Saturday, October 2, 2010

Nilai Hidup Sendiri - Siaran 333








Mereka menuju ke alam yang lebih kekal dan mulia..

Allah menyampaiakan perjalanan itu kepada hujungnya...

Diciptakan alat untuk menyeberangi lautan untuk ke hujungnya..

CHE’ DAN BIN AHMAD,

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http://hjchedan.blogspot.com



Nilai Hidup Sendiri – Siaran 333

Agama yang diturunkan Tuhan dengan perantaran Rasul-rasulNya ialah memberi pimpinan bagi manusia di dalam usahanya memberi nilai hidupnya sendiri. Kerana dasar yang asali daripada jiwa manusia itu, kerana dia beakal dan berfikir, ialah mencari rahsia yang tersembunyi di belakang kenyataan ini.

Meskipun dimisalkan agama itu belum ada, namun manusia kerana fikiran dan akalnya sentiasa mencari hakikat itu. Iaitu hakikat daripada Alam, hakikat daripada manusia itu sendiri, hakiat daripada hidup dan hakikat daripada yang mencipta. Soal-soal inilah yang mempertinggi nilai ilmu pengetahuan, filsafat dan ilmu hikmat.

Maka banyakalah soal-soal yang tidak dapat dicarikan jawabnya oleh manusia dengan usahanya sendiri. Meskipun bagaimana payahnya mencari kerana perjalanan akal dan fikiran itu adalah terbatas. Sejauh-jauh perjalanan fikiran namun akhirnya akan bertermu pada satu perhentian, atau satu pematang yang tidak dapat dilampaui lagi. Alat-alat yang ada pada manusia tidak cukup buat melampaui batas itu. Sedang manusia masih tetap ingin hendak sampai ke sana.

Di sinilah nyatanya kasih Tuhah Yang Maha Tinggi terhadap kepada hambaNya. Disampaikannya perjalanan itu kepada ujungnya, tidak lagi terhenti ditengah jalan kerana tidak ada kesanggupan lagi. Diberinya manusia itu pimpinan. Diutusnya Rasul-rasulNya memberitahukan perkhabaran itu. Diberinya jambatan yang teguh dan kuat,untuk memperhubunbgkan Alam Kenyataan dengan Alam Ghaib. Diberinhya kenyataan pertunjuk bahawa dibelakang hidup yang sekarang ini, ada lagi hidup yang lebih kekal dan mulia.

Inilah yang dinamai kepercayaan, Iman, Aqidah.

Sekian dahulu untuk renungan bersama juga untuk hilai hidup sendiri di waktu pagi dan petang atau di kala anda sesak fikiran.
Insya Allah anda akan tenang kembali...

Wassala mualaikum............!




----------------ooooooooooo---------------

Balasan Sombong, Bongkak dan Bakhil _Siaran 332



Jangan kamu menyombong diri mu, kecantikan mu akan punah di satu hari nanti, percayalah....!

Daripada:


Hj. Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

Kesah Orang Bakhil –Siaran ke 302



Pendahuluan.

Firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran Surah Al-Qashash ayat 76- 82 yang bermaksud:

Ayat 76 – Sesungguhnya Qarun adalah salah seorang dari kaum Nabi Musa (bangsa Israil), kemudian ia aniaya kepada bangsanya. Telah Kami berikan kepadanya harta benda yang banyak, sehingga anak-anak kunci gudang-gudangnya amat berat dipikul oleh orang banyak yang kuat-kuat. Ketika kaumnya berkata kepadanya – Janganlah engkau terlalu bersuka ria, kerana Allah tidak mengasihi orang-orang yang sangat bersukaria itu.

Ayat 77. Hendaklah tuntut kampung akhirat dengan (kekayaan) yang diberikan Allah kepada engkau dan janganlah engkau lupakan bahagian (nasib) engkau dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada manusia), sebagaimana Allah berbuat baik kepada engkau dan janganlah engkau berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah tiada mengasihi orang-orang yang memperbuat bencana itu.

Ayat 78. Qarun berkata: Aku memperoleh harta benda itu, adalah dengan ilmu pengetahuanku sendiri. Tiadakah ia tahu, bahawa Allah telah membinasakan di atrara umnat-umat yang sebelumnya orang-orang yang sangat kuat dari padanya dan lebih banyak mengumpulkan (harta). Tiada (perlu) diperiksa orang-orang yang berdosa tentang dosa-dosa yang diperbuatnya, (kerana telah maklum oleh Allah).

Ayat 79. Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan (memakai) perhiasannya. Berkata orang-orang yang menghendaki hidup di dunia: Hai kiranya, untuk kami seumpama (kekayaan) Yang didapat Qarun itu, sungguh dia mempunyai untung yang besar.

Ayat 80. Beerkata orang-orang yang berilamu pengetahuan: Celakalah kamu, pahala Allah terlebih baik untuk orang yang beriman dan ber’amal salih, tetapi tiadalah yang memperolehnya, melainkan orang-orang yang sabar.

Ayat 81. Kamudianh Kami benamkan Qarun itu berserta rumah-tangganya ke dalam bumi. Maka tak adalah satu kaum yang menolongnya, selain dari pada Allah, sedang dia tidak mendapat pertolongan.

Ayat 82. Orang-orang yang bercita-cita kemarin, supaya setempat dengan Qarun berkata: Ajaib, seolah-olah Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkannya. Jikalau tiadalah Allah memberi kurnia kepada kami, niscaya Allah membenamkan kami pula. Ajaib, kerana sesungguhnya tiada menang orang-orang kafir itu.

Ulasan.

Dari apa yang di terangkan oleh al-Quran akibatnya mereka yang sombong, bongak dan bakhil, maka itulah balasannya. Pada hari ini tiadalah hairan sekali, peristiwa Tsunami masih teringat oleh kita sekalian, itulah balasannya kepada mereka yang berkenaan.

Semoga akan menjadi ingatan dan tauladan kepada mereka yang bersangkutan itu.

Sekian. Wassala mulaikum..........!


----------------OOOO-----------

Akhlak Perhiasan Mukmin - Siaran 331


Baginilah kanak-kanak yang berakhlak mulia - contohilah!...

Daripada:

Hj. Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

Akhlak Perhiasan Mukmin –Siaran ke 331

Sesungguhnya umat yang bertaqwa ialah mereka yang sentiasa mengamalkan akhlak yang baik, mulia dan nilai hidup yang murni. Akhlak ditakrifkan sebagai kebiasaan, perangai, tabiat dan tingkah laku dalam agama. Akhlak yang baik disebut juga sebagai adab atau etika dan sopan santun yang diterjemahkan dari hati yang bersih dan ikhlas. Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran memuji akhlak Baginda Rasulullah
s.a.w. menerusi ayat 4 Surah Al-Qalam:

وَإِنـَّكَ لـَعَـلىَ خُـلـُـقٍ عَـظِيْـم ٍ(4)

Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang besar (mulia). (Al-Qalam ayat 4).

Profesor Yusuf Al-Qardawi menyebutkan bahawa sifat yang baik dan etika hidup yang murni (akhlak) itu merangkumi beberapa aspek.

1.Akhlak terhadap diri sendiri. Ia merangkumi penjagan kesihatan diri, membersih jiwa dari akhlak yang buruk, melatih jiwa supaya berfikiran baik dan menganalisa, tidak melampaui batas, isitqamah, bertawakkal dan bertaqwa keada Allah, bercakap benar, mampu menahan kamarahan, pemaaf, mematuhi peraturan, penyabar, ikhlas berserdehana tidak mementingkan diri sendiri, tidak mementingkan wang ringgit dan kebendaan dan sebagainnya lagi.

2. Akhlak terhadapk keluarga. Dalam melaksanakan tuntutan akhlak jenis ini seseorang suami perlu sentiasa bergaul dengan isteri dengan cara yang baik dan begitulah halnya pihak isteri, berbuat baik kepada kedua ibubapa, berlemah lembut dan penyayang kepada orang yang lebih tua atau muda dari kita, tidak membunuh anak kerana bimbangkan kemiskinan, berlaku adil kepada semua orang, anak-anak dan isteri, berbuat baik dan memberi bantuan kepada kaum kerabat yang dekat atau pun yang jauh.

3.Akhlak terhadap masyarakat. Antaranya termasuklah adab dan tatacara bergaul dengan angguta masyarakat dan jiran tetangga seperti memulakan dengan memberi salam apabila bertemu, meminta izin apabila memasuki sesebuah rumah dengan cara memberi salam kepada penghuninya terlebih dahulu, jangan mengurangkan timbangan apabila berurusniaga, kembalikan amanah kepada ampunyanya. Menepati janji, menjadi saksi yang benar, menjadi pendamai, memaafkan kesalahan orang, mengasihi orang lain, menyeru kepada kebaikan, mencegah keburukan, membalas kejahatan dengan kebaikan dan lain-lain lagi.

4. Akhlak terhadap alam. Seperti menyedari bahawa alam semesta ini diamanahkan oleh Allah s.w.t. kepada manusia. Kepelbagaian alam ini memanifestasikan ayat atau tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t., dan semasa meneroka dan mengguna setiap kurniaan yang wujud di dalam alam, manusia harus sederhana dan bermatlamatkan kepentingan bersama; tidak merusakkan sumber alam, menjaga sumber air dan tidak menguturkannya, menanam pokok-pokok yang boleh dimanafaatkan buahnya atau daunnya, tidak membazir sewaktu menggunakan apa sahaja sumber ‘alam.

5. Akhlak terhadap Allah. Akhlak yang paling tinggi dan membatasi segala-galanya adalah akhlak manusia terhadap Allah, sumber segala hukum dan nilai hidup. Tuhan yang berhak mendapat semua pujian dan segala ketaatan. Dialah sahaja yang layak dan perlu disembah, dan Dialah sahaja tempat meminta pertolongan, pengampunan dan hidayat. Antara kewajipan, manusia terhadap Allah termasuk, beriman kepada Allah dan kepada apa yang diwahyukanNya, mematuhi segala perintahnya, menyelidiki tanda-tanda (ayat) Allah dan kejadian ‘alam, mensyukuri nikmatNya, redza dengan segala ketentuan qada’ dan qadarNya, bertawakkal kepadaNya, tidak berputus asa terhadapNya, bertasbih dan berzikir beribadat, bertaubat dan mencintai Allah.

Dalam Surah Al-Hajj ayat 32 Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Demikianlah (ajaran Allah), dan sesiapa yang menghormati syi’ar-syi’ar agama Allah, maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-saifat taqwa hati orang mukmin…..”

Akhlak yang mulia itu antaranya ialah lemah lembut, pemaaf, pemurah, rendah diri, bersabar, berani, manis muka dan mesara, kasih sayang, bertolak ansur, amanah dan lain-lain lagi.

Semua sifat-sifat ini adalah yang dikatakan sifat-sifat hati yang baik atau sifat-sifat yang terpuji atau dengan kata lain, ia adalah disebut sebagai Mahmudah. Sifat-sifat hati yang baik ini akan memberi cahaya kepada kehidupan kita yang zahir ini. Ini sesuai dengan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yab bermaksaud:

”Di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia itu. Jika daging itu rosak maka seluruh anggota lahir itu akan rosaklah dia. Ituah dia hati manusia....!
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Kesimpulan.

Oleh itu perbaikilah hati dengan sungguh-sungguh agar terbuka pintu-pintu syurga. Tanamlah di dalam diri akhlak yag baik dan sematkanlah di hati sifat-sifat Mahmudah iaitu sifat-sifat yang terpuji, semoga Allah s.w.t. sentiasa memberi taufik dan hidayatnya kepada diri kita di sepanjang hidup kita ini.

Sekianlah dahulu, Wassala mualaikum......!


---------------oooooooooooo-----------------

Mengumpat itu Berdosa - Siaran 330


Daripada:

Hj. Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

Dosa Mengumpat – Siaran Ke 330

Bukan mengumpat, tetapi apa dskatakan ini benar, fahaman umum untuk memberi justifikasi terhadap perbuatan menceritakan atau menyebut keburukan orang lain yang selalunya dilakukan dengan sengaja.

Ada kana tetap sama iaitu menceritakan keburukan seseorang supaya diketahui orang lain. Namun, gambaran diberi selalunya boleh menyebabkan identity orang dimaksudkan diketahui.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya yang bermaksud.-

Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya. (Hadis riwayat Muslim).

Oleh kerana buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula dagingh saudafra sdemdiri.
Dosa mwengumpat bukan saja besar malah antrara dosa tidak akan diampunkan Allah biarpun pelakunya benar-benar beetaubat. Ia hanya layak diampunkan oleh orang yangh diumpat. Selagi orang diumpat tidak mengempounkan,maka dosa ityu akan kekal dan menerimka pembalasan di akhirat.

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai perbuatan dosa.

Sabda Rasulullah s.a.w.

Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban dan Dia akan mendedahkannya, meskipun dia bderada dalam rumahnya sendiri. (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

”Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering.”

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tertinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkerjut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka dia berkata kepada Allah:

”Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya. Maka Allah menjawab.- Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui.”

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.

Memandangkan buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri draipada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan berzikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri daripada terejerumus ke dalam biuaya hidup suka mengumpat.

1. Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.

2. Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, meanggap dan membuat spekulasi. Maka orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi dalam sudah busuk dan berulat.

3. Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.

4. Imam Ghazali ada menyatakan enam perkara mendorong seseorang itu mengumpat.

5. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.

6. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan meanggap orang lain bodoh dan trendah.

7. Disebabkan denhgki, fdia iri hati dedngan orang lain yang lebih beruntyng dan beerjaya, seperti dijaikan gaji dan pangkat.

8. Bergurau dan suka berlawak untuk mencela, mengatakan kelemahan serta kecacatan hingga mengaibkan orangh lain.

9. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak serta sombong kerana memandang rendah terhadap orang lain.

Seruan pada anda.

Marilah kita jauhkan diri dari mengumpat, kerana mengumpat itu berdosa dan merosakkan persehabatan sesama Muslim. Dosa mengumpat tidak boleh dihapuskan melainkan orang yang di umpat itu bersedia memaafkan dan mengampunkan kita.



-----------------------oooooooooo------------------------

Hikmah Solat Jumaat - Siaran 329






Daripada:

Hj. Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

Solat Jumaat dan Hikmahnya –Siaran ke 329

Sesungguhnya kita sebagai kaum Mukminin dan Muslimin, wajar sekali bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana Allah telah mensyariatkana solat fardhu Jumaat seminggu sekali pada setiap waktu Zohor hari Jumaat dengan dilakukan secara berjemaah. Firmah Allah s.w.t. yang bermaksud:-

”Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan untuk mengerjakan semabahyang hari Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggallah berjualbeli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat sebenar).
(Al-Jumaat ayat 9).

Solat fardhu Jumaat itu fardhu ’ain bagi setiap Muslim lelaki mukallaf yang menetap di suatu tempat bukan musafir, tiada uzur yang boleh diterima. Oleh sebab terlalu pentingnya solat fardhu Jumaat itu, bagi mereka yang meninggalkannya sehingga tiga kali Jumaat berturut-turut tanpa uzur yang boleh diterima, maka ia dianggap munafiq dalam hatinya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

”Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturt-turut dengan sengaja (tanpa uzur yang bgoleh diterima) maka akan dicap oleh Allah s.w.t. di dalam hatinya tanda nunafiq.”

Allah s.w.t. menjanjikan kepada mereka yang melakukan solat fardhu Jumaatr dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta mengikut syarat-syarat dan peraturan yang elah ditetapkan dengan maghfirah dan keampunan daripadaNya.

Sabda Rasulullahs.a.w. yang beermaksud:

”Sesiapa yang mandi, lantas pergi mengerjakan solat Jumaat, (kemudian setelah sampai di masjid, lalu ia sembahyang seberapa yang ia kehendaki (sambil menunggu datangnya Imam) kemudian ia diam (tidak berkata-kata) sehingga Imam selesai berkhutbah Jumaat dan ia melakukan solat fardhu Jumaat bersama-sama dengan Imam, adalah perbuatan (yang tersebut itu menjadi kafarah (menjadi penebus) bagi dosa yang terjadi antara Jumaat itu dengan Jumaat yang lalu.” (Hadis riwayat Muslim)

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana dewasa ini terdapat banyak masjid yang besar dan cantik-cantik bangunannya di seluruh pelusuk negara kita ini. Disamping itu kita merasa keciwa kerana terdapat masjid-masjid yang cantik itu anak-anak kariahnya tidak menggunakan masjid-masjid tersebut sepenuhnya. Hanya diwaktu hari Jumaat sahaja yang ada dapati ramai, tetapi pada solat-solat waktu yang lain ada masjid-masjid yang tidak sampai sepuluh ke dua puluh orang berjemaah. Kalaulah sekiranya perkara yang seumpama ini berpanjangan maka amatlah malang sekali keadaan umat Islam kerana keberakatan dari Allah s.w.t adalah ada pada jemaah dan solat fardhu Jumaat adalah ke arah memperolehi keberkatan, taufiq, hidayah dan ’inyah Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
”Rahmat pertolongan Allah s.w.t. itu ada bersama jemaah, bahawa sesungguhnya kambing yang duduknya terpencil biasanya akan mudah dimakan oleh serigala.
(Hadis riwayat Muslim)

Di dalam perlaksanaan solat fardhu Jumaat itu terdapat banyak hikmah-hikmah dan kebaikannya di antaranya ialah:

1. Pertama - Menegakkan syiar Islam di muka bumi ini.
Firman Allah s.w.t yang beramaksud:
”Demikianlah (ajaran Allah) dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar Agama Allah (Islam) maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang Mukmin.” (Al-Hajj ayat 32)

2. Kedua – Konsep tunduk dan patuh kdepada peraturan disiplin hidup yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

3. Ketiga – Menegakkan konsep kesepaduan kerjasama, soliturrahim dalam bentuk ”Ikhwatul Islamiah: yang tulin.

4. Keempat – Melahirkan insan tuwadhuk dan rendah diri tidak mengambil kira segala kekayaan, kekuatan, kekuasaan yang dimiliki.

5. Kelima – Melahirkan manusia yang mahu menerima nasihat dan pandangan orang lain demi kemajuan jasmaniah, ’aqliah dan rohaniah bagi matlamat mendapatkan keredaan Allah s.w.t..

6. Keenam – Mendidik manusia patuh kepada arahan yang satu demi kebenaran yang diharap-harapkan.

Firman Allah s.w.t. :

”Kemudian setelah selesai sembahyang maka berterbiaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat) dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau mendengar) sesuatu hiburan mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas member-berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad) – Pahala balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu dan Allah sebaik-baik memberi rezeki.” (Al-Jumu’ah ayat 10 dan 1 1).
Sekianlah dahulu dan kita akan berjumpa lagi di Blog ini dalam masa yang tidak berapa lama lagi.

Wassala mualaikum.............!

--------------------oooooooooooooooo---------

Monday, September 27, 2010

Kerjakanlah Amalan Soleh - Siaran 328

CHE’ DAN BIN AHMAD,

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http://hjchedan.blogspot.com



KERJAKANLAH AMALAN-AMALAN SOLEH – SIARAN 328




1.. Kerjakanlah Amalan-Amalan Soleh. – Siri 328.


Setelah kita sedarkan diri kita yang telah banyak melakukan dosa-dosa semasa dahulu kita telah melakukan taubat nasuha iaitu taubat yang tidak aka melakukan dosa-dosa lagi masa hari ini dan akan datang, maka kita melakukan amalan-amalan soleh untuk kita menemui Allah s.w.t. di akhirat nanti seperti firtman Allah s.w.t. :-

فَمَنْ كَانَ يَرْجُوْا لـِقـا~ ءَرَبِّهِ فـَلـْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا

وَلَايُشـْرِكْ بِعِبـَادَةِ رَبـِّهِ اَحـَدًا.(الكهف"110)

Bermakasud:” Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amalam-amalan yang soleh dan janganlah ia menyengutukan sesiapan pun dalam beribadat kepad Tuhannya. (Al-Kahfi ayat 110).

2.. Amalan Soleh.

Beramal soleh bermaksud iaitu kita tidak lagi meninggalkan solat-solat wajib, dan melakukannya tepat pada waktunya, tidak tertangguh-tangguh lagi, kita menunaikan Haji dan Umrah apabila mampu, tidak lagi melakukan apa-apa maksiat, seperti berbohong, minum arak, berzina, memakan wang riba, kita bersedekah, kita tidak menanyai anak-anak yatim, kita hadir ceramah agama, kita menuntut menambah lagi ilmu-ilmu agama, kita sentiasa hadir berjemaah solat di masjid, mengerjakan segala yang sunat-sunat seperti puasa di bulan Rejab, Syaaban.

Dan kita tidak neninggalkan Puasa Wajib di bulan Ramadzan puasa di bulan Syawal, dan kita bangun ditengah-tengah malam mengerjakan solat-solat Tahajjud, solat Tasbih, solat Taubat, solat Hajat dan Solat Witir solat Dhuha, solat Al-Ishraq di pagi hari. Kita tidak mensyirikkan Allah s.w.t. dan tidak menyembah selain dari Allah, kita tidak menyembah manusia (yakni takut pada manusia dari takut pada Allah).

Kita menghormati jiran tetangga kita, menziarahi sanak saudra, menziarahi orang sakit dalam kariah kita, menghadiri jemputan kenduri, kita beri derma dan bantuan pada yang daif dan miskin. Kita amalkan amanah, tidak menipu dan putar belit, kita membuat tugas apa yang di beri taggung jawab pada kita dengan rajin dan ikhlas, kita menetapi segala janji-janji kita sesama Islam, kita menjual barangan dengan tidak menipu atau berselindung yang buruk agar melaris barangan kita dan banyak lagi yang menjadi perkara yang munkar.

Kita menjauhi dari mengumpat, kita tidak amalkan sifat takbur dan riak serta besarkan diri, kita tidak berkata-kata yang tidak memberi manfaat, kita banyakkan sabar, kita tidak bergaduh sesama Islam, kita tidak bermasam muka tidak tegur menegur sesama Islam, kita tidak menyombong diri sesama manusia, kita tidak bakhil diri untuk berbelanja pada hal-hal keagamaan dan kebajikan, kita tidak mementingkan diri sendiri, kita tidak langsung mementingkan hal-hal kebendaan dan sebagainya lagi.

Melazimkan Qanaah dan Meninggalkan Asraf.

Barangsiapa yang ingin beranal soleh, wara’ dan memelihara diri serta memilih hanya yang halal semata-mata, maka hendaklah ia bersifat qanaah (memadai dengan yang ada) dari harta benda dunia, dan hendaklah cenderung kepada yang sedikit daripadanya, tidak asraf iaitu bersifat boros, tidak berlebih-lebihan dan terlampau mencintai syahawatnya

3.. Qiamullail – Sembahyang Malam

Jika ditinjau latar belakang kehidupan para auliya’ dan ulama’ terbilang, maka kita dapati bahawa amalan Qiamullail ini merupakan satu amalan yang tidak pernah diabaikan dalam apa jua keadaan sekalipun. Oleh kerana itu sebagai umat Muhammad yang menjadikan Rasulullah itu sebagai Qudwuh Hasanah, maka sudah sewajarnya kita perlu mengetahui apakah jenis-jenis sembahyang malam, kelebihan-kelebihan dan kaedah-kaedahnya supaya kita dapat mengamalkannya dengan sempurna. Amalan ini merupakan sebagai tamrin untuk membina insan yang bermoral, insan yang beristiqamah, insan kamil dan insan yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.

Firman allah s.w.t.:-

مَنْ عَـمِلَ صَلِحًا مِّن ذَ كَر ٍ أ َوْ أ ُنـْثَى وَهُـوَ مِؤْ مـِنٌ فـَلـَــَنـُحْـيِــِنـيَـنَّـه ُ حَـيَـوة ً طَيِّـبَة ً

ج وَلَـنَجْـز ِيـَنَّهُمْ اَ جْرَ هـُمْ بـِـإ حـْسَنِ ِ مَا كَا نُوْا يَعْمَلُونَ. (النخل 97)
•
Brangsiapa mengerjakan kebaikan, baik laki-laki atau perempuan sedang ia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan. (An-Nakh ayat 97)


4.. Fadhilat Qiamullail.

Keutamaan sembahyang malam itu berdasarkan perintah Allah s.w.t. sendiri kepada Rasulullah s.aw. agar melakukan sembahyang di waktu malam sebagaimana firmanNya:-

وَمِنَ اللـَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَا فِلَة ً لـَكَ عـَسَ أ َنْ يَبْعَثـَكَ رَبُّكَ مَقـَامًا مَحْمُوْدًا. (الاسرأ اية: 79)

“Dan banagunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semuga Tuhanmu membangkit dan menempatkan (pada hari Akhirat) di tempat yang terpuji” (Al-Isra’ ayat 79.)

Perintah ini meskipun sifatnya khusus untuk Rasulullah s.aw., tetapi seluruh umat Islam termasuk di dalamnya kerana mereka itu dianjurkan untuk mencontohi Rasulullah s.a.w.

Dijelaskan oleh Allah bahawa orang-orang yang menjaga solat malam itulah sebenarnya yang berhak dan layak menerima kebaikan serta rahmatNya, sebagaiman firmanNya;-

إِنَّ الـْمُتـَّقِيْنَ فِىْ جَنـَّاتٍ وَعُيُوْنَ آخِذِيْنَ مآ آتـَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كـَانُوْا قـَبْلَ ذَلـِكَ مُحْسِنِيْنَ, كـَا

نُوْا قـَلِيْلاً مِنَ اللـَّيْلِ مَـا يَهْجَعُوْنَ
,
وَبِالْا َ سْحَارِهُمْ يَسْتـَغْفـِرُوْنَ. (الذاريات اية 18).


“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga dan mata air-mata air terpancar daripadanya (keadaannya pula tidak bersikap sombong takbur). Mereka selalu merenggangakan diri dari tempat tidur (sedikit sangat tidur kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal solih), mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka menderma bersedekah dari apa-apa yang Kami rezekikan kepada mereka. Maka tiada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.”(Al-Zariat ayat 18)

5.. Orang Yang Berbakti Pada Allah.

Mereka yang berbakti kepada Allah distemiwakan oleh Allah s.w.t dari orang-orang yang tidak melakukannya sebagaimana firman Allahs.w.t. :-

أَمَّنْ هُوَ قـَانِتٌ آنَاءَ اللـَّيْلِ سَاجَدً وَقَاءِـمًا يَحْذُرُ الْآ خِرَةَ وَيَرْجُوْا رَحْمَةَ رَبِّهِ قـُلْ هَلْ يَسْتَوِى

الـَّذِيْنَ يَعْلَمُوْنَ وَالـَّذِيْنَ لآ يَعْلَمُوْنَ اِنَّمَا يَتَذَكَّرُ ا ُولُوْا الْاَلـْبَابِ. (الزمر: هية 9)

“Adakah orang yang berbakti pada Allah di waktu malam, bersujud serta berdiri dan takut pada seksa hari Akhirat dan mengharap rahmat Tuhannya itu akan sama dengan orang yang tidak demikian, katakanlah adakah sama orang yang mengerti dan orang yang tidak mengerti? Sesunguhnya orang-orang yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan ini hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (Al-Zumnat ayat 9)

Demikianlah beberapa ayat Al-Quran yang menghuraikan betapa besarnya keutamaan solat malan itu. Dalam demikian Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda supaya kita melakukam solat malam iaitu:-



أَيُّهَا النـَّاسُ اَفـْشُوا السَّلَامَ, وَأَطـْعِمُوْا الطـَّعَامَ, وَصِلـُّوا الآرْحَامَ, وَصَلـُّوْا بِاللـَّيْلِ وَالنـَّاسُ

نِيَامٌ, تـَدْخُلـُوْا الْجَنَّة َ بِسَلَامِ.

(رواه الحاكم وابن ماجه والترمزي)

“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan, hubungilah semua kerabat, bersembahyanglah di waktu malam dikala orang-orang sedang tidur, pasti kamu semua akan masuk syurga dengan selamat sejahtera. (HR Al-Hakim dan Ibnju Majah dan Termizi.)



Sulaiman bin Farsi berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda”-

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهِ عَلَيْه ِوَسَلـَّمَ:- عَلـَيْكُمْ بِقِيَامِ اللـَّيْلِ فَإِنَّهُ

دَأْ ْبُ الصَّالِحِيْنَ قَبْـلـَكُم ْ,وَمَقْرَبَة ٌ لـَكُمْ اِلىَ رَبِّكُمْ, وَمَكْفِرَة ٌ لـِلسَّيَـءَـاتِ وَمَنْهَاة ٌ عـَنِ الْإِثـْمِ,

وَمطـْرَدَة ٌ لِلـدَّاءِ عَنِ الـْجَسَدِ.

Salman Farsi berkata:- Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Kerjaknlah solat malam, sebab itu adalah kebiasaan orang-orang soleh dahulu sebelum daripada kamu, juga satu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, juga sebagai penebus keburukan-keburukan kamu, pencegah dosa serta dapat menghilangkan penyakit dari bhadan.”



6..TERTIB MENGERJAKAN SOLAT-SOLAT MALAM.

Seseorang yang hendak melakukan solat malam itu disunatkan semasa hendak tidur hendaklah berniat bangun untuk bersembahyang. Dari Abu Darda r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:-

Bermaksud: ”barangsiapa yang hendak tidur dan berniat hendak bangun bersembahyang malam, kemudian terlanjur terus tertidur hingga pagi, maka dicatatlah niatnya itu sebagai satu pahala, sedang tidurnya itu dianggap kurnia Tuhan yang diberikan padanya.” (Diriwayatkan oleh Nasa’i dan Ibnu Majah dengan sanad yang sahih).

Sebaik-baik solat itu dimulai dengan mengerjakan dua rakaat yang ringan (solat Tahajjud) dan selanjutnya bolehlah bersambubng sesuka hati. Rasulullah s.a.w.bersabda:

Bermaksud: ”Apabila salah seorang di antara kamu bangun hendak mengerjakan sembahyang malam hendaklah mulai dengan dua rakaat yang rngan”. (HR Bukhari dan Muslim)

Hendaklah membangunkan pula keluarganya untuk mengerjakan sembahyang malam. Sabda Rsulullah s.a.w:-

Bermaksud: ”Allah memberikan rahmat kepada seseorang lelaki yang bangun malam untuk bersembahyang malam lalu membangunkan pula isterinya dan apabila isterinya menolak lalu dipercikkan air di mukanya. Allah juga memberi rahmatNya kepada seseorang perempuan yang bangun malam untuk bersembahyang lalu membangunkan pula suaminya dan apabila suaminya itu menolak lalu dipercikkan air di mukanya.” (HR Abu Daud).



7.. WAKTU YANG PALING UTAMA.

Solat malam itu dapat dikerjakan di permulaan malam, pertengahan malam, atau di penghabisan malam, asalkan sesudah menunaikan solat Isyak.
Sebaik-baik waktu untuk melakukan solat malam itu ialah sepertiga malam yang akhir iaitu di antra jam 3.00 hingga jam 6.00 pagi.

8.. Orang Mukmin yang sempurna imannya.


Firman Allah s.w.t.:

إِنَّمَا الـْمُؤْ مِنُوْنَ الـَّذِيْنَ إِذَا ذُكـِرَ اللهُ وَجِلـَتْ قـُلـُوْ بُهُمْ وَاِذَا تـُلِيَتْ عَلـَيْهـِمْ ايَا تـُهُ زَادَتُهُمْ

اِيْمَا نـًا وَعَلىَ رَبِّهـِمْ يَتـَوَكَّلـُوْنَ. الـَّذِيْنَ يُقـِيْمُوْنَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقـْنَا هُمْ يـُنْفـِقـُوْنَ.

أ ُلـَءِـكَ هُمُ الـْمُؤْ مِنُوْنَ حَقـًّا لـَهُمْ دَرَجـَا تٌ عـِنـْدَ رَبِّهِمْ وَمَغـْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيْمٌ

• Artinya:
Hanyasanya orang-orang mukmin yang sempurna imannya itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, menjadi takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan atas mereka akan ayat-ayatNya, hal tersebut menjadikan iman mererka semakin bertambah-tambah, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan membelanjakan sebahagian dari pada yang Kami kurniakan rezeki kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang sunggug-sungguh sempurna iman mereka. Bagi mereka itu darjat disisi Tuhan mereka ampunan, dan rezeki yang mulia. (Al-anfal ayat 2-4)


9.. Melakukan Sedekah Jariah

Firman Allah s.w.t dalam SurahAl-Baqarah ayat 254.

يَاَ يُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنُوْا اَنـْفِقـُوْا مِمَّارَذَ قـْنَكُمْ

مِنْ قـَبْلِ اَنْ يّأْ تِيَ يَوْمٌ لَّا بَيْعٌ فِـيْـهِ

وَلَاخُلَّـة ٌ وَلَا شَفـَا عـَة ٌ وَالـْكَفـِرُوْنَ

هـُمُ الظـَّلِمُوْنَ.

• Bermaksud “Hai orang-orang yang breriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mu, sebelum tiba hari yang tak ada jual beli hari itu, tak ada persehabatan dan tak ada pertolongan, (yakni hari kiamat). Orang-orang kafir itu adalah orang-orang inanya.”
(Al-Baqarah ayat 254)

10.. Kesimpulan:
Beriman soleh dimasukkan ke syurga.
Fitrman Allah s.w.t. :

وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ

تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَدًا.

قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا. (11)

Bermaksud:
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah kedalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya. Sugguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka
(At-Thalaaq ayat 11)


Sekian dahulu nota ”Santapan Rohani” untuk renungan kita bersama.

-----------------ooooooooooooo-----------------

Friday, September 24, 2010

Makanan Haram - Siaran 327


.Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


Makan dan Minuman dari Sumber Haram – Siaran ke 327


Sabda Rasululah s.a.w.:

”Seseorang yang makan Minumnya daripada Sumber yang Haram Doanya Tidak Akan Dikabulkan.”
(H.R.Bukhari dan Muslim)

Rasullah s.a.w. bersabda ”Allah s.a.w. ialah Zat yang Maha Suci dan hanya menerima sesuatu yang suci sahaja. Dia telah memerintahkan orang-orang Islam dengan perkara yang Dia telah perintahkan rasul-rasulNya.

Firman Allah s.a.w.

يَأ َيُّهَا الرُّسُلُ كُلـُوْا مِنَ الطَّيِّبَتِ وَاعْمَلـُوْا صَلِحًا . إِنـِّىْ بِمَا تَعْمَلـُونَ عَلـِيم.ٌ (المؤمنون 51)

”Wahai rasul-rasul, makanlah daripada benda yang suci dan kerjakanlah amal-amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Mukminun ayat 51)


Di tempat yang lain Allah s.w.t. berfirman lagi :

يأيها الذين ءامنوا كلوا من طيبت ما رزقنكم
.
(البقرة: 172)

“Wahai orang yang beriman, makanlah daripada benda-benda yang suci yang telah Kami berikan kepada kamu.”
(Al-Baqarah ayat 172)

Kenudian Rasulullah s.a.w. menyebut tentang seorang yang bermusafir dalam satu perjalanan yang jauh. Dengan rambut yang kusut-masai, pakaian yang berdebu-debu, lalu mengangkat tangannya ke arah langit dan berkata “ Ya, Allah,Ya Allah”. Tetapi makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya juga haram, sentiasa memakan makanan yang haram, bagaimana mungkin dosanya sdikabulkan?” (Jam’ul Fawaid)

Keterangan.

Orang ramai kadang-kadang tidak terfikir sebab-sebab doa orang Islam tidak diterima. Tikar sembahyangnya yang diambil dari masjid tanpa keizinan. Pakaiannnya dari jenis yang diharamkan syarak. Makanannya dari wang yang diterima daripada wang judi. Kita boleh membayangkan keadaan yang sebenar daripada mahfum hadis di atas. Kadang-kadang Allah s.w.t. turut menerima doa daripada orang-orang kafir pun kerana kemurahan dan kurniaanNya, Namun, doa orang yang bertakwalah sebenarnya yang berkesan.

Oleh sebab itu, doa orang-orang yang bertakwa sahajalah yang sangat-sangat diharapkan. Mereka yang inginkan doa mereka diterima oleh Allah s.w.t. hendaklah mengambil berat untuk menjauhkan diri mereka daripada harta dan perbuatan yang haram.

Sekia dahulu, mudah-mudahan dengan kenyataan yang ringkas dapat meresap ke jiawa anda dan akan mengambil iktibar dalam kehidupan sehari-harian anda.
Wassala mualaikum. (Kitab Fadhilat Amal m.s. 71)


------------ooooooooo------------------