quran maka dengarkanlah oleh mu. (Masalah 52 (1) ms 116)

Masalah 21.. Doa qunut dan fungsinya.
Apakah faedahnya doa qunut. Bagaimana jika tertinggal di kala solat Subuh.

Jawapan.
Keudukan doa Qunut pada rakaat kedua solat subuh dan rakaat akhir solat nisfu dan rakaat kedua solat witir selepas malam 16 Ramadzan sunat dilakukan, artinya diberi pahala dilakukan dan tidak berdosa meninggalkannya. Dia tergolong sunnat ab’ad seperti tashdud awal, maka disunatkan bagi mereka yang sengaja meninggalkannya sujud sahwi. Tetapi doa qunut yang dibaca selepas rakaat akhir kerana menghilang bala dan musibah tidak dikenakan sujud sahwi.
Menurut keterangabn Al-Imam Taqiyuddin Abi Bakar bin Muhammad Al-Husainy, dalam kitab Kifayatul Akhyar juz,1 halaman 70 sebagai berikut:-
“Dan adapun qunut maka disunatkan pada iktidal rakaat kedua dalam solat Subuh, kerana ada hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a. berkata ia:- “Sentiasalah Rasulullah s.a.w. melakukan qunut dalam solat Subuh sehingga beliau meninggal dunia. Setelah meriwayatkan akan hadis ini oleh Al-Imam Ahmad dan lainnya, berkata Ibnusshalah; ”Sesungguhnya telah menghukum dengan sahihnya hadis ini oleh bukan sedikit dari pada Huffaz.
Dan Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 bermaksud; ”Dan apa-apa yang Rasulullah s.a.w. datangkan kepada mu, maka ambillah oleh mu akan dia.” (Masalah 53 (1) ms 122)

Masalah 22..Membaca Surah Al-Fatihah

Apakah hukumnya membaca Fatihah diberhentikan dalam ayat “An am ta ‘alaihim….”

Jawapan.
Ketahuilah bahawa hukum waqaf pada “An ‘am ta ‘alai him” adalah khilafatul Aula, artinya menyalahi yang utama. Jadi sebaliknya jangan waqaf di situ. Akan tetapi apabila waqaf juga di situ, tidaklah sunnat kembali lagi kepada pernulaan ayat. Tegasnya kalau sudah terlanjur waqaf pada “An ‘am ta alaihim,” tak usah mengulangi lagi dari awal ayat. Jadi sudah sahaja, lanjutkan lagi: “Ghairil maghdu bi ‘alaihim…..” Keterangan tersebut dalam kitab Fathul Mu’in pada Hamisy I’anaatutthalibin, Juz 1 halaman 147 sebagaui berikut:-

“Dan yang utama bahawa tidaklah diwaqafkan pada “An ‘am ta ‘alaihim” kerana bahawasanya bukannya itu tempat waqaf, dan bukan penghabisan ayat pada kita. Maka jika telah waqaf seorang atas ini tidaklah disunatkan kembali dari permulaan ayat.” (Masalah56 (1) ms 126)

Masalah 23…Solat Terlupa baca Fatihah

Setelah selesai solat baru ingat ada rukun yang tertinggal, apakah solatnya batal atau tidak.

Jawapan

Tidak sah solat yang kurang rukunnya, jika tertinggal itu dengan sengaja. Tetapi jika tertinggal itu dengan tidak sengaja atau terlupa maka jika terjadi teringatnya itu masih di dalam sembahyang, maka wajiblah segera dilakukan rukun itu. Umpamanya seorang terlupa membaca Fatihah, kemudian setelah ia sujud sekali, teringat olehnya bahawa ia belum membaca Fatihah, wajiblah ia kembali kepada kedudukan qiyam semula untuk membaca Fatihah, kemudian dibuat semula rukun-rukun solat selepas itu hingga sempurna, dan disunatkan ianya membuat sujud sahwi sebelum meberi salam. maka tidaklah membatalkan solatnya itu.
Jika rukun yang ditinggal secara terlupa itu baru diingatnya sesudah memberi salam, maka hal tersbut ialah keadaan masa antara salam dan teringatnya itu jaraknya dekat, wajiblah ia membina atas yang ditinggalkannya itu, berarti kembali berdiiri solat dan membaca Fatihah serta mengulang rukun-rukun yang seterusnya, dan kemudiian sebelum memberi salam, sunat jua dilakukannya sujud sahwi. Solatnya itu sah.
Tetapi jika antara ia memberi salam dan wakltu teringatnya itui, sudah jauh , tidaklah dapat rukun yang ditinggalkan itu, maka wajiblah ia mengerjakan solat itau semula dari mula hingga selesai.
Dalilnya ialah menurut hadis yang diriwayatkan oleh Adirrahman bin Auf yang bermaksud:- (Masalah 60 (4) ms 138)

Artinya: “ Apabila syak salah seorang kamu pada sembahyangnya, maka tidaklah diketahuinya apakah satu rakaat yang telah dilakukannya ataukah dua rakaat, maka hendaklah dibuatnya keputusan bahawa baru satu rakaat, dan apabila tidak tahu lagi dia, apakah dua rakaat atau tiga rakaat, maka hendaklah dibuatnya keputusan dua rakaat. Dan apabaila tidak tahu lagi dia, apakah tiga rakaat yang telah disembahyangnya ataukah empat rakaat, maka hendaklah dijadikannya tiga rakaat, kemudian sujudlah dua sujud sahwi ia apabila telah selesai dari sembahyang, sebelum ia memberi salam. (H.R Ahmad, Ibnumajah, Attirmidzi)
(Rujuk Masalah 60 (4) ms 140)

Masalah 24…Solat sunat sebelum Maghrib

Pernahkah Rasulullah s.a.w. melaksanakan solat dua rakaat sunnah sebelum Maghrib.

Jawapan.
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Habban bahawa Rasulullah s.a.w. ada melakukan sembahyang sunat qobliyyah (dahulu) Maghrib dua rakaat. Menurut hadis yang ditriwayatkan dari Annas r.a. yang ertinya:-
“Demi sesungguhnya aku pernah melihat orang-orang besar dari sahabat Rasulullah s.a.w. berlomba-lomba mendekati tiang-tiang seketika masuknya Maghrib untuk bersembahyang dua rakaat.” (H.R. Al-Bukhari)

Ada juga Hadis yang diriwayatkan oleh Anas. A.s. yang bermaksud:-
“Adalah kami bersembahyang pada masa Rasulullah s.a.w. dua rakaat sesudah masuk matahari, sebelum sembahyang Maghrib, Maka ditanya orang; “Adakah Rasulullah s,a,w, menyembahyanghkannya? Jawabnya” Adalah beliau melihat kami melakujkannya, maka beliau tidak perintah kami dan tidak melarang kam. (H.R.uslim) (Maslaah 65 (4) ms. 151)

Masalah 25…Khatib Tertinggal Rukun Khutbah

Bagaimana seorang Khatib meninggalkan salah satu rukun Khutbah. Adakah sah solat Jumaat itu ?

Jawapan.

Meninggalkan salah satu rukun khutbah seperti meninggalkan Al-hamdulillah, atau dibacanya “hamdulillah” , maka dibacanya seperti “hamlaah…….” Ini sama dengan tidak mambacanya, atau meninggalkan wasiat “bittaqwa”, atau meninggalkan Selawat atas Nabi, atau meninggalkan membaca ayat-ayat al-Quran pada salah satu dua khutbah, atau meninggalkan doa “lil mukminin” pada khutbah kedua. Maka jika tidak dibacanya rukun-krukun khutbah yang lima itu, atau salah satu daripadanya yang wajib, maka kesemuanya itu membawa cedera pada khutbah, yang juga membawa cedera pada sembahyang Jumaat itu menjadi tidk sah. Oleh kerana syarat sah sembahyang Jumaat adalah terdahulu dua khutbah dengan segala rukun-rukan dan fardunya.

Sunat juga memendekkan khutbah dan memanjangkan sembahyang Jumaat itu. Menurut riwayat dari Ammar bin Yassir r.a.bermaksud:-
Sesungguhnya panjagngnya sembahyang seorang laki-laki, dan pendek khutbahnya itu, adalah pertanda dari pada fiqahnya. Maka penjangkanlah olehmu akan sembahyang dan pendekkanlah khutbah.
(H.R. Ahmad dan Muslim) (Rujuk: Maslaah 71 (4) msm 166)

Masalah 26.. Mengambil Wuduk sebelum Mandi hadas.

Mengapakah kita kena ambil wuduk dan membaca Bismilla hirrahma nirrahim sebelum mandi hadas padahal badan kita masih kotor lagi.

Jawapan.
Membaca Bismilla hirrahma nirrahim itu bukannya niat sebagai membaca dari al-Quran tetapi hendaklah disifatkan sebagai berziki sahaja dan tidaklah berdosa, atau tidak diniatkan kedua-duanya sekali pun tidak mengapa, jika niat membaca sebagai ayat al-Quran adalah berdosa kerana kita masih berhadas besar. Mengangkat wuduk itu adalah perkara yang diarahkan dalam ilmi fiqh dan mengikut fi’il Nabi s.a.w. sebagaimana hadis yang di riwayatkan oleh “Aisyah r.a. bermaksud:-
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila beliau akan melakukan mandi kerana janabah berwuduklah beliau seperti wuduknya seketika akan sembahyang.’ (H.R. Al-pBukhari dan Muslim)
Menurut catatan terdapat dalam Kitab Fathul Mu’in seperti berikut:-
“Dan disunatkan untuk mandi wajib dan mandi sunnah, membaca Bismilla hirrahma nirrahim pada permulaannya dan menghilangkan kecemaran yang suci, seperti mani dan ingus, dan najis, seperti madzi, walaupun sebenranya memadai untuk pencucian najis dan hadas itu oleh suatu basuhan sekaligus. Dan disunatkan berkemin (kencing) orang yang keluar mani sebelum mandinya, agar keluarlah sisa-sisanya yang berada pada salurannya. Maka sesudah menghilangkan segala kotoran, sunnah berkumur-kumur dan memasukan air ke hidung, lalu wuduk dengan sempurna, kerana ittiba’, yang diriwayatkan oleh Syaikhain. Dan disunatkkan mengekalkan wudu itu sampai selesai mandi, sehingga jika berehadas ia pula, disunatkan baginya mengulangi wuduk itu.”(Kitab Masalah 139 (2) ms 98)

--------------------------oooooooooooooooo---------------------------

http://www.hjchedan.com.my

MASALAH AGAMA (PART 2) - JULY 2009

27.. Bagaimanakah hukumnya apabila seseorang yang bersembahyang itu hanya memakai seluar sahaja dan tidak berbaju dan juga tidak bersongkok.

Jawapan.

Menutup aurat adalah salah satu daripada syarat sah sembahyang. Aurat orang lelaki dalam sembahyang adalah sesuatu yang ada di antara pusat dan lutut. Jadi jika seorang laki-laki sudah memakai seluar yang menutup bahagian pusat dan sekelilingnya dan bahagian lutut dan sekelilingnya berarti sudah menutup aurat, walaupun tidak memakai baju dan songkok. Dengan itu sahlah sembahyangnya.

Akan tetapi apabila kita pergi bersiar-siar di bandar, menonton wayang dan sebagainya kita memakai pakaian yang cantik-cantik dan sepenuhnya kerana kita malu kepada manusia yang melihatnya, mengapa kita tidak malu mengadap Tuhan dengan pakaian seperti hendak ke tandas. Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud ”Apabila kamu hendak mengerjakan solat hendaklah memakai pakaian yang cantik-cantik dan lengkap” . Dari itu apabila kita hendak solat, kita hendaklah berpakaian yang lengkap dan cantik. (Rujuk kitab 100 Masalah Agama Jil.5 ms 99 )


28..Kita hendak mengambil air sembahyang kebiasaannya kita buang air kecil dahulu, dengan keyakinan kita sudah besih, lantas mengambil air sembahyang, terus solat, tetapi kadangf-kadang di waktu sujud ada seolah-olah air sedikit, ada rasa terkrluar ,ini mendatangkan karagu-raguan, apakah itu terbatalnya wuduk kita?

Jawapan

Masalah membersihkan diri dari bekas-bekas kencing amat penting, kerana jika kurang bersih akibatnya dapat merusakkan wuduk dan membatalkan sembaynag pula. Terdapat petua dalam Kitab Bidayatul Hidayah yang bermaksaud:
”Setengah daripada adab beristinja’ bahawa engkau lakukan istibro’ dari kencing, dengan berdehem-dehem, dan menarik zakar perlahan-lahan tiga kali, dan dengan melakukan dengan tangan kiri dari bawah”
Sekarang andaikata kita sudah bersih sesudah istinja’ dan istibro’, kemudian kita yakin menitisnya kembali air kencing dari zakar, maka dengan sendirinya batallah sembahyang, kerana batal wuduknya dan ternajis pakaian dalamnya. Akan tetapi apabila kita syak ragu-ragu seperti seolah-olah menetis sedikit air kencing, tetapi tidak yakin akan hal teresebut, tidaklah sembahyang itu menjadi batal demikian pula wuduknya. Oleh sebab pada asalnya kita yakin suci , sedangkan kita ragu-ragu dalam hal batalnya. Hukum fiqh adalah ”Yakin tidak menghilangkan dengan syak.”
Rujuk kitab 100 Masalah Agama Jil.5 ms 96.

29.. Jika saya mengambnil air sembahyang menggunakan cebok atau gayong, kemudian air sembahyang itu kembali kepada atau terjatuh kepada bekas itu apakah sah atau tidak wuduk saya itu?

Jawapan.
Pertanyaan ini mengenai air mustakmal yang terjatuh ke dalam cebok atau gayong ke dalam air muthlaq (air suci mensucikan). Air mustakmal hukumnya suci tetapi tidak mensucikan, artinya boleh diminum tetapi tidak dapat untuk mengambil air sembahyang, mandi junub dan menghilangkan najis Syarat berwuduk adalah dengan nair muthlaq. Jadi air yang jatuh ke dalam cebok atau gayong yang menetis dari muka atau tangan orang atau angguta yang wajib berwuduk seketika mengangkat hadas kecil tadi itu adalah air mustqmal.
Kalau air mustaqmal itu terjatuh ke dalam kolah tempat mengambil wuduk itu yang melebihi dua kolah maka sahlah wuduk itu, kecuali yang jatuh itu najis atau air mutanajis, maka tidaklah boleh mengambil wuduk. Begitu juga kalau air itu menjadi berubah dengan sebab kejatuhan air mustaqmal, dengan perubahan yang banyak sehingga dapat menghilangkan nama air muthlaq, maka air itu juga tidak boleh digunakan berwuduk.
Kesimpulan, jika air yang menitik ke dalam cebok atau gayong itu sehingga dapat merubahkan air muthlaq, jadi air itu tidak muthlaq lagi. Dia suci dan tidak mensucikan, boleh di minum tetapi tidak boleh mengnmbil air sembahyang. Jika air yang menitik ke dalam cebok atau gayong sedikit sahaja, tidak merubahkan air dan tidak menghilangkan nama aiar mutlaq maka tidaklah mengapa untuk meneruskan memakai air itu. Ia tetap air mutlaq dan suci mensucikan.
Rujuk Kitab100 Maslah Agama Jil 5 ms 90.

30...Seorang yang mengambil wuduk sambil memakai sepatu, dan sewaktu membasuh kaki, sepatunya tidak dibuka, tetapi hanya dititiskan air di atas sepatu tersebut. Kemudian mengerjakan solat dengan memakai sepatunya. Sahkan wuduk dan solatnya ?

Jawapan.

Wuduknya sah dan solatnya pun sah. Memang diperkenankan bagi orang yang memakai sepatu (khuf) untuk menyapu khufnya, dan tanpa membukanya di waktu berwuduk, dan sewaktu bersolat. Tetapi jika ia mengambil wuduk memakai khuf dan membukanya sewaktu solat maka batallah wuduknya itu dan solatnya itu terjadi tidak sah.
Menyapu air di atas khuf itu hukumnya boleh, tetapi dengan syarat- syarat:

a. Bahawa dimulai memakai dua khuf itu sesudah sempurna bersuci (sesuatu yang mewajibkan mandi.)
b. Bahawa kedua khuf itu menutupi bagi tempat basuhan yang fardhu, iaitu dua tapak kaki bersama dua mata kakinya (buku lali).
c. Bahawa kedua khuf itu kuat dipakai untuk berjalan jauh.
d. Jangan dibuka khuf itu dikala mahu bersembahyang.
e. Menjadi menyusahkan diri jika membuka khuf sewaktu hendak bersolat.
Rujukan Kitab 100 Maslah Agama Jil 5, ms 92.


31... Suami isteri yang telah melakukan jima’ (persetubuhan) di waktu malam, apakah diwajibkan atas dirinya melakukan mandi hadas besar pada malam itu atau sesudah jima’ itu juga. Andaikata malam itu tidak terduga meninggl dunia secar mendadak sebelum mandi junub bagaimana pula hukumnya ?

Jawapan
Hukum mandi hadas besar adalah wajib, dan tidak mesti dilakukan dengan segera, kecuali dikala terdesak hendak melakukan sembahyang. Artinya mandi itu dapat dan boleh ditunda. Suami isteri yang melakukan persetubuhan di malam hari sesudah masing-masing mengerjakan solat Isya’, boleh menunda mandi sampai akan melakukan solat Subuh. Jika tidak terduga meningal dunia pada masa penundaanya itu tidaklah menjadi sebab atas kedosaannya, kerana dia melakukan hal yang boleh, dan kematian yang berlaku itu tidaklah menjadikan dia berdosa kerananya. Tetapi makruh bagi orang yang berhadas besar itu makan dan minum, tidur dan mengulangkan lagi persetubuhan pada malam itu.
Rujukan; Kitab 100 Masalah Agama Jil.5 ms 94


32..SOALAN PERTAMA

a. Huraikan dengan jelas ciri-ciri akhlak Islam yang ,membezakan dengan moral.

Jawapan.

Ciri-ciri akhlak Islam ialah kemahuan atau kecenderungan serta budi pekerti atau tingkah laku yang berdasarkan Islam yang dcontohi oleh Rasulullah saw. Iaiatu Saddiq, Amanah,Tabliq dan Fatannah. Apabila Insan dituntut menyerahkan semua yang ada padanya kepada Allah, maka perbuatan atau amalannya termasuk kerjayanya juga perlu diserakan kepada Allah. (12)

Akhlak dan akidah erat hubungan hingga tidak dapat dipisahkan. dimana ada akhlak di situ adalah akidah. Ulamak membahagikan akhlak dan akidah kepada tiga bahagian iaitu akidah, syariat dan akhlak. Asas-asas akidah Islam ialah keimanan kepada Allah, persamaan dan kebebasan memilih, tanggungjawab, universal dan syumul. (22)

Islam menyediakan kepada manusia prinsip-prinsip akhlak yang universal seperti menggalakkan manusia supaya menjadi pemurah, memjadi baik, berbuat baik dengan jirannya, dengan ibu bapa dan menjadi adil, berbuat baik dengan Allah dengan menunaikan apa yang di suruh dan meninggalkan apa yang dilarang. (37)

Contoh yang di tunjukkan oleh Rasulullah saw ialah berpegang dengan akidah yang benar, melaksanakan suruhan dan larangan Allah, menghiaskan diri dengan akhlak mulia dan menjauhkan dari akhlak yang tercela dan mengelakkan keruntuhhan moral seperti mencuri, merompak, betzina, minum arak, menagih dadah, dan sebagai lagi.

Perbezaan akhak Islam dengan moral ialah akhlak yang bersifat Mahmudah iaitu zuhud, sabar, syukur, ikhlkas, taubat, ikhlas, tawakkal, muhibbah, redza dan inatkanmati. Manakla moral pulal bersaifat Mazmumah yang menganduni sifat-sifat pemarah, dengki, khianat, bakhil, sukankan megah, kasihkan dunia, takbur, riyak gemarkan makan, brercakap kosong dan sebagai lagi.


33..SOALAN KEDUA

Huraikan keadaan dua nafsu manusia.
Dalam pembinaan akhlak, alim ulama sering mengaitkan dengan tingkat-tingkat nafsu, antaranya:-

a. Nafsu ammarah bi al-Suu (9 1. A
b. Nafsu lawwamah (sederhana) 1. B


Huraikan dengan ringkas salah satu darripada nafsu yang tersebut di atas dengan menerangkan ciri-cirinya..


Penerangan:

Bawah sekali -Nafsu Ammarah - Nafsu yang suka menyuruh kepada kejahautan.

Pertengahan – Lawammah, Peringkat kedus bawah atau sederhana.

Tertinggi – Mutma’innah Individu berusaha untuk meningkatkan nafsunya ke peringkat trertinggi ini. Dengan melakukantaqarrub.

Nafsu Mutma’innah- Nafsu yang aman tenteram yang selalu membuat hubungan dengan Allah untuk mendapat keredaanNya di dunia dandi akhirat.




Jawapan 2. a.


1 Nafsu Ammarah bi al Si - (Nafsu buruk)

Nafsu ammarah merupakan tahap terendah di mana seseorang itu seronok melakukan dosa. Tetapi apabila seseorang mula berusaha memperbaiki diri, bermujahadah melawan segala keinginan hawa nafsu dari perkara-perkara terkutuk, maka ia naik ketahap nafsu lawwamah. Di peringkat ini seseorang belum rasa seromnok meninggalkan maksiat yang sekian lama menjadi pakaian hariannya. Namun ditinggalkannya juga dengan rasa berat dan tersiksa demi kerana Allah. Proses mujahadah ini apanbila diteruskan dan nafsu mula lembut dan jinak malah lazat dengan kebaikan akan naik pulalah tahap nafsu seseorang ke tahap nafsu mulhamah.

Demi menjamin masa depan yang baik di Akhirat,iaitu untuk terlepas dari azab neraka Allah, seseorang hendaklah berusaha untuk meningkatkan tahap nafsunya, sekurang-kurangnya ke tahap mutmainnah.

Nafsu jahat dan liar merupakan sifat-sifat mazmumah. Di antara contoh-contohnya ialah : riak, ujub, takbur, hasad dengki. marah, bakhil, penakut, dendam, cinta dunia,gila pangkat, gila harta, banyak cakap bohong, banyak makan dan mengumpat.

Jawapan Soalan 1 A

Nafsu buruk (mazmumah) yang mempunyai tingkah laku seperti berikut;

a. Bersifat Takbur
b. Bersifat Dengjiu kjhianat
c. Bersifat pemarah
d. Mencala dunia
e. Bersifat riak
f. Bersifat kikir danbakhil
g. Bersifat tidaj sabar
h. Bersifat TidakIkhlas
i. Berdengki dankjhianat
j. Melakukan zina\
k. Memimum arak
l. Suka bermain judi
m. Suka bergaduh dengan jiran tetangga
n. Tidak menghormati ibu bapa
o. Sukakann kepada ujub
p. Mengamalkan perbuatan kezaliman
q. Menginiaya binatang
r. Terelibat dengan penyalahan guna dadah


Jawapan Soalan Ke 2

Nafsu Lawwamah (sederhana)

Mukmin yang mempunyai nafsu lawwamah adalah mukmin yang
Sentiasa berusaha untuk meningkatkan nafsu ke perangai yang lebih baik iaitu yang tertinggi dengan cara melalukan taqarub atai menghampirikan diri kepada Allah dengan melakukan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah, serta memperbanyakkan ama;an-amalan sunat seperti sembahyang sembahyang sunat pada waktu malam, bersedekah, menolong fakir miskin,

Firman Allah swt dalan Surah Yusufayat 53 yangbermaksud:

“Dan aku tiadalah aku berani membersihkan diri ku, sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang diberi rahmat Tuhanku.”

Mukmin dari Anak Adam yang sentiasa melawan nafsu godaan syaitan yang sengaja mengahsut mukminn untuk melakukan kejahatan , kerana syaitan adalah musuh bagi manusi.

1. Amarah (rendah sekali)
2. Lawwamah
3. Mulhamah
4. Mutmainnah
5. Radhiah
6. Mardhiyah
7. Kamilah


34.. SOALAN KETIGA

Huraikan dengan jelas”-
a. Ahlak Islam (3 A)

Jawapan soalan Ketiga 3A

Akhkak Islam ialah-
(1) Perkataan akhlak berasal daripada perkataan Arab iaitu
" خـللق " أخلاق " . Kebanyakan ulama mendefinasikan
Akhlak sebagai “adat” (kemahuan) atau suatu
kecenderungan yang mengatasi kecenderungan-
kecenderungan yang lain secara berterusan. Kamus
Dewan pula mendefinasikan akhlak sebagai budi
pekerti atau kelakuan.

(2) Jadi akhlak Islam ialah kemahuan atau kecenderungan serta budi pekerti atau tingkah laku yang berdasarkan Islam.. Rasulullah adalah insane yangdiutus untuk menjadi model akhlak kepada selutriuh umat manusi.

(3). Contoh yang di tunjukkan oleh Rasulullah saw ialah berpegang dengan akidah yang benar, melaksanakan suruhan dan larangan Allah, menghiaskan diriu dengan akhlak mulia dan menjauhkan dari akhlak yang tercela dan mengelakkan keruntuhhan moral seperti mencuri, merompak, betzina, minum arak, menagih dadah, dan sebagai lagi.


b….Matlamat Akhlak Islam 3B

Jawapan 3B.

(1). ’Matlamat ilmu akhlak ialah untuk mencapai kebahagian jiwa, ketenangan hati, kehidupan yang aman dan kehidupan yang yang diredhai untuk jangka pendek dan jangka panjang.

(2). Matlamat akhlak Islam juga adalah untuk menjadikan manusia berakhlak mulia , beradab sempurna seperti berlaku benar, memelihara lidah, tiada berdusta, tidak melihat barang yang haram, bermurah tangan memberi prtolongan, membantu fakir miskin dan anak-anak yatim dan sebagai lagi. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Saya diutus ke dunia ialah untuk menyempurnakan
akhlak yang mulia (H.R. Bukhari dan Muslim)


3). Nabi Muhammad s.a.w. diutus menjadi Rasul dengan tujuan untuk membina dan menyempurnakan akhlak manusia. Islam mengajar manusia hidup dengan matlamat berakhlak yang mulia dalam keadaan bagaimanapun sebagaimana dinyatakan al-Quran dan al-Hadis, iaitu membersihkan jiwa dari perbuatan keji yang membawa kehinaan dan mensucikan diri dari perkataan buruk.

(4). Matlamat akhlak untuk menjadikan pokok-pokok kehidupan yang utama yang diharuskan Islam dan agama menghormati orang yang memilikinya. Agama dan akhlak adalah hubungannya sangat erat sekali. Rasulullah bersabda:-
“Seorang Mukmin menjadi mulia kerana agamanya
(mempunyai) keperbadiannya, kerana akalnya, dan
menjadi terhormat karana akhlaknya” (H.R.al-Hakim)

(5).. Matlamat akhlak juga untuk mengelakkan keruntuhan akhlak dan moral yang berlaku terutama dikalangan muda mudi yang merupakan bakal pemimpin masa hadapan yang pada zaman sains dan teknologi ini menjadi semakin meluas dan ketara secanggih peralatan yang ada.

(6). Matlamat yang khusus adalah untuk menghapuskan tabiat yang diwarisi sejak zaman berzaman seperti mencuri, merompak, membunih, berzina, minum arak, menagih dadah, dan sifat-sifat tdercela seperti sombong, takbur, hasad dengki, memsandang rendah kepada orang lain, perasangka, berhibur hingga lupa diri dan tanggungjawab yang berlaku berluluasa masa kiji.


d.. Terangkan beberapa prinsip akhlak sebagaimana yang tersebut dalam Al-Quran Surah al-Isra’ ayat 23 hing 39.

Jawapan 3.d.

(1). Tuhan memerintahkan jangan menyembah selain dari Allah. Hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika mereka sudah tua janganlah kamu herdik atau memaki mereka walaupu mengatakan “ces” sahaja. Ucapkanlah kepada kedua mereka perkataan yang mulia. (23)

(2). Berhinalah diri kepada dua ibu apa dan berilah kasih sayang pada mereka.sebagaimana yang mereka kasih kamu semasa keil lagi. Mohon pada Allah agarkalan mereka.
Dikurniakan rahmat Allah danampunlah dosa-dosa mereka yang lalu, sedang dan yangakandatang.(24)

1. Tuhan amat megetahui apa-apa yang ada dalam hati mu. Jika kamu berakhlak mulia maka Allah mengampun kamu jika kamu memohon ampun (25)


2. Berbuat baik baik kepada jiran tetangga, kaum kerabat dan bersedeakah kepada fakir miskin, orang-orang musafir dan jangan membazir. (26)


3. Janganlah berakhlak membazir kerana mereka yang membazir itu saudara pada syaitan. (27)


4. Jika tidak sanggup memberinya ucapkan perkataan dengan bailk dan lemah lembut. (28)



5. Jangan engkau kedekut dan bakhil dan tidak suka memberi pertongan atau sedekah kepada fakir miskin dan yang menimpa kemalangan. Jangan pula pemboros. (29)



6. Jika kamu berakhlak pemurah hati Tuhan akan menambahkannya reziki kamu dan jika sebaliknya Tuhan akan mengurangkannya. (30)



7. Jangan kamu bunuh anak-amnak mu kerana takut maiskin, tretapi Tuhan yang memberi rezeki bukan kamu.(31)



8. Janganlah kamu hampiri zina, (melakukan zina) sesungguhnya zina itu amat keji dan akhlak yang amat jahat. (32)



9. Jangan kamu membunuh manusia yang tidak brerdosa dan tidak bersalah. (33)

10. Janganlah kamu berakhlak buruk dengan memakan harta anak-anak yatim. (34)



11. Hendaklah kamu sempurna sukatan bila kamu menyukat dan janganlah kamu kurangkan timbang-menimbang. (35)



12. Janganlah kamu mengerjakan sesuatu urusan tanpa ilmu pengetahuannya iaitu jadi pak turut sahaja. (36)



13. Jangan engkau berjalan di muka bumi ini dengan brerlagak sombongm kerana kamu tidak sampai hajat sombong itu.(37)



14. Kesombongan kamu itu adalah krejahatan dan kamu amat dibenci oleh Allah.(38)



15. Itulah riwayat bagi kamu segala akhlak yang baik dan mulia yang dikehendaki kamu amalkan dan segala akhlak yang buruk itu kamu tinggalkan. Janganlah kamu menyembah selain dari Allah menyengutukan Akkah itu nanti akan dimasukkan kamu ke dalam neraka. (39)

(dari Al-Quran Surah Al-Isra’ ayat 23 – 39)


Jawab soalan berikut:-

e.. Apakah erti perkataan :”akhlak: dan terangkan definasi ilmu akhlak?


Jawapan.

. (1)..Perkataan akhlak berasal daripada perkataan Arab
iaitu " خـللق " أخلاق " . Kebanyakan ulama
mendefinasikan Akhlak sebagai “adat” (kemahuan) atau
suatu kecenderungan yang mengatasi kecenderungan-
kecenderungan yang lain secara berterusan. Kamus
Dewan pula mendefinasikan akhlak sebagai budi
pekerti atau kelakuan.

(2). Jadi akhlak Islam ialah kemahuan atau kecenderungan serta budi pekerti atau tingkah laku yang berdasarkan Islam.. Rasulullah adalah insane yangdiutus untuk menjadi model akhlak kepada selutriuh umat manusi.

(3). Contoh yang di tunjukkan oleh Rasulullah saw ialah berpegang dengan akidah yang benar, melaksanakan suruhan dan larangan Allah, menghiaskan diriu dengan akhlak mulia dan menjauhkan dari akhlak yang tercela dan mengelakkan keruntuhhan moral seperti mencuri, merompak, betzina, minum arak, menagih dadah, dan sebagai lagi.

f.. Definasi Ilmu Akhlak ialah: (nota ms 3)

Ilmu akhlak adalah suatu ilmu yang diperlukan oleh Muslim untuk membolehkannya menjadi orang yang benar-benar beriltizam dengan akhlak Is;am. Denganmemiliki ilmu ini dia bukan sahaja dapat mendidik dirinya sendiri malah anak-anak didiknya juga untyuk menghayati akhlakIlam Ini kerana setiapMuslim adalah pemimpin sekurang-kuraaaaaaangnya kepada dirinya sendiri.

Dr.Muhammad Basir (1973) menmgemukakan definasi berikut:
(1). Pengetahuan tentang sifat-sifat terpuji.

(2) ara Cara-cara mendapatkannya supaya insan boleh
berhias dengannya

(3). Pengetahuanbtentang sifat-sifat keji dan cara-cara
mengelakkan diri darioadanya

(4). Mengetahui keadaan tingkah laku manusia

(5).. Ukuran yang diukur dengannya amalan-amalan
manusia sama ada ia merupakan satu kebaikan atau
jeburukan serta menetukan pembalasan kepada kebaikan
atau keburukan tersebut.


g.. Matlamat Akhlak Islam 3B
Jawapan 3

a. Huraikan dengan jelas matlamat akhlak dalam Islam

Jawapan.

a.. Matlamat akhlak ialah untuk mencapai kebahagian
jiwa, ketenangan hati, kehidupan yang aman dan
kehidupan yang diredhai untuk jangka pendek
dan jangka panjanng.


b.. Matlamat akhlak Islam juga adalah untuk menjadikan
manusia berakhlak mulia , beradab sempurna seperti
berlaku benar, memelihara lidah, tiada berdusta, tidak
melihat barang yang haram, bermurah tangan memberi
prtolongan, membantu fakir miskin dan anak-anak yatim
dan sebagai lagi. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Saya diutus ke dunia ialah untuk menyempurnakan
akhlak yang mulia (H.R. Bukhari dan Muslim)








h.. Ilmu akhlak mempunyai skop atau tajuk bahasan yang teretentu Jelaskan.


Jawapan



(i). Setiap ilmu mempunyai matlamat-matlamatnya yang tersendiri. Bagi ilmu akhlak Islam matlamat-matlamatnya merangkumi segi fizikal dan rohaniah. Jawap soalan-soalan berikut:-

a… Senaraikan dengan ringkas lima (5) matlamat ilmu akhlak Islam

Jawapan


(1). Pengetahuan tentang sifat-sifat terpuji.

(2) Cara-cara mendapatkannya supaya insan boleh berhias dengannya

(3). Pengetahuan tentang sifat-sifat keji dan cara-cara mengelakkan diri darioadanya

(4). Mengetahui keadaan tingkah laku manusia

(5) Ukuran yang diukur dengannya amalan-amalan manusia sama ada ia merupakan satu kebaikan atau jeburukan serta menetukan pembalasan kepada kebaikan atau keburukan tersebut.





35..…Bderdasarkan matlamat-matlamat tersebut, nyatakan sejauh manakah ia telah dapat dicapai dalam kehidupan umat Islam sekarang ini.


Jawapan

(1) Islam adalah wahyu Allah dan bukan ideology, kerana . Ideologi datangnya dari fikiran manusis. Jdi bezanya wahyu ibarat bumi dan langit Memperjuangkan Islam tidak sama dengan memperjuang ideology..

(2) Islam walaupun agama berteraskan wahyu tetapi gagal dipaparkan menurut asalnya kerana diperjuangkan lebih mirip kepada ideology. Pejuang-pejuang Islam lebih menjurus kepada kepentingan tertentu dan bukan untuk mentaati dan mematuhi perintah Allah.

(3) Akhlak penganut Islam masa kini amat kasar dan bengis dan mementingkan kebendaan.



(4) Akhlak Umat Islam masa kini terlalu kotor kerana banyak mengerjakan hal-hal yang mungkar, jauh dari melakukan perkara amar makruf.


(5) Maksiat berlaku secara terdedah dan banyak pula secara tertutup


(6) Tidak banyak berlaku sifat-sifat terpuji tetapi terlalu banyak berlaku sifat-sifat trerkeji.


(7) Bukti-buktinya lebih separuh dari Umat Islam masa kini yang tidal mngerjakan solat wajib apa lagi solat-solat sunat, meraka bertaburan di pasar pasar malam, di super market atau di kelab-kelab malam semasa waktu solat, berapa banyak umat Islam yang tidak mengerjakan puasa Ramadzam, berapa banyak yang tidak mengeluarkan zakat.

(8) Rasuah, tipu menipu, memakan riba, mengumpat, berjudi, sumbang muhram, minum arak sudah menjadi budaya umat Islam masa kini.

(9) Sifat mazmumah(amalan yang buruk) menjadi amalan sehari-harian oleh umat Islam hari ini dan meninggalkan sifat mahmudah (amalan hyang terpuji) sama sekali.

(10) Oleh itu jalan penyelesaian kepada krisis akhlak dan moral yang berlaku dikalangan umat Islam masa kini, ia hanya boleh diselesaikan dengan cara kembali kepada agama Islam yang sejati. Syariat Islam diterangkan, dihuraikan lahir dan batin, kemudian diamalkan dengan teratu. Itulah ubat yang amat murab sekali.


36.. SOALAN

Bincangkan - Qalbu yang bersifat fizikal. Rasulullah s.a.w. menerangkan: “qalbu” memainkan peranan penting dalam pembentukan akhlak. Jawa solan-soalan berikut:-

a. Apakah yang dimaksudkan dengan “qalbu”

b. Terangkan dengan ringkas peranan qalbu dalam pembinaan akhlak insane.


Jawapan.

(1)..Qalbu ialah seketul daging yang terdapat dalam jasad manusia.dan ia dikenal sebagai hati mnusia. Ia berperanan penting kerana hati manusia adalah pengarah kepada semua tingkah laku zahir.

(2)..Para ulamak mensifatkan hati seperti seorang raja. Manakala jasad pula seperti sebuah negara. Raja akan mempastikan bahawa negara tunduk kepada perintah hati. Oleh itu jika tingkah laku hendak diperbaiki hendaklah diperbaiki hati. Hati yang baik ialah yang bersifat dengan pelbagai sifat terpuji seperti ikhlas, patuh, sabar, syukur, dan sebagainya akan mengarah kepada akhlak yang baik.

(3)..Mukmin yang betakhlak buruk adalah terdiri dari mereka yang telah rosak hati mereka kerana didikan akhlak terpuji tidak diberi oleh ibu bapa mereka, juga akhlak yang terpuji tidak di tanam di dalam hati mereka sejak kecil lagi. Mukmin yang berakhlak terkeji telah tidak dibaiki hati mereka yang rosak itu.

4.b.. Qalbu yang bersifat rohani

Jawapan
Ilmu akhlak juga termasuk membincang amalan hati manusia yang menjadi faktor utama segala perbuatan pacaindera yang lain itu. Rasulullah bersabda:

الا َ وَإ ِنَّ فِى الـْجـَسـَدُ مـُضْغـَة ٌ إذا صَلـَحـَتْ صَلحَ
الـْجـَسـَدُ كـُلـُّهُ
وَإذا فـَسَـَد ًتْ فـَسـَدَ الـْجـَسـَد ُ كـُلـُّهُ ألا َ وَهِىَ الـْقـَلـْب ُ.
“Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah jasad itu. Jika rosak daging tersebut maka rosaklah jasad itu. Daging tersebut ialah hati”

Mukmin yang berhati dengan sifat-sifat mahmudah adalaah mereka yang telah dididik oleh ibu bapa mereka dengan sifat-sifat mahmudh itu dengan beberapa di antaranya ialah didikan dan tauladan yang ditunjukkan oleh ibu bapa. Mereka juga mendapat didikan dari guru-giuru di sekolah. Mereka juga dapat meresap
Ajaran agama dari al-Quran dan al Hadis Rasulullah saw.


37.. SOALAN

Huraikan dengan jelas”

5. a…Hubugan dengan Insan. (Ms 58) dan (82


Jawapan Soalan Kelima


(1). Mengasihi orang lain sebagaimana kita mengasihi diri
kita sendiri. Tidak berlagak sombong dan bongkak padanya
dan tidak beriri hati padanya kerana Allah murka dengan
akhlak yang negativ., sebagaimana kesah dua orang sehabat
yang berlagak sombong pada rakannya.

(2). Merasa gembira di atas kegemnbiraannya dan merasa
dukacita apabila dia dalam kesusahan.

(3). Inginkan kebahagian untuk dirinya dan berharap segala
kecelakaan menjaihi dirinya.

(4). Membenci pada akhlak buruknya dan kasih pada
dirinya dedngan akhlak terpujinya.

(5).. Bersifat pemurah padanya, bertolak ansur padanya,
dan mengenangkan jasa-jasanya serta bercita-cita untuuk
membalas budinyanya


(6). Kebaikan insan disnjung dan diikuti, kejahatannya
ddinasihati dan dirahsiakan.


(7). Baik sang terhadap orang Islam dan hendaklah
Tawadhuk dengan manusia.





5.b. Hubungan dengan masyarakat


Jawapan.

.1… Anggota masyarakat kini sering terlibat dengan pelbagai masalah akhlak dalam hubungan sesama insan. Jenayah yang berlaku turun temurun seperti berzina, mencuri, merompak, menyamun dan sebagai lagi masih terus berlaku. Cuma caranya sahaja yang berbezam. Contohnya mencuri atau menyamun dilakukan dengan menekan keyboard komputer sahaja. Perbuatan zina pula lebih parah lagi kerana berlaku di kalangan keluarga terdekat.

2… Justeru itu bagi mengelakkan kejadian jenayah sesama insan itu mukmin perlukan pergaulan yang baik yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. Agama Islam menyeru dan mengajak kaum Muslimin bergaul sesama insan dengan baik dan berakhlak mulia. Dengan pergaulan yang baik sesama insan kita dapat saling bantu membantu, maka yang demikia kita akan dapat tercapai sesatu yang berguna untuk kepentingan masyarakat yang adil dan makmur.

3... Untuk saling mengenal di antara sesama insan dalam kehidupan kita, adalah ajaran Islam yang sangat ditekankan yang mempunyai garis hidup yan konkrik dalam batasan hidup bermasyarakat.
4.. Adab pergaulan sesama insan mukmin secara rigkas seperti seperti brerikut:
a. Menyukai saudara seagama
b. Tidak menyakiti Muslim lain
c. Tawadhu (merendah diri)
d. Bersikap hormat dan pengasih\
e. Bermanis muka
f. Tidak mudah mendengan berita -berita buruk
g. Memelihara kehormatan
h. Menempaytkan seseorang pada haknya
i. Meminta izin
j. Memberi nasihat Dan sentiasa jujur.



5.c. hubungan dengan masyarakat 5B

Jawanan 5.c.

(1). Hakimkan antara manusia dengan adil dan saksama.
(2). Jangan mengurangkan timbangan dan sukatan jualan
(3)… Kembalikan amanah atau harta kepada yang
empunyainya.

(4). Jangan memasuki rumahnya sehingga kamu meminta
izin dan dia membenarkan kamu masuk.

(5). Hendaklah kamu hormati jiran kamu dan berbuat baik
dengan jiran tetangga kamu dan menolong ianya
apabila dai ada kesuahanba.

(6).,.. Bersikap pemaaf terhadap sesama manusia dan
sentiasa mengamalkan kesabaran dalam saegala
usrusan ursan dengan masyakakat,
(7). Ziarah dia apabila I dalamkeuzurandanberdoa suoay
sebuhkembali.



38.. SOALAN

Hutraikan hubungan kedudukan akhlak :

6. a. Hubungan akhlak dengan anak.
Jawapan

(1).. Anak adalah amanat pada kedua orang tuanya. Hatinya yang suci sebagai permata yang berharga. Ia menerima setiap ukiran dan ikuti segala arahan dari kedua ibu bapanya. Ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam tugas-tugas mendidik anak untuk membentuk akhlak mulia. Anak itu lahi bersih maka ibu bapalah yang akan menjadikan ia Majusi atau Nasrani.

(2).. Islam menjelaskan segala hukum yang bersangkutan anak-anak dan prinsip-pinsip pendidikan, supaya ibu bapa boleh mempunyai petunjuk dan hidayah dalam kewajipan terhad anak. Pertama sekali disyaratkan azan sebaik sahaja ia dilahirkan. Melakukajn Tahnik sejurus kelahirnnya. Mencukur kepala dan memberi nama pada hari ketujuh kalahirannya. Melakukan aqiqah pada anak itu. Melakukan berkhatan.

(3).. Apabila anak itu mencapai umur empat atau lima tahun mengajar anak itu membaca al-Quran dan bila sampai tujuh tahun mulalah mendidik bersembahyang.

(4)..Anak kecili itu perlu diberi bimbingan akhlak mulia serta nilai-nilai terbaik dari dari ibu bapa dan orang-orang yang di sekelilingnya. Sabda Rasulullah saw”

“Tidaklah seorang ayah memberikan sesuatu kepada
Anaknya yang lrebih utama daripada sopan santun mereka yang baik” (HR Timidzi)

(5).Hubungan akhlak dengan anak ialah dengan melatih anak dengan empat budi pekerti yang mulia:

i.. Hikmah atau kebijaksanaan berarti sesuatu dalam diri yang mana menrusinya dapat memilih yang benar atau yang salah.
ii.. Sjaat atau keberanian – Sifat marah yang sedang meluap-luap dapat ia melihat oleh akalnya untuk menujukan keberaniannya.

iii.. Kebersihan jiwa iaitu menhan kemahuan syahawat dengan mendidiknya supaya tunduk kepada penunjuk akal dan syatriat.

iv.. Adil atau keadilan – iaitu sesuatu kekuatan dalam jiwa yang dapat mengatasi sifat marah dan kemahuan syahawat lalu membimbing keduanya ke jalan kebjaksanaan dan kebahagian.

(6.).. Berdasarkan perkara di atas Ibu bapa hendaklah
membimbing anak kepada mengamalkan nafsu mahmudah
(terbaik) dan mengelakkan mereka dari nafsu mazmumah
iaitu keburukan.



( 6.b) Hubungan akhlak dengan isteri

Jawapan 6. b.

(1).. Suami hendaklah mengamalkan memjadi sebagai suami
soleh. Bermaksud ia menunaikan kewajipan-kewajipan
terhadap Allah, keluarga, ibu bapanya dan semua orang yang
menjadi tanggungannya, dengan semangat kasih sayang.

(2).. Menunaikan kewajipan-kewajipan terhadap Allah.
Isteri, keluarga dan semua orang yang menjadi
tanggungannya.

(3)..Menggaul isteri dengan baik dan penuh perasaan kasih
Sayang dan ramah mesra.

(4). Mengelakkan mempunyai akhlak yang terkeji
(mazmumah) dan hendaklah mengamalkan akhlak yang
terpuji (mahmudah

(5). Menghiasi diri dengan perangai, kelakuan dan akhlak
secara orang-orang soleh yang terpilih dan banyak membuat
kebajikan.

(6). Raulullah s.a.w. mewasiatkan hendaklah suami isteri
menunjukkan wajah dan watak yang berseri apabila bertemu
sekalian mukmin walau dalam keadaan apa sekaliapun.

(7). Sunat Nabiyh bagi suami menunjukkan sikap mesra
ketika makan dan tidaklah makan seorang diri



(6.c.).. Hubungan akhlak dengan suami :

Jawpan 6 C

(1). Hendaklah bergaul dengan suaminya dengan baik,
penuh perasaan kasih sayang dan menghormati suami
dan keluarga pihak suami.

(2) Menjadi istetri yang solehah iaitu taat kepada
Rabbnya, suaminya dan menggaul suamainya dengan
penuh ketaatan serta bersungguh-sungguh ia
menyempurnakan tugasnya

(3) Mengelakkan mempunyai sifat yang terkeji
(mazmumah) dan hendaklah mengamalkan akhlak
Yang terpuji (mahmudah).


(4). Menghiasi diri dengan perangai orang soleh yang
terpilih dan banyak membuat kebajikan.

(5).. Sunat Nubawiyah bagi isteri menunjukkan mesra
ketika makan dan janganlah makan seorang diri.



USULUDDIN ( AKIDAH ) SOAL DAN JAWAB




39.. A. Soalan Pertama

Huraikan pengertian akidah dan jelaskan keperluan manusia kepada akidah Islam berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran. (2006).

Jawapan. 1. A

1..Perkatan Akidah diambil dari kata dasar (عـقـد)akad yang berearti dari segi bahasa ialah menghimpun antara hujung-hujung sesuatu perkara yang digunakan kepada ikatan. Kemudian digunakan kepada ikatan seperti simpul tali.. Kemudian diperluas gunanya kepada ikatan atau simpulan seperti akad nikah, akad jual beli dan sebagai lagi. (nota ms 3 A)

2..Perkataan akad pada keseluruhannya berarti meneguh, mengadakan ikatan yang kukuh antara dua perkara Begitu juga perkataan (عـقـيـدة ) Akidah berarti meneguh dan kuat dalam apa-apa pegangan. Aqidah dalam agama berarti meneguh apa-apa yang dipercayai dianuti oleh manusia dalam perkara agama. (nota ms 4 B))

3..Kesimpulan perkataan akidah bererti kepercayaan yang kuat terhadap sesuatu perkara yang mendorong seseorang bertindak atau melakukan sesuatu perkara mengikut apa yang dianutinya.
(nota ms 4 C)

4..Semua manusia memerlukan kepada aqidah dan kepercayaan agama kerana naluri beragama dan kepercayaan kepada Tuhan merupakam salah satu sifat semulajadi manusia.sebagaimana sifat kasih sayang, sifat benci, sifat marah, sifat suka, duka, sifat berakal, sifat berhawa nafsi dan sebagainya. (nota ms 5 D)

5.. Ketiadaan salah satu sifat itu boleh mencacat dan merosakkan rohani dan kehidupan mereka. Ketiadaan kepercayaan agama lebih bahaya, kerana gama menjadi pengawal kepada sifat-sifat lain. Mnusia amat perlukan sifat aqidah kerana ianya dapat mengawal dan menentukan matlamat hala tuju manusia. (nota ms E)



1 B..Pengertian akidah Islam dan keistimewaannya berbanding akidah lain


1. B Jawapan. (9)

1.. Aqidah Islam adalah aqidah tauhid yang khalis. Orang Islam tidak dibenarkan menyengutukan Allah dengan sesuatu apa pun, tidak ada orang tengah dan berhubung terus dengan Allah.
Firman Allah :”

وَاعـْبـُدُ وا اللهَ وَلا َ تـُشـْرِكـُوْا بـِه ِشَيـْـءـًـا.

Sembahlahlah Allah dan jangan kamu mensyirikkanNya dengan sesuatu
(An Nisa’36 ()(nota ms 6 F)

2… Aqidah Islam berarti kepercayaan agama yang kuat dan percaya kepada Tuhan. Aqidah Islam mempunyai istimewa berbanding aqidah agama lain kerana ianya dapat memberi kekuatan dan dorongan kepada manusia untuk mengenal kebenaran dan keburukan. Dan ia dapat menghapuskan kebatilan tanpa rasa takut dan bimbang. (nota ms 11 G)

3… Aqidah Islam menjadi asas yang amat sesuai kepada manhaj Yang Lurus.. Aqidah Islam adalah sempurna dan dapat mencakupi semua perkara yang diperlukan oleh manusia, menentukan jalan yang baik dan buruk untuk dipilih berdasarkan kemahuan mereka tanpa apa-apa paksaan.
Firman Allah dalam Surah Al-Imran ayat 3. (nota ms 12 H’)

إنـّا هـَد َيـْنـَا هُ السـَبـِيـْلَ إ ِمَّا شـَاكـِرًا وَإ ِنـَّا كـَفـُو ْر ًا.

Bermaksud” Sesungguhnya kami (Allah) menunjukkan jalan
Kepada (manusia) sama ada dia bersyukur atau dia kufur)
(Al-Imran ayat 3)


40.. SOALAN KEDUA


Nama-nama Allah

1. Nama-nama Allah itu menunjukkan sifat-sifatNya. Jadi nama-nama Allah itu sekali gus menjadi sifat-sifatNya dan dinamakan al-Husna kerana ia menunjukkan sebaik-baik yang dinamakan (iaitu Allah.)

2. Mentauhidkan Allah pada nama-namaNya bermaksud dengan tiap-tiap nama yang dinamakan oleh Allah bagi diriNya bersama pengertian kepada nama-nama itu. Contohnya terdapat dalam al-Quran nama Allah al-Rahim, maka wajib kita beriman bahawa al-Rahim itu nama bagi Allah dan ia menunjukkan bahawa Allah mempunyai sifat rahmah iaitu sifat kasih sayang. Dia memberi rahmat kepada mereka yang Dia kehendaki. Begitulah seterusnya.

3. Terdapat dalam hadis sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yabgbermaksud:

“Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama: seratus kecuali satu – sesiapa yang dapat membilang dan menghahafaznya dia boleh masuk syurga.”
(HR Bukhari dan Muslim)


4. Para Ulama’ berpendpat bahawa 99 nama yang disebut dalam hadis itu bukanlah setakat itu sahaja tetapi lebih lagi danAllah tidak memberitahu kepada kita.

5. Nama-nama yang disebut 99 nama itu ialah

Bil.
Nama-namaNya

PengertianNya

1.
Allah

Nama bagi Zat Allah
2.
Al-Rahman

Yang memberi nikmat-nikmat besar
3.
Al-Rahim

Yang memberoinikmat kecil
4.
Al-Malik

Yang memerintah mengikut kehendakNya
5.
Al_Quddus

Yangmembersih dari segala keaiban dan kekurangan.
6.
Al_salam

Yang mententeramkan makhluk Nya
7.
Al-Mukmin

Yang mengamankan dari azab dan benar pada janjiNya
8.
Al-Muhaimin

Yang menguasai
9.
Al-Aziz

Yang Berkuasa (menang)
10.
Al-Jabbar

Yang melaksana segala urusan
11
Al-Mutakabbir

Yang bersifat dengan segala sifat kebesaran dankaeagongan
12
Al-haliq

Yang mencipta segala makhluk
13
Al-Bari

Yang mencipta segala beernyawa dan mengadakan aa yang telah ada asalnya
14
Al-Musawwir

Yang menberi dan meletakkan rupa kepada tiap-tiap sesuatu
15
Al-Ghaffar

Yang sangat mengampun dosa
16
Al-Qahhar

Yang sangat keras
17
Al-Wahhab

Yang sentiasa membreri
18
Al-Razzaq

Yang mencipta rezeki dan sebab-sebabnya
19
Al-Fattah

Yang membuka gedung rahmat untuk hambaNya
20
Al-Alim

Yang mengetahui segala sesuatu

21
Al-Qabit

Yang memegang segala ruh dan menyempit rezeki kepada sesiapa yng dikehendakki nya

22
Al-Basir

Yang meluaskan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakkinya.


23
Al-Hafid

Yang merendahkan kedudukan orang yang berhak direndah

24
Al-Rafi;

Yang mengangkat orang orang yang berhak diangjat

25
Al-Muizz

Yang mengangkat dan memberi pertolongn kepada orang yang berpegang trguh dengan agamaNya

26
Al-Muzill’

Yang menghina dan merendahkan seteru-setreruNya

27
Al-Samii’

Yang mendengar bagi tiap-tiap perkara yang bleh didengar

28
Al-Basir

Yang melihat tiap-tiap sesuatu yang dapat dilihat

29
Al-Hakam

Yang memutus hokum yang yidak dapat ditolak dan dipertikai keputusanNya

30
Al-Adl

Yang adil yang cukup sempurna kendalianNya



(Bersambung ke 99).


















41.. SOALAN KETIGA


1..Huraikan kejadian dan tabiat malaikat dan beberapa peranan yang dimainkan oeh malaikat yang berkaiat dengan kehidupan manusia di dunia. (2007) s.6)

Jawapan (Kejadian Malaikat) (45- 48)

Malaikat adalah suatu alam halus yang termasuk dalam hal-hal ghaib yang tidak dapat dicapai dan dirasai melalui pacaindera.. Ini kerana mereka adalah dari alam-alam diluar alam tabaie yang tidak boleh dikesan melalui pacaindera kita. Kita dapat mengetahui ada mereka, sifat-sifat dan tugas mereka hanya melalui perkhabaran dari al-Quran dan aal-Sunnah. (nota ms 45)

Kewujudan malaikat sabit dengan dalil-dalil qatie dari al-Quran dan al-Hadis. Oleh itu beriman dengan malaikat adalah wajib kerana ianya termasuk dalam salah satu rukun Iman. Firman Allah s.w.t.:’-
ا من الرسول بما أنل الله من ربه والمؤن كل آمن بالله وملاكته وكتبه ورسوله لانفرق لانفرق بين أحد من رسله.

“Rasulullah percaya kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya dan begitu juga) orang-orang beriman, tiap-tiap seorang dari mereka percaya kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata) Kami tidak membezakan antara seorang (dengan yang lain) daripada rasul-rasulNya.”

Antara sifat-sifat malaikat dan hakikat kejadian mereka sebagaimana yang disebut dalamal-Quran dan al-Sunnah ialah:-
a…Mereka dijadikan dari cahaya (nur) sebagaimana
sabda Rasuullah s.a.w..yang bermaksud:

Dari Aisyah r.a. daripada Rasulullah s.a.w. berkata. ”Dijadikan malaikat dari cahaya dan dijadikan jin dari nyalaan api yang panas dan dijadikan Adam sebagaimana yang.disifatkan bagi kamu,
(H.R. Muslim dan Ahmad)
b. Mereka tidak dapat dilihat dalam keadaan biasa kecuali ketika mereka menjelma dalam bentuk fizikal. Kadang-kadang Jibril datang menurunkan wahyu kepada Rasulullah s.a.w tetapi tidak dapat.dilihat oleh mereka yang berada bersama Baginda.

c…Malaikat boleh menjelma dalam bentuk rupa jismaniah seperti rupa manusia dan lain-lain sebagaimana hadis riwayat Muslim dari Umar al-Khatab. Bahawa pada satu hari seoranag lelaki yang sangat putih pakaiannya dan sangat hitam rambutya dataing berjumpa Rasulullah dan bertanya tentang Islam, iman, ihsan, hari kiamat dan alamat-alamatnya. .Lalu Rasulullah menjawab segala pertanyaanya itu. Selepas dia meninggalkan tempat itu Rasulullah bertanya kepada Umar, tahukah kamu siaoa dia yang bertanya itu. Umar memjawab “Allah dan RasulNya lebih mnengetahui. Lalu Baginda berkata itulah Jibril dating kepada kamu megajar agama lepada kamu:” kepada Allah sepenuhnya. Tidak petnah menderhaka

d.. Tabiat malaikat pada keseluruhannya ialah taat kepada Allah sepenuhnya. Tidak pernah menderhakaNya selama-lamanya.
e.. AlQuran telah menceritakan setengan daripada tugas malaikat ialah:-

(1).. Malaikat Jibril Menurunkan wahyu
kepada Rasul-rasul
(2). Malaikat Malaikul Maut –Diberi ugas
Mengambil nyawa.

(3)..Malaikat Mikail ditugaskan menurunkan
hujan.
(4).. Malaikat Israfil ditugaskan meniup
sangkakala.

(5).. Malaikat Ridzuan ditugaskan menjaga pintu
Surga
(6).. Malaikat Zabaniyah ditugaskan menjaga
pintu neraka.
(7).. Malaikat Kiramun Kitabin ditugaska
nuntuk menulis amal kebajikan

Kesimpulan.
1 Mengikikadkan bahawa bagi Allah s.w.t. ada beberapa malaikat yang diciptakan dari nur (cahaya).
2 Malaikat-malaikat itu adalaj makhlkuk Allah Azza Wajalla dalam alam ghaib.

42..SOALAN KETIGA

2..Nyatakan secara ringkas perbezaan dan persamaan antara malaikat, iblis, jin dan syaitan dari aspek kejadian dan juga sikap mereka terhadap perintah Allah dan hubungannya dengan manusia. (2005)

Jawapan. (di atas) (nota 68)

Jin daripada api bukan dari malaikat, mereka adalah makhluk bertaraf rendah. Bapa kepada jin bernama al-Jan Dia dijadikan daripada api dan kejadiannya lebih dahulu daripada manusia

Mereka dinamakan jin kerana mereka tertutup dari pandangan manusia. Ia diambil dari perkataan Janna al-Layl yang bermaksud gelap malam yang menutup pandangan.

Mereka beranak pinak dan mempunyai zuriat sebagaimana makhluk-makhluk hidup yang lain. Mereka perlu kepada makanan yang sesuai dengan kejadian mereka sebagaimana hadis Riwayat Ibn Masud berkata bahawa yang bermaksud:-

“Adakah kamu hendak menjadikannya (iblis) dan anak cucunya menjadi pemimpin atau kawan setia selaian dari Aku, sedangkan mereka seteru bagi kamu dan sangat buruk tukarannya bagi orang-orang zalim (yakni orang-orang bersalah” (Surahal-Kahfi ayat 50).


3…Jelaskan haqiqat kejadian jin dan kemukakan beberapa keterangan al-Quran yang menjelaskan beberapa maklumat tentang jin. (206) s.3)


Jawapan.

Firman Allah swt yang Bermaksud:-
“Sesungguhnya Kami jadikan manusia daripada tanah yang kering dari tanah hitam yang dibentuk, dan (al-Jan) iaitu bapa kepada Jin dari jadikan sebelumnya dari api yang sangat panas”
(al-Hijr ayat 2627)

Mreka dalah makhluk yang dapat menerima ilmu dan marifah dan mereka ditaklif dengan Iman danibadah sebagaimana Firman Allah dalam surah al_Zuriat s]auyat 56 yang bermaksud:

“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan
Untuk menyembah aku”(al-Zuriat 56)

Mereka dapat melihat kita dan kita tidak dapat melihat mereka dalam keadaan biasa.

Jin mempunyai dua jenis iaitu Jenis Syaitan yang tidak ada kebaikan langsung. Mereka dari keturunan Iblis yang berasal dari jin (Al-Kahfi ayat 50)

Kumpukan Jin – Ada yang baik dan ada yang fasid dan ada yang mukmin serta ada yang kafir
.(Surah al-Jin ayat 11) bermaksud:-

“Di antara kami ada yang baik dan di antara kami
ada yang tidak baik, kamu menempuh jalan-jalan
yang berlainan.” (Al-Jin ayat 11).

Jin dan syaitan boleh berupa dengan berbagai-bagai rupa dan berwarna dengan bermacam-macam warna.

Jin dan syaitan sebagaimana dikatakan itu ditaklifkan dengan Iman dan ibadat, maka lanjutann daripada itu mereka juga dikumpulkan, dihisab, dan diberi balasan di atas amalan mereka pada hari kiamat. (nota 77)


43… SOALAN KEEMPAT

Beriman dengan Rasul-rasul (nota ms 85 – 112)


1. Jelaskan perbezaan antara ‘Nabi” dan ‘Rasul;” dan huraikan tugas dan tanggungjawab rasul menurut dalil-dalil-Quran. (2006) s. 5)


Jawapan. (nota 97)

Perbezaan antara nabi dan rasul. Nabi ialah orang yang dipilih oleh Allah untuk di wahyu kepadanya tetapi tidak taklif untuk menyampaikannya kepada orang lain.

Adapun rasul ialah manusia yang diwahyukan oleh Allah dengan syariat serta diperintah supaya menyampaikannya kepada manusia. Dan rasul lebih tinggi martabatnya daripada nabi, kerana tiap-tiap rasul itu nabi tetapi tidak tiap-tiap nabi itu rasul. Selain dari itu bilangan nabi amat banyak, sedangkan bilangan rasul itu sedikit sahaja.
Mengikut hadis Abu Dhar al-Ghifari, bhawa bilangan para nabi sebanyak 120,000 orang manakala bilangan rasul dikalangan mereka seramai (310) tiga ratus sepuluh puluh orang sahaja.
Tugas para rasul ialah :-

a. Mengajak manusia supaya menyembah Allah Yang Esa
b. Menyampaikan syariat Rabbani kepada manusia iaitu tugas asas kepada para Rasul
c. Menerangkan makna- nas al-Quran kerana nas-nas al-Quran diturunkan bersifat umum maka menjadi tugas para Rasul untuk menerang kepada manusia

d. Dilantik menjadi rasul Supaya para Rasul itu menjadi ikutan dan contoh oleh manusia.



44.. SOALAN KE LIMA

2. Nabi Adam a.s. telah menderhaka Tuhannya lantaran memakan buah yang dilarang Allah memakannya, berdasarkan firman Allah dalam surah Toha ayat 129.. Nyatakan pandangan anda. (2005)


Jawapan (Syed Sabiq - Aqidah Islam ms 239)


Kemaksiatan yang dilakukan oleh Nabi Adam itu terjadinya adalah semata-mata kerana kelupaan dalam hati sanubari Adam terhadap perjanjian\Allah Taala Jadi sama sekali tidak ada unsur kesengajaan dalam perbuatan itu atau dengan kata kain bahawa perbuatan itu bukanlah timbul kerana ada kehendak yang disengaja atau tujuan yang dimaksudkan.

Allah swt tidaklah akan mengambil tindakan atau memberikan balasan terhadap sesuatu kesalahan yang dikerjak tanpa disengaja atau kelupaan, sebab yang sedemikian ini teranglah merupakan tekanan atau paksaan dan perintah yang melebehi kemampuan manusia. Sedangkan Allah swt tidak akan memaksa kepada seseorang sesuatu yang meedehi kesanggupan atau kekuatannya.

Pokok pangkal dari Kaedah ini firman Allah swt sendiri yang berbunyi: (Al-Ahzabayat 5)

وَلـََيـْسَ عـَلـَيْكـُم ْ جـُنـَاح ٌ فـِيمَا أخْطَا ْتـُمْ بِه .
وَلـَكـِن َّ مَا تـَعـَمَّد َتُ قـُلـُوبـُكـُم ْ
.
Bermaksud: Tidak ada dosa atas mu sekalian dalam
sesuatu yang kamu kerjakan dalam kesalahan
tampa sengaja ( atau kerana lupa) tentang hal itu ,
tetapi yang dianggap dosa ialah apa-apa yang
disengjakan oleh oleh hati mu semua.” (Al-Ahzab ayat 5)





45.. SOALAN KEENAM

3. Nabi Ayub a.s. ditimpa penyakit yang menjijikkan dan berbahaya sehingga di juhi orang ramai termasuk isterinya sendiri. Nyatakan pandangan anda. (2005)

Jawapan

Jawapan - (Qs Ambiya 99

Nabi Ayub telah didatangkan ujian yang berat kepadanya iaitu dia seorang yang kaya raya telah menjadi seorang papa kedana dan kedua banyak anak-anaknya meninggal dunia dan ketiga telah terkena panyakit kulit yang menjijikkn, namun beliau tetap tabah dan sabar menghadapinya. Segala amal ibadat kepada Allah swt yang biasa dikerjakan terus dikerjakannya.

Ujian-ujian tersebut telah diminta oleh syaitan kepada Allah kerana syaitan dengki yang Nabi Ayub seorang yang kaya raya, banyak harta dan banyakj anak-anak dan hidup senang dan makmur. Jika Allah memberikan ujian itu bagaimana iman Nabi Ayub ketika ianya susah dan kurang sehat.

Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 dan 156 bermaksud:

“Kami cuba kamu dengan sesuatu daripada ketakutan dan kelaparan, kekurangan harta benda, jiwa dan buah-buahan dan beri khabar gembiralah orng-orang yang sabar
“Apabila mereka ditimpa cobaan, berkata mereka “Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kami akan. Kembali kepada Nya”

Mula-mula Nabi Ayub mendapat ujian dari Allah dengan mengurangkan rezekinya, sehingga yang tadinya ia kaya-raya harta yang banyak itu semakin susut sehinggalah ia menjadi seorang miskin. Hal ini tidak menggoncangkan imannya, dan keimanan dia tidak dapat di pengaruhi oleh godaan syatan kerana beliau ingat bahawa manusia lahir ke dunia tidak mempunyai apa-apa kemudian barulah dianugerahi rezeki oleh Allah, maka Allah yang memberi kekayaan.

Selepas itu Allah swt mengujinya lagi iaitu anak-anak yang banyak itu banyak pula yang meninggal dunia. Beliau tetap bersabar menerima ujian itu.

Kemdian ujian yang ketiga ialah Allah mendatang- kan kepadanya sakit selama tujuh tahun dan beliau tidak pernah keluh kesah dan segala amal ibadat kepada .Allah terus dilakukan. Pemyakitnya di kulit badannya itu sehingga orang menjauhkan darinya kecualai isterinya sahaja. Tetapi setelah godaan syaitan isterinya juga belot padanya. Nabi Ayub tahu dan berjanji akan memukul isterinya bila dia sembuh, Tetapi Allah melarang Nabi Ayub berbuat demikian (Al-Quran Surah Shat ayt 44)

Nabi Ayub berdoa kepada Allah seperti tersebut dalam al-Quran Surat Al-Ambiya ayat 83-84 : yang bermaksud:-

“Ingatlah akan kisah Nabi Ayub a.s ketika ia berdoa kepada Tuhannya “Ya Tuhan ku aku telah ditimpa kemelaratan dan Engkaulah yang lebih pengasih dari segala dari segala yang pengasih
Lalu Kmi perkenankan permintaannya dan Kami hilangkan apa yang menjadi kemelaratan bagi dirinya, dan Kami datangkan pada ahlinya berlipat ganda, sebagai rahmat daripada Kami dan dan jadi peringatan bagi orang-orang yang menyembah Kami.

Aglah berfirman dalam Surah Shad ayat 42-43 yang bermaksud:

“Hentaklah kaki mu ke atas tanah , nescaya terbit di sana mata air, itulah air mandi yang sejuk dan minumlah, lalu sembuhlah penyakitnya”

Hikmah yang terdaipat dalam kesah Nab Aub ini:-

1. Bersikap sabar seperti contoh Nabi Ayub ini.kerana ujian Allah itu ada pedah baknya.

2. Terimalah ujian Allah itu yang menghilangkan anak-anak yang disayangi.

3. Ikutlah seperti Isterinya seorang wanita yang soleh.

4. Jangan memukul isteri kerana dailah yang sentuasa menolong kamu.(Surah Shat 44)


Jangan mudah terpedaya hasutan syaitan
5. Buatlah amal ibadat terhadaop Allah walaupun dalam masa kesakitan.

6. Jngan menjijikkan keatas orang yang sakit kerana bagaimana jika kita terjadi demikian.

7. Jngan jadi semacam syaitan mendengki kepada orang yang kaya dan aman makmur.


8. Hendaklah tetapkan iman walau apa ujian sekalipun kerana ujian itu ada baik sebaliknya




46.. SOALAN KE TUJUH

Yang dimaksudkan dengan sifat maksum para rasul dan Apakah nyatakan sebab kenapa mereka perlu bersufat maksum (2005). (Akdh 154)

Jwapan.

Hendaklkah kita beriman bahawa para rsul itu adalah maksum (tidak melakukan sebarang dosa) dan terpelihara diri mereka daripada apa sahaja sifat dan tabiat yang boleh mencacatkan agama dan menjejaskan ketaatan mereka terhadap Allah swt. atau tanggungjawab mereka menyampaikan risalah kerasulan yang dibebankan Allah kepada mereka itu.
Rasul-rasul itu selaku utusan Allah tidak mengenepikan dan meninggalkan kewajipan mereka, dan tidak pula melanggar larangan Allah, dan juga tidak melakukan sesustu perbuatan yang bertentangan dengan akhlak-akhlak yang luhur dan terepuji ( tidak melakukan sebarang pengkhianatan). Akdh 154)

47.. SOALAN KELAPAN

4.. Al-Quran ayat 67 dan 68, menggambarkan seolah-olah Nabi s.a.w. (iaitu mengambil tebusan daripada tawanan perang Badar) telah menafikan sifat maksumnya lantaran tindakannya itu semacam dicerca Allah yang sekaligus menunjukkan ianya satu kesalahan. Apa pandangan anda terhadap gambaran ini? Nyatakan alasannya? (2005)

Jwapan
Sebenarnya bukanlah seperti yang disangka kerana apa yang berlaku bahawa Rasulullah telah bermesyuarat dan meminta pandangan dari para sahabat mengenai orang-orang tawanan itu, lalu mereka memberi dua pandangan yang berbeza. Pertama mengambil tebusan. Pandangan ini di ketuai oleh Abu Bakar dan di sokong oleh beberapa sahabat yang lain. Kedua membunuh mereka semua. Pandangan ini diketuai oleh Umar bin al_Khatab dan disokong oleh beberpa sahabat lain.

Rasulullah telah berijtihad serta meneliti kedua-dua pandangan lalu memilih pandangan Abu Bakar iaitu mengambil tebusan. Ijtihad itu tidak trepat dan menyalahi apa yang srepatut dan yang lebih nbaik, kerana muslihat dakwah dan Islam di masa itu menghendaki supaya tidak menerima tebusan bahkan membunuh mereka untuk melemahkan kekuatan dan keazaman orang-orang kafir. (nota 107)
Perlu diambil ingatan bahawa kesalahan dalam ijtihad tidak boleh dianggap berdosa bahkan diberi satu pahala, sebaliknya jika kebenaran pada ijtihad diberi dua pahala.
(Nota 108)


48..SOALAN KESEMBILAN.

Beriman dengan Hari Kiamat.
Dengan berpandukan al-Quran tau Hadis tentang alamat kiamat, nyatakan:-
a.Alamat kecil kiamat secara ringkas
b. Tiga (3) alamat besar iamat

(1).. Alamat alamat Kecil (amarat sugra)

(i).. Kebangkitan Nabi Muhamnmas saw
Bagimda bersabda: bermaksud “ Di antara aku
dibangkitkan dan al-Sa’ah seperti dua jari ini”
Dia menunjukkan jari telunjuk danjari tengan.”
(H.R.Bukhari dan Muslim)

(ii).. Diangkat ilmu Islam dengan kematian
ulamak, melebarnya kejahatan, meluasnya
kemungkaran zina dan minum arak, berlipat ganda
bilangan perempuan dari lelaki.

(iii).. Apabila dihilang amanah dan dilantik
pemerintah dari orang yang tidak berkelayakan.


(iv).. Apabila keadaan terbalik, seperti anak-
Anak menderhaka dan memperhambakan ibu-ibu
nereka dan orang-orang papa kedana menjadi
kaya raya.



(2). Alamat-alamat Besar (al-Amarat al-Kubra)

(i).. Apabila asap keluar maka oranag mukmin menjadi seperti selsema. Manakala orang-orang kafit dan munafik akan merasa sangat azab sehingga seolah-olah kepala mereka disalar di atas bara api.

(ii).. Keluar Dajjal – Keluarnya Dajjal yang mempunyai rambut sangat keriting, mampunyai sebelah mata, tertulis di antara dua matanya perkataan “kafir” yang dapat dibaca oleh semua orang. Dia dapat melakukan perkara luar biasa. Dapat berjalan dengan pantas. Dia mengaku dirinya Tuhan dan menyeru manusia supaya beriman dengannya, maka ramai manusia yang kafir menjadi pengikutnya.

(iii)..Keluar binatang “Dabbah”, iaitu binatangyangbesar yanag mempunyai beberapa kaki. I keluar ketika manusia meninggalkan perintah Allah dan menukar agama Nya dan berkata kepada manusia bahawa mereka tidak yakin lagi kepada ayat-ayat Allah.
Binatang itu yang disbut dalam surah al-Nami ayat 82 yang beermaksud:
“Dan apabila sampai masa berlakunys hukum atas manusia Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi yang akan menyatakan kepada mereka bahawa manusia telah tidak menyakini ayatayat keterangan dan pengajaran Kami.”

4.. Naik matahari di sebelah barat – Apabila berlaku keadaan demikian pintu taubat pun ditutup.Diriwayat leh Bukhari daripada AbuHurairah, bermaksud:-

“Tidakakan berlaku al-Sa’ah sehingga matahari naik dari barat. Apabila ia naik (sdebelah barat), maka manusia melihatnya, merreka beriman semuanya iaitu pada masa yang tidak lagi berguna, iman seorang yang tidak beriman sebelumnya atau yang tidak berusaha akan kebaikan imannya (sebelumnya).

5.. Turun Nab Isa a.s. dari lanhgit sabit dengan alP_Quran dan hadith-hadith yang sahih. Bahawa antara tugasnya setelah turun ke bumi ini ialah untukmembunuh Dajjal dan menjalankan hokum-hukum Allah mengikut syariat Nabi Muhammad saw, menghapuskan kekufuran dan kemungkaran, keadaandunia pada masa itu aman damai, rrezeki dn kemewahan melimpah-limpah. (149) nota).

49.. SOALAN KESEPULUH.


1. Nyatakan pengertian beriman kepada Qadha dan Qadar.
(2005. s.6.a.)

Jawapan Soalan beriman dengan qadha dan qadar

1… Beriman dengan qadha dan qadar adalah salah satu dari rukun iman iaitu rukun yang keenam. Sesiapa yang engkar maka dia terkeluar dari agama Allah. Dalil wajib dengan qadar ialah Umar al-Khatab yang telah disebut iaitu apabila Jibril bertanya Baginda tentang iman, Rasulullah saw menjawab: Engkau beriman dengan Allah,malaikat-malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari
Qiamat dan qadha dan qadar. (nota 167)

2… Beriman kepada qadha dan qadar bererti mempercayai bahawa Allah swt adalah zat yang Maha Kuasa di seluruh alam ini untuk menentukan dan mengatur sesustu yang ada di ‘alam ini dengan kebijaksanaan dan kehendakNya sendiri tanpa diganggu oleh sesuatu kuasa asing. (Akdh 268)

3.. Dengan erti kata yang lain sesastu perkara yang telah berlaku atau yang sedang berlaku, atau yang akan berlaku kesemuany adalah tertakluk di bawah qada dan qadar (takdir) Allah Taala untuk menentukan dan menetapkan kedudukan sebenar sesuatu perkara itu. (Akdh 268)

4…Justeru itu apa sahaja yang terjadi di alam semesta ini semuanya berjalan sesuai dengan ilmu dan iradat Allah dalam alam yang mewujud ini. Firman Allah; (akdh 268)

وَكـُلُّ شـَىْءٍ عـِنـْد َهُ بـِمـَقـْد َارٍ.

“Dan tiap-tiap sesustu adalah ditetapkan di sisinya dengan qadar yang tertentu. (Ar-Raad 8 )


MASALAH FIQH

50. SOALAN PERTAMA.

Dalam syariat Islam, air merupakan bahan utama untuk membersih dan menyucikan kekotoran dan najis. Islam juga telah menetapkan peraturan-peraturan dan hukum-hukum yang tertentu dalam persoalan air. Anda dikehendaki untuk menyatakan hukum bagi air sisa minuman seperti berikut beserta dalilnya:-

a. Sisa air minuman manusia. Muslim dan kafir.

Jawapan.
Sisa minum manusia hukumnya suci sama ada Islam, kafir, orang berjunub atau perempuan haid.

Padad zaman Rasulullah saw. Orang-orng kafir bercampur gaul dengan orang-orang Islam, ada utusan mereka datang menemui Banginda saw. Dan memasuki masjid. Rasulullah tidak memerintah supaya disucikan mana-mana tempat yang terkena tubuh mereka. Firman Allah swt. Yang menerangkan ”Orang-orang musyrikin adalah najis” maksudnya najis maknawi , iatu akidah mereka yang batil, bukan najis ’fizikal.

Aisyah r.a. meriwayatkan ”Saya pernah minum ketika saya sedang haid, lalu saya berikannya kepada Nabi saw.,maka baginda meletakkan mulutnya di atas tempat bekas mulutku.
(HR Muslim)



b. Sisa air minuman haiwan yang dimakan dagingnya.

Jawapan.
Hukumnya suci kerana air liurnya terebit daripada daging yang suci. Diatas itulah ia duhukum suci. Abu Bakar bin Munzir berkata ”Ahli-ahli ilmu sepakat mengatakan, sisa minuman haiwan yang dimakan harus diminum dan digunakan untuk berwuduk”.


c. Sisa air minuman binatang buas.

Jawapan.
Hukumnya suci berdasarkan hadis riwayat Jabri r.a. daripada Nabi saw. Nabi pernah ditanya.
”Bolehkah kita berwuduk dengan air lebihan kaldai? Jawab baginda ”Ya”, dan dengan lebihan binatang-binatang buas semuanya”
(HR al-Syafie, Dara Quthi dan Baihaqi)


d. Sisa air miuman kucing.

Jawapan.
Hukum nya suci berdasarkan hadis Kahsyah binti Ka’ab, dia di bawah jagaan Abu Qatadah bahawa Abu Qatadah masuk ke tempatnya lalu dia menyediakan minuman untuknya, tiba-tiba datang seekor kucing hendak meminumnya. Abu Qatadah mencondongkan bekas air itu, lalu kucing itu meminumnya. Abu Qatadah melihat aku memerhatinya, dia berkata ”Apakah engkau berasa hairan wahai anak saudaraku? Jawabnya ”Ya”, Abu Qatadah terus berkata, ”Sesungguhnya Rasulullah saw. Telah bersabda:-

”Kucing itu tidak najis, dia daripada binatang yang berkeliing di kalangan kamu”
(Hadis Hasan dari Turmizi dan disahkan oleh Bukhatri)


e. Sisa aira minuman anjing dan babi.
Jawapan.

Hukumnya najis, wajib menjauhinya. Berdasarkan hadis riwayat Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda”-

”Apabila anjing minum bekas seseorang kamu, maka hendaklah menyucikannya tujuh kali”
(Riwayat Bukhari dan Mjuslim)



51..SOALAN KEDUA


Huraikan kaedah atau hukum menyucikan najis sebagaimana berikut:-

a. Cara menyucikan kulit binatang yang disembelih untuk kegunaan manusia.

Jawapan.

Kulit bangkai, suci dengan cara samak iaitu menghilangkan lendir-lendir dengan sesuatu bahan yang boleh menghilangkannya. Sabda Rasulullah saw.:-

”Apabila kulit disamak ia menjadi suci”
(HR. Bukhatru dan Muslim)



b. Cara menyucikan benda berkilat atau licin seperti cermin atau pisu yang bernajis.

Jawapan.
”Menyuci cermin, pisau, pedang, parang, kuku, tulang, kaca dan benda-benda pejal berkilat yang tidak ada liang-liang lubang, suci dengan menggosokkannya sehingga hilang kesan-kesan najis.
Para sahabat r.a. menunaikan solat dengan membawa atau menyandang pedang masing-masing yang terkena darah. Mereka hanya menggosok dan menyapunya. Mereka berpada dengan perbuatan itu.





c. Cara menyucikan minyak sapi atau keju terjatuh najis kedalamnya.
Jawapan.
Minyak sapi atau benda-benda ’seumpamanya, apabila jatuh najis ke dalamnya, buangkan benda najis dan minyak di sekelilingnya. Minyak yang masih baki itu halal dimakan. Naimunah r.a. meriwayatkan, Nabi saw. Pernah ditanya tentang tikus yang jatuh ke dalam minyak sapi. Baginda bersabda:-

”Buangkannya, dan buangkan juga minyak sapi yang di sekelilingnya dan makanlah minyak sapi yang masih baki itu”
(HR Bukhari)



d. Cara dan hukum menyucikan pakaian dengan mesin basuh.

Jawapan
Al-Ustaz Muhamad Salamah Jabir menerangkan hukumnya suci jika sempurna penukaran airnya, walaupun hanya sekali. Jika terjatuh najis ke dalamnya, tidak dikira najis kecuali jelas kelihatan kesan najis di dalamnya. Selagi tidak jelas kesan najis, air itu kekal di atas kesuciannya, hatta walaupun sedikit.




52.. SOALAN KETIGA


Wuduk boleh terbatal disebabkan oleh beberapa perkara yang betrikut pada seseorang. Huraikan adakah menyentuh kulit perempuan tanpa berlapik boleh membatalkan wuduk? Sandarkan huraian anda kepada dalil dan hujah yang berkaitan.

JAWAPAN.

Terdapat hadis-hadis yang menunjukkan sentuhan kulit lelaki dengan kulit perempua tidak mebatalkan wuduk, antaranya:-

a. Dari Aisyah r.a memnerangkan, Rasuliullah saw. Pernah mengucupnya sedang baginda berpuasa sambil bersabda:-

”Kucupan tidak membatalkan wuduk dan tidak membatalkan puasa”
(HR. Ishaq bin Rahuan.
b. Dari Aisyah r.a. katanya”
”Pada satu malam saya dapati Rasulullah saw tidak ada di tempat tidurnya, saya raba mencarinya, tiba-tiba tanganku terletak di atas dua tapak kakinya yang menegak , baginda sedang solat).

c. Menurut Imam Syafie dan lain-lain, bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan batal wuduk kedua-duanya. Ini berdasarkan firman Allah swt. bermaksud:-
”.... atau kamu sentuh perempuan..”
(An-Nisa; ayat 43)
Batal wuduk menyentuh kulit perempuan, bukan mahram, antara kulit lelaki dan kulit perempuan, bukan rambut, kuku atau gigi. Tidak berlapik dan salah seorang telah sampai usia bernafsu.




53. SOALAN KEEMPAT


Nyatakan waktu-waktu yang dilarang solat padanya. Huraikan pendapat fuquha’ tentang solat selepas solat Subuh dan Asar serta pilih satu pandangan yang anda anggap paling rajih.

JAWAPAN

Ada beberapa waktu dilarang mengerjakan solat iaitu:-

a. Selepas waktu subuh
b. Ketika naik matahari sehingga tingginya kira-kira sehulu lembing
c. Ketika rambang iaitu matahari tepat di tengah langit sehingga tergelincir.
d. Seleps solat asar sehingga terbenam matahari.

(1). Abu Sa’id meriwayatkan sesungguhnya Nabi saw. bersabda:-

”Tidak boleh solat selepas solat Asar, sehingga terbenam matahari dan juga tidak boleh solat selepas solat Subuh sehingga naik matahari.
(HR. Bukhari dan Muslim)


(2). Uqbah bin Amir meriwayatkan ’katanya”

”Ada tiga masa Rasulullah saw. Melarang kami mengerjakan solat dan menguburkan mayat: ketika naik dan terebit matahari sehingga terangkat naik. Ketika matahari berdiri tegak ditengan langit dan ketika ia condong hendak terbenam sampai ia tenggelam.”
(HR. Jamaah kecuali Nukhai).

(3).. Pendapat Golongan Hanbali bahawa haram mengerjakan solat sunat selepas Subuh dan Asar walaupun mempunyai sebab, kecuali dua rakaat sunat tawaf berdasarkan hadis riwayat Jubai bin Mti’im. Nab saw.bersabda:-

”Wahai Bani Abd Manaf. Jangan kamu larang seseorang mengerjakan tawaf di Rumah ini dan solat pada mana-mana masa yang ia kehendaki, malam atu siang.



54. SOALAN KELIMA

(a). Sebutkan jenis-jenis harta yang diwajibkan zakat.
Jawapan.

Islam mewajibkan zakat pada jenis-jenis harta berikut:-

(1). Emas
(2). Perak.
(3). Hasil tanaman
(4). Buah-buahan
(5), Barang-barang perniagaan
(6) Ternakan
(7) Galian
(8) Harta terpendam (harta karun)
(9). Saham.
(10). Bon



(b). Nyatakan lapan (8) asnaf penerima zakat dan dalilnya daripada al-Quran.

Jawapan.
(1). Orang Fakir
(2). Amil (pemungut zakat)
(3). Orang-orang dijinak hati mereka
(4). Memerdekakan hamba
(5). Orang-orang yang berhutang
(6). Fi sabi Lillah (untuk jalam Allah)
(7). Orang musafir dalam perjalanan
(8). Orang Miskin

Dalilnya Firman Allah swt dalam al-Quran Surah at-Taubah ayat 60):-

”Sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, orang-orang yang dijinak hati mareka, untuk memerdekakan hamba, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang dalam perjalanan itulah ketetapan daripada Allah”
(At-Taubah ayat 60).




55..SOALAN KEENAM


Nyatakan hukum bagi masalah berikut beserta dalil-dalilnya.
(a). Berhutang bagi mengerjaan haji.

JAWAPAN.

Seseorang yang tidak mencukupi perbelanjaan haji, maka dia tidak boleah pergi menunaikan haji secara berhutang. Dalilnya ialah:-

Abdullah bin Abu Aufa meriyawatkan” Saya bertanya Rasulullah saw. Tentang seorang lelaki yang belum menunaikan hajinya, apakah dia boleh berhutang untuk hajiya?. Jawab baginda ”Tidak”
(HR Baihaqi)


(b). Mengerjakan haji dengan wang haram

JAWAPAN.

Dalam masalah ini, kebanyakan ulama’ berpendapat, sah hajinya itu walaupun dengan menggunakan harta haram. Tetapi menurut Imam Ahmad, hajinya itu tidak sah. Inilah pendapat yang lebih kuat berdsarkan hadis brerikut:-

”Sesungguhnya Allah itu baik, tidak menerima kecuali yang baik”
( HR. Muslim)


(c). Menjalankan perniagaan semasa mengerjakan menunaikan
haji.

JAWAPAN.

Seseorang yang sedang mengerja haji, tidak mengapa dia bekerja, mengambil upah atau berniaga berdasarkan hadis berikut:-

(i). ”Pada mula-mula mengerja haji dahulu, oranhg-orang berjual beli di Mina dan Arafah juga di pasar Zul Majaz dan tempat-tempat upacara haji, kemudiannya mereka takut betrjual beli ketik mereka di dalam ihram itu. Akhirnya Allah Taala menurunkan firmanNya. ”Tidak salah ke atas kamu mencari kurniaan daripada Tuhan kamu” pada tempat-tempat upacara haji iatu.”
(HR Bukhari,Muslim dan Nasai)

(ii). Juga daripada Ibn Abbas r.a. mengenai firman Allah Taala:-

”Tidak salah ke atas kamu mencari kurniaan daripada Tuhan kamu.” katanya. Mereka disuruh berniaga semula apabila mereka sudah bertolak dari Arafah.
(HR Abu Daud)



(d). Tidak berihram di miqat.

JAWAPAN

Berihram di miqat ialah salah satu daripada enam perkara Wajib Haji. Bagi mereka yang meninggalkan salah satu daripada Wajib Haji maka hajinya sah, dan dia dikehendaki diganti dengan bayaran dam jika tertinggal salah satu daripadanya itu.




(e). Tidak melakukan tawaf wida’

Tawaf Wida’ adalah salah satu daripada perkara Wajib Haji.Maka sesiapa yang telah meninggalkna Wajib Haji, hajiny sah, tetapi dia hendaklah mengganti dengan bayran dam bagi perkara yang dia tertinggal itu.






-----------------------ooooooooooooooo--------------------------



Hj.Che 'Dan bin Ahmad
No.770, Permatang Pasir, 34950 Bandar Baharu Kedah Darul Aman
Tel: HP 012- 4932547 (Rumah 05-7163954)
Email – hjdan@myjaring.net
Blogger – http://hjchedan.blogspot.com/.

Tajuk: 100 MASLAH AGAMA


100 MASALAH AGAMA- SIARAN YANG KE 6

SOALAN 56.

Apakah hukumnya bagi seorang Muslim yang selalu berdengki-dengki terhadap rakannya.

Jawapan.

Dengki atau disebut juga hasad hukumnya adalah haram, kerana ia itu menjadi perosak kerpada masyarakat. Tersebut dalam Kitab ”Atthawiqatul Muhammadiyyah” bahawa dengki itu adalah keinginan agar kehilangan nikmat Allah dari seseorang, dari apa-apa yang ada padanya kebaikan agama ataupun dunia yang tidak membawa kemudharatan akhirat, atau ingin tidak sampainya nikmat itu kepada seseorang, atau menyukai kedengkian orang lain, dengan ketidak ingkaran kepadnya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.:
لَيْسَ مِنِّىْ ذُوْحَسَدً. (رواه البطرانى)
Bukan daripada orang yang mengikuti sunnah aku bagi orang yang mempunyai dengki-mendengki (HR Al-Batrani).(Rujuk Kitab 100 Masalah Agama Jil:5 ms 83)
SOALAN 57.

Apakah hukumnya seseorang itu yang selalu mengumpat atau menceritakan keburukan-keburukan orang lain yang dia nya tidak ada di situ?

Jawapan.

Mengumpat atau disebut “Ghibah” adalah haram disisi agama Islam. Perbuatan memburuk-burukan orang lain, pada hal orang yang diceritakan itu bersih adalah merosakkan persaudaraan sesama Islam. Firman Allah s.w.t.:-

وَلَايَغْتُبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا اَيُحِبُّ اَحَدُكُمْ اَنْ يَاءْ كُلَ لَحْمَ اَخِيْهِ مَيْتًا فَكَرِ هْتُمُوْهُ. (الهجرة ايت 12)

“Janganlah hendaknya sebahagian daripada kamu, melakukan ghibah terhadap sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudarnya yang sudsahmatu? Maka tentulah kamu merasa jijik daripadanya. (Al-Hujrat ayat 12)

SOALAN 58

Bagaimanakah kalau saya ketinggalan waktu menjalankan sembahyang Maghrib, sah apa tidak dikerjakan pada masa lainnya.

Jawapan.

Sembahyang Maghrib atau lain-lainnya yang terlambat dikerjakan sampai diluar waktunya, sah dikerjakan bukan pada waktunya yang telah ditentukan, hanya sembahyang itu dalam istilah disebut sembahyang Qadha, akan tetapi hukum sengaja mentakhirkannya sampai diluar waktunya, adalah haram dan berdosa besar, jika terjadi tanpa uzur melainkan terlupa dan tertidur.

Telah brfirman Allah s.w.t. “Maka celakalah bagi mereka yang bersembahyang, lalai dari sembahyang mereka.” Telah Bersabda Nabi s.a.w “Mereka itulah orang-orang yang menunda-nunda sembahyang mereka sampai keluar dari waktunya. Dan makna Neraka Wail adalah: “Kesangatan siksa. Dan dikatakan orang Neraka Wail itu suatu lembah dalam Neraka Jahanam, jika dijalankan padanya gunung-gunung di dunia ini, niscaya menjadi cair, dari lantaran sangat panasnya. Maka itulah tempat orang yang menunda-nunda sembahyang dari waktunya. ( Rujuk Kitab Masalah Agama Jil. 5 ms 132).

Soalan 59

Bolehkan wanita sembahyang Jumaat, maksudnya apakah kalau wanita sembahyang Jumaat dapat menggugurkan sembahyang Dzohornya atau tidak.

Jawapan

Wanita yang sukarela mengikuti sembahyang Jumaat kepada satu jumaah Jumaat yang lengkap segala persyaratannya, sahlah Jumaatnya dan tergugur sembahyang Dzuhurnya pada hari itu. Artinya gugurlah sudah Dzuhurnya dengan arti tidak mesti sembahyang Dzuhur lagi pada hari itu. (Rujukan Kitab Masaalah Agama Jil,5 ms 133).

SOALAN 60
Apakah benar sembahyang berjemaah itu pahalanya 27 darjat lebih besar dari sembahyang berseorangan.?

Jawapan.

Memang benarlah bahawa sembahyang berjemaah itu pahlanya 27 darjat dari sembahyang berseorangan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a.:
صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ تـَفْضُلُ عَلىَ صَلَاةِ الـْفـَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ دَرَجَة ً.

“Sembahyang berjamaah itu melebihi atas sembahyang seorang diri dengan duapuluh tujuh darajat yakni pahala sembahyang. (Rujukan Kitab Masalah Agama Jil.5)

SOALAN 61.


Apakah benar menghadiri majlis ilmu itu lebih utama daripada mendirikan solat sunat 1,000 rakaat?
Jawapan.

Sememangnya benar bahawa menghadiri majlis agama Islam itu besar pahalanya iaitu melebihi dari mendirikan 1,000 rakat solat-solat sunat.
Dalam satu Hadis dari Abi Dzar r.a. Rasulullah s.a.w. :-
وَفَىْ حَدِيْثِ اَبِىْ ذَرٍّ رَضِى اللهُ عَنْهُ " حُضُوْرُ مَجْلِسِ عَالَم ٍاَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ اَلْفِ رَكَعَةٍ.

”Dan di dalam hadis Abi Dzar r.a. berkata ia: Telah bersabda Rasulullah s.a.w. ,menghadiri majelis orang berilmu, lebih utama daripada mendirikan solat seribu rakaat.”(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil;5,ms 142)

SOALAN 62

Apa bezanya najis dan haram. Bahawa babi itu haram, apakah babi itu termasuk najis atau haram. Bagaimana kalau kita memegang daging babi, perlukah di samak tangan kita.

Jawapan.

Benda-benda najis haram hukumnya untuk di makan, dan bukanlah tiap-tiap yang diharamkan itu disebut najis. Kerana benda-benda yang diharamkan memakannya itu adalah dapat terjadi kerana memudaratkan, kerana dihormati dan kerana najis.
Adapun yang diharamkan memakannya kerana memudaratkan seperti memakan paku halus disebabkan memakannya ususnya menjadi infeksi yang mengakibatkan mudarat bagi si pemakannya. Yang diharamkan kerana dihormati, contohnya seperti memakan daging manusia, atau makan air mani. Daging manusia itu adalah suci dan air mani adalah sauci, tetapi kedua-duanya diharamkan kerana dihormati. Yang diharamkan memakannya kerana najis seperti daging babi sebab ianya adalah najis.

Adapun perbezaannya haram dengan najis ialah, haram adalah salah satu dari hukum syarak yang lima. Najis adalah sebutan benda-benda yang tidak boleh dimakan. Kata-kata haram adalah terarah kepada hukum dan kata-kata najis terarah kepada sifat benda.

Perbezaan haram dan najis dalam hal daging babi ialah babi itu termasuk benda-benda najis dan hukum memakannya adalah haram, jadi najis nama sifat bendanya dan haram adalah hukum memakannya.

Mengenai memegang daging babi itu perlu disamak atau tidak, maka jawabnya bahawa najis babi itu lebih buruk dari anjing, maka kenalah disamak iaitu dibasuh tujuh kali yang satunya air bercampur tanah. (Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 1 ms 66).

SOALAN 63

Apakah hukumnya kalau solat Idilfitri atau Idiladha, takbir rakaat pertama Imam membaca takbir tujuh kali tetapi kalau rakaat kedua Imam terlupa membaca sebanyak lima kali takbir ?
Jawapan

Takbir tujuh kali selain TakbiratulIhram, pada rakaat pertama solat Idilfitri atau solat Idilahda adalah sunat. Bukanlah dari pada rukun dan bukan daripada sunat Ab’ad. Takbir-takbir tersebut hanya sunat Hai’at. Oleh kerana itu meninggalkannya tidaklah mengurangi hakikat sembahyang sehingga dapat membatalkannya dan tidak disunatkan untuk bersujud sahwi kerana meninggalkannya. Hanya makruh hukumnya jika meninggalkannya dengan sengaja. Solat Idilfitri atau Idiladha dilakukan tanpa takbir tujuh dan lima kali takbir itu sah dilakukan. Rujaukan Kitab Masalah Agama Jil. 1 ms. 69.

SOALAN 64

Seorang makmum yang mulai takbir dimana keadaan Imamnya tengah ruku’ Dan ia berhasil melakukan ruku’ bersama Imam sekadar membaca ”subhana rabbiyal azim”. Apakah makmum ini mendapat rakaat itu kerana Makmum itu tidak membaca ”Al-fatihah ” ?
Jawapan.

Makmum yang termaksud disebut dalam istilah fikh dengan nama ”Masbuq” iaitu orang yang tak cukup waktu untuk membaca fatihah dalam pendiriannya bersama-sama Imam, dengan bacaan yang sederhana. Maka masbuq ini ditanggung fatihahnya, seluruh atau sebahagiannya oleh Imam yang suci dari pada hadas dan najis, dan pada bukan rakaat yang lebih dilakukan.

Begitu pula makmum yang mendapatkan Imam tengah ruku’, jika ia lakukan takbiratulihram, lalu ia segera ruku’ tanpa membaca fatihah, lalu didapatkannya thuma’ninah (berhenti sekejp) bersama-sama Imam dalam ruku’nya hasillah baginya rakaat itu, dan tak usah ditambahnya lagi nanti sesudah salam Imamnya.

Akan tetapi jika ia tidak mendapatkan thuma’ninah bersama-sama Imam dalam rukku’nya itu, seperti baru sahaja ia turun ruku’ Imamnya bangun dari ruku’nya, maka hampalah ia atau sia-sialah rakaat itu baginya, dan wajiblah ia sesudah salam Imam nanti ia menambah lagi satu rakaatnya yang kurang itu.(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 1 ms 70)

----------------oooooo--------------




KEWAJIPAN BERTAUBAT DENGAN SEGERA
(ULANGAN)

Pendahuluan

اسلام عليكم ورحمة الله وبركته.

Kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana telah memberikan kita nikmat kesihatan yang baik, rezeki yang banyak, kesenangan hidup yang mewah, dikurniakan anak-anak yang banyak dan berilmu, maka wajiblah kita membalasinya kepada Allah s.w.t. dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Namun demikian kita juga hendaklah mengingati dalam usia kita sekarang ini berapa banyakkah dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini, kita melakukan segala yang di haram oleh syarak seperti menipu, berbohong, tidak melakukan keadilan, minum arak, berzina, bongkak dan sombong, amalan riak diri, meninggalkan solat lima waktu, tidak berpuasa di bulan Ramdzan, tidak mengeluarkan zakat, berperangai kedekut dan banyak lagi.

Tetapi semuanya itu jika kita ketahui bahawa Allah s.w.t. akan menghapuskan dosa-dosa itu sekiranya kita bertaubat nasuha (taubat yang tidak akan melakukan lagi dosa-dosa seperti itu dan kembali kepada suruhan Allah dan banyak melakukan amalan-amalanm sunat. Firmanallah s.w.t.:

وَمَنْ يِعْمَلْ سُوْ~اءً اَوْيَظْلِمْ نَفـْسَهُ ثُـمَّ يَسْتَغْفِرِاللهَ يَجِدِ اللهَ غـَفـُوْرًارَحِيْمًـا. (النساء 110)
Bermaksud:
Barangsiapa mengerjakan kejahatan atau menganianya dirinya sendiri, kemudian ia meminta ampun kepada Allah, niscaya ia memperolehinya bahawa Allah Pengampun lagi Penyayang. (An-Nisa’ ayat 110)


1.. MAKSUDNYA BERTAUBAT


Ketahuilah bahawa taubat itu mempunyai tiga perkara:

a. Dengan amalan ilmu bertaubat itu kita dapat mengenal dan mengetahui tentang besarnya dan beratnya dosa-dosa itu.

b. Dosa itu sebagai menjadi tabir yang menyebabkan keadaan ummah terpisah dengan Allah s.w.t.

c. Dengan mengetahui ilmu taubat itu menyebabkan perbuatannya meninggalkan perlakuan dosa-dosa yang sedang bergelumang dalam dirinya.


2..KEWAJIPAN BERTAUBAT



a. Telah nyatalah kewajipannya bersegera bertaubat berdasarkan nas -nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.



b. Tidak ada kebahagian yang sebenarnya di akhirat melainkan ia telah bertaubat dari segala-dosa-dosanya.

c. Boleh menghalang ummah dari bertemu dengan Allah s.w.t. jika ia terlampau ikut nafsu kemungkarannya melainkan ia bertaubat dengan taubat nasuha.

d. Firman Allah s.w.t.:

وَتُوْبُوْا إِلىَ اللهِ جَمِيْعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ

لَعـَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ. (النور 31)

Ertinya: Dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai sekalian orang-orang mukmin, semoga kamu mendapat kemenangan. (An-Nur ayat 31)

يَا أَيُّهَا الـَّذِيْنَ أَمَنُوْا تُوْ بُوْا إلَى اللهِ
تَوبَةً نَصُوْحًا. (التحريم: 8)

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman!, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang tulus ikhlas) (At-Tahrim ayat 8)


إِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِيْنَ.

Ertinya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang mensucikan dirinya. (Al-Baqarah: 222)

e. Allah s.w. mengampunkan segala dosa.
Firman Allah s.w.t.:


قـُلْ يَعِبَادِيَ الَّذِينَ أ َسْرَفـُوا عَلَى~ اَنـْفُسِهِمْ لَاتـَقـْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ الله ج

إِنَّ اللهَ يَغـْفِرُالذُّنُوبَ جَمِيعًا ج إِنـَّهُ هُوَالْغـَفـُورُّالـرَّحِيمُ. (اَلزُّمَرْ 53)

Ertinya :

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-Ku yang sudah melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), jnanganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah menganmpunkan segala dosa; sesungguhnya Dia juga Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Zumar ayat 53)



ULASAN

Demikian bahawa setiap insan di atas dunia ini tidak dapat terhindar daripada dosa, namun di sebalik itu bahawa Allah adalah Zat Yang Maha Mengampuni doso-dosa hamba-hambaNya selain daripada dosa syirik.

3. Bertaubat Menghapuskan Dosa

Sabda Rasulullah s.a.w.

أَلتَّا ءِـبُ مِنَ الذَّنْبِ كَمَنْ لَا ذَنْبَ لَهُ.


Ertinya:Orang yang bertaubat dari dosanya itu, samalah seperti orang yang tiada ada mempunyai dosanya lagi.
(HR Bukhari dan Muslim)



4.. Kewajipan Taubat Dengan segera


a. Tujuannya segera bertaubat untuk menjadi pendorong kepada
manusia supaya meninggalkan segala maksiat. Bertaubat itu wajib disegerakan kerana bahawa maksiat itu tergolong dalam perkara yang membinasakan diri dan seterusnya ia ada kaitan dengan keimanan seseorang itu.


b. Wajib disegerakan bertaubat ialah semua anggota badan manusia itu tidak pernah sepi dari berbuat maksiat. Segera bertaubat maka anggota badan tidak dapat melakukan maksiat dan ini akan menjadikan iman manusia itu teguh dan berbalik mengingati Allah dan tidak pula terkena godaan syaitan

c. Manusia itu semenjak mula kejadiannya di dunia suka ikut hawa nafsunya. Bertaubat bukan saja tinggalkan ikut hawa nafsunya tetapi taubat yang sempurna ialah mengenang kembali dan menyesali segala maksiat yang telah terlanjur di masa-masa yang lalu. Bertaubat itu menerangkan kembali hatinya yang telah terpadam kerana maksiat itu.

d. Firman Allah s.w.t.:

وَذَرُوْا ظَهِرَا لْاءِثْم ِ وَبَاطِنَهُ ج إِنَّ الَّذِيْنَ يَكْسِبُوْنَ

الْاءِثْمَ سَيُجْزَوْنَ بِمَا كَانَوْايَقْتـَرِفـُوْنَ. ( الانعام (120)

Ertinya: “Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat) disebabkan apa yang telah mereka kerjakan” (Al-Am ayat 120)

e. Firman Allah s.w.t.
إِنْ تَجْتـَنِـبُوْا كَبَآءِرَمَا تـُنْهَوْن َعـَنْهُ نـُكـَفِرْعَنْكُمْ سَيِّـءَـا تِكُمْ وَنـُدْ

خِلْكُمْ مُّدْ خَلًا كَرِيْمـًا. (النساء : 31)

Ertinya: “Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa –dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahan dosa-dosa yang kecil dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (iaitu Syurga). (An-Nisa’ ayat 31)

f..Firman Allah s.w.t.:

وَمَنْ يِعْمَلْ سُوْ~اءً اَوْيَظْلِمْ نَفـْسَهُ ثُـمَّ يَسْتَغْفِرِاللهَ يَجِدِ اللهَ غـَفـُوْرًارَحِيْمًـا. (النساء (110)
Ertinya:
Barangsiapa mengerjakan kejahatan atau menganianya dirinya sendiri, kemudian ia meminta ampun kepada Allah, niscaya ia memperolehinya bahawa Allah Pengampun lagi Penyayang. (An-Nisa’ ayat 110)

g. Firman allah s.w.t.

مَآ أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللهَ وَمَا أَصَا بَكَ مِنْ سَيِّـءَـةٍ فَمِن نَّفـْسِكَ ج

وَأَرْ سَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُوْلاً ج وَكَفَى بِاللهِ شَهِيْدًا. (النساء: 79)

Ertinya:
“Apa saja nikmat yang kamu perolehi dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka itu dari kesalahan dirimu sendiri, Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi” (An-Nisa’)


Dosa yang tidak di ampun


• أنَّ اللهَ لَا يَغْفـِرُأَنْ يُشُرِكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُوْنَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَآؤُ ج وَمَنْ

يُشْرِكْ بِاللهِ فـَقَـدْ ضَلَّ ضلـَلًا بَعِيْدًا. (:116 النساء )



Ertinya:
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni jika Dia dipersekutukan dengan yang lain. Dia mengampuni dosa yang kurang dari itu bagi siapa yang dikehendakiNya. Barang siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, sesungguhnya ia telah sesat sejauh-jauhnya”
(An-Nisa’ ayat 116)

5.. Seruan segera bertaubat.


Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Imran ayat 135-136 yang bermaksudnya:-



وَالَّذِيْنَ اِذَا فَعَلُوْا فَا حِشَة ً اَوْظَلَمُوْا اَنْفُسَهُمء ذَكَرُوا اللهَ فَا سْتَغْفَرُوْا لِذُنُوْبِهِمْ ج وَمَن يَغـْفِرُالذ ُّنُوْبَ اِلَااللهُ ج وَلَمْ يُصِرُّوْا عَلىَ مَافَعَلُوْا وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ (135) أُولـَـءِـكَ جَزَآؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّتٌ تَجْرِىْ مِنْ تَحْتِهَا الْاَنْهَرُ
خَلِدِيْنَ فِيْهَا ط وَنِعْمَ اَجْرُالْعَمِلِيْنَ (136)

“Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiya diri sendiri , mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selaian daripada Allah.

Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengtahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya, dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal. ” (Ali-Imran: 135-136)

Ulasan.
• Demikian bahawa setiap insan di atas dunia ini tidak dapat terhindar daripada dosa, namun di sebalik itu bahawa Allah adalah Zat Yang Maha Mengampuni doso-dosa hamba-hambaNya selain daripada dosa syirik. .

• Oleh itu hanya kepada Allah setiap orang memohon pengampunan di samping besar nikmat ampunan daripada segala dosa. Allah juga besar azab dan seksaan Allah bagi sesiapa yang sentiasa dalam keingkaran . Sebelum pintu taubat di tutup atau sebelum kematian menjemput kita bertaubatlah dengan segera agar kita tergolong ke dalam ihsan yang diredhai Allah.

6. Bimbingan bertaubat.


Setelah terbuka pintu hati kita untuk menerima kebenaran yang datang dari Allah s.w.t., setelah kita menyedari bahawa selama ini kita telah banyak melakukan perbuatan dosa, maka segeralah bertaubat kepada Allah s.w.t..



Tambahlah dengan taubat nasuha iaitu taubat yang sebenar-benarnya dan berjanji tidak akan mengulangi segala kesilapan masa-masa yang silam dan banyakkanlah mengingati atau berzikir dan beristighfar kpada Allah s.w.t.


Kemudian lakukanlah Qiamullail atau solat-solat malam seperti solat Tahajjud, solat Tasbih, solat Taubat, solat Hajat dan solat Witir Juga hendaklah selalu lakukan solat Taubat agar segala kesalahan dan dosa masa lalu diampunkan.

7.. Cara-cara Melakukan Solat taubat

a. Solat Taubat dilakukan sebanyak dua rakaat atau tidak terbatas, dikerjakan setiap dua rakaat dengan satu salam. Waktu mengerjakannya selepas solat Maghrib atau selepas solat Isyak, pada waktu tengah malam di antara jam 3.00 hingga 5.00 pagi, atau pada bila-bila masa yang lapang.


b. Lafaznya niatnya:-

أُصَلىِّ سُنَّةَ الـْتَوْبَةِ رَكْعـَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى.
”Sahaja aku solat Sunat Taubat,dua rakaat kerana Allah Taala.”


c.. Pada rakaat pertama membaca surah Al-Fatihah,kemudian membaca surah-surah pendek seperti “Qul ya “ قـُلْ يَا أَيُّهَا الْكَـفِرُوْنَ sebanyak 3 atau 11 kali.


d. Pada rakaat kedua selepas membaca surah Fatihah, kemudian membaca surah

Al-Ikhlas (قـُلْ هـُوَ اللهُ اَحـَدُ ) sebanyak 11 kali

e. Semasa sujud akhir pada rakaat kedua hendaklah membaca tasbih ini, beberapa kali, jika mampu bacalah 40 kali.


لأِالَهَ اِلأَّ اَنْتَ سُبْحَانـَكَ اِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ

“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau sesunguhnya aku termasuk daripada orang-orang yang aniaya (zalim)

Kemudian bacalah surah Al-Imran ahyat 135 dan 136 seperti berikut sebelum berdoa:



وَالَّذِيْنَ إِذَا فَعَلُوْا فَـا حِشَةً أَوْظَلَمُوْا اَنْفُسَهُمء ذَكَرُواللهَ فَاسْتَغْفَرُوْا لـِذُنُوْ بِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ

إِلاَّ اللهُ وَلَمْ يُصِرُّوْا عَلىَ مَا فَعَلُوْا وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ. أُولَـءِـكَ جَزَاؤٌهُمْ مَغْفِرَةٌ مِّنْ رَبِّهِمْ وَجَـنَّاتٌ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا

الْاَنْهَارُ خَالِدِيْنَ فِيْهَا وَنِعْمَ اَجْرُ الْعَالَمِين. (الآعمران 135- 136) معنا سفرت د أتس)



Selepas itu berdoalah dengan Doa taubat. (Jika tidak tahu baca tulisan Arab bacalah dengan Bahasa Melayu sahaja) seperti di bawah ini:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.

تُبْنَا إِلىَ اللهِ ,تُبْنَا إِلىَ اللهِ, تُبْنَا إلِىَ اللهِ, وَرَجَعْنَا إِلىَ اللهِ, وَرَجَعْنَا إِلىَ

اللهِ, وِنَدِمْنَا عَلىَ مَا فَعَلْنَا, وَعَذَمْنَا أَنْ لَا نَعُوْدَلِذَنْبِ أَبَدًا, وَنَحْنُ

بِرِبْـءُـوْ مِنْ كُلِّ دِيْن ٍ يُخَالِفُ دِيْنَ الْاِسْلَام ِ, وَتَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهِ إِلَا اللهُ

وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ وَتَشْهَدُ أَنَّ سَيْدِنَا مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ صَل َللهُ عَلَيْهِ

وَسَلَّمَ, رِضِيْنَا بِا للهِ رَبًّاوَبِالْاِسْلَامِ دِيْنًا وَبِسَيِّدِنَا مُحَمَّدً صَلىَ اللهُ عَلَيْهِ

نَبِيًّا وَرَسُوْلًا, اَللَّهُمَّ صَلىِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آَلِهِ وَصَحْبِهِ

وَسَلـِّمْ تَسْلِيْمًا وَكُنْ بِنَا وَبِالْمُوءْمِنِيْنَ رَءُوْفـًا رَحِيْمًا. اَللَّهُمَّ أَحْسِنْ

عَاقِبِتَنـَا فِى الْأُمُوْرِ كُلَّهَا, وَأَجِرْ نَا مِنْ خِزْي الدُّنْيَا وَعَذَابِ ألْآَخِرَةِ.

اَللَّهُمَّ إِنَا نَسْأ َلـُكَ رِضَا كَ وَالْجَنَّة َ, وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ.

اَللَّهُمَّ لَاتُسَلِّطْ عـَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لَا يَخَافُ وَلَا يَرْحَمْنَا. اَللَّهُمَّ اجْعـَلْ

خَيْرَ أيَّـا مِنَا يَوْمَ نَلْقَاكَ وَأَنْتَ رَاض ٍ عَنـَّا, وَاخْتِمْ بِا صَّا لِحَاتِ أَعْمَا

لـَنَا وتَوَفَّنَا مُسْلِمِيْنَ وَأَلَـْحِقْنَا بِا لصَّا لِحِيْنَ, وَغـْفِرِ لَنَا وَلـِوَالِدَ يْنَا وَلِمَشَا ءِخـِنَا يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِيْن.



Maksudnya :-

Kami bertaubat kepada Allah , kami bertaubat kepada Allah,kami bertaubat kepada
Allah, kami kembali kepada Allah,kami kembali kepada Allah. Kami menyesal atas apa yang telah kami lakukan dan berazam tidak akan mengulangi lagi dosa itu selama-lamanya, kami tidak mengakui selain daripada agama Islam dan kami naik saksi bahawa tidak Tuhan yang di sembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan kami naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Kami redaha Allah itu sebagai Tuhan yang disembah ,Islam itu sebagai agama yang dianuti, dan Nabi Muhammad s.a.w. Itu sebagai Nabi dan Rasul. Ya Allah selawat dan sejahtera- kanlah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. para keluarganya para sahabat-sahabanya sekalian dan belas kasehanlah kami dan orang-orang mukmi.


• Ya Allah ya Tuhan kami, baikilah kesudahan segala pekerjaan kami, dan lepaskan kami dari pada kehinaan dunia dan azab akhirat, Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keredaan dan syurgaMu, Dan kami berlindung pada Mu daripada kemurkaan dan balasan api neraka. Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah orang-orang yang tidak takutkan Engkau dan orang-orang yang tidak kasihkan kami menguasai kami disebabkan oleh dosa-dosa kami.

• Wahai Tuhan kami, jadikanlah sebaik-baik hari kami ialah hari menemuiMu di mana Engkau redha akan kami, dan sudahkan amalan-amalan kami dengan yang baik-baik, dan matikan kami dalam keadaan Islam dan himpunkan kami dengan orang-orang yang soleh, ampunlah dosa Kami, kedua ibu bapa kami, dan guru-guru kami. Ya Allah Engkau sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani.



KESIMPULAN.

• Bersegeralah bertaubat.
Wajib disegerakan bertaubat ialah kerana semua anggota badan manusia itu tidak
pernah sepi dari berbuat maksiat. Segera bertaubat maka anggota badan tidak dapat melakukan maksiat dan ini akan menjadikan iman manusia itu teguh dan berbalik mengingati Allah dan tidak pula terkena godaan syaitan.

-----------------oooooooooooo---------------------------