CHE DAN BIN AHMAD,
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com
Atau” http://www.hjchedan.blogspot.com
HAL EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 59
Masalah 177.
Apakah perkara-perkara yang disunatkan dalam solat.
Jawapan.
Perkara-perkara sunat dalam solat menurut pendapat Imam Syafie terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
a. Pertama -Sunat Aba’d iaitu:
(1). Membaca tahyiat awal.
(2). Selawat keatas Nabi Muhammad dalam tahyiat awal.
(3). Selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad dalam tahiyat
akhir.
(4). Duduk bagi membaca tahiyat awal dan selawat.
(5). Membac do’a qunut dalam solat subuh.
(6). Selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga dalam doa
qunut.
(7). Berdiri bagi bacaan qunut dan selawat di dalamnya.
b. Kedua -Sunat Hai’at iaitu:
(1). Mengangkat kedua-dua belah tangan hingga sama paras
dengan bahu semasa takbiratul ihram, sebelum ruku’, iktidal
dan bangun daripada tahiyat awal.
(2). Tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri dan
diletakkan kedua-duanya antara dada dan pusat.
(3). Mengucap takbir (Allahu Akbar) semasa hendak ruku’, sujud,
bangun daripada sujud, semasa bangun daripada rakaat pertama,
kedua ketiga dan keempat.
(4). Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram dan sebelum
membaca surah al-Fatihah.
(5). Membaca ’Au-Zubillah’ secara perlahan sebelum membaca
surah Al-Fatihah pada setiap rakaat.
(6). Membaca tasbih dalam ruku’ dan sujud serta berdoa semasa
duduk antara dua sujud.
(7). Membaca surah lain selepas bacaan surah al-Fatihah pada rakaat
pertama dan kedua.
( 8). Membaca’ Amin” sebaik sahaja selesai membaca al-Fatihah
atau Fatihah Imam yang membacanya.
(9). Berhenti sekejap selepas takbiratul ihram, bacaana al-Fatihah
dan selepas bacaan surah sebelum ruku’.
(10). Duduk iftirasy semasa duduk antara dua sujud, semasa membaca
tahiyat dan duduk tawarruk semasa membaca tahiyat akhir.
(11).Membaca doa ringkas selepas selawat tahiyat akhir dan sebelum
Memberi salam.
(12). Memberi salam menoleh ke kanan dan ke kiri semasa memberi
salam.
Massalah 178.
Bagamanakah sekiranya kita mengerjakan solat Isyak sehingga lima rakaat tanpa
disedari, bahkabn sesudah selesai baru teringat?
Jawapan.
Masalah seperti ini termasuk perkara yang membatalkan solat itu jika dilakukan dengan sengaja. Tetapi tidak batal solat itu jika berlaku kerana terlupa. Ertinya solat seperti diatas adalah sah.
Masalah 179.
Bagaimanakah dengan solat yang sebaik sahaja selesai dilakukan, barulah dilihat pada jam yang waktu solat itu baru sahaja masuk ?
Jawapan.
Tidak sah solat yang dikerjakan seperti itu kerana ia tidak memenuhi syarat. Mengetahui masuk waktu solat adalah antara syarat sah solat. Anda dikehendaki mengulangi semula solat wajib itu.
Masalah 180.
Bagaimanakah dengan orang yang terlupa solat sehingga habis waktunya barulah disedari ?
Jawapan.
Tidak menjadi kesalahan ke atas orang yang benar-benar terlupa sudah terlepas beberapa waktu. Masalah ini sama situasinya dengan orang yang tertidur. Tetapi orang itu perlu bersolat sebaik sahaja sedar daripada lupa ataupun terjaga daripada tidur.
Masalah 181.
Adakah sah atau tidak solat sekiranya dikerjakan di Pasar Malam, semasa sedang berjual-jualan.?
Jawapan.
Pada dasarnya, solat boleh dikerjakan di mana-mana sahaja, sama ada di darat, di dalam pelayaran di laut, di udara semasa menaiki kapal terbang, dan tidak dipertikaikan asalkan sempurna syarat dan rukunnya. Baginda Rasulullah bersabda yang bermaksud:
”Dan dijadikan untuk kami seluruh bumi sebagai masjid (tempat bagi bersolat)....dan dijadikan untuk kami seluruh tanahnya yang suci (bagi bertayammum) apabila kami tidak mempunyai air.”
Kecuali terdapat beberapa tempat seperti berikut kita dilarang bersolat iaitu:-
a. Tempat pembuangan sampah sarap ataupu najis.
b. Tempat penyembelihan binatang.
c. Tempat mandi ataupun tandas.
d. Tempat tinggal (kandang) binatang.
e. Di tengan jalan raya.
f. Di tempat perkuburan.
g. Di atas Kaabah.
Masalah 182.
Sahkah tidak solat yang dikerjakan oleh seseorang di mana seekor pacat sedang
menghisap darah di kakinya.?
Jawapan.
Sah solatanya kerana pacat itu tidak najis walaupun ia masih ataupun sedang
menghisap darah dari anggota kita yang sedang bersolat. Tetapi sekiranya darah
bekas gigitan itu keluar semasa orang itu sedang bersolat, maka batallah solatnya.
sedikit hari nanti.
Wassalaimu alaikum............
----------------------------ooooooooooooo-----------------------------------
Friday, October 16, 2009
Thursday, October 15, 2009
Wednesday, October 14, 2009
Sikap kakitangan awam lagak 'tuan' wajar diubah.
CHE DAN BIN AHMAD,
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com
Atau” http://www.hjchedan.blogspot.com
HAL EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 58
SIKAP KAKITANGAN AWAM LAGAT ’TUAN’
WAJAR DUBAH..!
Penulis amat tertarik dengan sebuah rencana yang ditulis oleh Encik Abd Razak Hussin (Penulis ialah Ketua Pejabat Perhubugan Awam dan Korporat UKM). Yang membicarakan perkara di atas.
Ada kemungkinan beberapa golongan kakitangan Awam yang tidak terbaca rencana itu kerana tiada masa untuk itu, maka penulis Blog ini menyalinkan perkara tersebut dengan tujuan agar dapat dibaca dan di fahami untuk wajar diubah. Petikannya seperti berikut:-
”Saya masih ingat, pada 1960-an, mengunjungi Pejabat Daerah saat paling digeruni. Pada waktu itu, banyak urusan memerlukan tandatangan dan cop Pejabat Daerah. Menjadi kebiasaan pula, orang kampung yang rata-ratanya tidak berpelajaran diherdik petugas ketika berurusan.
Orang kampung hanya pasrah dengan herdikan. Itulah yang menyebabkab orang kampung sangat gerun mengunjungi pejabat daerah yang begitu tidak meraikan. Justeru, bapa berulang kali mengingatkan saya ’supaya apabila besar nanti menjadi DO yang baik, hormat orang, bantu orang, jangan menyusahkan orang dan berlemah lembut”
Namun, hasrat bapa untuk melihat saya menjadi DO tidak kesampaian, Cukup sekadar menjadi seorang pegawai kecil di sebuah universiti yang terus berusaha untuk menjadi seorang pegawai yang baik dan berciri seperti pesanan bapa.
Oleh demikian, jika pada hari ini, masih ada pegawai atau kaitangan lain di mana-mana pejabat awam yang suka mengherdik orang ramai, bersikap acuh tak acuh, tidak memperlihat kesediaan untuk membantu, membanggakan kedudukan dan pangkat, berlagak ’tuan’, bertutur dan bertingkah kasar serta menyukarkan sesuatu proses, saya berpendapat mereka sebenarnya masih terperangkap dalam suasana ’menjajah’ lebih 40 tahun lampau.
Ubahlah sikap dan ia akan mengubah persepsi masyarakat. Jangan lupa kedudukan, pangkat dan jawatan disandang hanya pinjaman daripada masyarakat dan ada hutang perlu dibayar kepada mereka. Walaupun penjaga kubur itu sudah pergi, pesannya yang sangat mudah sangat relevan buat saya khususnya dan mungkin seluruh rakan penjawat awam unumnya.
(Rujukan BERITA HARIAN Isnin 12 Oktober 2009 muka surat 29)
------------------------ooooooooooooooooooooo--------------------------------

Tuesday, October 13, 2009
Sunday, October 11, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)