Che Dan bin Ahmad
Email - hjdan@myjaring.net
Pengisian terbaik di dalam kehidupan yang mempunyai kesempurnaan akal fikiran adalah memperseimbangkan di antara Keperluan dengan Kemampuan.
Maksudnya,dari keperluan yang amat sangat baru digunakan kemampuan yang ada. Maka terpeliharalah hidup di dalam keadaan kesederhanaan yang dituntut oleh Islam kepada penganutnya.
Mengseimbangkan sedemikian amatlah sukar untuk dilaksanakan, kerana tuntutan nafsu mendahului kemunculan kematangan akal fikiran manusia. Justeru,wujudnya apa yang dikatakan Jalan yang Lurus,yang sering dimohonkan kepada Allah s.w.t. melalui pembacaan Surah Al-Fatihah di ayat 6 bermaksud "Tunjuklan kami jalan yang lurus".
Kiasannya. Sekiranya dikatakan jalan semesti ada permukaan atau permulaan jalan tersebut dan ada pula akhirnya garis penamat.Keinsafan - Adalah permukaan jalan yang lurus.Kematian - Penamat jalan tersebut.Firman Allahs.w.t. dalam Surah Al-Fat-H ayat 2 bermaksud:
"Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus"
Apabila merasakan keinsafan diri, bererti sudah meletakkan diri dengan sendiri di permukaan "jalan yang lurus", untuk melangkah berjalan semestinya ada persediaan ilmu pengenalan diri atau dengan ertikata lain berkenalan dengan diri sendiri, supaya beroleh kelembutan hati untuk menerima petunjuk jalan yang benar melalui Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.
Sekiranya tiada persediaan tersebut manusia mudah disesatkan oleh iblis melalui tunggangannya ke atas nafsu sendiri. Kehebatan dan canggihnya tipu fdaya iblis amat mengelirukan.
(Rujukan "Nota Jalan Yang Lurus oleh Dr.Ibrahim Hj. Che Noh, Universiti Kebangssan Malaysis, Kuala Lumpur,Malaysia.dengan kerjasama oleh Mokhtar Jamil).
Sekian dahulu, akan bertemu sedikit masa lagi.
----------------------oooooooooooo------------------
No comments:
Post a Comment