Hj.Che Dan bin Ahmad
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – www.blogspot.com
Bersedekah Melipatganda Rezeki– Siaran Ke 322
اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ
Bersedekah Melipatganda Rezeki –Siaran ke 298
.
Pendahuluan.
Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ
إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج
يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.
”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56.
Bersedekah Harta Ke Jalan Allah.
Firman Allah s.w.t.
مَّثـَلُ الـَّذِينَ يُنـْفـِقُونَ أ َمْوَ لـَهُمْ فَى سَبِيلِ اللهِ كـَمَثـَلِ حَبَّةٍ أ َنْبًتَتْ سَبْعَ سَنَا بِلَ فِى كـُلِّ سُنْبُلـَةٍ
مِّاءَـة ُ حَبَّةٍ ج وَاللهُ يُضَعِفُ لِمَنْ يَشَآءُ ج وَاللهُ وَسِعٌ عَلـِيمٌ.
(البقرة 261(
"Bandingan perbelanjaan (derma) orang-orang yang membelanjakan harta-hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji, dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah amat luas rahmat kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuan” (Al-Quran Surah al-Baqarah, ayat 261).
Perumpamaan bagi orang-orang yang membelanjakan hartanya semata-mata ke jalan Allah s.w.t. semata-mata mengharapkan keredaan dan tanda kesyukuran terhadap nikmat-nikmat yang telah di terima daripada Allah s.w.t., adalah seperti mereka yang menanam sebiji benih yang kemudian daripada itu menjadi sebatang pokok mempunyai tujuh tangkai, dan tiap-tiap tangkai tersebut pula menjadi mengandungi seratus biji atau dengan lain perkataan hasilnya lumayan dan berlipat ganda.
Firman Allah s.w.t. lagi:
وَمَثـَلُ الـَّذِينَ يُنْفِقُونَ أ َمْوَلـَهُمُ ابْتِغَآءَ مَرْ ضَاتَ اللهِ وَتـَثـْبِيتـًا
مِّنْ أ َنْفُسِهِمْ كـَمَثـَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أ َصَابَهَا وَابـِلٌ فَـءَـاتـَتْ أ ُكـُلَهـَا ضِعـْفـَيْنِ فـَإ ِنْ لـَمْ يُصِبْهـَا
وَابِلٌ فَطَلٌّ ج وَاللهُ بِمَا تَعْمَلـُوْنَ بَصِيرٌ
)
. البقرة 265(
”....Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah s.w.t. dan kerana meneguhkan iman dan perasaan ikhlas yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda, kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan yang renyai-renyai pun cukup untuk menyiramnya dan ingatlah Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan. ” (Al-Quran Surah al-Baqarah, ayat 265).
Sabda Rasullah s.a.w. yang beermaksud:
”Ketika Allah menciptakan bumi dan bumi selalu bergerak-gerak, maka Allah menciptakan gunung-gunung dan meletakkan (memancak) di atas bumi sehingga bumi mantap tidak bergerak lagi”
a. Maka kagumlah para malaikat seraya berkata ”Ya Tuhanku, apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat daripada gunung-gunung itu.?: Allah menjawab: ”Ya ada, iaitu besi.”
b. Para malaikat bertanya lagi, ”Apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat daripada besi.? Allah menjawab: Ya ada, iaitu api.”
c. Para malaikat bertanya lagi. ”Apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat dari api.” Allah menjawabn, ”Ya ada, iaitu air.”
d. Para malaikat bertanya lagi, ”Apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat dari daripada air.”? Allah menjawab: ”Ya ada, iaitu angin.”
e. Para malaikat bertanya lagi.”Apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat daripada angin,?” Allah menjawab, ”Ya ada, iaitu anak keturunan Adam a.s. yang memberikan sesuatu derma (sedekah) dengan tangan kanannya dan merahasiakan dermanya itu dari tangan kirinya maka dia lebih hebat daripada angin,”
Oleh sebab begitu tinggi nilainya orang-orang yang menderma (sedekah) di sisi Allah itu, maka untuk sampai ketahap itu, ianya memerlukan beberapa syarat di antaranya:
a. Peratama – Adalah lebih baik sekiranya derma dan sedekah itu dirahsiakan daripada orang pengetahuan umum.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
إ ِنْ تُبْـدُوالصَّـدَقَتٍ فـَنِعِمَّا هِيَ ج وَإ ِنْ تُخْفـُوهَا وَتـُؤْتـُوهَا
الـْفـُقَرَآءَ فَهُوَ خَيْرٌلـَّكـُمْ ج وَيُكـَفـِّرُ عَنكـُمْ مِّنْ سَيِّـءَـا تِكـُمْ ج
وَاللهُ بِمَا تَعْمَلـُونَ خَبـِيرٌ.
(البقرة 271()
”Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu memberikannya kepada orang-orang faqir miskin, maka itu adalah lebih baik bagi kamu dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah) Allah amat mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
(Al-Quran surah al-Baqarah, ayat 271).
b. Kedua – Tidak diungkit-ungkit selepas derma dikeluarkan dan tiada terkeluar daripada mulut penderma perkataan atau kelakuan yang menyakiti.
c. Tidak bertujuan untuk bermegah-megah dan perasaan riak. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
”....Wahai orang-orang yang beriman, janganlah rosakan pahala
amal sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit
dan kelakuan yang menyakiti saperti (rosaknya pahala
amal sedekah) orang-orang yang membelnajakan hartanya
kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak).
d. Perkara yang didermakan itu sedapat-dapatnya hendaklah yang paling baik dari hartanya atau yang boleh dimanafaatkan oleh si penerima. Firman allah s.w.t.yang bermakaud:-
”Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan
kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian
dari apa yang kamu sayangi dan sesuatu apa jua yang kamu
dermakan, maka sesungguhnya Allah amat mengetahuinya.”
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksaud:-
a. Pada mulanya aku kecil, maka engkau telah membesarkan aku.
b. Pada mulanya engkau adalah penjaga ku, maka serkarang aku menjadi penjaga mu.
c. Pada mulanya aku adalah musuh mu, maka sekarang aku menjadi kekasih mu.
d. Aku adalah suatu yang punah musnah, maka engkau jadikan aku sesuatu yang kekal.
e. Aku adalah bilangan sedikit, maka engkau jadikan aku jumlah bilangan yang banyak.
Firman Allah s.w.t.:
”Jelasnya, adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya kerja kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikan dia kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga).
Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaannya dan kemudahannya, serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikan kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesangsaraan, dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus ke dalam azab siksa hari akhirat,”
(Al-Quran Surah Al-Laili, ayat 5 hingga 11).
Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermakasud:-
”Apabila mati seseorang anak Adam itu maka terputuslah ’amalannya melainkan tiga perkara sahaja yang kekal dibawa bersamanya:
(1) Sedekah jariah yang dijadikan wakaf, (2) ’Ilmu yang diambil yang bermanafaat baginya,(3) Anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan baginya.’ (Hadith riwayat Muslim).
Sabda Rasululah s.a.w. lagi yang bermaksud:
”Hendaklah kamu mencari keuntungan dari lima perkara sebelum datangnya lima perkara lagi yaitu:
a. Di masa hiduphendaklah engkau beramal sebelu mati.
b. Di masa sihat hendaklah engkau beramal selum sakit.
c. Di masa lapang hendaklah engkau beramal sebelum banyak pekerjaan.
d. Di masa muda umur mu hendaklah engkau beramal sebelum engkau tua.
e. Di masa kaya hendaklah engkau beramal dan membuat kebajikan sebelun datangnya engkau papa kedana.
(Hadis riwayat Al-Baihaqi daripada Ibnu ’Abbas)
Firman Allah s.w.t. :
وَمَنْ يَتـَّقِ اللهَ يَجْعَلْ لـَّهُ مَخْرَجـًا ج. وَيَرْزُقـْهُ مِنْ حَيْثُ لآ يَحْتـَسِبُ.ج وَمَنْ يَتَوَكـَّلْ عَلىَ اللهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ج إ ِنَّ اللهَ
بـَالـِغُ أ َمْرِهِ ج قـَدْ جَعَلَ اللهُ لِكـُلِّ شَيْىءٍ قـَدْرًا.
(الطلاق 2 دان3)
”Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah necsaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhanya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Al-Quran Surah At-Talaaq, ayat 2 dan3).
Sekian dahulu penulisan untuk Siaran ini, dan kita akan berjumpa lagi dalam Blog yang sama dalam masa yang terdeat. Insaya Allah....!
Wassala mualaikum warahmatula hiwabarakatuh.....!
-----------------------ooooooooooooooooooo--------------------
Tuesday, September 7, 2010
Sunday, September 5, 2010
Penerangan Ehwal Agama - Siaran 321







Hj.Che Dan bin Ahmad
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – www.blogspot.com
Penerangan Hukum – Siaran Ke 321
Pendahuluan.
بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.
Penerangan 405 (hingga 411)
Orang Mukmin manakah yang sempurna Imannya? Apakah yang disebut Ahli Sunnah wal jama’ah itu ? Minta tuan tolong terangkan.
Jawapan.
Bagi menjawab soalan pertama maka baiklah penulis membawa firman Allah s.w.t. dalam al-Quran Surah Al-Anfal ayat 2 -4 seperti betikut:
إِنَّمَا الـْمُؤْ مِنُوْنَ الـَّذِيْنَ إِذَا ذُكـِرَ اللهُ وَجِلـَتْ قـُلـُوْ بُهُمْ وَاِذَا تـُلِيَتْ عَلـَيْهـِمْ ايَا تـُهُ زَادَتُهُمْ
اِيْمَا نـًا وَعَلىَ رَبِّهـِمْ يَتـَوَكَّلـُوْنَ. الـَّذِيْنَ يُقـِيْمُوْنَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقـْنَا هُمْ يـُنْفـِقـُوْنَ.
أ ُلـَءِـكَ هُمُ الـْمُؤْ مِنُوْنَ حَقـًّا لـَهُمْ دَرَجـَا تٌ عـِنـْدَ رَبِّهِمْ وَمَغـْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيْمٌ.
Artinya: Hanyasanya orang-orang mukmin yang sempurna imannya itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, menjadi takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan atas mereka akan ayat-ayatNya, hal tersebut menjadikan iman mererka semakin bertambah-tambah, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan membelanjakan sebahagian dari pada yang Kami kurniakan rezeki kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang sunggug-sungguh sempurna iman mereka. Bagi mereka itu darjat disisi Tuhan mereka ampunan, dan rezeki yang mulia. (Al-anfal ayat 2-4)
Adapun mengenai apakah Ahlisunnah wal Jumaah itu? Maka dengan ringkas dapat penulis menjawab di sini menurut apa yang tersebut dalam Kitab Al-Majalisus Saniyyah, ms 88 seperti berikut:-
”Maka wajiblah ke atas orang-orang yang beriman mengikuti Sunnah dan Jama’ah. Maka arti Sunnah iaitulah sesuatu yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. dan arti Jama’ah iaitu sesuatu yang telah sepakat atasnya oleh para sahabat r.a. ajma’in pada khilafatnya Imam-imam Empat, khalifah-khalifah yang lurus lagi terpimpin r.a. ajma’in.”
Demikianlah jawapan penulis menegnai solan tersbut.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama, Jil. 2, ms 43)
Penerangan 406.
Saya ingin tahu bagaimanakah seseorang itu lelaki atau perempuan ketika mandi tidak memkai seurat pun pakaian dan selepas itu mengambil wuduk, adakah sah wuduknya itu?
Jawapan.
Mengambil wuduk ketika selepas mandi yang tidak berpakaian adalah sah wuduknya, tetapi berwuduk dengan bertelanjang bulat sampai kubul dan dubur pun tidak ditutp, walau pun di dalam khalawat atau bersendirian adalah haram. Mengenai hukum menutup aurat ketika mandi itu bahawa ketahuilah anda aurat itu ada aurat pada khalawat atau seketika bersendurian,dan di hadapan orang yang boleh memandang kepadanya auratnya itu, seperti isterinya.
Untuk keperluan mandi boleh membuka seluruh aurat baik pada bersendirian ataupun dihadapan isteri. Akan tetapi haram membuka aurat di hadpan orang yang haram memandang kepadanya, sebagaimana juga ketika berwuduk tanpa sesuatu keperluan.
Tetapi aurat yang yang dimaksudkan itu adalah bagi lelaki yang dalam khalawat atau bersendirian khusus dua kemaluan sahaja, iaitu kabul dan dubur. Artinya Haram tidak menutup kabul dan dubur dalam khalawat seketika berwuduk jika tidak ada sesuatu keperluan mustahak.
Dan haram bagi perempuan dalam khalawat atau bersendirian tanpa sesuatu keperluan, berwuduk tanpa menutup antara pusat dan lututnya. Melainkan jika ianya ada sesuatu keperluan maka hal itu seperti memelihara kain dari kekotoran dimaafkan.
Jadi kesimpulannya sekurang-kurangnya berwuduk yang tidak dapat haram bagi lelaki ialah dengan memakai seluar dalam, dan bagi perempuan ialah dengan menutup antara pusat dan lututnya.
Firman Allah s.w.t
وَمَا جـَعـَلَ عـَلـَيـْكـُمْ فـِى الـد ِّيـن ِمـِن ْ حـَرَج ٍ (الحج 78)
Allah tiada membuat kesukaran ke atas kamu dalam perkara agama (Al-Haj ayat 78)
(Rujukan Kitab Seratus Maslah Agama Jil.2.ms 85)
Penerangan 407.
Sebelum kita mandi hadas besar (junub) sunnah kita membersihkan najis di badan lalu membaca ”Bimilla hirrahma nirra him”, lalu mengadap qiblat mengambil air semabhyang. Pada hal kita masih dalam keadaan berjunub lagi, dan membaca ayat Al-Quran itu. Tidakkah jadi berdosa kita berbuat demikian ?
Jawapan.
Mengenai membaca ”Bismilla hirrahma nirra him” iaitu sepotong dari ayat al-Quran dalam keadaan berhadas besar memang diharamkan atas orang yang tengah berjanabat atau berhadas besar.
Untuk ini dinyatakan bahawa membaca ”Bismilla hirrahma nirra him” adalah dengan niyat zikir dan bukan dengan niat membaca al-Quran, dan kita melakukan sesuatu perbuatan yang diperuntukkan khusus tujuan itu. Tidaklah menjadi haram perbuatan itu.
Terdapat dalam sebuah hadis sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sitti ’Aisyah r.a berkata ia:-
كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَ اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـمَّ اِذ َا اغْتَسَلَ مِنَ الـْجَنَابَةِ
تـَوَضَّأ َ وُضُوْءَ ه ُلِلصَّلَاةِ. (رواه اشيخان)
Bermaksud: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila beliau akan melakukan mandi kerana janabah berwudukah beliau seperti wuduknya seketika akan sembahyangh. (H.R. Al-Bukhari dan Muslim)
Penulis merujukkan terdapat di dalam Kitab” Fathul Mu’in Juz 1,ms 72” seperti maksudnya berikut:-
”Dan disunnahkan untuk mandi wajib membaca Bismillah...pada permulaannya, dan menghilangkan kecemaran yang suci, seperti mani dan hingus, dan najis, sepertri madzi, walaupun sebenarnya memadai untuk pencucian najis dan hadas itu oleh satu basuhan sekaligus. Dan disunnahkan berkemih (kencing) oleh orang yang keluar mani sebelum mandinya, agar keluarlah sisa-sisanya yang berada pada salurannya. Maka sesudah menghilangkan segala kekotoran, sunnah berkumur-kumur dan menghilangkan air ke hidung, lalu wuduk dengan sempurna, kerana ittiba’, yang diriwayatkan oleh Syaikhain. Dan disunnahkan mengekalkan wuduk itu sampai seselsai mandi, sehingga jika berhadas ia, disunnahkalah baginya mengulanginya.
(Rujukan Kitab Seratus Maslah Agama jil.2,ms 96)
Penerangan 408.
Apakah hukumnya apabila saya sedang mempunyai hadas besar makan, minum dan membaca al-Quran tanpa memegangnya?
Jawapan.
Hukumnya makan dan minum seketika berhadas besar adalah makruh. Adapun membaca al-Quran dengan niat tilawah adalah haram dalam keadaan berhadas besar. Demikian pula dengan dua niat, iaitu niat tilawah dan berzikir adalah haram. Tetapi semata-mata niat zikir atau muthlak dibolehkan.
Mengenai makruh makan minum dalam keadaan berhadas besar adalah sebagaimana tersebut dalam Kitab Syarah Mukhtashar Bafdlal halaman 110 sebagai berikut:
وَيُكْرَهُ لِلـْجُنُبِ الْ َاكْلُ وَالشـُّرْبُ وَالنـُّوْمُ وَالـْجَمَاعُ قـَبْلَ غَسْلِ الـْفَرَجِ وِالـْوُضُوْءِ لِمَاصَحَّ مَنَ الْا َمْرِبِهِ فِى الـْجَمَاعِ وَالْاِ تْبَاعِ فِى الـْبَقِـيـَّةِ.
Artinya: “Dan dimakruhkan bagi orang junub, makan dan minum, tidur dan jimak sebelum membasuh farji dan berwuduk, kerana hadith yang sahih daripada perintah dengannya dalam hal jimak, dan kerana Ittiba’ pada yang tinggal.”
Dalam hal haram atas orang Islam membaca al-Quran dengan lidahnya Rasulullah bersabda:
لا َ يَقْرَأ الـْجُنُبُ وَلا َ الـْحَاءِـضُ شَيْـءًـا مِنَ الـْقُرْآنِ حَسَّنَهُ الـْمُنْذِرِىُّ.
Artinya: “Janganllah hendaknya membaca orang junub dan orang haidl akan sesuatu dari pada Al-Quran, (Telah menghasankan hadis ini oleh Al-Mundziry) .
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama,Jil.2 ms 100.
Penerangan 409.
Bolehkah seorang wanita yang masih setelah melahirkan anak, berzikir, Salawat Nabi,dan Tasbih ?
Jawapan.
Tidak ada larangan bagi wanita yang masih dalam bernifas untuk melakukan zikir. Jadi bolehlah baginya bersalawat, bertahlil, membaca salawat nariyyah atau kamilah, bertasbih dan sebagainya.
Adapun yang terlarang bagi orang yang sedang haidl dan nifas atau orang yang berhadas besar, adalah membaca Al-Quran dengan qashad tilawah, artinya dengan niat membaca Quran. Adapun apabila diqashadnya zikir atau doa pada ayat-ayat yang mengandungi zikir dan doa, maka berarti bukanlah ia membaca Quran, tetapi berzikir atau berdoa. Maka hal itu boleh dilakukan.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama,Jil. 2 ms 102 )
Penerangan 410.
Bolehkah orang yang sedang sembahyang fardhu apabila dipanggil orang tuanya harus digugurkan semabahyangnya itu ?
Jawapan.
Haram dan batal hukumnya menyahuti panggilan kedua orang tua di dalam sembahyang fardhu. Demikian pula haram kita membatalkan sembahyang fardhu, kerana menyahut panggilan kedua ibu bapa. Tetapi bolehlah menyahuti panggilan ibu bapa dalam sembahyang sunat, dan sembahyang sunat itu menjadi terbatal. Kerana jika teruskan juga sembahyang itu kita tidak khusyuk lagi dengan sembahyang itu, asyik memikirkan entah ada sesuatu hal yang nmustahak berlaku. (
Rujukan Kitab 100 Masalah Agama Jil.2 ms 115
Masalah 411.
Seorang sahabat saya suka berdoa sesudah Suratul Fatihah baik dalam sembahyang mahupun diluar sembahyang seperti ”robbigh
fir li waliwadiyya. Apakah maksud dan dibolekannya atau tidak?
Jawapan.
Bagi orang yang membaca Fatihah, baik diluar sembahyang atau di dalam sembahyang sunnat diucapkannya doa diantara ”Walad dallin dan Amin” doa ”Robbighfirli atau Robbighfirli waliwaliyya wa lil Musliman.”
Dan tidak disunatkan ucapan tersebut bagi makmum untuk bacaan Imamnya sewaktu sembahyang. Tetapi sunat bagi makmum untuk bacaan dirinya. Sesungguhnya yang sunat mengucapkan doa tersebut adalah mereka yang mempunyai bacaan ”Waladdallin....”, baik bagi Imam ataupun makmum.
Terdapat maklumat dalam Kitab : Bughyatul Mustarsyidin, halaman 45 yang bermaksud seperti berikut:
”Telah berkata Assyarif Al ’Allamah Thahir bin Husein. Tidak dituntut dari makmum seketika selesai Imamnya membaca Fatihah, akan ucapan ”Robbighfirli”. Dan hanya sanya dituntut daripadanya mengucap ”Amin” sahaja. Sedang ucapan tersebut itu dfituntut (disunatkan) dari pembaca Fatihah saja, pada diam yang ada di antara akhir Fatihah dan ”Amin”. Wallahu yahdi ila sawaissabil. Amin.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jil.2, ms 121)
Sekian dahulu buat sementara, jumpa lagi......!
Salam bahagia dari Hj.Che Dan Ahmad.
---------------oooo------------------
Menjadi Kafir - Siaran 320

Hj.Che Dan bin Ahmad
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – www.blogspot.com
5 September 2010. Sunday.
Orang Kafir – Siaran Ke 320
Bermakna ialah Orang yang menidakkan keesan Allah, Kenabian Nabi utusan Allah serta mengingkari segala syari’at-Nya dianggap sebagai kafir. Mereka ini samalah seperti orang yang tidak mahu beriman dengan ajaran Islam.
Kufur dibahaghikan kepada tiga tahap iaitu:
1. Kufu Jahil.
Kufur yang disebabkan oleh kebodohannya sendiri. Ini mungkin terjadi kerana dia tidak mahu bertanya kepada orang yang lebih arif atau tidak mahu belajar tentang sesuatu perkara yang boleh menyebabkan menjadi kufur.
2. Kufur Juhdi (’Inadi)
Kufur ini terjadi kerana timbulnya rasa takut akan kehilangan pangkat atau pengaruh jika beriman kepada Allah. Misalnya dia bercinta dengan wanita kafir, oleh keeana sayangnya pada wanitu itu ia sanggup menurut segala ajaran dari wanita kafir itu.
3. Kufur Hukmi.
Kufur yang terjadi setelah berlaku sesuatu yang bertentangan dengan keimanan seseorang seperti menghina al-Quran atau menghina agama Isalam dan sebagai lagi.
Penutup.
Oleh yang demikian anda hendaklah berhati-hati dalam hal ini supaya tidak terkeluar dari agama Islam dan menjad kafir.
Sekianlah dahulu, dan diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1431/2010.
Wassala mualaikum.....!
-------------ooooooooooooo-------------
Orang Musyrik - Siaran 319




Hj.Che Dan bin Ahmad
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – www.blogspot.com
5 September 2010. Sunday.
Kamus Istilah Fiqh – Siaran 319
Orang Musyrik – Siaran 319
Bermaksud Orang Musyrik adalah yang mempercayai sesuatu itu lebih berkuasa daripada Allah maka dia dikenal sebagai orang musyrik. Dia lebih bergantung harap kuasa lain selain meminta daripada Allah.
Orang musyrik sanggup menghabiskan sejumlah wang semata-mata untuk berjumpa dengan bomoh atau dukun bagi mendapatkan sesuatu. Syirik yang dilakukan kadangkala melibatkan makam atau kubur alimi ulama.
Syirik Akbar.
Dia menyembah benda seperti kubur, pokok, batu dan sebagainya serta meanggap dirinya lebih rendah daripada benda-benda tersebut.
Syirik Asghar.
Kebiasaannya, Syirik ini terjadi apabila seseorang itu melakukan sesuatu dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk.
Syirik Amali.
Bermaksud ialah percaya ada kuasa lain yang berkuasa selain Allah. Syirik ini boleh menyebebkan seseorang itu terkeluar daripada Agama Islam.
Orang yang syirik dia tidak diampun dosanya oleh Allah s.w.t. melainkan ia bertaubat nasoha dan memohon ampun pada Allah di atas kesalahannya, dan berjanji tidak akan melalkukan lagi seperti itu.
Firman Allah s.w.t.
إِنَّ اللهَ لَا يَغـْفِرُاَنْ يُشـْرِكَ بِهِ وَيَغـْفِرُ مَا دُوْنَ
ذَ لِكَ لِمَنْ يَّشَاءُ ط. وَمَنْ يُشـْرِكْ بِا للهِ فـَقـَدْ
ضَلَّ ضَللاً بَعِيْدًا. النساء (116)
“Sesungguhnya Allah tiada mengampuni ,jika Dia dipersekutukan dengan yang lain dan Dia mengampuni (dosa) yang kurang dari pada itu bagi siapa yang dikehendakiNya. Barang siapa mempersekutukan Allah, sesungguhynya ia telah sesat dengan kesesatan yang jauh.
(An-Nisa’ ayat 116)
Sekianlah dahulu maka anda hendaklah berhati-hati supaya anda tidak terjatuhb ke dalam golongan syirik yang dibincangkan di atas., Amin…..!.
Wassala mualaikum…..!
----------------oooooooooooo-------------------
Kamus Istilah Fiqh - Siaran 318




Che Dan bin Ahmad
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – www.blogspot.com
5 September 2010. Sunday.
Kamus Istilah Fiqh – Siaran 318
Agama –
Bermakna ialah Ajaran atau kepercayaan. Mempercayai satu atau beberapa kekuatan ghaib yang mengatur dan menguasai alam, manusia, dan jalan hidupnya. Baik kehidupan di dunia maupun kehidupan di akhirat kelak.
Agama Samawi.-
Bermakna ialah Agama yang bersumber dari Wahyu atau petunjuk Allah s.w.t. kepada para Nabi dan Rasul-Nya, untuk dijadikan pedoman hidup umatnyua, seperri Agama Islam, Nashrani atau Yahudi.
Agama Adli –
Bermakna ialah Agama yang tidak bersumber dari Wahyu. Ini hasil pemilikan dan ciptaan manusia serta kebudayaannya. Agama Ardli terbahagai menjadi beberapa aliran. Aliran Wadl’iy, Aliran Maddiy, Aliran Ruhiy dan sebagai lagi.
Sekian dahulu, dan akan muncul dalam beberapa detik laggi dengan izin Allah.
Wassala mualaikum.....!
-------------ooo
Saturday, September 4, 2010
Mengenal Munafik - Siaran 317





Hj.Che Dan bin Ahmad
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – www.blogspot.com
Mengenal Munafik – Siaran 317
Makna Munafik dari segi bahasa ialah orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar. Dari segi Syarak pula ialah Seserorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara nenyembunyikannya di dalam hati.
Kebiasaannya orang munafik ini bersifat seperti talam dua muka dengan berpura-pura mengikut segala ajaran Islam dan mengaku mereka ialah seorang Islam tetapi di dalam hatinya tidak dapat menerima ajaran yang suci ini.
Tanda seorang itu menjadi munafik ialah dianya iman tidak tetap dan tidak teguh. Orang yang sebegini dapatlah diibaratkan seperti lalang dimana ia terlalu mudah mengikut arah tiupan angin. Orang yang tidak teguh imannya sentiasaa berubah-ubah mengikut keadaan. Mereka sangat mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan persekitaran.
Tindak-tanduk yang sentiasa berubah. Orang munafik bolehlah diibaratkan sebagai pelakon yang hebat. Ketika dia bersama orang yang sedang beribadat, dia akan turut sama melakukan ibadat tersebut walaupun hatinnya terlalu susah untuk meneriamanya. Sebaliknya yang terjadi apabila dia tidak dilihat oleh khalayakj, dia akan mengikut kata hatinya dengan tidak melakukan amal ibadat.
Orang munafik tidak tetap kata. Dia sentiasa mengubah pendiriannya. Sewaktu bersama dengan orang Mukmin lainnya, dia akan memuji-muji Islam dan menyatakan ketaatannya terhadap ajaran tersebut tetapi di belakang orang Mukmin, secara saenyap., dia akan menghina Islam.
Ia sentiasa mengharapkan kebaikan dibalas. Jika dia melakukan sesuatu kebaikan dan berbuat jasa, dia akan mengharapkan kebaikan itu dibalas dengan balasan yang setimpal seperti wang ringgit atau pangkat.
Orang muafik jiwanya tidak tenteram. Dia sentiasa resah dan gelisah kerana terpaksa bersikap pura-pura di hadapan orang ramai dan tidak dapat mnelaksanakan kehendak hatinya.
Orang munafik menjadikan dunia sebagai matlamat hidup. Mereka hanya menjadikan dunia sebagai tujuan utama dan terlalu cintakan kebendaan. Akhirat bagi orang munafik hanyalah satu mitos dan khayalan.
Bayangkanlah betapa hinanya jika tergolong dalam golongan munafik ini kerana segalanya penuh denganh kepura-puraan. Lagi pula Balasan di akhirat amat berat.
Allah s.w.t. berfirman:
إِنّ الـْمُنـَفِقِيْنَ فِى الد َّرْكِ الْأ َسْفـَلِ مِن النـَّار.
(النسأ 145)
“Sesungguhnya orang yang munafik itu akan ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah sekali di dalam neraka.
(An-Nisa’ ayat 145)
Semoga jauhilah kita dari menjadi orang munafik. Amin….!
Sekian, Wassala mualaikum……
---------------oooooooooooo---------------
Friday, September 3, 2010
Pendidikan Akhlak Anak - Siaran Ke 316



Hj.Che Dan bin Ahmad
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – www.blogspot.com
Pendidikan Akhak Anak – Siaran Ke 316
Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nahl ayat 72 bermaksud:
”Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasang-pasangan (isteri) dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu anak-anak dan cucu cicit dari isterimu itu, serta memberi kamu rezeki yang baik-baik. Apakah mereka percaya kepada yang batil (tidak benar) dan ingkar akan nikmat Allah. (An-Nakhl ayat 72).
Firman Allah s.w.t.lagi dalam Surah Al-Isra’ ayat 6 bermaksud:-
”Kemudian Kami kembalikan kekuasaan kepada mu dan Kami anugereah kamu harta-harta dan anak-anak dan Kami jadikan kamu mempunyai kaum yang banyak” (Al-Isra 6)
Tidak membuat persediaan.
Namun ramai ibu bapa yang tidak membuat persediaan rapi dan meanggap itu pemberian daripada Allah s.w.t. sebaga satu rahmat yang diterima dengan penuh rasa syukur. Mereka tanpa berusaha untuk menilai dan menghayati peranan di sebalik gelaran Ibu atau Bapa.
Tanggunganjawab Ibu Bapa.
Tugas yang terbesar adalah mendidik anak-anak berlandaskan ilmu yang benar dan latihan yang berterusan bermula daripada anak itu kecil lagi. Sabda Rasulullah s.a.w. yang beermaksud:
”Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Terpulanglah kepada kedua ibu bapanya untuk mencorakkannya menjadi Islam, Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(H.R. Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)
”Ilwan” Menyenaraikan Enam Kedah yang terbaik;
1. Dengan cara teladan ibu bapa.
a. Contoh yang dilakukan ibu bapa
b. Jangan ada pergaduhan ibu bapa
c. Berilah apa yang disebutkan
d. Pemberian yang adil
e. Bermaian dan bergurau dengan anak
f. Membina suasana yang baik.
g. Sebutkan kejayaan mereka yang telah berjaya.
2. Dengan cara kebiasaan dari ibu bapa.
a. Biasakan dengan perbuatan kebaikan.
b. Jauhkabn perbuatan keburukan
c. Tentukan anak-anak bergaul dengan anak-anak yang beraklhlak mulia.
d. Elakkan anak-anak berkawan dengan mereka yang berakhlak buruk.
3. Dengan cara nasihat
a. Tunjuk ajar dengan lemah lembut
b. Nasihat sama ada secara langsung atau secara bercerita.
c. Nasihat dengan cara mengikut sejarah buruk yang telah berlaku.
d. Utamakan waktu makan bersama-sama
4. Dengan cara pengawasan ibu bapa
a. Setiap langkah kanak-kanak hendaklah di awasi.
b. Akhlak yang buruk di hapuskan.
c. Rajin dan usaha digalakkan
d. Pengawasan membina ke arah agama Islam
e. Tentukan sudah boleh membaca al-Quran ketika berumur 6 tahun.
5. Dengan cara mengenakan denda
a. Didik berdisplin yang baik.
b. Perlanggaran displin dikenakan denda
c. Denda bukan mendera tetapi bagi menakutkan
d. Elakkan denda yang serius
e. Elakkan denda anak menjadi perkara biasa baginya
6. Dengan cara penilaian diri anak-anak.
a. Lihat kemajuan anak-anak semenjak kecil lagi
b. Berikan motivasi pada anak-anak
c. Hadiah kepada anak-anak walaupun kurang memuaskan.
d. Raikan Hari Lahir mereka.
e. Jangan mungkir janji yang diberitahu.
f. Jangan ada perbezaan antara anak-anak, berikan kasih sayang samarata.
g. Tentukan apa yang mereka minat diutamakan dan jangan hampakan hajat mereka.
Penutup.
a..Setiap ibu bapa perlu mempunyai ilmu mengenai hal-hal ibu dan bapa dalam pengasuhan dan penjagaan anak. Ini adalah penting bagi memastikan setiap anak mendapat asuhan dan pendidikan yang seimbang.
b. Untuk beroleh anak yang cemerlang ianya bermula lagi dari selepas kahwin iaitu dengan memohon ke hadrat Allah s.w.t semasa melakukan persetubuhan yang pertama suami isteri.
Dengan membaca doa berikut sebelum persetubuhan-
اللـّهُمّ جَنّبْنا الشَّيْطان وَجنّبِ الشَّيْطـَانَ مَا رزقـْتـَنا.
”Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan juhkan syaitan dari anak yang akan Kamu anugerahkan kepada kami.”
(Rujukan: Kitab “Wanita Solehan m.s. 129)
c. Membaca doa selepas persetubuhan:
اَلـْحَمْدُ للهِ الـَّذِىْ خَلـَقَ مِنَ الـْمَاءِ بَشَرًا فَجَعَلـضهَ نـَسَبـًا وَصِهْرًا.
“Segala puji bagi Allah yang menciptakan manusia daripada air mani lalu menjadikan manusia itu mempunyai nasab keturunan yang suci bersih.”
(Rujukan Kitab :Wanita Soleh” m.s. 130)
d. Ibu Semasa Mengandung.
Isteri Hendaklah selalu membaca al-Quran pada waktu Subuh atau Maghrib berselang-selang hari dengan Surah-Surah berikut:
(1). Surah Yusuf (12)
(2). Surah Mariyam (19)
(3). Surah Luqman (31).
Amalkanlah... Insya Allah, lahirnya anak nanti akan mempunyai otak yang bergeliga dan mempunyai nasibnya yang terbaik yang akan dikurniakan oleh Allah s.w.t.
Ingatlah janji Allah s.w.t. pada manusia menerusi al-Quran dalam Surah At-Thalaq ayat 2 dan 3:
وَمَنْ يـَتـَّقِ الله َ يَجْعَلْ لـَّهُ مَخْرَجـًا 2
وَيـَرْزُقـْهُ مِن حـَيْثُ لاَ يـَحـْتـَسِبُ ج.
وَمَنْ يَتـَوَكـَّلْ عَلىَ اللهِ فـَهُوَ حَسْبُهُ ج
إِنَّ اللهَ بـَلـِغُ أ َمْر ِهِ ج قـَدْ جَعَلَ اللهُ لـِكـُلِّ
شَىْءٍ قـَدْرًا (3)
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tidak diduga.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakiNya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(At-Thalaq(65) ayat 2 dan 3).
Sekian,
Wassala mualaikum………
-----------------ooooooooooooooooo--------------------
Subscribe to:
Posts (Atom)