Saturday, September 4, 2010
Mengenal Munafik - Siaran 317
Hj.Che Dan bin Ahmad
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – www.blogspot.com
Mengenal Munafik – Siaran 317
Makna Munafik dari segi bahasa ialah orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar. Dari segi Syarak pula ialah Seserorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara nenyembunyikannya di dalam hati.
Kebiasaannya orang munafik ini bersifat seperti talam dua muka dengan berpura-pura mengikut segala ajaran Islam dan mengaku mereka ialah seorang Islam tetapi di dalam hatinya tidak dapat menerima ajaran yang suci ini.
Tanda seorang itu menjadi munafik ialah dianya iman tidak tetap dan tidak teguh. Orang yang sebegini dapatlah diibaratkan seperti lalang dimana ia terlalu mudah mengikut arah tiupan angin. Orang yang tidak teguh imannya sentiasaa berubah-ubah mengikut keadaan. Mereka sangat mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan persekitaran.
Tindak-tanduk yang sentiasa berubah. Orang munafik bolehlah diibaratkan sebagai pelakon yang hebat. Ketika dia bersama orang yang sedang beribadat, dia akan turut sama melakukan ibadat tersebut walaupun hatinnya terlalu susah untuk meneriamanya. Sebaliknya yang terjadi apabila dia tidak dilihat oleh khalayakj, dia akan mengikut kata hatinya dengan tidak melakukan amal ibadat.
Orang munafik tidak tetap kata. Dia sentiasa mengubah pendiriannya. Sewaktu bersama dengan orang Mukmin lainnya, dia akan memuji-muji Islam dan menyatakan ketaatannya terhadap ajaran tersebut tetapi di belakang orang Mukmin, secara saenyap., dia akan menghina Islam.
Ia sentiasa mengharapkan kebaikan dibalas. Jika dia melakukan sesuatu kebaikan dan berbuat jasa, dia akan mengharapkan kebaikan itu dibalas dengan balasan yang setimpal seperti wang ringgit atau pangkat.
Orang muafik jiwanya tidak tenteram. Dia sentiasa resah dan gelisah kerana terpaksa bersikap pura-pura di hadapan orang ramai dan tidak dapat mnelaksanakan kehendak hatinya.
Orang munafik menjadikan dunia sebagai matlamat hidup. Mereka hanya menjadikan dunia sebagai tujuan utama dan terlalu cintakan kebendaan. Akhirat bagi orang munafik hanyalah satu mitos dan khayalan.
Bayangkanlah betapa hinanya jika tergolong dalam golongan munafik ini kerana segalanya penuh denganh kepura-puraan. Lagi pula Balasan di akhirat amat berat.
Allah s.w.t. berfirman:
إِنّ الـْمُنـَفِقِيْنَ فِى الد َّرْكِ الْأ َسْفـَلِ مِن النـَّار.
(النسأ 145)
“Sesungguhnya orang yang munafik itu akan ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah sekali di dalam neraka.
(An-Nisa’ ayat 145)
Semoga jauhilah kita dari menjadi orang munafik. Amin….!
Sekian, Wassala mualaikum……
---------------oooooooooooo---------------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment